SAHABAT2 SEPERJUANGAN

SAHABAT2 SEPERJUANGAN

Followers

Saturday, December 31, 2011

TAHUN BARU DISAMBUT DENGAN MAKSIAT


Institusi perbankan terkemuka, AmBank Group (AmBank) akan menganjurkan sambutan tahun baharu 2012 di sini malam ini.

Sambutan yang dikenali sebagai Konsert Ambang 2012 itu akan diadakan di Dataran Merdeka di sini bermula pada pukul 8 malam hingga 12 tengah malam.

Pengunjung konsert akan dihiburkan dengan pertunjukan bunga api tepat jam 12 tengah malam sebagai menandakan ketibaan tahun baharu.

Konsert itu bakal menampilkan barisan artis popular seperti Datuk M. Nasir, Mizz Nina, Jamal Abdillah, Awie, Faizal Tahir, Hujan One Nation Emcees, Hillary Ng, Malique, Najwa Latiff, Desiree Tan dan Sabhi Saddi.

Majlis yang sama dijangka turut dihadiri Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim, Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik dan Pengerusi AmBank, Tan Sri Azman Hashim

Ia akan disiarkan secara langsung di TV2 bermula jam 9.30 malam sehingga 1 pagi.

DAKWAT KEKAL...TAK SEMESTINYA PRU JADI TELUS


Walaupun Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) mengumumkan pindaan peraturan bagi mewajibkan penggunaan dakwat kekal namun Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan ia bukan jaminan pilihan raya negara akan dijalankan dengan bebas dan bersih.

Ini kerana menurut Anwar, Ahli Parlimen Permatang Pauh, masih terdapat banyak perkara yang perlu dilaksanakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Beliau menambah proses demokrasi dan pengendalian pilihan raya boleh dijalankan secara bebas dan adil sekiranya SPR melaksanakan lapan tuntutan yang dikemukakan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0)

“Namun demikian, perubahan kecil ini tidak seharusnya dilihat sebagai jaminan kepada proses pengendalian pilihan raya yang telus, bebas dan bersih sepenuhnya,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Anwar (gambar), selain 10 cadangan yang disyor PSC untuk memperbaiki proses pilihan raya, jawatankuasa yang melibatkan ahli Parlimen Barisan Nasional (BN), Pakatan Rakyat dan Bebas juga perlu mempertimbangkan secara menyeluruh lapan tuntutan dikemukakan gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu.

“Saya percaya demokrasi dan proses pilihan raya bebas dan adil sewajarnya turut didukung dengan amalan serta pendekatan yang menjurus kepada kebebasan media dan kempen terbuka.

“Agensi media awam sewajarnya bersikap lebih adil dalam memberikan liputan untuk semua parti politik dan kempen politik parti-parti pembangkang sewajarnya tidak didiskriminasi menerusi tapisan melampau yang tidak munasabah serta mencabul hak kebebasan bersuara,” katanya.

Anwar menambah Pakatan Rakyat yang dianggotai PAS, PKR dan DAP komited dan menuntut agar PCS turut menumpukan perhatian kepada cadangan transformasi Bersih 2.0.

Kata beliau, PSC perlu mengkaji cadangan-cadangan itu sekiranya serius dalam menjamin pilihan raya yang bebas dan adil.

PSC akan membuat rumusan bagi 10 cadangan baru termasuk penggunaan dakwat kekal, yang dijangka akan dibentangkan di Parlimen Mac depan.

Semalam Pengerusi PSC, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili, berkata keputusan mengenai peraturan penggunaan dakwat kekal pada pilihan raya umum ke-13 akan diketahui pada 1 Februari depan.

Beliau berkata peraturan itu sedang digubal dan kandungan dakwat masih dikaji oleh Jabatan Kimia dan Majlis Fatwa Kebangsaan.

Pada 3 Disember lalu, SPR mengesahkan akan menggunakan dakwat kekal yang mengandungi “silver nitrate” pada pilihan raya umum akan datang, selepas tuntutan PSC menggunakan kaedah itu dipersetujui dan diluluskan oleh Parlimen.

Friday, December 30, 2011

BEZANYA NASIB MEREKA.......

jamil khir baharom1 Jamil Khir VS Bekas Imam Masjid di Kulaijaya, Johor? Dua Nasib Yang Berbeza?

Gambar di sebelah kanan itu merupakan seorang bapa (nama Redzuan Mohd. Said, umur 28 tahun) kepada dua orang anak. Dahulunya bekerja dengan tanggungjawab yang mulia iaitu seorang iman Masjid di Kulaijaya, Johor. Tapi sayang entah “apa silapnya” sehinggakan sanggup seleweng duit zakat. Akhirnya tertangkap….

Bicara punya bicara, mahkamah majisteret akhirnya menjatuhkan hukuman :

  • 4 tahun penjara
  • 3 sebatan
Kes amil ini direman bermula disebabkan :

Semoga jadi pengajaran buat semua. Lain kali, jangan sesekali menyalahgunakan duit zakat. Masih ramai lagi yang belum dapat bantuan & lebih memerlukannya. Kadang-kadang nak mohon bantuan zakat cukup sukar lagi. Jadi, yang salah tetap salah, tidak kira orang atas ataupun orang bawah yang buat. Salah tetap salah. Tidak boleh diselindung-selindung lagi. Jadi, kes untuk rakyat biasa telahpun selesai.

Apabila kami membaca laporan kesalahan & hukuman yang dikenakan terhadap bekas imam ini, kebetulan pula kami ada keluarkan satu lagi kes rakyat Malaysia, kali ini melibatkan bertaraf menteri yang mana perbuatannya “lebih kurang sama sahaja bunyinya” dengan kes bekas imam di Kulaijaya, Johor ini. Pinjam, seleweng, salahguna duit zakat untuk tujuan menampung kos guaman kes Qazaf melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Tetapi yang peliknya masih lagi tiada tin

dakan yang selanjutnya daripada pihak yang berkuasa? Samada nak jatuhkan hukuman itu perkara nombor dua. Adakah situasinya masih lagi berbeza selepas disahkan sendiri oleh Laporan Ketua Audit Negara?


KAT BAWAH NI PENGARAH JAWI KATA....

Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Datuk Che Mat Che Ali menyifatkan dakwaan penggunaan wang zakat bagi pembayaran kos guaman Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan dua yang lain, sebagai berbaur politik.

Che Mat, yang juga setiausaha Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), berkata kes seperti itu sepatutnya tidak timbul kerana pembayaran tersebut dibuat dengan menggunakan peruntukan geran kerajaan.

"Oleh demikian, ada sesetengah individu yang nak sebut kita menyeleweng duit dan sebagainya, adalah tidak betul sama sekali demi mempertahankan kesucian umat Islam dan kredibiliti MAIWP sebagai satu-satunya badan berkuasa agama di Wilayah Persekutuan," katanya kepada pemberita di pejabatnya, di sini, Khamis.

Beliau berkata demikian bagi menjelaskan dakwaan penyelewengan wang zakat membabitkan tiga responden membabitkan Jamil Khir, Che Mat dan Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan Shamsuddin Hussain.

Pembayaran kos guaman tersebut adalah membabitkan kes tuntutan qazaf Ahli Parlimen Permatang Pauh Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pada Rabu, Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP Dr Muhammad Yamin Ismail telah menjelaskan bahawa pihaknya mempunyai peruntukan khas daripada geran kerajaan bagi tujuan pembayaran yuran guaman.

Che Mat turut menjelaskan bahawa penyelewengan bukan dasar dan hala tuju jabatan terutama jabatan agama atau MAIWP.

Katanya sebagai umat Islam khususnya di Wilayah Persekutuan, mereka seharusnya memberi tumpuan kepada tugas asasi iaitu menyatukan dan memperkasakan umat Islam. "Saya menyeru supaya perkara seperti ini diambil iktibar, diambil perhatian oleh masyasrakat kita sendiri supaya kita dapat sama-sama memerhati bahawa kita harus bersatu-padu, harus memperkasakan umat Islam.

Thursday, December 29, 2011

ANWAR NAK TERJAH RAKYAT MALAYSIA

alt

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal menjelajah ke seluruh Negeri di Semenanjung Malaysia sebelum berhadapan dengan keputusan Perbicaraan Kes Liwat II pada 9 Januari depan.

Sebanyak 18 lokasi utama bakal menganjurkan sessi ceramah beliau dari Timur hingga ke Selatan Semenanjung.

Ketua Umum PKR Itu juga diberi penghormatan media-media asing seperti AFP untuk turut serta merakamkan beberapa Sessi Ceramah tersebut.

Dijangkakan Ceramah kemuncak beliau bakal berakhir pada 8 Januari di Lembah Kelang, sehari sebelum berhadapan keputusan Mahkamah.

Anwar turut mengakui, ini adalah satu-satunya cara beliau memperjelaskan kepada rakyat bagi membela diri yang dakwanya menjadi mangsa konspirasi politik dengan mengaibkan beliau, sepertimana yang berlaku kepada beliau 13 tahun terdahulu.

Anwar mengulangi pendirian bahawa jika Mahkamah memutuskan beliau bersalah, ianya adalah petanda jelas bahawa PRU13 akan diumumkan tidak lama lagi iaitu setelah dirinya diheret ke penjara.

Wednesday, December 28, 2011

BONUS PILIHANRAYA LE NI...


Peneroka rancangan tanah Felda Gugusan Kemahang Dua, dekat sini menyambut baik langkah kerajaan memberi bonus dan insentif kepada mereka tahun ini.

Ketua Peneroka gugusan itu, Mohd Yunus Abdul Manaf berkata seramai 300 peneroka di kawasan tersebut mula menerima insentif antara RM400 hingga RM1,200 seorang berdasarkan tahap jualan hasil mulai hari ini.

"Sebagai peneroka kami mengalu-alukan pemberikan bonus atau insentif ini bagi membantu meringankan beban kami terutama ketika menghadapi musim persekolahan yang akan bermula tidak lama lagi," katanya kepada Bernama, di sini hari ini.

Beliau berkata pemberian bonus atau insentif itu adalah sebagai galakan tahunan kepada peneroka dan tidak kena mengena dengan musim pilihan raya.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini mengumumkan peruntukan RM2.6 juta bagi membayar bonus dan insentif kepada peneroka Felda bagi meringankan beban mereka, terutama menjelang musim persekolahan tidak lama lagi.

IBRAHIM ALI PELAWA LAGI......


Datuk Ibrahim Ali hari ini menjelaskan, komponen Pakatan Rakyat, PAS dan DAP akan menghadapi masalah untuk memimpin negara secara bersama ekoran terdapatnya perbezaan ideologi dalam kedua-dua parti berkenaan.

