SAHABAT2 SEPERJUANGAN

SAHABAT2 SEPERJUANGAN

Followers

Tuesday, November 29, 2011

MUSLIMAT TELAH BERSEDIA.LEBIH KOMITMEN DALAM TUGAS

JENTERA pilihan raya akan tempang jika tenaga wanitanya tidak dilibatkan secara proaktif.http://malaysiaaktif.my/v2/media/k2/items/cache/725ab2e5536ce3eac0a8dd17d083ff4e_XL.jpg Malah, mereka merupakan tenaga kempen yang cukup rajin, dedikasi, tidak banyak karenah dan menjalankan tugasan penting, seperti kempen atau merayu undi dari rumah ke rumah. Begitu dalam PAS, gerakerja muslimatnya sentiasa menjadi pelengkap kepada persiapan menghadapi pilihan raya.

.


HARAKAH: Semua orang kini ghairah bercakap soal pilihan raya umum ke-13. Dikatakan bila-bila masa sahaja boleh dibubarkan Parlimen. Saudari mengetuai sayap terpenting, Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) ... tentu persiapan rapi sudah diatur, 'kan?

SITI ZAILAH: Ura-ura tarikh pembubaran Parlimen pada 11 Nov telah berlalu. Kepimpinan BN seperti tidak ada keyakinan untuk mengadakan pilihan raya lebih awal. Memang cabaran kali ini cukup sengit; kita mesti bersiap siaga secukupnya.

Dalam PAS, kita sudah punyai pengalaman cukup banyak dengan BN sejak PRU pertama dulu. Selepas Mac 2008, belasan kali kita hadapi pilihan raya kecil. Tidak lama lagi PRU ke-13. Kita sudah tahu sepak teranjang Umno-BN.

Pelbagai corak penipuan dan taktik jahat mereka akan buat untuk cuba sekat kemaraan dan jatuhkan kita. Justeru, DMPP telah membuat pelbagai rangka persiapan. Antara yang kami utamakan adalah lawatan ke negeri-negeri. Sudah dua kali saya turun ke negeri-negeri, hanya Sabah dan Sarawak baru sekali. Kami memantau segala sudut, termasuk kelemahan jentera yang perlu diperbaiki.

Berdepan pilihan raya, kita perlukan kekuatan akidah selain kekuatan jentera. Kita mesti bersiap untuk mengatasi strategi persiapan musuh. Malah, kita perlu melepasi sekatan mereka. Semua sudut mesti diperkukuhkan.

Kebetulan kita berpengalaman 21 tahun di Kelantan dan arif sepak terajang BN yang cuba menjatuhkan kerajaan PAS. Saya yakin formula sama diubah suai dan akan terus diguna, termasuk politik wang, menggunakan agensi kerajaan, manipulasi media dan taktik jahat untuk lemahkan jentera kita.

Sama ada BN Selangor, Wilayah Persekutuan atau Kelantan, mereka sama saja. Kita, insya-Allah, sentiasa bersedia penuh yakin. Sayayakin rakyat akan bersama kita.

Sepanjang dua kali turun ke negeri-negeri, mungkin saudari sudah dapat mengesan keperluan untuk melakukan penambahbaikan dalam aspek tertentu?

Ya, banyak perkara yang dapat kita kesan untuk penambahbaikan di peringkat negeri terutama di negeri-negeri yang kita menang - Kedah, Kelantan, Selangor, Pulau Pinang dan Kedah. Dan kita mesti bersungguh-sungguh mempertahankan kerajaan itu.

Antara kelemahan ialah penyampaian maklumat. Dalam negeri yang kita menang sendiri, misalnya di pedalaman Selangor dan Kelantan, ada rakyat yang tidak tahu apa yang kerajaan buat. Sebab itu, DMPP memerlukan kekuatan jentera penerangan untuk turun padang, menggunakan mekanisma yang lebih baik, supaya perubahan sepanjang kita memerintah, yang pastinya jauh lebih baik daripada BN, dapat disampaikan kepada pengundi.

Di Selangor, khususnya di kawasan pedalaman, ada yang masih tidak tahu bahawa bekalan air percuma disediakan kerajaan negeri. Strategi dan pendekatan penerangan harus lebih rapi dan berkesan.


