SAHABAT2 SEPERJUANGAN

SAHABAT2 SEPERJUANGAN

Followers

Wednesday, June 27, 2012

NAJIB BERSANTAI-SANTAI.....???

Layan je le gambo2 kat  bawah ni....inilah dinamakan pemimpin bersama rakyat,tak kekok pun walau ke mana pun.Boleh aje bergebang2 dengan masyarakat setempat,bermain karom dan makan2 di warung2....Kalau nak jumpe pemimpin umno macam ni tunggu le pilihanraya nanti......itupun siap pakai sarung tangan dengan kasut getah.....kihkihkih 








Friday, June 22, 2012

JAHATNYE PAS JOHOR???

Dah kehabisan modal pencacai2 regim umno ni...hari2 ada aje le fitnah2 yang dibuat oleh pemblog mereka...bukan ape cuma hanya untuk menaikkan ranking blog aje...

Diorg ingat dengan buat keje2 fitnah ni akan makin orang suka pada umno....tapi rakyat makin lari....kot ye nak cari publisiti pun buat le berita2 yang ada fakta .... 



Cikgu Mala: 'Saya tidak masuk Umno'
Normala Sudirman menjelaskan laporan yang mendakwa beliau menyertai Umno.
  
Saya tidak pernah berniat untuk masuk Umno. Saya berjuang dalam Pas untuk mencari keredaan ALLAH SWT." Demikian kata bekas calon Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Tenang, Normala Sudirman.

Normala yang lebih dikenali sebagai Cikgu Mala berkata, tindakan penulis blog yang memfitnah dirinya dengan mengatakan beliau kecewa dengan Pas dan membuat keputusan untuk masuk Umno adalah keterlaluan.

"Saya menafikan dakwaan blogger yang mengatakan saya berniat untuk jadi ahli Umno.
 
 
 NI SEDIKIT TULISAN YG AKU CILOK DARI BLOG PENCACAI TU....AKU AMAT BENCI NAK MASUK BLOG DIORG NI .....
 
 
Laporan sumber dalaman yang boleh dipercayai, ada sedikit perselisihan antara bekas cikgu tersebut dan Pas Negeri dalam menawarkan dana bantuan kewangan yang dijanjikan sebelum ini selepas beliau tewas bertanding di Tenang.

Pelbagai janji ditaburkan kepada bekas cikgu tersebut setelah beliau secara sah meletakkan jawatan sebagai guru untuk menjadi calon,kerana tidak tahan disebabkan janji yang tidak tertunai, cikgu Normala tekad meninggalkan Pas dan berjanji akan mendedahkan beberapa janji yang di tawarkan oleh Pas kepada umum.
 
 

Wednesday, June 20, 2012

CYBERTROOPER UMNO YANG COMEL DAN MANJA

Ini dia geng2 cybertrooper umno yg berkeliaran di blog2 dan fb geng PR....bile berbicara tulisan mereka menaip kata2 longkang dan sengal....jadi kepada geng2 PR kita lihat dan kenali mereka dengan nama2 yg telah tersenarai dibawah ni....mungkin jugak mereka akan buat akaun lain sebab temberang mereka dah pecah....KITA KASI PECAH SAMA CYBERTROOPER2 BADUT NI.....





Apa tugas cybertrooper UMNO?

Sesuai dengan nama trooper, satu jenis ”pasukan” yang dipandu oleh beberapa upahan UMNO untuk meninjau dan mencari serta menyampaikan maklumat untuk tindakan UMNO seterusnya. Cybertrooper bermakna individu yang (dilantik oleh UMNO):
  1. Membuat blog dan berkeliaran dalam Facebook (FB) untuk menyampaikan maklumat tentang kebaikan dan kejayaan UMNO.
  2. Menyerang PR dan parti dalam PR melalui blog dan FB
  3. menyerang individu-individu dari PAS, PKR, dan DAP dengan peluru dan modal yang tidak masuk akal dan melampau sehingga kepada tahap merekacipta perkara tidak ada.
  4. Menimbulkan kekeliruan mengenai sesuatu isu yang dibangkitkan dalam media cetak dan media elektronik dengan mengeksploitasi blog dan FB.
  5. Mengalihkan tumpuan dan fokus rakyat daripada penyelewengan dan kepincangan UMNO dan pemimpinnya kepada isu lain melalui provokasi.
  6. Mengganggu dan mengacau diskusi blog dan FB yang dilihat membahayakan UMNO atau yang boleh menjatuhkan imej dan kredibiliti UMNO.