“PAS dan DAP akan menghadapi masalah membentuk kerajaan bersama sekiranya mereka memerintah, mereka perlu menyelesaikan masalah perbezaan ideologi sebelum menjadi pemerintah,” katanya di sini.

Ibrahim berkata demikian selepas ditanya pemberita berkenaan pandangannya terhadap manifesto yang akan dikeluarkan Pakatan Rakyat pada 14 Januari depan.

“Perkasa akan melihat siapa penganjur dan pemimpinnya sebelum menyokong manifesto berkenaan, kami tidak mahu ambil risiko, semua orang boleh berjanji, tapi masalahnya adalah menunaikan janji berkenaan,” katanya ketika sidang media di sini.

Menurut Ibrahim, sebarang perubahan terhadap dasar negara ini memerlukan pendekatan yang berhati-hati kerana banyak negara luar yang mengalami perubahan menjadi semakin buruk.

“Kita lihat kes Dataran Tahrir, Mesir bukan sahaja tidak berubah, malah menjadi bertambah buruk,” katanya lagi.

“Evolusi negara ini bukan perkara mudah, ia memakan masa dan perlu lebih berhati-hati, pendirian Perkasa jelas, kami akan melihat sejauh mana mereka betul-betul ikhlas, kemudian baru kami akan bat keputusan,” jelasnya.

Mengulas berkenaan isu Hasan Ali yang dipelawa Perkasa untuk meyertai mereka, Ibrahim menjelaskan keputusan itu terletak di tangan bekas Pesuruhjaya PAS itu sendiri.

“Itu pendirian beliau, dari segi perjuangan Perkasa melihat kami mempunyai persamaan, memartabatkan institusi Raja, mempertahankan Bangsa Melayu dan agama Islam, tetapi sekiranya dia (Hasan) menolak, itu haknya.

“Sekiranya Hasan benar-benar ikhlas mempertahankan tiga perkara berkenaan, matlamatnya akan jelas, namun sekiranya itu sekadar kenyataan politik Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia itu kerana cakap-cakap orang dirinya tidak dicalonkan, kita akan tahu kebenaranya nanti.

“Pelawaan kami terhadapnya masih terbuka,” tambahnya lagi.

Tuesday, December 27, 2011

MAHASISWA UPSI NAK BUAT DEMO


Satu perhimpunan selama 16 jam akan diadakan oleh sekumpulan mahasiswa di hadapan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) bagi menuntut universiti itu menggugurkan tuduhan terhadap penuntutnya, Adam Adli Abdul Halim kerana menurunkan bendera yang mempunyai gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Ahmad Syukri Ab Razab yang dipetik dalam portal Malaysiakini sebagai berkata, perhimpunan itu akan bermula dari pukul 9 malam pada 31 Disember sehingga 1 petang keesokan hari.

Jelasnya, malam tersebut dinamakan sebagai 'Malam Talkin untuk AUKU' (Akta Universiti dan Kolej Universiti.

“Tindakan kita duduk (di situ) sebagai simbolik. Diadakan juga ucapan daripada pimpinan pelajar termasuk Adam sendiri," kata Ahmad Syukri.

Dia yang dihubungi oleh portal itu berkata, sepanjang tempoh perhimpunan itu, terdapat beberapa aktiviti dirancang seperti meletakkan bunga di pintu masuk UPSI.

Pada 23 Disember lalu, Adam Adli menerima surat perintah untuk dibicarakan oleh UPSI yang melibatkan dua pertuduhan iaitu mencemarkan nama UPSI dan menurunkan harta hak milik (bendera) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 17 Disember lalu.

Surat perintah tersebut mengarahkan Adam untuk hadir di perbicaraan mahkamah tatatertib universiti itu pada 9 Januari depan.

Adam bertindak menurunkan bendera Najib di PWTC itu selepas SMM Menyerahkan memorandum menuntut kebebasan akademik kepada Timbalan Menteri Pengajian tinggi Datuk Saifuddin Abdullah dan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam).

Tindakan itu menimbulkan kemarahan pelbagai khususnya sekumpulan penyokong Umno.

Adam juga berdepan pelbagai ancaman dan ugutan.

Monday, December 26, 2011

DRAMA TERBARU UMNO DAN SPRM

Disebalik tanda bahawa UMNO sedang berantakan disebabkan skandal rasuah dan pertelingkahan dalaman dikalangan pemimpin tingginya, Suruhanjaya Pencegah Rasuahttps://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgk4SPb6v1kl1xSXVOvozkYAzJTt6BdMJC5XKd1qq71mZ5D550NQbEn-hjpcFKGB6L3HL__3vR3VOis7cK3n776o03g6ttGoIEFIUG841GPeup9f5xgTPLf9JgFvC7z44cmqnXaPm5cXPT2/s400/jat.gifh telah mengumumkan bahawa satu pasukan khas akan dibentuk untuk menyiasat dakwaan bahawa keluarga Menteri UMNO Shahrizat Jalil telah menyalahgunakan dana awam berjumlah RM250 juta yang diperuntukkan bagi projek ternakan lembu NFC untuk kegunaan peribadi dan juga harta mewah.



Walaubagaimanapun, tanpa fokus kepada kemarahan rakyat, semua mata tertumpu pada drama yang sedang dimainkan UMNO. Walaupun Shahrizat telah membayangkan kesediaan beliau untuk meletak jawatan, adalah mustahil beliau akan membenarkan dirinya dipijak atau dijadikan kambing hitam oleh rakan-rakan parti politiknya.

Mata juga sedang tertumpu pada hakikat bahawa Najib yang sedang disiasat oleh kerajaan Perancis disebabkan dakwaan memakan rasuah bernilai RM570 juta daripada pembuat senjata gergasi DCN akan mampu untuk menangani isu NFC. Najib juga ialah presiden UMNO.

“Beritahu saya, pemimpin UMNO yang mana tiada masalah?” merupakan jawapan pantas Shahrizat apabila diminta memberi komen mengenai sama ada beliau akan bertindakbalas terhadap seruan untuk meletak jawatan seperti yang di laporkan oleh suratkabar Sin Chew beberapa hari lepas.

Sandiwara UMNO-SPRM

Sememangnya rakyat berasa curiga kerana MACC telah sebelum ini telah menyerahkan kes itu kepada polis walaupun telah menerima laporan daripada ketua pembangkang, Anwar Ibrahim.

Kredibiliti pentadbiran Najib telah hilang apabila timblan ketua Polis Khalid Bakar telah mengumumkan bahawa tiada unsure pecah amanah semasa perhimpunan Agong UMNO baru-baru ini. Sering mendapat jolokan Pak Turut untuk kerajaan UMNO, Khalid telah dituduh sebagai cuba menyelamatkan parti itu daripada malu.

“Kita telah bertindak dengan mengikut prosedur apabila mengumpul fakta dan kenyataan sejak isu itu dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negera. Kebanyakkan isu yang ditimbulkan pada laporan terhadap NFC telahpun kita ambil tindakan.” Ujar Pengarah SPRM Mustafar Ali dalam kenyataan beliau yang di siarkan pada Khamis.

SPRM juga pantas menyatakan bahawa ia tidak dapat mendedahkan fakta terperinci seperti yang termaktub dalam Seksyen 29(4) Akta Pencegah rasuah Malaysia 2009. “Kami telah memanggil pihak-pihak yang terbabit untuk memberi kerjasama kepada kami dan tidak mempolitikkan isu –isu yang boleh menjejaskan siasatan kami.” Ujar Mustafar lagi.

Mengambilkira tona defensive kenyataan tersebut, adalah jelas kepada pemerhati bahawa SPRM tidak akan beriya-iya menyiasat NFC atau Feedlot Kebangsaan, sebuah projek yang bertujuan untuk meningkatkan bekalan daging lembu tempatan kepada 40% pemakanan dan pada harga yang berpatutan.

Projek itu telah dianugerahkan kepada suami Shahrizat, Salleh Ismail dan anak-anak beliau pada 2006. Semasa itu, Muhyiddin memang portfolio Menteri Pertanian. Khairy Jamaluddin, menantu kepda Perdana Meteri ketika itu, Abdulah Badawi juga memainkan peranan penting dalam meluluskan projek itu kepada keluarga Shahrizat.

Bertanggungjawablah dan selamatkan kami, rakan-rakan beritahu Shahrizat

Ini dipercayai sebagai drama terbaru yang dimainkan UMNO untuk menyeru Shahrizat meletak jawatan dalam cabinet dan bertanggungjawab sebelum pilihanraya diadakan pada tahun depan.

Tiada siapa yang menyangka aka nada perubahan besar pada sikap pemimpin tertinggi UMNO yang sudah dikenali dengan rekod rasuah mereka- ini termasuk juga Shahrizat.

“Shahrizat dan juga UMNO sememangnya tidak malu. Isunya adalah kenapa pinjaman sebegitu diberikan kepada keluarga beliau sedangkan beliau memegang jawatan sebagai Menteri Kabinet. Mustahil mereka mendapat pinjaman itu sekiranya dia bukan menteri. Beliau dan keluarga beliau telah menidakkan hak rakyat Malaysia yang susah dan rajin daripada faedah pinjaman itu (bekalan daging murah kepada rakyat Malaysia),” beritahu timbalan Presiden PKR N Surendran kepada Malaysia Chronicle.

“Shahrizat juga tidak patut dipersalahkan seorang diri. UMNO lah yang harus lebih dipersalahkan. Disebabkan amalan politik mereka yang sering memberi makan kroni dan keluarga mereka daripada wang rakyat. “

Mangsa legasi rasuah Mahathir?

Mereka yang menyeru beliau letak jawatan sebelum beliau “dihalau” termasuk bekas perdana Menteri Mahathir Mohamad juga dikenali sebagai pemimpin yang mengembangkan sistem feudal dalam politik di mana pemimpin elit memegang segala aspek ekonomi dan politik negara.

Dalam laporan “Global Financial Integrity” baru-baru ini, Malaysia disenaraikan di tempat ke 4 paling banyak mengamalkan rasuah di dunia. Kita sudah kehilangan USD338 billion (RM1.08 trilion) dalam pengaliran wang haram pada dekad pertama untuk abad ini.

GFI juga menyatakan bahawa kenaikkan Malaysia ini “seiring dengan bebapa negara Asian.” Ada Januari lepas, telah dilaporkan RM930 billion telah keluar daripada Malaysia dari 200 hingga 2008 dan meningkat ke RM218 setahun daripada jumlah asal RM 71 billion pada masa itu.

Laporan ini sepatutnya menimbulkan kesedaran kepada pemimpin dunia bahawa ada keperluan untuk melakukan sesuatu demi menghapuskan pengeluaran haram ini,” ujar pengerusi GFI Raymond Baker dalam satu sidang akhbar.