Mungkin kelemahan penyampaian maklumat itu disebabkan kita tidak mempunyai saluran media yang efektif? Apakah fenomena media baru tidak dapat membantu atapun tiada usaha serius untuk menyebarkan info sebelum Parlimen atau Dun dibubarkan? Masing-masing lebih menunggu saat-saat akhir?


Dalam tinjauan yang kita buat di kalangan pengundi wanita, mereka lebih mudah menggunakan media tradisi bukannya media baru. Apatah lagi golongan wanita berumur. Media baru lebih popular kepada golongan muda.

Jadi, kita perlukan satu pendekatan kempen dari rumah ke rumah, itu sangat penting. Suri rumah mesti dibekalkan maklumat yang tepat dengan cepat. Misalnya, isu kenaikan harga barang sekarang. Isu ini menjadi tekanan semua kaum.

Kita mesti diihat dapat memainkan peranan efektif dalam isu ini, bagi memberi kesedaran kepada pengundi. Bahawa punca kenaikan harga barang apabila kerajaan menstrukturkan semula subsidi yang tidak beri keutamaan pada barang keperluan harian. Kerajaan beri subsidi kepada sektor korporat seperti penjana bebas IPP, yang menelan kos lebih RM19 bilion sedangkan peruntukan makanan hanya RM3 bilion lebih.

Itupun ditarik dengan alasan kalau negara boleh bankrap kalau diteruskan. Ternyata ini sikap tidak bertanggungjawab kerajaan untuk tangani masalah kritikal rakyat.

Supaya penerangan lebih berkesan, tenaga Muslimat mesti berani menggunakan fakta, dibantu oleh gambar. Kita boleh memberi keyakinan kepada pengundi bahawa negara mesti diselamatkan dengan melakukan perubahan.


Macam mana dengan isu gaya hidup bermewah-mewahan isteri Perdana Menteri?

Ya, apa lagi dengan gaya hidup mewah dan pemborosan isteri Perdana Menteri, ditambah pelbagai penyelewengan wang rakyat. Isu ini memberi kesan besar kepada pengundi jika mereka memahaminya. Kita harus proaktif membekalkan maklumat itu.

Ceramah kelompok ataupun kempen dari rumah ke rumah juga perlu diaktifkan. Program ziarah mesti dibanyakkan kerana ia pendekatan yang terbukti sangat berkesan.

Saya suka merujuk pendekatan Umno Selangor menggunakan guru-guru Kemas untuk mendekati pengundi. Mereka menyenaraikan lebih 36 tajuk khusus untuk menyerang kerajan negeri. Guru Kemas ini diberi insiatif one-off RM3,000 dalam Bajet 2012. Ini seolah-olah satu galakan untuk mereka bekerja lebih keras.

Kita melihat BN menggunakan pendekatan meniru cara yang kita buat selama ini. Mereka menggunakan guru Kemas berkempen dari rumah ke rumah untuk menawan hati pengundi dengan memusingkan dakyah.

DMPP terutama di negeri yang kita perintah hendaklah memperkasakan jentera penerangan. Kita ada pelbagai agensi yang boleh dimanfaatkan untuk kepentingan rakyat terutama dari segi memahami isu-isu semasa.


Isu memang terlalu banyak memihak kita. Masalahnya, mungkin daripada sudut persembahan dan penyampaian; kita kena cari pendekatan kemaskini dan berstrategi.

Selain isu kenaikan harga barang, saudari boleh jelaskan isu-isu lain lain yang dirasakan dekat dengan wanita?

Kita lihat keruntuhan sosial dalam negara. Begitu juga kes-kes eksploitasi wanita. Ditambah dengan isu simbah asid, rogol serta keruntuhan moral. Dalam Bajet 2012, tiada penekanan khusus untuk menangani isu sosial ini sedangkan ia masalah besar negara.

Tidak ada ertinya ekonomi dan pembangunan nampak tinggi tetapi tetapi moral rakyatnya jatuh, apatah lagi bila kita turut dihimpit isu-isu ekonomi yang meruncing. Mesti ada keseimbangan antara pembangunan fizikal dan rohani. Kita inginkan sebuah negara yang dibina berimbang antara keberkatan dan pembangunan fizikal. Ini kita kena beri kesedaran kepada pengundi wanita.