Di bawah ini kita petik perbincangan tawaran UMB UMNO kepada mereka yang berminat untuk menjadi cybertrooper UMNO.


Bagaimana kita boleh kenal cybertrooper UMNO dalam FB yang mendapat atau menuntut bayaran?
  • Mereka membuat posting provokasi berulang-ulang dan bertubi-tubi
  • Mereka jarang menulis dalam posting cybertrooper lain. Mereka jarang menulis dalam posting orang pro-PR
Perbincangan strategi mereka telah dapat dibongkar oleh orang ramai. Cuba baca posting cybertrooper UMNO di bawah ini:


Antaranya cybertrooper ini ialah:
  • Zamzuri Mohamad Tahir
  • Bro Ayim
  • Irwan Hadzly Abd Rahim
  • Anwar Sewel
  • Alexender Da Greatt II
  • Alexander Azar Chambelain
  • Court Maargaret
  • Winablecandidate Larut
  • Angkatan Pemikir
  • Tiger Nilam
  • Cincin Emas
  • Ismit Ulam Raja
  • Puteri Ellysa Betty Shah
  • Satria Merdeka
  • Melayu Kedah Terakhir
  • Matkilau Penang
  • Suan Abdullah
  • Melayu Atas Pagar
  • Sifu Tomoi
  • Kuala Krai Ku
  • Jangan Jadi Penipu
  • Yb Eli Wonggei
  • Yb Ostat Eli Wonggei
  • Mackshinoda Akira II
  • Mat Rambo
  • Apo Plak
  • Kapal Terbang Kertas
  • Nabinikajisplasu Latnatullah
  • Ina Muzaffar
  • Qynah Ibrahim
  • Pakatan Rakyat Bungkus
  • Pas Pig
  • Bundle Bin Bundle
  • Cili Kasi Taruk
  • Chow Yong Fatt (..akan dikemaskinikan senarai ini). 
Kebanyakan mereka ini sering memakai dua tiga nama dalam Facebook walaupun mereka adalah orang yang sama.

Tuesday, June 19, 2012

M KAYVEAS KENA TENGOK GAMBO BUDAK2 SEKOLAH PERGI BERSIH 3 YANG DIBAYO PR...


 Al kisah bekas timbalan menteri yang heboh beno tentang bayaran yang di beri kepada peserta Bersih 3 dulu.....ni le gambo2 bebudak yang pergi Bersih  tu....muka deme memang bersih2 almaklum le deme idak tau ape2...tapi BN telah gunakan mereka...baju dengan topi dah tentu free le......duit poket dapat lagi tu...



 Budak2 ni mak ayah deme yang nyuruh pegi,deme idak tau apa2 pun....kata m kayveas  lagi
Dah jenuh megang bendera dan berarak kat jalanraya budak2 ni dibagi makan nasi free pulak...tapi duduk tepi longkang aje le....
M.Kayveas tentu seronok tengok budak2 sekolah ni bangga pegang bendera BN kan???

Monday, June 18, 2012

ADA LAGI RUPENYA BEKAS MENTERI NI??

Mamat yg dah terbuang ni ingat penyokong2 Pakatan Rakyat macam penyokong BN ke??
Penyokong BN boleh le korang jamu dan tamu macam ayam daging,siapkan makan pagi dan tengahari,duit poket lagi,baju free lagi,bas pun free...kalau nak mengampu pun agak2 le.....

Penyokong2 PR semua keluar duit sendiri untuk pergi setiap program parti,bayo duit bas ikut jauhnya perjalanan,makan sendiri tanggung,baju sendiri beli  kalau idak pakai apa yg patut...