Semasa laporan itu dikeluarkan, tidak hairanlah pemimpin UMNO yang pertama meragui laporan itu adalah Mukhriz Mahathir yang tinggal di Washington dan juga merupakan anak bongsu bekas PM itu.

Sekarang, Mahathir yang berusia 86 tahu dan telah memerintah Malaysia selama 22 tahun dikenali sebagai pemimpin yang banyak membazirkan wang cukai rakyat.

Friday, December 23, 2011

MEMORANDUM UNTUK MESIR


Gabungan pertubuhan wanita, Solidariti Wanita Prihatin hari ini menyerahkan satu memorandum ke pejabat Kedutaan Mesir bagi membantah perlakuan kejam tentera negara itu terhadap kaum wanita.

Ianya berhubung rakaman satu klip video yang disebar di internet yang memaparkan seorang wanita Mesir yang menyertai demonstrasi rakyat negara itu diserang dan dibelasah tentera dengan kayu pemukul sehingga separuh mati.

Lebih menyedihkan, apabila pakaian dan tudung wanita itu juga telah ditarik hingga terselak sekaligus mengaibkannya.

Malah dua lelaki yang cuba membantu wanita itu juga turut dipukul dengan kejam oleh tentera tersebut.

Penyerahan memorandum itu disertai Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Dr Siti Mariah Mahmud, AJK International Muslim Women Union (IMWU), Malaysia Azlin Hezri, wakil Empower Maria Chin Abdullah, Koordinator Solidariti Wanita Muda Malaysia (SWiMM), wakil Persatuan Mawaddah Malaysia (PMM) dan wakil Ameerah.

Memorandum mengandungi empat tuntutan itu diterima wakil kedutaan, Yasser Hashem di bangunan kedutaan itu di Jalan Rhu persiaran Ampang Hilir di sini.

Antara lain kandungan isi memorandum menyatakan desakan agar Ketua Tentera Mesir, Field Marshal Tantawi segera memohon maaf kepada wanita dan dua lelaki yang dipukul tersebut.

Mereka juga mahu Field Marshal meletakkan jawatan tertinggi tentera itu secepat mungkin.

Mereka berpendapat, wanita sepatutnya dilindungi dan dihormati kaum lelaki apatah lagi tentera yang sepatutnya menjaga keselamatan dan bukan bertindak zalim kepada orang awam.

"Ada banyak cara bagi menangani rakyat secara baik.

"Jika demonstrasi itu ganas ke apa ke, mereka perlu ditangani dengan baik, bukan ganas dilawan dengan ganas," katanya Dr Siti Mariah kepada pemberita selepas penyerahan itu.

Bercakap pada sidang media sama Maria Chin dan Azlin juga sependapat, tindakan kejam tentera tersebut tidak sepatutnya berlaku sekalipun provokasi dimulakan oleh rakyat.

"Perhimpunan aman ke tak aman ke, tindakan pencabulan dan kekejaman khususnya kepada wanita seperti ini tidak patut berlaku," kata Maria.

Aiman Athirah pula berkata, beliau tidak menolak kemungkinan tindakan tersebut cubaan memberi gambaran buruk terhadap kepimpinan baru negara itu selepas kejatuhan regim akibat kebangkitan rakyat enam bulan lalu.

Katanya, banyak pihak tidak senang dengan kemenangan parti yang memperjuangkan Islam di negara itu dan cuba memburukkan imej mereka.

Dalam pada itu, bantahan sama turut dibuat di Mesir apabila kaum wanita turun beramai-ramai di Kaherah sebagai tanda protes.

Wednesday, December 21, 2011

NI KE "KONDO LEMBU" DI SINGAPURA TU??

Kondominium mewah beralamat 7 Anthony Road, #14-24, Orchard Scotts, Singapore 229955 oleh keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil pada 27 Januari 2010 .


Kondominium ini dibeli pada harga S$4,107,600 dan luasnya adalah 2,282 kaki persegi, iaitu salah satu unit yang terbesar di bangunan kondominium mewah di tengah-tengah kota Singapura itu. Harga itu dianggarkan bersamaan dengan RM9.9 juta pada kadar tukaran wang semasa urusniaga berlaku (rujuk dokumen rasmi Singapore Urban Redevelopment Authority rekod no 44 yang disertakan bersama).

Pembelian harta mewah oleh keluarga menteri ini lebih memualkan bila mana ia didaftarkan terus di atas nama mereka, berbanding dengan pembelian dua buah kondominium mewah di One Menerung yang didaftarkan di atas nama syarikat National Meat and Livestock Corporation Sdn Bhd.

Carian rasmi menunjukkan ia didaftarkan secara bersama di atas nama Dato’ Seri Mohamad Salleh Ismail, Wan Shahinur Izran Mohamad Salleh dan Wan Izzana Fatimah Zabedah Mohamad Salleh.

ISU BENDERA PUN BOLEH JADI POPULAR






Sekejap je dah popular anak muda UPSI ni kan...Adam Adli yang menjadi bualan waktu ini..oleh kerana menurunkan bendera Najib dalam 5 hingga 10 minit maka hebohlah seantero pelusuk negara betapa biadapnya Adam ni....

Tu baru je bendera gambar Najib diturunkan belum lagi tahta umno diambik oleh rakyat..saja nak buat kecoh dan mengalih isu2 yg hangat waktu ini.

Apa2 pun tahniah buat anak muda yang berani ni...jangan takut dengan ancaman dan kerja2 kotor umno,anak muda lah yang bakal mengembalikan kegemilangan islam dan sistem yang adil untuk Malaysia.

Tuesday, December 20, 2011

KONDO NI SIAPA PULAK YANG TINGGAL??


Kalau kondo kat Kuala Lumpur di beli untuk lembu2 NFC...agak2nya kondo kat Singapura ni untuk siapa pulak yang tinggal ye...


PKR hari ini mendedahkan satu lagi isu berkaitan dengan projek kontroversi Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) — kali ini mendakwa sebuah unit kondominium mewah bernilai RM10 juta pula dibeli di Singapura tahun lalu.

Ia pendedahan ketiga membeli hartanah menggunakan dana NFC, projek yang dikatakan bermasalah menurut Laporan Ketua Audit Negara baru-baru ini.

Bulan lalu, PKR mendedahkan unit-unit kondominium dibeli di Bangsar dan sebidang tanah di Putrajaya.

“Memandangkan Umno dan Datuk Seri Shahrizat Jalil belum memberi tanda-tanda akan ada pertanggungjawaban kepada penyelewengan dana rakyat melalui NFC seperti yang dituntut rakyat, PKR akan terus membongkar penyalahgunaan dana awam bagi kepentingan peribadi keluarga menteri berkenaan,” kata kenyataan dikeluarkan hari ini.

Dalam kenyataan dikeluarkan oleh Setiausaha Agung Saifuddin Nasution Ismail, Pengarah Strategi Rafizi Ismail dan Ketua Wanita Zuraida Kamaruddin, PKR berkata pihaknya boleh mengesahkan ada bukti-bukti pembelian sebuah kondominium mewah di 7 Anthony Road, Orchard Scotts, Singapore oleh keluarga Shahrizat Jalil pada 27 Januari 2010.

Kata mereka, kondominium itu dibeli pada harga S$4,107,600 dan luasnya adalah 2,282 kaki persegi iaitu salah satu unit yang terbesar di bangunan kondominium mewah di tengah-tengah kota Singapura itu.

“Pembelian harta mewah oleh keluarga menteri ini lebih memualkan bila mana ia didaftarkan terus di atas nama mereka berbanding dengan pembelian dua kondominium mewah di One Menerung yang didaftarkan di atas nama syarikat National Meat and Livestock Corporation Sdn Bhd,” katanya lagi.

Sunday, December 18, 2011

BILA PUTERI UMNO JADI MUSLIMAT PAS

Ruhani Hassan, bekas Ketua Puteri Umno Kampung Banggol Donas yang telah mengisytharkan keluar Umno dan menyertai PAS pada 9 Disember lalu, menjawab segala tohmahan yang dlemparkan keatas beliau.

Beliau dengan tegas menolak segala tuduhan dan menyatakan isu besar beliau serta 80 orang yang lain menyerta PAS adalah kerana rumah mereka bakal drobohkan oleh kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN).


“Rumah kami bakal diroboh, melibatkan 22 buah rumah kediaman di kampong Banggol Donas, hanya untuk pembinaan susur (keluar) lebuhraya dari Jeram ke Teluk Pasu, inilah isu yang kami cetuskan,”jelasnya ketika berucap dalam satu majlis penerangan di Kampung Maras, Batu Rakt dekat sini, Jumaat 16 Disember.

Menceritakan perjuangan beliau, Ruhani bekata beliau telah dilantik sebagai ketua puteri dan ahli jawatankuasa Umno Bangol Donas dari tahun 2000 hingga 2008.

Katanya, pada awal tahun 2008, beliau pernah membawa isu rumah penduduk yang bakal diroboh untuk dibncangkan dalam mesyuarat cawangan, namun ditolak tanpa sebarang alasan.

Beliau memberontak meninggalkan mesyuarat lalu tawar hati dengan Umno kerana menurutnya pimpinan dan kerajaan Umno adalah ‘tuli’, tidak mahu mendengar masalah yang dialami ahli-ahlinya.

“saya memberontak dan meninggalkan majls tersebut. Inilah titik tolak puncanya saya tidak berpuas hati dengan Umno (yang) tidak mahu mendengar masalah yang dialami ahli-ahlinya,

“ inilah dasar kerajaan (Umno yang) pekak, kerajaan tuli sebenarnya!,”katanya.

Menurutnya, belau dan rakan-rakan yang bersepakat untuk membantah projek tersebut telah mengalami pelbagai dugaan dan cabaran.

Katanya, kerajaan Umno bukan sahaja menggunakan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung sebagai alat untuk mengugut, bahkan memperalatkan para pegawai dan pasukan keselamatan.

“kami bersepakat membantah pengambilan tanah yang tidak mengikut peraturan, bermacam-macam dugaan dan cabaan yangkami hadapi tanpa sebarang notis yang dikeluarkan,

“(namun) kontraktor terus membuat kerja dan menggunakan agen-agen seperti JKKK, pegawai pejabat tanah, tok penghulu, bahkan polis juga mereka bawa ke kampung kami, untuk memujuk, mengugut dan memperdaya orang kampung,”jelas Ruhani.

Beliau meluahkan perasaannya yang telah jemu, meluat, loya dan macam-macam lagilah rasa benci kepada Umno dan Barisan Nasional.

Justeru, Ruhani dengan tegas menyatakan pendrian beliau dan rakan-rakannya, akan terus mempertahankan tanah mereka, walau apa jua halangan yang mendatang.

