Dekan Fakulti Sains Pentadbiran dan Kajian Polisi Universiti Teknologi Mara (UiTM), Datuk Profesor Dr Ramlah Adam berkata, perbuatan itu perlu dipuji kerana memberi laluan kepada muka baru untuk menjadi calon.
“Apa pun, ia bergantung pada keikhlasan untuk mempermudah kerja Presiden Umno (Datuk Seri Najib Tun Razak) memilih calon boleh menang.
“Namun, dalam hati, kita tidak boleh duga tujuan mereka berbuat demikian. Adakah ia menunjukkan mereka sudah tidak popular, jadi jalan terbaik adalah tawar diri untuk tidak bertanding? Atau mereka berasa sudah terlalu lama memegang jawatan, namun mereka masih menyimpan niat hendak jadi wakil rakyat lagi,” katanya.
Jika ini berlaku, katanya, mereka sebenarnya acuh tidak acuh ketika membuat keputusan dan menyekat peluang orang lain untuk menjadi wakil rakyat.
No comments:
Post a Comment