Kita kena melihat jauh ke depan. Apa akan jadi kepada generasi kita, 30 hingga 50 tahun akan datang? Jika negara kita terus dipimpin dengan dasar dan corak begini, kita akan berdepan masalah lebih rumit.

Ada kajian menunjukkan 80 peratus rakyat negara kita meninggalkan solat. Lebih enam juta belia menghadapi krisis identiti. Maknanya, mereka menghadapi kecelaruan cara hidup. Ini satu angka yang menggerunkan.

Dahsyat data-data itu ...

Dalam keadaan ini masih ada suara yang menyeru kepada Islam bagi menangani konflik yang begitu teruk, ditambah lambakan anak luar nikahnya. Jika isu ini rakyat ambil mudah, saya rasa kita menuju kehancuran.

Pengundi mesti disedarkan, setiap satu undi itu menentukan masa depan negara, rakyat dan anak cucu kita. Jangan kita anggap hanya dengan satu undi itu, haa... tak apa sama saja, atau beranggapan undi BN atau PAS sama saja.

Tanggapan bahawa perkara undi itu kecil mesti diperbetulkan. Kesannya cukup besar untuk masa depan negara. Bagi saya, kita perlukan gerakan kesedaran menyeluruh bukan sahaja daripada sudut kepimpinan dalam kerajaan tapi juga masyarakat, suri rumah dan seluruh rakyat.

Kita harus membina masa depan Malaysia yang gemilang. Kita kena bina gagasan Malaysia baru untuk membawa negara ke arah yang lebih baik. Sebab itu, kita bukan sahaja impikan negara maju daripada sudut pembangunan tetapi masyarakat yang bertakwa kepada Allah, yang tinggi moral dan akhlaknya.

Dalam politik, generasi muda menjadi target utama semua pihak termasuk Umno. Boleh jelaskan apa yang dibuat atau ditekankan DMPP, terutama untuk menarik golongan muda wanita?

Generasi muda adalah sasaran penting kita. Malah di bawah kepimpinan saya sendiri, kita berikan satu pemantauan khusus, di bawah Naib Ketua DMPP, Senator Mumtaz. Saya pantau dari sudut pentadbiran dalaman. Timbalan saya, Dr Siti Mariah Mahmood memantau hubungan luar dengan Pakatan Rakyat.

Kita beri perhatian istimewa kepada generasi muda. DMPP sekarang kita tubuhkan Ameerah. Ameerah menjadi pelapis dan penggerak generasi muda daripada sudut politik. Pendekatan ini saya rasa cukup berkesan sebab kita mendekati generasi muda daripada semua peringkat. Bukan sahaja dari sudut mereka yang meminati politik tetapi juga dalam bidang kemasyarakatan dan kebajikan.

Insya-Allah kita boleh mendekati lebih ramai terutama generasi muda untuk bersama kita. Kita hendak melahirkan generasi muda yang bukan sahaja yang ceria berilmu tetapi berakhlak dan berketrampilan, yang mampu menjadi perintis kepimpinan akan datang.

Kita mahu lahirkan generasi muslimat yang mempunyai nilai budi tinggi dan boleh menjadi contoh teladan. Alhamdulillah, sambuatan menggalakkan. Pelbagai golongan bersama kita, termasuk artis muda yang mula meminati kita. Ia sangat menggalakkan. Ini satu perkembangan positif untuk tawaran generasi agar bersama kita bagi mencetuskan perubahan menyelamatkan negara kita.

Dalam Umno, apabila bercakap soal pilihan raya mesti timbul isu calon. Mereka sering membawa isu kuota calon-calon wanita dan beberapa tuntutan lain. Bagaimana dengan Muslimat PAS?

Mungkin ada sedikit berbeza. Dalam PAS, jawatan bukan matlamat atau agenda utama. Apa yang penting, bagaimana kita menggunakan peluang untuk mencapai kemenangan bagi masa depan Islam. Apa pun kepentingan suara muslimat bukan sahaja sebagai pengundi tetapi suara muslimat juga yang layak untuk diundi.