Beliau menyeru kepada seluruh rakyat supaya menolak Umno dan Barisan Nasional, memenangkan PAS serta Pakatan Rakyat dalam pilihanraya akan datang
“apa pun halangan, kami tetap teruskan bantahan ini. Jemu, muat , loya dan macam-macam lagilah rasa benci kepada Umno semakin meluat-meluat, rasuah yang dibendung, salah guna kuasa, pembaziran duit rakyat,

“saya berikrar dalam diri saya akan menolak Umno dan marilah kita bersama-sama berganding bahu menentang kezaliman umno. Umno tidak lagi memenuhi (hati) rakyat Terengganu.

“Jangan mudah terpedaya dengan janji-janj yang dilafazkan (oleh Umno) kerana ini semua adalah gimik kepada (untuk) Umno untuk mencari kemenangan kepada PRU yang ke-13,”tegasnya.

NI BARU GAMBAR JE TURUN...SIKIT LAGI HABIS LE KAU NAJIB

Mahasiswa dengan beraninya menurunkan gambar Najib di PWTC...

Hebat mahasiswa ...sudah masanya mereka menunjukkan keberanian ,jangan mengaku kalah,hapuskan AUKU yang membendung mahasiswa..BANGKIT...BANGKIT...BANGKIT

Saturday, December 17, 2011

SEPADAN LE....

Rosmah di samping kek yang di buat khas untuknya..padan sangat le dengan orangnya pun..tengok saiz pun dah tau berapa kos untuk menyediakannya.Ye lah..rosmah pun kan suka benda2 yang besar2 dan yang mahal2.



Friday, December 16, 2011

TAK MENGAKU????


"Tidak..tidak.. saya tidak pernah menghina hukum hudud apatah lagi mengarahkan mana2 orang untuk buat video ni".Porahhhhh le Noh Omar ,yang selama ni korang tolak undang2 islam tu apa ,idak ke sedo2 pun ,sama le jugak dengan tolak undang2 islam maka dengan sendirinya tolak hudud le.Hebat sangat ke mamat ni kat Selangor tu...perasan dia bagus ..semua pemimpin umno memang tak de otak..kalau tidak mereka tak kan menolak undang2 islam.Lenyap le umno pru 13 nanti..

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar mendakwa tindakan mengaitkan beliau dengan penerbitan klip video yang menghina hukum hudud adalah satu pakatan jahat pembangkang yang cuba menjatuhkan kredibilitinya sebagai pemimpin di negeri Selangor.

Beliau yang juga Anggota Majlis Tertinggi Umno berkata tindakan itu mungkin satu tuduhan dan konspirasi yang cuba dilakukan pembangkang untuk mengaitkan beliau dengan isu sensitif.

"Apa lagi isu, melainkan cara pemimpin pembangkang yang akan serang secara peribadi pemimpin-pemimpin (Barisan Nasional) terutama saya yang berada di Selangor supaya kredibiliti saya hilang (dan) rakyat Selangor tidak percaya kepada kepimpinan saya," katanya kepada pemberita selepas menutup Persidangan Kebangsaan Perpaduan Nasional anjuran Majlis Profesor Negara di sini, Khamis.

Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas laporan media pembangkang, Rabu, yang mendakwa penerbit video Sembang Rakyat yang menerbitkan klip menghina hukum hudud dimiliki oleh orang yang sama yang menguruskan blog anggota Parlimen Tanjung Karang itu, laman web Puteri Umno Selangor dan Umno Tanjung Karang, disamping blog Pena Noh.

Noh berkata beliau tidak pernah mengarahkan mana-mana orang untuk melakukan perkara itu, dan menafikan dakwaan tersebut.

"Pembangkang di Selangor ini, cukup bimbang dengan saya. Dulu fitnah pasal isu insentif padi, tapi yang ini (video hina hudud) saya cukup terkejut dan saya tidak buat (perkara itu)," katanya.

Wednesday, December 14, 2011

ADA LAGI YANG NAK MEMBELA YA...

Ada lagi rupanya makhluk yg sayang dekat 'minah NFC' NI....kalau nak mengampu pun tengok2 dan pandang2 le kiri kanan depan belakang atas bawah.Setakat nak sokong orang suka selak menyelak ni apa hal....Ngo2 kat Malaysia banyak yg dah nyanyuk macam mahathir jugak..nama pun persatuan veteran mana tak nyanyuknya.....kalau dah salah kena bongkarkan...rakyat perlu tahu,ini bukan kes kecik..kasi undur itu sharizat...

Setiap pemimpin Barisan Nasional (BN) diminta menghentikan segera tohmahan terhadap Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang dikaitkan dalam isu Perbadanan Fidlot Nasional (NFC).

Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM), Mohd. Ali Baharom berkata, seharusnya pemimpin BN tidak terikut-ikut dengan rentak yang dimainkan media pembangkang kerana isu itu sebenarnya boleh diselesaikan secara baik.

Katanya, Shahrizat tidak seharusnya menjadi 'mangsa kecaman' hanya kerana Pengerusi Eksekutif NFC, Datuk Seri Dr. Mohamad Salleh Ismail adalah suaminya.

"NFC merupakan syarikat swasta yang tidak ada kena-mengena dengan diri Shahrizat dan kementerian yang diterajuinya. Malah, NFC mempunyai perancangan sendiri bagaimana untuk menjelaskan pembayaran pinjaman tersebut.

"Justeru, kami yang juga mewakili gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) keselamatan negara berasa kecewa dengan tindakan sesetengah pihak yang seolah-olah bertindak 'tikam belakang' dan mahu isu ini dihentikan segera kerana ia tidak adil kepada Shahrizat," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

ZAMBRY DALAM DILEMA???

Hayat politik Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Dr Zambry Abdul Kadihttps://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgutOCnXqxW2j21GbKtzuqaYvjKLW5mATbQaUFxi_JPyVoFJY6t2RQ0tZTc-46aiLsUVxsk4TCD43ANqd2wtuqmoLUiOlYHhYJr1f1ZnLE1L2OsLvc2HvumvrTIY3gO0UAbgP22YdmGZLG-/s1600/Datuk_Dr_Zambry_Abdul_Kadir%255B2%255D.jpgr dikatakan bakal berakhir selepas pilihan raya umum ke-13 nanti.

Sumber dalaman Umno menyatakan, Dr Zambry bukanlah orang pilihan Presiden Umno, Dato’ Seri Najib Tun Razak yang sebenarnya lebih cenderung kepada Adun Sungai Rapat, Dato’ Hamidah Osman.



Sejak peristiwa rampasan kuasa oleh Umno-BN, usaha bagi memastikan Zambry menjatuhkan imej MB itu bukan sahaja datang daripada kritikan pembangkang, sebaliknya ianya juga dari kalangan pimpinan Umno-BN negeri, katanya.

Ramai yang tidak senang dengan kedudukan Zambry selaku MB kerana Adun Pangkor itu bukanlah seorang yang senior dalam Umno di Perak.

Kini kata sumber, Zambry juga terpaksa berdepan dengan musuh dalaman yang sedang mengatur strategi bagi memastikan jika BN mengekalkan Perak dalam PRU-13, Zambry bukan lagi menerajui kerajaan.

Sementara Zambry pula dikatakan sedang mencari peluang untuk memastikan kedudukannya selaku MB selamat dengan mengampu Perdana Menteri.

Lihat sahaja ketika Najib dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor menaiki bas, Zambry turut serta dengan Najib bagi memastikan Presiden Umno itu yakin kepadanya.

Maklumat juga menyebut, banyak persoalan yang sedang bermain di fikiran Zambry di dalam menentukan calon BN pada pilihan raya umm ke-13.

Antaranya, Zambry bimbang jika mengekalkan beberapa pimpinan BN yang tidak sehaluan dengannya akan menjadikan kedudukannya terancam sekiranya berjaya mempertahankan Perak di tangan BN.

Sementara dikatakan MCA sudah mengarahkan semua MCA bahagian menyerahkan senarai calon-calon yang mewakili mereka bagi mengelak daripada Zambry mencuri ruang mengatur calon pilihannya melalui proksi dalam MCA.

MIC pula, tambahnya telah memberikan kata dua untuk mengekalkan kerusi yang ditandingi mereka pada PRU-12 yang lalu walaupun kesemua calonnya kalah.

Tuesday, December 13, 2011

INI KE DIA ARTIS NFC TU???


Seronok jumpa kawan2 lama,yang tu dah lama jadi mantan...dulu suka sangat menangis bila bercakap dengan penuh emosi,buruk beno dah tua2 pun nangis sebab banyak rahsia dah kene korek,paling dia suka peluk mahathir.Ingatkan Rafidah dah le berubah fesyen..rupanya macam tu jugak....

Yang jambul keluar tu pulak lain fesyennya..kalau bercakap dengan penuh kemarahan dan emosi sampai menyenteng2 lengan ,semua nak diselakkan...apalah nak jadi dengan wanita2 umno yang dah menuju ke alam senja ni,masih belum sedarkan diri.

Monday, December 12, 2011

MENTERI NI MERAIH SIMPATI ORANG MELAYU


Tak habis2 lagi nak meraih simpati lagi pimpinan2 umno ni,nak mintak rakyat kenang jasa2 mereka ...hanya nak kemajuan dalam negara rakyat kena pilih parti yang korup ni.Jangan kita tertipu lagi dengan ungkapan manis dan dodoi mesra mereka lagi.Orang asli pun akan pakat2 dah tak mahu dengan umno ni...mereka hanya digula2kan saja bila waktu pilihanraya....Ayuh bangun rakyat.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim meminta rakyat negara ini mengenang budi dan jasa pemimpin Barisan Nasional (BN) dengan terus memilih mereka demi mengekalkan kemajuan negara.

Beliau berkata orang Melayu, sebagai kaum terbesar negara, boleh membantu menentukan kerajaan BN terus dipilih pada pilihan raya umum akan datang.

“Orang Melayu adalah kira-kira 60 peratus (daripada populasi negara)... jika mereka bersatu padu, Malaysia akan kekal berada dalam tangan BN,” katanya semasa berucap pada program Merakyatkan Seni Budaya “Sepetang Bersama Komuniti Orang Asli Gombak” di Dataran Bukit Kala, Kampung Bukit Kala, Batu 12, Gombak dekat sini semalam.

Beliau (gambar) juga meminta mereka supaya memberi kerjasama untuk membawa BN mengecapi semula kejayaan pilihan raya umum seperti sebelum 2008.

“Walaupun kita mendapat tempat dalam kerajaan, kita mesti ingat (usaha pemimpin terdahulu) dan mengambil iktibar daripada apa yang berlaku di Pulau Pinang dan beberapa kawasan di Wilayah Persekutuan (yang dikuasai pembangkang).” katanya.

