SAHABAT2 SEPERJUANGAN

SAHABAT2 SEPERJUANGAN

Followers

Monday, December 5, 2011

MULUT LONGKANG PUNYA MP...

Abdul Rahman Dahlan

Pendekatan Umno dalam memperjuangkan Islam dan bangsa Melayu di negara ini adalah jauh lebih baik daripada PAS.

Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, dalam keadaan negara yang memiliki penduduk berbilang kaum, perjuangan Umno sejak dari dulu lagi adalah untuk memperjuangkan kedaulatan agama Islam, bangsa dan negara.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang menyifatkan Umno sebagai 'kereta tiada brek' kerana tidak mempedulikan suruhan dan larangan Allah.

"Saya tak nak kata PAS tidak betul. Cara perjuangan Islam parti itu lebih sesuai untuk mereka (PAS) tapi tak sesuai untuk Malaysia.

"Keputusan PAS untuk ikut lenggok politik semasa dalam mengubah pendirian berhubung isu negara Islam akan sentiasa diingati orang Islam di negara ini," katanya ketika dihubungi mStar Online pada Isnin.

Menurut beliau, rakyat Malaysia kini lebih matang dalam memilih parti yang benar-benar memperjuangkan agama Islam dan mampu mencongak masa depan serta ekonomi negara.

"Saya tak mahu kata dia nyanyuk tapi PAS dilihat seolah-olah panik apabila orang Melayu mula berduyun-duyun menyokong Umno semula," katanya.

Menurut beliau, sekiranya parti pembangkang ditakdirkan menang pada Pilihan Raya Umum akan datang, PAS hanya akan menjadi parti nyamuk dalam Pakatan Rakyat.

"Mereka hanya kuda tunggangan DAP. Nik Aziz kata Umno begitu kerana PAS tidak ada kekuatan untuk meraih sokongan orang Melayu.

"Tengok saja pada pilihan raya kecil 2008, semua orang Melayu telah kembali menyokong Umno dan PAS kehilangan banyak sokongan," katanya.

Walaupun pelbagai tohmahan liar dilemparkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Abdul Rahman yakin parti itu akan berjaya merampas kembali negeri di bawah pimpinan Pakatan Rakyat selepas menyedari kepercayaan rakyat mula memihak kepada Umno sejak kebelakangan ini.

Pada Majlis Rapat Rakyat di Shah Alam semalam, Nik Aziz mendakwa Umno sekadar berpegang kepada dasar kebangsaan dan membelakangkan Islam dalam perjuangannya sehingga menyebabkan tidak ada kawalan dalam melakukan perkara duniawi.

Katanya, akibat membelakangkan Islam, maka Umno menolak mukallaf iaitu seseorang itu dipertanggungjawab menjalankan perintah dan larangan-Nya setelah mencapai usia dewasa atau akil baligh.

Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan menjelaskan, brek bagi seseorang manusia tanpa mengira agama, bangsa dan kaum ialah takwa kepada Allah.

"Jika tiada takwa, manusia akan melakukan apa saja yang disukainya," kata Nik Aziz.

No comments:

Related Posts with Thumbnails