Aku dah selalu tanye kat budak2 yg pergi program BN, diorang kate duit minyak moto dapat,duit poket ada,baju pun dapat...tu yg pergi join tu...lepas tu kami pi le ronda tempat lain...sepatutnya diorg boleh dpt rm 50,yg rm20 lagi selalu org tengah kebas...tu lah nasib anak2 muda yg selalu dipergunakan oleh BN...yang tua pun sama gak...dah senja pun tak sedo2kan diri lagi...
  
Kanak-kanak sekolah, penyokong anti Barisan Nasional (BN) dan peserta yang dibayar adalah peserta penyokong perhimpunan Bersih 3.0, kata Datuk M. Kayveas, menambah, 99 peratus yang menyertai perhimpunan itu tidak mengetahui tujuan perhimpunan tersebut pada 28 April.

Kayveas, ketua Parti Progressif Penduduk (PPP), kata mereka telah menutup mata mereka terhadap kebaikan BN, dan berniat menyalahkan kerajaan atas kegagalan mereka dalam hidup.

Beliau menjelaskan, dirinya berasal dari keluarga miskin dan hidup di kawasan setinggan selama 25 tahun, namun masih menyokong BN atas jasa yang mereka lakukan di negara ini.

“Kerana apa yang BN telah buat sejak 50 tahun lalu saya mampu menjadi diri saya sekarang. Tapi ada yang membesar dengan saya masih di sana ... mereka tidak pernah keluar dari kawasan berkenaan.

“Mereka ini menyokong pembangkang, mereka merungut dan memberi alas an untuk setiap kegagalan mereka untuk mengubah diri mereka. Mereka salahkan orang lain, atau cari orang lain untuk disalahkan,” katanya kepada The Malaysian Insider dalam satu temuramah baru-baru ini.

“Saya selalu berkata — dilahirkan miskin bukan satu dosa, untuk kekal miskin itu berdosa.”















“Penyokong buta” ini, tambah Kayveas (gambar), adalah mereka yang berada di jalanan untuk melanggar undang-undang kerana mereka tahu pemimpin mereka akan mempertahankan mereka di Parlimen.

Bekas timbalan menteri dan Ahli Parlimen Taiping ini menjelaskan penyokong ini juga sanggup “memukul polis” dan “memusnahkan kenderaan polis”, merujuk kepada keganasan yang muncul ketika perhimpunan Bersih, apabila polis melepaskan gas pemedih mata dan meriam air untuk menyuraikan perusuh.

Namun, Kayveas turut menuduh pembangkang merupakan pihak bertanggungjawab mengarahkan penyokong mereka menentang BN dan melanggar undang-undang untuk menyebarkan maklumat falsu melalui media sosial.

“Mereka mencipta kumpulan yang menyokong mereka membuta tuli, tanpa menyedari kebenarannya,” tambahnya.
“Pembangkang mengajar itu. Bangun pada waktu pagi dan arah orang di Internet. Jika kamu tidak berjaya, kemudian turun ke jalanan.

“99 peratus mereka yang berhimpun dengan Bersih tidak tahu mereka di mana. Kamu berikan baju kuning, beberapa ratus ringgit dan mereka di sana.

“Ada pelajar sekolah ... apabila ditanya, mereka kata ibu bapa yang arahkan mereka pergi,” katanya.
Kayveas turut menyelar gerakan menuntut pilihan raya adil dan bersih, Bersih 2.0, kerana tindakan mereka yang dilihat tersasar daripada matlamat asal.

“Isunya pilihan raya adil dan bersih. Bukan Dataran Merdeka. Tapi kamu menegaskan untuk Dataran Merdeka jadi ia jelas menunjukkan natlamat utama telah tersasar, memutlakkan perkara yang salah, dan menidakkan perkara yang benar,” katanya.

Ribuan rakyat Malaysia turun ke jalanan pada 28 April untuk Bersih 3.0 duduk bantah.
Pembangkang menyokong perhimpunan tersebut, yang aman pada mulanya, namun bertukar ganas menjelang jam 3 petang apabila perusuh merempuh kawasan halangan yang didirikan pihak berkuasa.