Rais berkata orang Melayu harus mencontohi sikap dan pendirian masyarakat Orang Asli yang sentiasa memberi komitmen dan kesetiaan mereka terhadap kerajaan BN.

“Masyarakat Orang Asli mencurahkan taat setia di samping komitmen kepada kerajaan BN dan penglibatan mereka menerusi kerja-kerja amal di kawasan masing-masing.

“Pendirian ini tidak berubah kerana mereka berpegang teguh kepada prinsip ‘sekali menjadi sahabat selamanya menjadi sahabat’,” katanya.

PUTERI UMNO MASUK PAS

Bekas Ketua Puteri Umno Kampung Banggol Donas berkata ‘penghijrahan’ beliau bersama 40 rakan Puteri yang lain, adalah atas kerelaan mereka sendiri tanpa paksaaan mana-mana pihak.

Puan Rusni Hassan, 37, mewakili rakan-rakannya berikrar akan bersama-sama dengan PAS untuk menjatuhkan dan menggantikan Umno dengan PAS dalam pilihanraya akan datang.


“Penghijrahan kami secara sukarela, tiada paksaan dari mana-mana pihak, ini adalah kerelaan kami semua dan tidak ada paksaan dari mana-mana pihak.

“Ini dikira satu penghijrahan pada bulan muharram, bulan yang mulia. Insyaalah! Kami akan mula kekal dan kami akan terus bersama PAS untuk menjatuhkan pemerintahan umno pada PRU yang ke 13 nanti insyaalah! Insyalaah!,”tegasnya

Beliau berkata demikian ketika dtemui selepas menyerahkan borang keahliannya kepada Naib Presiden PAS, Salehuddin Ayob pada Jumaat malam, 9 Disember. [Gambar]

Menurutnya, beliau dan rakan-rakannya tidak lagi merasa ‘selesa’ duduk di bawah Umno dan hilang keyakinan kepada kerajaan Umno.

“kami rasa tak begitu selesa dan tak yakin lagi dengan kerajaan Umno yang memerintah Terengganu pada sekarang ni kerana masalah yang berlaku di (Kampung) Banggol Donas ni dah masuk 5 tahun, tak juga selesai,

“ jadi, kami dengan keadaan Umno yang sedang lemah jadi kami ambil keputusan untuk keluar dari parti, menyertai parti PAS dan juga parti Pakatan Rakyat,”jelasnya.

Beliau yakin bahawa PAS dan Pakatan Rakyat adalah satu parti yang dapat menolong orang-orang Melayu, terutamanya masyarakat kampung.

Saturday, December 10, 2011

'MINAH' NI DI SURUH BERUNDUR AJE....

Wanita 2 umno dok sayang beno dengan perempuan ni...sampai bercium2 sakan lagi..ye lah kaki kipas banyak muncul di waktu seseorang tu di timpa musibah yg dicari sendiri.Ini mungkin hanya lakonan puak2 ni ,hanya mengaburi mata rakyat.Apa2 pun sharizat sudah buruk dimata rakyat Malaysia dan sekarah Tun Mahathir pun sudah menghalau minah NFC ni.Apa lagi nak tunggu...orang macam ni apa dia kisah pun..percaya lah tak kan berundurnya minah ni..


Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil sewajarnya berundur daripada politik berhubung kontroversi projek ternakan lembu Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC), yang dikaitkan dengan keluarganya, jika ia perlu bagi membantu partinya.

Bekas perdana menteri berkata, Ketua Wanita Umno (gambar) itu perlu meninggalkan sebelum “dihalau” keluar oleh partinya.

“Jika kita merasakan ia adalah penting demi parti, kita berundur. Ketika saya hendak berundur, saya tidak bertanya sesiapa.

“Saya berharap yang lain akan berbuat begitu. Jangan tunggu orang menghalau anda keluar. Ya, ukur baju di badan sendiri,” kata beliau ketika ditanya sama ada menteri bertaraf senator itu wajar berundur ekoran isu berkenaan.

Shahrizat, bekas Ahli Parlimen Lembah Pantai mendapat sokongan daripada kedua-dua sayap Pemuda dan Wanita Umno ketika perhimpunan agung tahunan minggu lalu selepas menafikan wujud salah guna kuasa dalam projek berkenaan yang menggunakan dana awam RM250 juta.

Bagaimanapun Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Moktar Radin dua kali menggesa Shahrizat agar meletakkan jawatan.

Ketua Umno Cheras juga menggesa beliau berundur.

Thursday, December 8, 2011

BERKENALAN DENGAN NFC

Di bawah Rancangan Malaysia ke 9 (9MP) pada 2006, NFC disasarkan sebagai ‘Projek berimpahttp://social.my/wp-content/uploads/2011/11/social-7b97e9c6591f0b908b6007a8be442230.gifk tinggi’ dengan objektif mencapai 40% keperluan daging lembu negara pada 2010. Kerajaan Tun Abdullah Badawi telah menyediakan dana sebanyak RM4.4 bilion untuk memodenkan sektor pertanian dan penternakan di bawah 9MP.




Pada bulan Mac 2007, Kementerian Pertanian di bawah timbalan perdana menteri kini, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah memilih dua syarikat untuk menguruskan NFC. Mereka adalah Agro Science Industries Sdn Bhd dan Lambert Malaysia Sdn Bhd dengan Agro diberi tanah seluas 2,000 hektar dan Lambert diberi 200 hektar tanah untuk memulakan projek. NFC juga mendapat dana sebanyak RM73.64 juga daripada kerajaan Malaysia (GOM) untuk membangunkan projek tersebut.

Pada Disember 2007, kerajaan telah meluluskan satu pinjaman mudah (soft loan) dengan hanya 2% faedah untuk tempoh 10 tahun berjumlah RM250 juta kepada National Feedlot Corp Sdn Bhd, satu syarikat usahasama (JV) antara Agro Science Industries Sdn Bhd and GOM untuk memulakan projek tersebut di Gemas, Negeri Sembilan, sebagai langkah pertama dalam pelan membawa Malaysia untuk mengurangkan penggantungan terhadap import daging lembu dengan sasaran permulaan 60,000 anak lembu setiap tahun. Pada masa tersebut, Malaysia sedang mengimport sebanyak 80% keperluan daging lembu negara.

Pada Februari 2008, NFC menerima 1,000 anak lembu pertama dari Australia.

Pada Julai 2008, setelah lima bulan beroperasi, NFC telah mengumumkan bahawa syarikat tersebut akan sasar 28% tampungan keperluan daging lembu negara pada 2010, kurang daripada 40% yang ditetapkan oleh GOM di bawah 9MP.

Pada Mac 2010, NFC pula menyatakan bahawa mereka boleh mencapai 40% tampungan keperluan negara pada 2015, lima tahun lebih lewat daripada yang jangkaan.

Pada October 2011, Jabatan Audit Negara telah mengemukakan laporan Ketua Audit Negara 2010 (yang terlewat) yang membongkar pembaziran belanja jabatan-jabatan kerajaan serta kelemahan-kelemahan pentadbiran kerajaan yang menyebabkan jumlah hutang dan defisit kerajaan persekutuan meningkat.

Salah satu perkara yang ditegur ialah projek NFC di mana audit antara Januari dan Mac 2011 telah mendedahkan bahawa objektif NFC gagal dipenuhi kerana pembangunan untuk 130 usahawan perintis di bawah Program Pembangunan Usahawan tidak dilaksanakan dan kontrator utama telah menarik diri daripada projek tersebut pada tahun 2008.
Selain itu, NFC turut didedahkan hanya mampu menghasilkan 3,289 anak lembu pada 2010 daripada jangkaan 8,000 dan audit menegur keseluruhan operasi NFC dalam keadaan ‘kelam-kabut’.

Pada November 2011, barisan pembangkang mula mendedahkan penyelewengan kewangan di dalam NFC, di mana NFC didakwa telah memberikan pinjaman sebanyak RM84 juta kepada syarikat kepunyaan suami Ketua Wanita Umno dan Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Shahrizat Abdul Jalil, dan pengerusi NFC Dr Mohamad Salleh Ismail. Pembangkang turut mendakwa NFC telah menggunakan dana untuk:

1. membeli kondo mewah di Bangsar yang berharga RM9,758,140 (selepas itu, ia didedahkan bahawa NFC telah membeli dua kondo mewah di One Menerung Bangsar pada harga RM6.9 juta setiap satu)

2. dua tanah di Presint 10 Putrajaya berharga RM3,363,507

3. Mercedes Benz CLS 350 CGI berharga RM534,622 (melalui National Meat and Livestock Corporation)

4. Memindahkan dana sebanyak RM588,585 kepada Meatworks (Singapore) Pty Ltd.

(National Meat and Livestock Corporation dan Meatworks adalah kepunyaan keluarga Shahrizat Jalil).

5. NFC turut telah mengeluarkan 15 cek daripada akaunnya di CIMB Islamic Bank Berhad di Taman Tun Dr Ismail kepada agensi pelancongan Impian Global Network Services untuk tempoh tujuh bulan (tiap-tiap bulan) sebanyak RM455,423.

Ketika ditanya, Shahrizat memberitahu bahawa beliau tiada apa-apa kaitan dengan skandal NFC.

“Saya tidak akan menjelaskan (isu NFC), tapi saya mempunyai dua mesej utama yang ingin disampaikan ketika perhimpunan Agong Wanita Umno. Sila tunggu. Sebagai pemimpin, kita mesti bersabar dan tenang dan jangan menjadi histeria dengan senang. Jika ada sesiapa yang ingin bertanya pasal NFC, mereka harus bertanya pada orang NFC. Saya hanya akan fokus pada Wanita Umno.”

Pengerusi NFC ialah Datuk Dr Mohamad Salleh Ismail (suami beliau), Pengarah Eksekutif NFC pula ialah Wan Shahinur Izmir (anak beliau, umur 31), Ketua Eksekutif NFC ialah Wan Shahinur Izran (anak beliau juga, 27) dan Pengarah NFC ialah Wan Izzana Fatimah (anak beliau, 25).

Semasa NFC membeli kondo mewah pada 2 Disember 2009 untuk RM9.8 million, dilaporkan NFC dalam kerugian RM11 juta dalam akaun tahunannya. Turut dilaporkan pengerusinya menerima gaji sebanyak RM100,00 sebulan, pengarah eksekutif RM45,000 sebulan, ketua eksekutif RM35,000 sebulan dan pengarah satu lagi pun RM35,000 sebulan.