Kita lihat kepimpinan PAS memberi ruang yang seluas-luasnya untuk muslimat tampil ke hadapan bersaing di arus perdana untuk mencapai kecemerlangan. Kita sudah ada suara di Dewan Rakyat, Dewan Negara dan juga sidang Dun.

Cuma, saya rasa daripada sudut kemampuan dan kesanggupan muslimat itu sendiri. Ada negeri-negeri yang Muslimatnya merasakan mereka masih tidak bersedia. Kita daripada DMPP menggalakkan setiap negeri mempunyai, sama ada calon Parlimen atau Dun.

Terpulang kepada pimpinan Muslimat di negeri masing-masing. Ada kepimpinan negeri yang rasa masih tidak mampu tetapi ada negeri yang sudah bersedia. Saya melihat dalam DMPP ramai calon layak untuk diketegahkan. Kita ada doktor, peguam dan ramai profesional, selain aktivis akar umbi dan golongan berpendidikan agama, yang memang layak dan boleh bersaing.

Cuma beza kita dengan Wanita Umno, DMPP tidak berebut menjadi calon. Iau bukan agenda utama. Bagi kita, yang direbut adalah keredaan Allah. Matlamat kita bukan sahaja mencapai ketinggian dunia tetapi ketinggian akhirat.

Bagi saya, sebagaimana dicapai dalam konvensyen Pakatan Rakyat, DMPP bersetuju dengan cadangan 30 peratus calon wanita. Tapi DMPP tidak meletakkan mesti cukup 30 peratus. Ia bergantung kesesuaian dan kemampuan. Kita ada Masjlis Syura Ulama yang akan menapis kesusian daripada segala sudut.

Kita mematuhi apa yang diputuskan. Jika tempat itu sesuai untuk calon muslimin, kita tidak berebut. Cuma kita minta jika tempat yang sesuai untuk calon muslimat, jangan ketepikan mereka.

Masih ada Muslimat negeri yang tidak bersedia?

Ada negeri yang tidak bersedia. Ada negeri yang mengatakan suasana di negeri mereka itu lebih sesuai untuk muslimin. Saya dimaklumkan Perhubungan Negeri bersikap terbuka. Suasana di negeri itu mungkin susah menerima muslimat.

Bagaimanapun, kita menggalakkan calon muslimat. Sebab kita memerlukan suara muslimat, di peringkat Dun atau Parlimen. Di negeri yang kita perintah, kita boleh lantik Senator. Contohnya, Kelantan, sebelum kita ada Adun, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat melantik muslimat sebagai Senator.

Itu permulaan untuk mendedahkan muslimat dengan peringkat penggubal dasar. Alhamdulillah di Kelantan, kita tidak ketandusan calon. Saya percaya di negeri-negeri lain juga ramai calon muslimat yang layak.


Saya mengharapkan untuk meletakkan muslimat di arus perdana, dan kita memerlukan sokongan dan dorongan daripada Badan Perhubungan PAS negeri dan kawasan. Jika tidak, muslimat kadang-kadang ada perasaan rendah diri. Sedangkan sebenarnya suara mereka sangat diperlukan.

Boleh komen secara umum prestasi Muslimat, terutama yang menduduki kerusi exco kerajaan negeri, menjadi ahli Parlimen, Adun dan Senator?

Saya minta maaf, jangan wakil rakyat muslimin berasa hati. Dari sudur tertentu, komitmen wakil rakyat muslimat lebih daripada muslimin. Ini kerana muslimat tidak banyak karenah. Mereka buat kerja sungguh-sungguh dan beri perhatian serius. Sikap muslimat lebih teliti.

Saya bagi contoh, di Kelantan, penghulu wanita ada 69 orang. Sebelum PAS memerintah tidak ada penghulu wanita. Alhamdulillah, penghulu wanita lebih rajin, lebih cepat sampai sasaran apabila berlaku kematian dan kemalangan.

Maknanya, muslimat setanding dengan muslimin. Sukar diterima ada alasan bahawa kalau letak muslimat, perkhidmatan mereka diragui, sukar turun jumpa rakyat atau tidak sebagainya. Kita ambil contoh Adun Tanjong Mas, Rohani Ibrahim. Pilihan raya umum 2008, Dun Tanjong Mas memperolehi kenaikan undi tertinggi dan nombor satu di Kelantan. Begitu juga Dr Siti Mariah di Parlimen Kota Raja, memperolehi majoriti undi tertinggi di Malaysia.

