Followers

Wednesday, May 8, 2013

APA BERLAKU DI TAPAH NI.....???FRU DALAM DEWAN...




Menuntut hak keadilan dalam perlembagaan negara terbukti menghampakan bagi calon parlimen Tapah, K Vasantha Kumar sewaktu di Pusat Penjumlahan Undi di Dewan Merdeka, Tapah .

Beliau telah ditolak keluar dari Pusat Penjumlahan Undi itu oleh sepasukan Tindakan Ringan Polis jam 11mlm Ahad.

Vasantha Kumar berkata, lapan anggota polis menolaknya keluar setelah beliau bertanyakan pegawai SPR mengenai keganjilan adanya undi bercampur dalam kotak undian ketiadaan beberapa kotak peti undi .

Kotak –kotak peti undi yang hilang itu tidak sampai di Pusat Pengiraan walau jam sudah 11 mlm. Dikatakan , undian Pos telah dicampur dengan Undian Parlimen dan Dun dalam kotak undi bercampur.

 “Saya meminta pengiraan semula kerana kertas undi Parlimen dan Dun telah bercampur dalam satu peti undi parlimen.

Tambahan pula terdapat sejumlah kertas undi diletakkan di luar peti undi. “Saya meminta pengiraan semula kerana empat peti undi daripada Chenderiang dan lima peti undi dari Ayer Kuning tidak ada dalam dewan pengiraan di Dewan Merdaka.

Berikutan permintaan tersebut, pegawai SPR telah membawa masuk 2 peti undi dari Ayer Kuning. Tujuh peti undi yang lain masih belum sampai.

“ Di masa yang sama saya telah meminta 91 borang 14 daripada 91 saluran mengundi tetapi pegawai SPR enggan memberikan., Vasantha Kumar memberitahu, “Sesetengah borang 14 tidak ditandatangani sempurna oleh pegawai SPR.

“Pada ketika inilah, muncul calon BN, M Saravanan, lalu meninggikan suaranya dan mengugut saya.” “Saya memberitahunya jangan masuk campur kerana pertelingkahan adalah antara beliau dan SPR.


Pertelingkahan adalah mengenai kertas undi dari Dun Chenderiang dan Dun Ayer Kuning. “Pada ketika itu, keputusan untuk Perak ialah 29 untuk BN and 28 bagi Pakatan.

Saya bertegas mahukan pengiraan semula kerana keputusan dari dua Dun tersebut ( Chenderiang dan Ayer Kuning) merupakan faktor penentu dalam pembentukan kerajaan negeri Perak.

“Apabila saya desak agar dokumen tersebut dikeluarkan sebelum keputusan diisytiharkan, pegawai SPR telah mengarahkan polis supaya menolak polling agents dan saya, keluar dari dewan tersebut.

Pada ketika ini, Vasantha Kumar berkata, “Saravanan membaling kerusi kepada saya semasa saya sedang ditolak keluar.”

“Saya terkedu bila polis menolak saya 50 meter keluar dari Pusat Pengiraan tersebut, sedangkan Saravanan dan pembantunya cuba menyerang saya. Bagaimana pun polis menahan mereka.”

Vasantha Kumar mendakwa dirinya dan counting agents nya telah ditolak keluar oleh polis hingga ke main road di luar dewan tersebut.

Tiada wakil untuk memantau peti-peti undi

“ Polis kemudiannya mengepung dewan itu dan tidak membenarkan saya masuk. Pada ketika itu, saya tidak mempunyai wakil didalam dewan itu untuk mempastikan peti-peti undi itu tidak di cerobohi.”

Beliau mendakwa pada ketika itu, Saravanan dan dua calon BN bagi dua kerusi Dun (Chenderiang dan Ayer Kuning) telah dibenarkan berada dalam dewan tersebut sewaktu keputusan sedang di buat.

Vasantha Kumar berkata, pegawai-pegawai SPR telah mengarahkan polis supaya menahannya diluar dewan hampir satu jam lamanya.

“Selepas satu jam, saya sebagai calon Tapah, saya berhak untuk masuk ke dewan.”

Setelah memasuki dewan tersebut, Vasantha Kumar berjalan keaarah pegawai SPR dan meminta 91 pengesahan borang 14 dari kesemua 91 saluran peti undi. “Pegawai tersebut gagal menunaikan permintaan tersebut.


Dia memberitahu saya supaya mengambil tindakan mahkamah jika ada pertelingkahan. “ Saya tidak bersetuju dengan keputusan yang akan mereka isytiharkan kerana boring 14 tidak disertakan dan tidak ada pengiraan semula undi pos dan undian biasa yang sahih.

Tidak lama kemudian, lebih kurang jam 1.00 pagi, keputusan diumumkan – bahawa calon BN, Saravanan dan dua kerusi Dun tersebut telah menang.

Kemenangan dua kerusi Dun tersebut menjadikan BN berjaya merebut Negeri Perak melalui 31 kerusi ke atas Pakatan Rakyat dengan 28 kerusi.

Vasantha Kumar membuat aduan polis dibalai polis Tapah pada jam 1.30pagi kelmarin.
 