Semasa orang yang dilahirkan di Kuwait dan belajar di Oxford, ketua pemuda Umno Khairy Jamaluddin datang cuba menyelamatkan Shahrizat, beliau menyatakan bahawa ia adalah satu ‘keputusan perniagaan yang bijak’ untuk National Livestock and Meat Corporation untuk ‘melabur’ dalam banglo mewah daripada membiarkan duit rakyat dibiarkan duduk diam dalam akaun bank dan tiada masalah dalam pembelian tersebut.

Semasa Menteri Pertanian kini, Datuk Seri Noh Omar (kalau sesiapa yang ingat kenyataan “jika orang asing rasa polis Malaysia kejam, tolong balik ke negara mereka dan jangan tinggal di sini”) ditanya mengenai ketidakupayaan NFC untuk mencapai sasaran 8,000 lembu, beliau menjawab NFC sememangnya sudah mencapai lebih daripada 8,000 lembu di antara 2008 hingga 2010, sambil berkata projek tersebut adalah berjaya.

Beberapa hari selepas itu, Menteri Pertanian itu menukar kenyataan beliau dan berkata NFC hanya perlu menyembelih sebanyak 5,742 ekor lembu sebelum hari terakhir tahun ini (sebenarnya 8,000 tolak 3,289 ialah 4,711) dan projek tersebut akan dikategorikan sebagai amat berjaya kerana mencapai sasaran.

Apabila laporan dibuat oleh Pemuda PKR Penang ke SPRM, agensi tersebut menolak kes tersebut kepada PDRM sambil menyatakan bahawa, “Kes ini telah dirujuk kepada polis kerana kesalahan tersebut tidak terletak di bawah bidang kuasa SPRM di bawah Akta SPRM 2009.”

Semasa Datuk Mohamad Salleh disoal PDRM berkenaan dengan dua kondo mewah, beliau menyatakan dua kondo tersebut sedang disewa kepada dua syarikat minyak dan gas yang berlainan sebagai tempat penginapan kepada pakar asing dan NFC menerima RM75,000 sebulan sebagai sewa – di mana satu mendapat RM18,000 sebulan dan satu lagi mendapat RM57,000 sebulan (walalupun satu banglo seluas 27,000 kaki persegi yang dilengkapi dengan kolam air dan spa di Kenny Hills tidak mampu mendapat sewa RM57,000 sebulan). Angka tersebut kemudian diubah kepada RM18,000 sebulan untuk dua unit, akan tetapi PDRM tetap tidak nampak apa-apa kesalahan terhadap dua jawapan berbeza tersebut.

Pada 2 Disember yang lalu, Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Khalid Bakar telah mengeluarkan satu kenyataan polis bahawa siasatan polis setakat ini tidak menunjukkan sebarang unsur pecah amanah dalam pentadbiran Pusat Feedlot Kebangsaan (NFC). Tindakan ini agak mengelirukan kerana Polis Diraja Malaysia (PDRM) dilarang untuk mengeluarkan sebarang kenyataan terhadap apa-apa siasatan sebelum ia diselesaikan. PDRM juga mengakui bahawa mereka belum memanggil Shahrizat untuk soalsiasat walaupun beliau merupakan watak utama dalam kontroversi ini.

Kepada yang tidak mengikuti kes NFC, projek ini pertama kali dicadangkan pada 2003 oleh Dr Rosli Mai Lam daripada Lazuli Sdn Bhd, yang kini masih menjadi rakan dalam projek ini. Dr Rosli daripada Lazuli, seorang yang terkenal dalam industri ini, ialah pembekal anak lembu dan ternakan hidup yang lain kepada sesiapa yang memasuki industri ini di Malaysia.

JANGAN PERCAYA SANGAT DENGAN SPR NI....

PAS masih berhati-hati dengan keputusan Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia yang mengumumkan akan menggunakan kaedah celup jari dengan dakwat dalam pilihanraya akan datang.

Menurut Presidan PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang , ia merupakan usaha PAS , rakan-rakan dalam Pakatan dan seluruh rakyat, melakukan reformasi dalam demokrasi.

Katanya, pemulihan demokrasi tidak akan berjaya sekiranya kerajaan yang memerintah Negara tidak bersungguh menyokong usaha tersebut.

“isu pemulihan demokrasi. PAS menyertai bersama rakan-rakan lain untuk membuat reformasi dalam demokrasi, tapi dengan syarat kerajaan mestilah bersungguh (mahu lakukan perubahan),

“(bagi) mengelakkan penipuan yang (kaedah) celup jari (dengan) dakwat itu dah diterima, kita tunggu dan lihat,”katanya kepada pihak media di Wisma Darul Iman Rabu 7 Disember (gambar)

Beliau menegaskan, pilihanrya umum ke-13 tidak sepatutnya diadakan kecuali beberapa perubahan penting telah dilakukan dalam sistem pilihanraya.

Antaranya kata beliau adalah, pembersihan daftar pemilih dan kebebasan media.

“pembersihan daftar pemilih (penting bagi) mengelakkan penipuan dan kebebasan media untuk semua parti politik sebagaimana diamalkan dinegera-negara lain, negara-negara Asean contohnya Indonesia sudah berubah (dan) Thailand sudah berubah,

“media cetak dan elektronik bukan saja hak kepada parti yang memrintah termasuk parti-parti yang bukan memerintah supaya rakyat boleh mendengar kerana media adalah saksi (dan) rakyat adalah hakim,”jelasnya.

Menurutnya, rakyat tidak mungkin boleh membuat penghakiman yang adil sekiranya hanya mendengar dari sebelah sebelah pihak sahaja.

Wednesday, December 7, 2011

MB NI PUN NAK BERBAI'AH JUGAK...

Siapa le yg tak kenal manusia ni,memang rakyat malaysia masih ingat gelagat samseng dan lucahnya yg memeranjatkan negara tak lama dulu....melihat kan aksi dan perangai mb ni yg bukanlah patut ada pada seorang pemimpin islam apatah lagi yg mendukung sebuah negeri terasa janggalnya bila dia mengatakan nak berbai'ah...apa2 pun kita tengok kan aje gelagat2 mereka seterusnya di waktu nak menjelang pilihanraya ke 13 ni....

Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob mengalu-alukan cadangan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah, Datuk Mukhriz Tun Mahathir agar semua wakil rakyat Umno dan pemimpin parti itu menandatangani surat ikrar bagi menyatakan sokongan dan kesetiaan untuk terus bersama Umno dalam apa jua keadaan.

Beliau berkata setiap cadangan untuk memperkukuhkan Umno perlu diteliti dan dikaji untuk kebaikan parti.

“Kita alu-alukan apa sahaja cara yang boleh kukuhkan parti,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) di sini hari ini.

Cadangan Mukhriz itu susulan ikrar taat setia perwakilan Umno Sabtu lalu, yang menyaksikan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengetuai lafaz ikrar di hadapan Presiden Datuk Seri Najib Tun Razak demi kelangsungan perjuangan memartabatkan agama, mengangkat maruah bangsa dan mempertahankan kedaulatan tanah air yang tercinta.

Ikrar yang dilafazkan itu antaranya untuk merapatkan saf perjuangan, mengeratkan ukhuwah, menghapuskan sengketa, menghindari hasad dengki dan iri hati, meletakkan kepentingan parti mengatasi kepentingan peribadi serta memberi sokongan padu yang tidak berbelah bagi kepada calon-calon yang dipilih oleh pucuk pimpinan parti untuk bertanding pada pilihan raya umum nanti.

Ditanya sama ada terdapat wakil rakyat di Pahang yang menawarkan diri untuk berundur sebagai calon pada pilihan raya umum ke-13, Adnan yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pahang berkata: “Tiada”.

“Kesediaan untuk bertanding atau tidak, saya rasa tidak perlu diuar-uarkan... terpulang pada Perdana Menteri untuk menilai siapa boleh, siapa tidak (menjadi calon),” katanya.

Mengenai kerusi Parlimen Kuantan dan Indera Mahkota yang kini milik Parti Keadilan Rakyat (PKR), Adnan berkata Barisan Nasional (BN) akan berusaha memenangi kerusi itu walaupun berkemungkinan menghadapi persaingan sengit berikutan isu pembinaan kilang pemprosesan nadir bumi oleh syarikat Lynas Malaysia Sdn Bhd di Gebeng di sini.M/I

Tuesday, December 6, 2011

LEMBU2 TUA PATUT DI KORBANKAN...

Kesediaan beberapa ahli Umno tidak bertanding pada pilihan raya umum (PRU) akan datang dianggap ‘perbuatan mulia’ kerana sanggup mengorbankan kepentingan diri demi kemenangan parti.
Dekan Fakulti Sains Pentadbiran dan Kajian Polisi Universiti Teknologi Mara (UiTM), Datuk Profesor Dr Ramlah Adam berkata, perbuatan itu perlu dipuji kerana memberi laluan kepada muka baru untuk menjadi calon.
“Apa pun, ia bergantung pada keikhlasan untuk mempermudah kerja Presiden Umno (Datuk Seri Najib Tun Razak) memilih calon boleh menang.
“Namun, dalam hati, kita tidak boleh duga tujuan mereka berbuat demikian. Adakah ia me­nunjukkan mereka sudah tidak popular, jadi jalan terbaik adalah tawar diri untuk tidak bertanding? Atau mereka berasa sudah terlalu lama memegang jawatan, namun mereka masih menyimpan niat hendak jadi wakil rak­yat lagi,” katanya.
Jika ini berlaku, katanya, mereka sebenarnya acuh tidak acuh ketika membuat keputusan dan menyekat peluang orang lain untuk menjadi wakil rakyat.

NAJIB PERINTAH 'SAMSENG2' NI PERTAHANKAN BN


Kalau tengok kan lambang nya...hebat AMAL MAKRUF NAHI MUNGKAR...tapi nengokkan ahli2 nya...HAMPEHHHHHHNi geng2 samseng yg diminta oleh najib untuk pertahankan umno...rupe dah memang samseng,kaki pukul boleh le deme ni...Suka buat provok dalam apa jua perhimpunan yang dianjurkan PR..

Kalau nengok kan memang hebat deme ni...tapi cakap je le,bertempik2 tak kene tempat...jadi alat umno je lah....


Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) diseru membantu mengekalkan kelangsungan kerajaan sedia ada bersesuaian dengan piagam pertubuhan itu yang mendokong kerajaan yang memerintah.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pemerintahan kerajaan (Barisan Nasional) dewasa ini adalah selari dengan matlamat dan tujuan Pekida ditubuhkan.

Justeru beliau mahu Pekida menjalankan tanggungjawab untuk mempertahankan kerajaan memandangkan tiada pemerintahan lain yang dapat menjamin masa depan negara.

“Tiada pilihan lain selain tegakkan pemerintahan sedia ada. Tanggungjawab yang digalas Pekida atas jemala adalah untuk mempertahankan pemerintahan sedia ada.