Turut emerlangan ialah exco kerajaan negeri Muslimat. Contohnya, Dr Halimah Ali exco Selangor, mempunyai prestasi kerja yang baik. Begitu juga di Kelantan, Wan Ubaidah Wan Omar dan di Kedah, Siti Ashah Ghazali.

Tiga negeri yang kita perintah, prestasi exco Muslimat banyak mendapat pujian. Banyak kerja yang dibuat tinggi pencapaiannya. Maknanya, mereka mampu melaksanakan kerja dengan baik.

Saya yakin jika diberi peluang dan ruang, banyak lagi muslimat boleh buat. Sebab muslimat ini rajin dan bekerja bersungguh-sungguh. Buat kerja dengan ikhlas.

AMARAN DARI MAJLIS PEGUAM UNTUK PENTADBIRAN NAJIB


Ahli-ahli Majlis Peguam berarak ke bangunan Parlimen berhubung isu Rang Undang-undang Perhimpunan Aman pagi tadi.


Majlis Peguam memberi pentadbiran Najib amaran bahawa ia akan terus “mengetuk pintu Parlimen” jika Rang Undang-undang Perhimpunan Aman diluluskan tanpa perbincangan membabitkan rakyat.

Presiden Majlis Peguam Lim Chee Wee menggesa kerajaan mempertimbangkan rang undang-undang alternatif yang dikemukan oleh pihaknya atas alasan akta yang digubal kerajaan tidak adil dan mengenakan syarat keterlaluan.



“Majlis Peguam akan terus mengetuk pintu Parlimen jika rang undang-undang ini dijadikan akta dalam bentuk yang semasa,” kata beliau pada sidang media di bangunan Parlimen hari ini.

Lim bercakap kepada pemberita selepas mengetuai perarakan beratus peguam yang menyertai kempen Walk for Freedom anjuran Majlis Peguam sebagai petanda memproses Rang Undang-undang Perhimpunan Aman digubal pentadbiran Najib.

Beliau bersama sembilan wakil dari Majlis Peguam dibenarkan memasuki kawasan Parlimen dan kemudian ke bahagian lobi untuk menyerahkan rang undang-undang alternatif kepada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong dan satu surat rayuan menggesa kesemua wakil rakyat mengundi dengan bijak.

“Kami bukan antikerajaan atau propembangkang. Kami antiketidakadilan dan antiperkara yang tidak berperlembagaan.

“Kami hanya prokeadilan dan prokeluhuran undang-undang. Kami sentiasa memberi kerjasama kepada kerajaan,” kata Lim kepada Liew ketika menyerahkan memorandum kepada kerajaan.

Terdahulu, pagi tadi kwasan Taman Tasik Perdana menjadi tumpuan polis dengan beratus peguam bersiap sedia untuk berarak ke bangunan Parlimen untuk mengemukakan memorandum kepada Rang Undang-undang Perhimpunan Aman.

Polis mengisytiharkan perhimpunan itu sebagai haram.

Ketika itu Lim menggesa agar diadakan jawatankuasa pilihan khas bagi menggubal Rang Undang-undang Perhimpunan Aman.

“Kami telah dirunding oleh Peguam Negara beberapa minggu lalu mengenai Rang Undang-undang Perhimpunan Aman tetapi versi yang dibentangkan (di Parlimen) sangat berbeza,” kata Lim.

Monday, November 28, 2011

UMNO DAH LUNTUR - VETERAN UMNO

Sekalipun bangga dengan kematangan Umno sekarang, beberapa anggota veteran di negeri ini bimbang dengan masa depan parti itu apabila melihat semangat perjuangan asal semakin luntur pada kalangan anggota.

Menyamakan perjuangan itu sebagai semangat "nasi merdeka", mereka melihat anggota sekarang sudah leka dengan kejayaan yang dicapai parti sehingga mengetepikan kepentingan pengorbanan diri demi keutuhan Umno.

