Masyarakat dunia baru-baru ini dikejutkan dengan dakwaan bahawa beberapa jenis minuman ringan seperti Pepsi, Coca-Cola, 7-Up, Tropicana Juice Slice dan lain-lain lagi dikatakan mengandungi virus HIV.Dakwaan tersebut yang tersebar meluas terutamanya di India menerusi laman-laman sosial seperti Facebook dan Twitter, telah menyebabkan ramai yang percaya dan berhenti minum minuman ringan sebagaimana yang dinasihatkan oleh pesanan tersebut.
Menurut pesanan tersebut yang mula disebarkan pada Julai tahun ini, seorang kakitangan syarikat minuman ringan itu telah memasukkan beberapa titisan darahnya yang mengadungi virus HIV di dalam tangki penyediaan minuman itu.
“IMPORTANT MESSAGE FROM DELHI POLICE…. 4 next NEXT FEW DAY DNT DRINK ANY PRODUCT FROM PEPSI, TROPICANA JUICE SLICE, 7UP, COCA COLA, ETC , AS A WORKER FROM D COMPANY HAS ADDED HIS BLOOD CONTAMINATED WIT AIDS. Watch ND TV. Plez Forward dis mesge to every 1 u care 4 plz.
(“PESANAN PENTING DARI POLIS DELHI….UNTUK BEBERAPA HARI SELEPAS INI JANGAN MINUM SEBARANG PRODUK DARI PEPSI, TROPICANA JUICE SLICE, 7UP, COCA COLA DAN LAIN-LAIN, SEORANG PEKERJA DARI SYARIKAT ITU TELAH MEMASUKKAN DARAHNYA YANG MENGANDUNGI AIDS. Tonton ND TV. Tolong sebarkan pesanan ini kepada semua insan tersayang),” kata pesanan yang dipetik melalui Facebook pada 29 November lalu.
Selain itu, berita tersebut turut disebarkan melalui Twitter oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
“I received a text saying please don’t drink Pepsi a worker put his blood (HIV +) into some bottles. Be careful (Saya menerima pesanan teks yang menyatakan jangan minum Pepsi seorang pekerjanya memasukkan darahnya (HIV+) ke dalam beberapa botol minuman. Berhati-hati),” katanya yang dipetik dari sebuah laman web, urbanlagends.about.com.
Bagaimanapun, dakwaan tersebut juga sangat mirip kepada beberapa dakwaan yang didapati palsu sebelum ini dimana ada pihak yang menyebarkan tentang produk makanan seperti sos cili dan tomato yang mengandungi virus HIV sekitar tahun 2004, 2007 dan 2008.
Menurut laman web itu lagi, apabila maklumat tersebut diperiksa di Pusat Pengawalan Dan Pencecahan Penyakit Antarabangsa (CDC) semua dakwaan tersebut jelas palsu kerana adalah sangat mustahil untuk virus HIV dapat dijangkiti dengan cara sedemikian.
“HIV does not live long outside the body. Even if small amounts of HIV-infected blood or semen was consumed, exposure to the air, heat from cooking, and stomach acid would destroy the virus. Therefore, there is no risk of contracting HIV from eating food.
(“HIV tidak boleh hidup lama di luar badan. Walaupun sejumlah kecil darah yang dijangkiti HIV atau air mani yang dimakan, pendedahan kepada haba udara, memasak, dan asid perut akan memusnahkan virus itu. Oleh itu, tiada risiko dijangkiti HIV daripada makan makanan),” kata laman web CDC tersebut.
Menurut laporan dari CDC yang dikemas kini pada tahun 2010 sehingga kini, tiada sebarang aduan berkaitan produk makanan yang dicemari darah atau air mani yang mengandungi virus HIV dan tiada sebarang insiden yang membabitkan jangkitan HIV melalui produk makanan.
No comments:
Post a Comment