SAHABAT2 SEPERJUANGAN

SAHABAT2 SEPERJUANGAN

Followers

Sunday, November 30, 2014

HEBATNYA BIODATANYA....TAPI !!!!




Datuk Dr. Mashitah Binti Haji Ibrahim
 
Datuk Dr. Mashitah binti Haji Ibrahim dilahirkan di Kedah. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Sultanah Asma, Alor Star dan Sekolah Taufiqiah Pondok Shaikh Yahaya Junaid, Padang Lumat, Kedah. Beliau kemudiannya menyambung pelajaran di Maktab Mahmud, Alor Star dan seterusnya memperolehi Ijazah dari Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir pada tahun 1987. Dalam tahun yang sama juga, beliau meneruskan pengajian Doktor Falsafah dalam bidang Syariah Islamiyyah pengkhususan Tafsir dan Hadis di Darul Ulum, Universiti Kaherah, Mesir. Seterusnya beliau melengkapkan pengajian di peringkat sarjana di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dalam bidang 'Revealed Knowledge and Heritage' pada tahun 1992. Datuk Dr. Mashitah merupakan pelajar wanita Malaysia pertama memperolehi Ijazah Kedoktoran Kelas Pertama (Syaraf Universiti Islam Antarabangsa Malaysia) dari salah sebuah universiti terkenal di Mesir, iaitu Universiti Kaherah pada tahun 1997.
Kerjaya :
  • Penceramah / Pendakwah
  • Panel program motivasi dan kekeluargaan Islam Media Cetak dan Elektronik
  • Kini beliau merupakan tenaga pengajar di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) sebagai Penolong Profesor di Jabatan Quran dan Sunah Kuliyyah Wahyu dan Sains Kemanusiaan.
Penglibatan Dato’ Dr. Mashitah dalam dakwah bukanlah baru, beliau telah dilatih ibu bapanya sejak berusia 13 tahun lagi. Pada peringkat awal, beliau giat berceramah sekitar Universiti Islam Antabangsa Malaysia (UIAM) sahaja. Kemudian memulakan program motivasi keluarga yang menggabungkan unsur kaunseling, motivasi dan kekeluargaan yang bersifat universal. Kemunculannya di radio Malaysia KL mendapat sambutan dan dari situlah beliau mengembangkan siri dakwahnya melalui program Adikku Sayang, Al Kuliyyah dan Forum Ehwal Islam.
Pada 27/03/2004 beliau dilantik sebagai Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri.  Beliau mengangkat sumpah pada 31 Mac 2004. Seterusnya, pada 14/02/2006 beliau dilantik sebagai Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri. Beliau berjaya mengekalkan kedudukan walaupun selepas rombakan kecil kabinet. Beliau juga merupakan Ahli Majlis Agama Islam Negeri Pahang.
    • Seorang ahli perniagaan wanita yang gigih dengan mengusahakan butik pakaian bercirikan Islam, di Gombak, Selangor.
    Penglibatan Politik
    • Ahli Parlimen Baling, Kedah
    Pingat / Kebesaran
    Sebagai menghargai sumbangan dan jasanya sebagai pendakwah, pada 23/10/2000, beliau telah dianugerahkan pingat Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Dato’, daripada Kerajaan Negeri Pahang Darul Makmur. Seterusnya pada 22/01/2006 beliau telah dianugerahkan pingat Dato’ Setia DiRaja Kedah (DSDK) yang membawa gelaran Dato’, daripada Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman.

    Sayangnya insan yang begini hebat telah bertukar .....jauh benar peribadinya dari yang asalnya.....moga beliau mendapat semula rupanya yang asal2 dulu....lembut,berhijab sempurna,fasih tutur kata menyebut ayat2 Allah seperti didalam ceramah2 nya dan program2 ilmiah...











Related Posts with Thumbnails