Bekas Setiausaha Perhubungan Umno Perlis, Datuk Selamat Saad berkata, 'orang dulu' menjual nasi lemak dan hasilnya disalur kepada tabung perjalanan Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ke London bagi merundingkan kemerdekaan negara.

"Kami bekerja dengan semangat yang satu iaitu berkorban untuk parti demi negara," katanya kepada Bernama, di sini, Isnin.

Namun, kata veteran berusia 76 tahun itu suasana Umno sekarang sudah jauh berubah kerana selain wujud puak-puak, parti tersebut juga dianggotai mereka yang meletakkan kepentingan diri melebihi perjuangan parti.

Justeru, beliau mengharapkan perhimpunan agung yang bakal berlangsung minggu ini dapat mengembalikan kekuatan semangat "nasi merdeka" demi masa depan Umno sendiri.

Pendapatnya dikongsi seorang lagi anggota veteran Datuk Mohd Zain Hamzah, 76, yang mahu pemimpin parti menangani isu puak dalam Umno.

"Dulu anggota-anggota Umno memikirkan perjuangan untuk memerdekakan negara tapi sekarang negara dah merdeka. Ada yang hanya memburu peluang melalui parti," katanya ketika ditemui di kediamannya di sini.

Bekas Naib Ketua Umno Arau itu berkata, pada zaman dahulu anggota parti menerima seikhlas hati siapa sahaja yang dipilih sebagai calon pilihan raya dan memberi sokongan padu.

"Namun perkara itu sudah tidak berlaku sekarang kerana wujudnya unsur puak yang menyebabkan ada calon ditolak kerana bukan dari puaknya. Perkara ini harus diubah segera," katanya.

Beliau juga berkata, anggota Umno pada peringkat awal kemerdekaan tidak mementingkan wang ringgit dan peluang menjadi pemimpin digunakan untuk berkhidmat kepada agama, bangsa dan negara

PRU 13 BULAN JANUARI???


Dalam senario sekarang ini, tiada yang lebih menarik untuk diperkatakan terutama di kalangan pemerhati politik, hinggalah di kedai-kedai kopi, melainkan tarikh pilihan raya umum ke-13.

Namun sehingga kini, masih belum ada ‘pak nujum’ politik yang benar-benar dapat meramalkan tarikh tepat bila tarikh pilihan raya yang dijangka sengit ini akan diadakan.Ini kerana ia adalah keputusan mutlak Perdana Menteri untuk mengumumkan apa yang berada dibenak fikirannya.

Menariknya dalam pada pelbagai analisis dibuat oleh bermacam pihak mengenai tarikh pilihan raya umum akan datang, akhbar bahasa Cina, Oriental Daily telah mengemukakan teori yang menarik untuk diperhatikan.

Pertama, akhbar berkenaan melontarkan persoalan kemungkinan besar Parlimen akan dibubarkan pada 15 Januari ini.

Kedua, ini kerana menurut akhbar berkenaan Datuk Seri Najib Tun Razak tidak akan ke luar negara pada bulan Januari.

Ketiga, Oriental Daily memaklumkan yang mereka mendapat maklumat cuti kesemua pegawai dan anggota polis dikatakan akan dibekukan pada bulan tersebut

Dan yang paling menguatkan hujah pilihan raya akan diadakan pada tarikh atau bulan berkenaan bila Najib dikatakan sudah hampir pasti tidak akan menghadiri Forum Ekonomi Dunia di Davos, Switzerland yang dijadualkan berlangsung juga pada bulan Januari.

Sesungguhnya spekulasi yang dibuat Oriental Daily ini sekali gus telah menghangatkan semula cakap-cakap mengenai tarikh PRU-13.

Sebelum ini tanggapan ramai pihak yang kononny Najib akan mengumumkan pembubaran Parlimen bagi membolehkan PRU-13 pada 11 November lalu ternyata tidak menjadi kenyataan.

Yang pasti apa pun tarikhnya, pembangkang awal-awal lagi enggan mengadakan pilihan raya negeri serentak dengan pilihan raya umum hingga ‘memeningkan’ Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)

SPR berharap pemimpin parti politik termasuk pembangkang dapat mencapai persetujuan bersama untuk mengadakan pilihan raya negeri serentak dengan pilihan raya umum akan datang.

