SAHABAT2 SEPERJUANGAN

SAHABAT2 SEPERJUANGAN

Followers

Wednesday, December 14, 2011

ZAMBRY DALAM DILEMA???

Hayat politik Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Dr Zambry Abdul Kadihttp://1.bp.blogspot.com/-YA5jEm-0NNI/Ta8cBOhroXI/AAAAAAAAB04/yYek61s1gp8/s1600/Datuk_Dr_Zambry_Abdul_Kadir%255B2%255D.jpgr dikatakan bakal berakhir selepas pilihan raya umum ke-13 nanti.

Sumber dalaman Umno menyatakan, Dr Zambry bukanlah orang pilihan Presiden Umno, Dato’ Seri Najib Tun Razak yang sebenarnya lebih cenderung kepada Adun Sungai Rapat, Dato’ Hamidah Osman.



Sejak peristiwa rampasan kuasa oleh Umno-BN, usaha bagi memastikan Zambry menjatuhkan imej MB itu bukan sahaja datang daripada kritikan pembangkang, sebaliknya ianya juga dari kalangan pimpinan Umno-BN negeri, katanya.

Ramai yang tidak senang dengan kedudukan Zambry selaku MB kerana Adun Pangkor itu bukanlah seorang yang senior dalam Umno di Perak.

Kini kata sumber, Zambry juga terpaksa berdepan dengan musuh dalaman yang sedang mengatur strategi bagi memastikan jika BN mengekalkan Perak dalam PRU-13, Zambry bukan lagi menerajui kerajaan.

Sementara Zambry pula dikatakan sedang mencari peluang untuk memastikan kedudukannya selaku MB selamat dengan mengampu Perdana Menteri.

Lihat sahaja ketika Najib dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor menaiki bas, Zambry turut serta dengan Najib bagi memastikan Presiden Umno itu yakin kepadanya.

Maklumat juga menyebut, banyak persoalan yang sedang bermain di fikiran Zambry di dalam menentukan calon BN pada pilihan raya umm ke-13.

Antaranya, Zambry bimbang jika mengekalkan beberapa pimpinan BN yang tidak sehaluan dengannya akan menjadikan kedudukannya terancam sekiranya berjaya mempertahankan Perak di tangan BN.

Sementara dikatakan MCA sudah mengarahkan semua MCA bahagian menyerahkan senarai calon-calon yang mewakili mereka bagi mengelak daripada Zambry mencuri ruang mengatur calon pilihannya melalui proksi dalam MCA.

MIC pula, tambahnya telah memberikan kata dua untuk mengekalkan kerusi yang ditandingi mereka pada PRU-12 yang lalu walaupun kesemua calonnya kalah.

No comments:

Related Posts with Thumbnails