“Apa akan jadi pada umat Islam jika pemerintahan tersungkur dan rebah. Apa akan jadi pada Islam jika hilang taring?

“Asas dan pokok adalah berjuang untuk kelangsungan kuasa jika kuasa terlepas segala cita-cita terkubur dan masa depan akan bertukar jadi gerhana. Ini kerana asas untuk menjadi bangsa yang mulia dan bermaruah bergantung kepada pemerintahan sedia ada.

“Ia akan jadi realiti dan kenyataan jika ada kuasa,” katanya di hadapan 10,000 hadirin pada Majlis Perhimpunan Perdana Pekida Malaysia di Politeknik Sultan Abdul Aziz Shah di sini hari ini.

Tegas Najib, pilihan alternatif yang ditawarkan oleh pembangkang belum tentu dapat menjamin kedudukan Melayu dan Bumiputera.

Pembangkang hanya berperanan untuk meruntuhkan apa yang dibina oleh kerajaan selama ini.

“Pembangkang tawarkan sebagai pilihan alternatif. Adakah mereka lebih baik? Adakah mereka boleh jamin kedudukan Melayu tidak terhakis. Bagaimana kedudukan agama?,” soal beliau lagi.

“Belum ada kuasa mereka sudah runtuhkan apa yang kita bina. Sebab itu kita sangsi seandainya mereka (pembangkang) ada kuasa,” katanya lagi.

Beliau turut memberi peringatan kepada Pekida agar terus merapatkan barisan jika enggan Melayu jatuh seperti sejarah empayar Melaka yang terkenal suatu masa dulu.

“Rapatkan barisan….sejarah dah tunjukkan bahawa empayar Melaka bersengketa sebab ada pengkhianat.

“Segala nikmat boleh terlepas angkara kita. Ini ada dalam pengajaran peradaban manusia. Kita tidak mahu bangsa kita jadi bangsat dan dibuli. Kita perlu pastikan selepas pilihan raya umum ke 13 (PRU-13) kerajaan kekal di Putrajaya,” katanya.

Monday, December 5, 2011

MULUT LONGKANG PUNYA MP...

Abdul Rahman Dahlan

Pendekatan Umno dalam memperjuangkan Islam dan bangsa Melayu di negara ini adalah jauh lebih baik daripada PAS.

Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, dalam keadaan negara yang memiliki penduduk berbilang kaum, perjuangan Umno sejak dari dulu lagi adalah untuk memperjuangkan kedaulatan agama Islam, bangsa dan negara.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang menyifatkan Umno sebagai 'kereta tiada brek' kerana tidak mempedulikan suruhan dan larangan Allah.

"Saya tak nak kata PAS tidak betul. Cara perjuangan Islam parti itu lebih sesuai untuk mereka (PAS) tapi tak sesuai untuk Malaysia.

"Keputusan PAS untuk ikut lenggok politik semasa dalam mengubah pendirian berhubung isu negara Islam akan sentiasa diingati orang Islam di negara ini," katanya ketika dihubungi mStar Online pada Isnin.

Menurut beliau, rakyat Malaysia kini lebih matang dalam memilih parti yang benar-benar memperjuangkan agama Islam dan mampu mencongak masa depan serta ekonomi negara.

"Saya tak mahu kata dia nyanyuk tapi PAS dilihat seolah-olah panik apabila orang Melayu mula berduyun-duyun menyokong Umno semula," katanya.

Menurut beliau, sekiranya parti pembangkang ditakdirkan menang pada Pilihan Raya Umum akan datang, PAS hanya akan menjadi parti nyamuk dalam Pakatan Rakyat.

"Mereka hanya kuda tunggangan DAP. Nik Aziz kata Umno begitu kerana PAS tidak ada kekuatan untuk meraih sokongan orang Melayu.

"Tengok saja pada pilihan raya kecil 2008, semua orang Melayu telah kembali menyokong Umno dan PAS kehilangan banyak sokongan," katanya.

Walaupun pelbagai tohmahan liar dilemparkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Abdul Rahman yakin parti itu akan berjaya merampas kembali negeri di bawah pimpinan Pakatan Rakyat selepas menyedari kepercayaan rakyat mula memihak kepada Umno sejak kebelakangan ini.

Pada Majlis Rapat Rakyat di Shah Alam semalam, Nik Aziz mendakwa Umno sekadar berpegang kepada dasar kebangsaan dan membelakangkan Islam dalam perjuangannya sehingga menyebabkan tidak ada kawalan dalam melakukan perkara duniawi.

Katanya, akibat membelakangkan Islam, maka Umno menolak mukallaf iaitu seseorang itu dipertanggungjawab menjalankan perintah dan larangan-Nya setelah mencapai usia dewasa atau akil baligh.

Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan menjelaskan, brek bagi seseorang manusia tanpa mengira agama, bangsa dan kaum ialah takwa kepada Allah.

"Jika tiada takwa, manusia akan melakukan apa saja yang disukainya," kata Nik Aziz.

PANDAI MENILIK RUPANYA NAJIB NI....

Hebat PM Malaysia boleh tahu masa depan politik dan keadaan masa depan negara...hanya BN saja dapat mentadbir,dia ingat dia tuhan ke tahu apa akan berlaku masa akan datang.Amboi...bukan main sombong makhluk ni ye...dah tak ingat Allah lagi ke...inilah namanya gilakan kuasa,tamak haloba serta sombong....jom sama2 kita ajar umnoapco pada Pru 13 nanti,tengok sapa yang akan gerhana.

Datuk Seri Najib Razak memberi amaran masa depan orang Melayu akan “gerhana” jika Barisan Nasional (BN) pimpinannya tidak lagi kekal berkuasa dalam pilihan raya umum ke-13.

Susulan ketegasan pada Perhimpunan Agung Tahunan Umno hujung minggu lalu, perdana menteri memberitahu sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang mendakwa mempunyai keahlian lebih dua juta orang bahawa menjadi tanggungjawab mereka untuk mempertahankan kerajaan semasa.

“Pilihan alternatif, adakah mereka lebih baik daripada apa yang ada sekarang? Adakah mereka boleh menjamin kuasa kita tidak dibuang atau kedudukan kita tidak terhakis? Bagaimana dengan maruah Islam dan orang Melayu?” kata beliau (gambar) pada pertemuan anjuran Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia’s (Pekida) di sini hari ini.


KUMPUL LE BEG TANGAN ATAU CINCIN..NI KAU TERNAK LEMBU


"Kasihan Shahrizat. Apabila kesnya(NFC) meletup, setiap apa yang dilihat, didengar dan dihidu segalanya semacam lembu. Ada bunyi lembu. ada baur lembu. Ada tahi lembu bahkan ada kepala lembu.

Bermula Nazri Aziz membelanya kemudian suaminya sendiri , mantan Menteri Lembu Muhyiddin yang terbabit bagi projek pada NFC dan terakhirnya Timbalan IGP Khalid sendiri turut turun padang untuk membelanya.

Semua turun padang membelanya. Menteri. Timbalan PM, suami dan akhirnya polis.

Wow! Bertuahnya Shahrizat kerana semua orang mahu membelanya.

Jika Timbalan IGP Khalid turut membelanya, ianya tidak menghairankan. Ini kerana kes kepala lembu di Selangor, Khalid turut menjuarainya. Barangkali jika Khalid jadi IGP nanti, eloklah PDRM tubuh Unit Lembu pula. Unit anjing dan kuda sudah ada.

Yang peliknya mengapa sekonyong-konyong Khalid "mengfatwakan" kes lembu Shahrizat tiada unsur rasuah sedang ianya dalam siasatan ? Adakah ini taktik bodek Khalid sempena Perhimpunan Agung UMNO?

Yang pasti kes lembu Shahrizat tidak dapat meredakan kemarahan penternak-penternak lembu seluruh Malaysia.

Juga, segala kenyataan pembelaan buat Shahrizat tidak berkesan. Sebab itulah Shahrizat "mengamuk sakan" dalam Perhimpunan Agung UMNO sambil menyingsing lengan.

Dan Shahrizat jangan syok sendiri. Jangan menyangka perwakilan ketawa gembira kerana sokong membelanya dalam isu NFC. Tetapi sebenarnya perwakilan yang turut bangun bukannya sokong Shahrizat tetapi mereka ketawa kerana lihat "tahi lembu" melekat di lengan Shahrizat !

Barangkali yang paling gembira dengan kes lembu Shahrizat tentunya Rosmah dan Raja Nong Chik. Tentu anda dapat agak mengapa ya?

Hey Shahrizat! Zaman sekarang orang kumpul gelang, beg tangan dan cincin bukannya ternak lembu! "

VIRUS HIV/AIDS DALAM COCA COLA???


Masyarakat dunia baru-baru ini dikejutkan dengan dakwaan bahawa beberapa jenis minuman ringan seperti Pepsi, Coca-Cola, 7-Up, Tropicana Juice Slice dan lain-lain lagi dikatakan mengandungi virus HIV.Dakwaan tersebut yang tersebar meluas terutamanya di India menerusi laman-laman sosial seperti Facebook dan Twitter, telah menyebabkan ramai yang percaya dan berhenti minum minuman ringan sebagaimana yang dinasihatkan oleh pesanan tersebut.

Menurut pesanan tersebut yang mula disebarkan pada Julai tahun ini, seorang kakitangan syarikat minuman ringan itu telah memasukkan beberapa titisan darahnya yang mengadungi virus HIV di dalam tangki penyediaan minuman itu.

“IMPORTANT MESSAGE FROM DELHI POLICE…. 4 next NEXT FEW DAY DNT DRINK ANY PRODUCT FROM PEPSI, TROPICANA JUICE SLICE, 7UP, COCA COLA, ETC , AS A WORKER FROM D COMPANY HAS ADDED HIS BLOOD CONTAMINATED WIT AIDS. Watch ND TV. Plez Forward dis mesge to every 1 u care 4 plz.

(“PESANAN PENTING DARI POLIS DELHI….UNTUK BEBERAPA HARI SELEPAS INI JANGAN MINUM SEBARANG PRODUK DARI PEPSI, TROPICANA JUICE SLICE, 7UP, COCA COLA DAN LAIN-LAIN, SEORANG PEKERJA DARI SYARIKAT ITU TELAH MEMASUKKAN DARAHNYA YANG MENGANDUNGI AIDS. Tonton ND TV. Tolong sebarkan pesanan ini kepada semua insan tersayang),” kata pesanan yang dipetik melalui Facebook pada 29 November lalu.

Selain itu, berita tersebut turut disebarkan melalui Twitter oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

“I received a text saying please don’t drink Pepsi a worker put his blood (HIV +) into some bottles. Be careful (Saya menerima pesanan teks yang menyatakan jangan minum Pepsi seorang pekerjanya memasukkan darahnya (HIV+) ke dalam beberapa botol minuman. Berhati-hati),” katanya yang dipetik dari sebuah laman web, urbanlagends.about.com.