Wednesday, June 13, 2012

BN TAKUT DENGAN 2 BENDA NI.....



        Rupenya BN takut dengan ayo dan garam je.....lawak kan??Dua benda yang amat penting dalam kehidupan seharian manusia,kalau tak de keduanya maka manusia tak dapat untuk hidup lagi.Air yang menjadi bahan utama seharian manusia,haiwan dan tumbuhan untuk hidup.

Namun BN takut dengan 2 benda ni....nampak macam mudah namun bahananya sampai boleh menjatuhkan kerajaan .......



Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz (gambar) berkata sesebuah kerajaan boleh jatuh walaupun dengan garam dan botol mineral.

Menurutnya sejarah membuktikan bahawa kerajaan di Mesir, Tunisia dan Libya telah tumbang hanya melalui telefon.

"Dengan botol pun kalau rakyat tak suka, kerajaan boleh jatuh. Sebab itu jangan pandang ringan," katanya.

Friday, June 8, 2012

.PENAKUT RUPENYA......


 Ingatkan anak jantan beno...rupenya penakut...belum apa2 lagi dah tarik balik pembekuan ke atas KUIS dan UNISEL.....

Kalau dengokan labun bukan main le puak2 ni...mana le deme nak berani,PRU ni dah tak bangun le umno lagi...kahkahkah.......



 

 Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mengambil keputusan untuk menarik balik pembekuan pemberian pinjamannya kepada siswa Universiti Selangor dan Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS).

Sebelum ini, PTPTN telah membekukan pinjaman kepada Unisel dan KUIS - kedua-duanya di bawah kerajaan Pakatan Rakyat Selangor - sehingga mencetuskan pelbagai reaksi bantahan pelbagai pihak terhadap tindakan tersebut.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dilaporkan berkata tindakan pembekuan pinjaman PTPTN itu dibuat untuk memberi peluang kepada kerajaan Selangor yang mahu pendidikan di negara ini, termasuk di peringkat tinggi, diberi secara percuma.

Tindakan itu juga diambil ekoran kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta pelajar supaya jangan membayar balik pinjaman PTPTN dan berjanji ianya akan dimansukan jika Pakatan menawan Putrajaya dalan pilihan raya umum akan datang.

Sementara itu, seorang pegawai tinggi PTPTN ketika menjawab SMS daripada wartawan Malaysiakini, mengesahkan keputusan menarik balik pembekuan pinjaman kepada Unisel dan KUIS.

KERJA BUSUK UMNO TERSERLAH...


Memang hampeh dan haprak UMNO ni....perangai puak2 ni dah menunjukkan kegerunan dan ketakutan  mereka dengan Pakatan Rakyat.Para pelajar dijadikan mangsa mereka seterusnya....bukan saja2 dibekukan tapi kerana sifat dengki UMNO sanggup buat apa saja untuk memperlihatkan mereka itu berkuasa berbuat apa saja untuk menindas rakyat.....

Mari kita ajar mereka cukup2 di PRU ke 13 nanti,kita lenyek2 mereka sampai tidak boleh untuk bangun menyeksa dan menindas rakyat lagi....
Isu PTPTN
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menyekat dananya bukan sahaja kepada penuntut Universiti Selangor (Unisel), malah turut membabitkan penuntut-penuntut Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (Kuis).

"Ya, pembekuan PTPTN tetap dilakukan (dikenakan) kepada Kuis.

"Alasannya juga sama seperti yang dikenakan terhadap Unisel," kata beliau dalam satu kenyataan SMS.
Terdahulu ketika dihubungi, Ismail juga berkata, PTPTN dibekukan sementara ke atas Unisel kerana mahu memberi laluan kepada Kerajaan Negeri Selangor yang dipimpin oleh Pakatan Rakyat (PR) menjalankan manifesto mereka dalam penghapusan PTPTN dan pemansuhan yuran pengajian terhadap institusi pengajian tinggi awam (IPTA).

Ismail juga menafikan sekat kemudahan pinjaman kepada pelajar-pelajar Unisel itu berlandaskan politik.
Related Posts with Thumbnails