Bagi penulis, walaupun undang-undang membenarkan kedua-dua pilihan raya itu diadakan secara berasingan, namun pemimpin politik wajar mengambil kira kepentingan bersama dalam hal terbabit.

Proses pengundian serentak dapat mengelakkan pembaziran daripada segi kos, tenaga kerja dan juga masa.

Kita kena ingat, kecuali di Sabah dan Sarawak, pengundian berasingan antara DUN dengan Parlimen tidak pernah berlaku.

Malangnya Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah membuat keputusan bahawa kerajaan negeri hanya akan membubarkan DUN selepas enam bulan dari tarikh pembubaran Parlimen bagi memastikan Bajet Selangor 2012 dapat dilaksanakan pada tahun depan.

Apapun penulis ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada semua tukang tilik dan pak nujum pilihan raya ini, tak rugi pun kalau telahan tu tak betul

Cuma rasanya banyak lagi kerja berfaedah yang boleh kita buat daripada asyik memeningkan diri mencari pelbagai teori bila tarikh PRU-13 akan diadakan.

Tarikh 15 Februari yang dicanangkan Oriental Daily itu mungkin betul, mungkin tidak

Biarlah Najib sendiri yang umumkan tarikhnya, yang kita ni, ayuh teruskan kerja!

Friday, November 25, 2011

TERTARIK AKU DENGAN BERITA NI.....KAT MALAYSIA BILA LAGI???

HARVINDER SINGH yang menampar Menteri Pertanian India, Sharad Pawar, ditahan dalam sebuah kereta polis di New Delhi semalam.

Hebat pemuda ni,berani tampar menteri..kat Malaysia agak2 nya ada ke rakyat yang berani buat macam ni...ada je menteri yg banyak songeh dok bercakap hal nak bagi itu le bagi ini le,almaklum le dah nak dekat pru ni banyak le kelentongnya,tiba2 je pelempang datang...rasa aku mesti hebat berita tu....rasakan ko cakap je pandai...bila le saat nya..ada berani ka???

jom layan berita bawah ni

NEW DELHI – Seorang pemuda menampar muka Menteri Pertanian India, Sharad Pawar semalam untuk menarik perhatian berhubung kenaikan harga makanan dan amalan rasuah di negara berkenaan.

Ketika kejadian, Pawar yang berusia 71 tahun sedang bercakap kepada sekumpulan pemberita dalam satu majlis politik apabila dia diserang oleh lelaki tersebut.

Beberapa laporan berita televisyen menyatakan, lelaki itu menjerit slogan tentang harga makanan yang melambung tinggi dan gejala rasuah.

Imej di stesen televisyen menunjukkan penyerang itu memegang sebilah pisau semasa dia ditarik keluar oleh beberapa pengawal keselamatan dan pembantu Pawar.

“Tahukah anda kenapa saya memukul beliau? Orang ramai di negara ini tertekan. Adakah saya salah?” jerit lelaki itu semasa dia dibawa keluar oleh beberapa pengawal keselamatan peribadi yang menangkapnya.

Stesen televisyen tempatan, CNN-IBN TV melaporkan penyerang itu kini ditahan polis.

Menurut agensi berita AP, Pawar tidak cedera teruk dalam insiden tersebut.

Menurut laporan agensi berita Bernama, Pawar yang memberi reaksi mengenai kejadian itu menyatakan perbuatan itu adalah bodoh.

Ketika ditanya sama ada dia akan mengemukakan dakwaan terhadap penyerangnya, menteri itu berkata, terpulang kepada polis untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Pawar berkata, penyerang itu dilihatnya berdiri dalam kumpulan wartawan dan dia mungkin mengambil kesempatan daripada kawalan keselamatan yang longgar.

Semasa ditampar, Pawar hilang imbangan badan dan kelihatan tidak peduli dengan kejadian itu sebelum menuju ke pintu keluar auditorium dan memasuki sebuah kereta yang sedang menunggunya.

“Saya merancang untuk datang ke majlis itu untuk menampar menteri tersebut,” kata penyerang Pawar, Harvinder Singh.