Friday, April 26, 2013

RAMAINYA PELANCONG DATANG MALAYSIA SEMPENA PRU NI??

Tengok...ramenya pelancong2 datang untuk memeriahkan lagi PRU ke 13 pada 5 Mei nanti...

Same je pakaian deme kan??
Muda2 je semua....rupe pun ala2 negara mana ye???





Nak tau lebih lanjut korang jumpe le KING OF GOBLOK.....

Monday, March 18, 2013

PAKATAN RAKYAT TIADA HARAPAN MENUJU PUTRAJAYA??


 Cuci2 mate pepagi hari ni.....walau x tahu bile nak pilihanraye tapi dari gambo ni dapat le kite mengagaknye...

Maknanye dah dekat le pilihanraye ni....??mane idaknye....cube nengok ni...fuh himpunan hampir setengah juta rakyat...memang power le BN ni...dah nyawa2 ikan pun masih lagi boleh buat rakyat turun untuk menunjukkan betape sokongan  rakyat tidak terjejas.....

Pakatan Rakyat jangan harap le nak merintah Malaysia ni....nengok gambo ni pun dah rase kecut perut...kihkihkih........sendiri mau ingat le...

Saturday, February 9, 2013

PENCERAMAH LORI.....

Ini lah program Umno terbaru....wah dah dok ateh lori le pulak .....Kalau dulu hanya Pakatan Rakyat aje yang menggunakan lori,bas atau kereta untuk memberi ceramah tapi sekarang umno dah meniru cara PR berceramah......

Kesian betui le diorang ni....tak de idea lansung....lepas ni tentu diorang guna bas untuk berceramah pulak....tapi bagi aku umno ni kan ke banyak duit jadi lebih baik diorang guna kapal selam,helikopter atau kapal terbang je....



Ini le rupe penceramah atas lori ni......hahhahha.....aje sesuai le pun....


Wednesday, January 16, 2013

2013.....FENOMENA LISTEN.....


 Ni dia pompuan yang buat dunia siber menjadi hangat dua tiga hari ni....
Dia di kenali sebab memalukan pelajar universiti...UUM ..
Minah ni dah menunjukkan betapa orang melayu ni memang kurang ajor ke??
Tapi nak bagi tau...orang UMNO BN memang perangai rupe ni....asik nak melekehkan orang.....
Bila dah dapat caci maki ...maka kawan2 sekeliling pun cabuttttttt.... tak mengaku geng woiiii...
Presidennya Senator Datuk Syed Ibrahim Kader dan mendakwa tingkahlaku bekas timbalan Ketua Wanita KIMMA Kebangsaan tersebut sukar dikawal.

Hebat ....menentang budaya songsang ....perangai pun dah menunjukkannye....
Wanita popular awal 2013...ni baru le glamer....bukan macam opah pah yg cari glamer ...terus kene hentam.. 


Tahniah buat anak muda yang berani....harap lepas ni makin ramai mahasiswa/i yang tampil untuk memberi komen2 dan menyatakan kebenaran....jangan hanya bertepuk tangan je....

Thursday, January 10, 2013

TEGURAN DARI MURSYIDUL AM PAS.....



 Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegur sesetengah penyokong dan pemimpin parti di negeri ini yang merokok dalam khalayak ramai memandangkan sebelum ini beliau pernah melarang tabiat itu.

Teguran dalam nada sinis itu dibuat Nik Aziz ketika berlangsungnya program kerajaan negeri di sebuah hotel di sini, semalam kerana melihat tabiat individu yang merokok pada masa sama memakai kopiah





Bahan2 yg digunakan dalam menghasilkan rokok.....ini rupe masuk dalam badan org yg gemo beno merokok


Ate dah jenuh dikabokan ....bukan setahun 2 ni....dah berbuih mulut bagi tau,namun masih ada lagi yng nyedut sampe bekotak2 setiap hari...


Pada aku sudah sampe masenye amaran keras di keluarkan...pada yang merokok tu jangan di beri ape2 pun jawatan penting....aje tak nak dengo deme ni....kupiah kan main dok ateh kepala tapi dok ngembus asap yg mencemarkan diri ,orang lain dan alam kite ni....

Thursday, November 29, 2012

JAUH BENAR PERBEZAAN 2 PIMPINAN INI

Sukar untuk di lafazkan dengan kata2,melihat betapa indahnya keluarga Tuan Guru Nik Aziz MB Kelantan ini..isteri yang solehah,anak2 yang hebat dan segala kehidupan mereka penuh dengan kedamaian dan keharmonian.Walau bergelar pemimpin kepada rakyat Kelantan namun kehidupannya tetap seperti rakyat bawahan....

NAMUM

Lihatlah pemimpin nombor 1 negara Malaysia yang menjadi kebanggaan orang2 umno yang taksub dan suka melihat pemimpin mereka hidup dengan penuh dosa dan noda...gembira mereka melihat keharmonian PM dan keluarga mereka...sentiasa bergembira,bersukaria dalam keadaan yang amat2 bercanggah dalam kehidupan seorang yang beragama Islam...

RENUNG2LAH BERSAMA
Related Posts with Thumbnails