Bagaimanapun, dakwaan tersebut juga sangat mirip kepada beberapa dakwaan yang didapati palsu sebelum ini dimana ada pihak yang menyebarkan tentang produk makanan seperti sos cili dan tomato yang mengandungi virus HIV sekitar tahun 2004, 2007 dan 2008.

Menurut laman web itu lagi, apabila maklumat tersebut diperiksa di Pusat Pengawalan Dan Pencecahan Penyakit Antarabangsa (CDC) semua dakwaan tersebut jelas palsu kerana adalah sangat mustahil untuk virus HIV dapat dijangkiti dengan cara sedemikian.

“HIV does not live long outside the body. Even if small amounts of HIV-infected blood or semen was consumed, exposure to the air, heat from cooking, and stomach acid would destroy the virus. Therefore, there is no risk of contracting HIV from eating food.

(“HIV tidak boleh hidup lama di luar badan. Walaupun sejumlah kecil darah yang dijangkiti HIV atau air mani yang dimakan, pendedahan kepada haba udara, memasak, dan asid perut akan memusnahkan virus itu. Oleh itu, tiada risiko dijangkiti HIV daripada makan makanan),” kata laman web CDC tersebut.

Menurut laporan dari CDC yang dikemas kini pada tahun 2010 sehingga kini, tiada sebarang aduan berkaitan produk makanan yang dicemari darah atau air mani yang mengandungi virus HIV dan tiada sebarang insiden yang membabitkan jangkitan HIV melalui produk makanan.

Sunday, December 4, 2011

DAH BERUBAH PUN KENA FITNAH JUGA...

Penghijrahan aktres Catriona Ross untuk bertudung mengundang fitnah apabila beliau dilemparkan pelbagai tohmahan termasuk menyertai parti politik pembangkang apabila aktif menerima undangan berceramah dalam majlis-majlis tertentu.


Menurutnya, sejak mengambil keputusan bertudung selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya beberapa tahun lalu, rakan seangkatan dalam industri hiburan yang dulunya rapat semakin menjauhkan diri.

“Rakan-rakan rapat saya yang dulu sentiasa bersama juga hilang entah ke mana. Ada juga yang menuduh saya masuk politik kerana saya banyak terima undangan majlis motivasi dan ceramah.

“Ada juga rakan-rakan dalam bidang hiburan sendiri yang menggelar saya ‘ustazah jadi jadian’ ekoran perubahan drastik yang saya lakukan selepas tampil bertudung di khalayak,” kata ibu kepada Sephia Rania Ross-Iddin.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menjadi panel Program Bual Bicara Hijrah-Antara Usaha atau Hidayah Sempena Majlis Budaya Ilmu Perdana Maal Hijrah 2011 di Universiti Malaysia Kelantan (UMK), di sini, kelmarin.

Program itu turut disertai Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Bahasa dan Pembangunan Insaniah UMK, Dr Aminurrasyid Yatiban dan Dr Noorhisham Md Nawi.

Catriona Noorhayati Ross Bahrin Ross yang berasal dari Kota Bharu itu berkata, beliau akur dengan segala cercaan dan tohmahan yang diterima sejak berhijrah lebih ke arah kehidupan Islam kerana ia sudah menjadi lumrah.

Menurutnya, beliau selesa dengan penampilan baru itu dan bersyukur ahli keluarga dan rakan-rakan rapat semasa belajar dulu sentiasa memberikan sokongan padu kepadanya sehingga kini. Katanya, penampilannya itu tidak lengkap tanpa diserikan dengan ilmu dan sebab itulah beliau kini aktif menerima pelbagai undangan program motivasi, bual bicara, ceramah dan juga usrah.


Anak kacukan Melayu-Scotland itu berkata, melalui aktiviti seumpama itu beliau dapat berkongsi pengalaman dengan pelbagai lapisan masyarakat dan juga dapat menimba lebih banyak ilmu agama dengan membaca al-Quran dan kitab agama untuk dikongsi bersama hadirin.

“Melalui pembacaan ini juga secara tidak langsung dapat meningkatkan ilmu agama saya dan apabila bercakap saya bukan bercakap kosong tetapi ada fakta yang menyokongnya. Saya tidak mahu menjadi individu yang hanya menutup aurat tetapi tiada ilmu. Sebab itu saya banyak membaca al-Quran dan kitab berkaitan agama untuk memperoleh lebih banyak pengetahuan,” katanya.

Mengenai pelbagai fitnah yang dilemparkan pula, beliau menerimanya dengan reda dan menganggapnya sebagai dugaan apabila berhijrah ke jalan ALLAH SWT.

Menurutnya, apabila menerima cercaan seumpama itu beliau hanya mampu tersenyum dan mendoakan individu yang mencercanya supaya berubah suatu hari nanti.

Katanya, beliau sentiasa istiqamah dalam menjalani kehidupan supaya perubahan yang dilakukan itu selain memberi kebaikan kepada diri sendiri, ia turut dapat dirasai dan dikongsi bersama mereka di sekelilingnya.

Catriona berkata, kini beliau sibuk dengan program ceramah dan motivasi di beberapa negeri sehingga aktiviti lakonan yang masih diminati terpaksa ditangguhkan sementara waktu.

Untuk perancangan masa depan, beliau bercadang menghasilkan buku yang menceritakan pengalamannya selama ini dan perubahan yang dilakukan selepas berumah tangga dan memiliki seorang cahaya mata.

“Insya-Allah jika tiada masalah, saya akan mula menulis buku itu tidak lama lagi,” katanya.

MAKIN MELAMPAU PRESIDEN MCA NI.....

Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata pelabur-pelabur akan meninggalkan Malaysia manakala negara berhadapan dengan ‘kemusnahan diri’ jika hukum hudud dilaksanakan di Malaysia.

Beliau melahirkan pandangan terbaru ini ketika polemik mengenai sistem perundangan Islam itu masih berterusan. Dua bulan lalu ketika kepimpinan PAS merayu kepada umum agar diberi peluang untuk melaksanakan hudud di Kelantan sebagai percubaan, Umno pula berkata kini bukan masa yang sesuai untuk berbuat demikian.

Dr Chua berkata sistem perundangan itu tidak adil kepada semua pihak khususnya ke atas kaum wanita selain mengenakan hukuman-hukuman kejam yang jelas bercanggah dengan konvensyen antarabangsa.

“Apabila rekod hak asasi kita tidak baik dan hukuman pula dianggap sebagai kejam, kedudukan global Malaysia akan merosot.

“Maka kita akan ada kesukaran untuk menarik pelaburan, malah pelabur-pelabur sedia ada juga kemungkinan keluar,” kata beliau kepada pemberita selepas merasmikan forum mengenai hudud di Wisma MCA di sini.

Bekas menteri kesihatan ini meramalkan bahawa pasaran saham akan jatuh antara 10 hingga 20 peratus jika hukum hudud digubal dan ia juga akan memberi kesan ke atas kewangan pelabur-pelabur tempatan.

“Apabila kesemua sektor ekonomi berhadapan dengan kesan, semua rakyat Malaysia tidak kira agama akan mengalami kesannya,” kata beliau lagi.

Pemimpin MCA itu menambah, sementara pentadbiran Barisan Nasional (BN) tidak sempurna, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sekurang-kurangnya ada visi yang jelas bagaimana untuk memperbaiki negara.

Ini bercanggah dengan agenda hudud pembangkang, yang boleh membawa Malaysia ke arah “binasa diri”, tegas Dr Chua.

DAH MUNCUL KEMBALI 'MAKHLUK' NI....ADA FILEM BARU KE!!

eskay1

Lama tak jumpa…kelibat Datuk Sharzly Eskay Abdullah yang hadir di satu majlis jamuan oleh Tan Sri Rahim Thamby Chik di sebuah hotel di Kuala Lumpur petang Jumaat, mencuri perhatian tetamu lain.

Beliau kelihatan relaks bersembang dengan sebilangan mereka .Ada juga yang datang bersalam dan memeluknya erat penuh semangat.

Ini nyata berbeza dengan sangkaan sesetengah orang mungkin salah seorang anggota trio Datuk T itu kini tinggal dalam persembunyian ketakutan sejak buat pendedahan tentang video seks yang didakwa melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim Mac lalu.

Sangkaan ini tidak dapat dielakkan mengenangkan ketika pergi ke sebuah masjid di Sentul tidak lama dulu bersama Rahim dan Datuk Shuib Lazim untuk lafaz sumpah bahawa pendedahan tentang video seks benar, Eskay memakai baju kalis peluru.

Namun di celah kemesraan itu, rupanya bukan senang hendak pancing cerita baru tentang isu video seks yang tiba-tiba membuat namanya jadi sebutan ramai.

Sebenarnya ' kesepian' beliau, Rahim dan Shuib kebelakangan ini membuat ramai tertanya-tanya adakah segalanya sudah berakhir.

eskay2

Jolok punya jolok akhirnya Eskay melontarkan ayat ringkas sahaja untuk menjawab pertanyaan itu : 'perjuangan belum selesai'.

Sebagai wartawan ini yang buat syok untuk cuba korek lagi selanjutnya dari beliau.

Sayang sikit beberapa soalan yang direct to the point mengenai isu video seks tidak dijawabnya.

Beliau nampak agak berhati-hati untuk menyentuh soal itu.

Akhirnya setelah didesak berkali-kali,Eskay mengeluarkan satu lagi ayat ringkas; "diam-diam ubi berisi".

Dalam bahasa mudah ia membawa maksud dalam diam 'ada benda'.

Apapun pemahaman begitu sahaja tidak cukup kecuali dengar dari mulutnya sendiri.

Ini mendorong akhirnya beliau berkata," saya akan muncul apabila tiba waktunya nanti".

Pun begitu, beliau enggan memberi indikasi 'bila' yang dimaksudkan 'bila tiba waktunya'.

Muncul bagaimana? Ini yang menarik sekalipun jawabnya juga ringkas sahaja," ada pendedahan selanjutnya."

anwar-lif1xx

Pada cubaan kami untuk korek lagi adakah ia bakal mengegarkan atau tidak, beliau hanya menjawab dengan senyuman yang 'ada makna'.

"Tunggulah..."itu saja katanya sebelum perbualan bertukar kepada topik-topik santai lain.

Kesimpulan yang dapat dibuat dari perbualan yang ' tak dapat korek habis' itu ialah ada orang yang mungkin tidak lelap tidur apabila terkenang-kenang pada Eskay yang kata 'perjuangan belum selesai'
Related Posts with Thumbnails