Perdana Menteri India, Manmohan Singh turut mengutuk kejadian it

Monday, November 21, 2011

BN DAH ADA 2000 PAKAR PEMBOHONG DAN PENCACAI

Kelab sukarelawan Media Sosial 1Malaysia (MyVoice) berjaya mengumpulkan lebih 2,000 pengamal media sosial seluruh negara menjadi 'askar baru' BN dilancarkan dalam mengintegrasikan perjuangan menentang kepalsuan dan pembohongan pihak pembangkang di alam maya.

MyVoice dilancarkan Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak pada Konvensyen Media Sosial 1Malaysia di PWTC pada Ahad.

Menurut Datuk Mohd Sharkar Shamsuddin penyertaan dalam MyVoice terbuka kepada semua pengamal media sosial yang menolak politik fitnah dan menyokong politik berasaskan maklumat dan fakta sebenar.

"Pengamal media sosial yang menyertai MyVoice ini bermula daripada kalangan akar umbi hinggalah kepada blogger-blogger terkenal yang akan menjawab segala tohmahan dilemparkan pembangkang melalui blog, Facebook, Twitter dan sebagainya," katanya.

Mohd Sharkar berkata MyVoice akan mempromosikan agenda transformasi politik dan ekonomi yang telah dan sedang dilaksanakan kerajaan.

Sementara itu, Konvensyen Media Sosial 1Malaysia mencadangkan kerajaan mewujudkan sebuah bank informasi bagi memudahkan penggiat media membuat rujukan serta berkongsi maklumat dengan mudah dan pantas, selain mendapatkan maklumat sahih berhubung sesuatu isu.

Datuk Mohd Sharkar berkata cadangan itu dapat membantu orang ramai mendapatkan maklumat dengan cepat dan tepat apabila ia diselaraskan kepada suatu tempat rujukan.

"Kita nak wujudkan sebuah tempat untuk membuat rujukan berhubung sesuatu perkara dan isu yang mudah diakses dan cepat kepada orang ramai.

"Meskipun setiap kementerian ada laman web masing-masing, tapi kita mahu menyelaraskan maklumat tersebut pada satu platform menggunakan media sosial supaya ia dapat disebarkan kepada orang ramai," katanya.

Beliau berkata cadangan itu adalah antara 10 perkara yang terkandung dalam resolusi konvensyen yang dibacakan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak pada majlis berkenaan.

Terdahulu, wakil peserta konvensyen Dr Novandri Hassan Basri, yang juga penulis blog Medan Intelek Melayu, membacakan resolusi serta cadangan hasil perbincangan konvensyen itu.

Selain itu, resolusi tersebut juga mencadangkan agar hala tuju dan pelan komunikasi yang tersusun dirangka serta dikoordinasi dengan baik supaya maklumat serta isu dapat dijelaskan dengan lebih berkesan, selain mewujudkan sekretariat bagi menguruskan bank informasi secara efektif dan efisien.

Thursday, November 17, 2011

JANGAN BELI.....BARANGAN BAHAYA BUAT RAKYAT

Laporan Persatuan Pengguna membandingkan sos cili jenama 1Malaysia dengan tiga jenama lain, iaitu Tesco Value, Life dan Lingham. Semua jenama berkenaan didapati mematuhi had yang ditetapkan, malah kadar mereka juga jauh lebih rendah daripada yang dibenarkan oleh undang-undang.

So, what is safe from Kedai Rakyat 1 Malaysia? Is Mydin also not safe? Or, if Mydin is safe, why is KR1M not?


Persatuan Pengguna-Pengguna Standard Malaysia : Hentikan jualan sos cili 1Malaysia



Ujian makmal ke atas sos cili yang dijual di Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) mendapati tahap raksa dan plumbum melebihi paras yang dibenarkan dalam Akta Peraturan-peraturan Makanan 1985.

Dalam laporan draf penyelidikan perbandingan produk yang diperolehi oleh Malaysiakini, Persatuan Pengguna-Pengguna Standard Malaysia (Standards Users) mendapati 3.64ppm plumbum dan 0.08ppm raksa atau merkuri dalam sos cili 1Malaysia.

Sedangkan, tahap yang dibenarkan untuk sos cili adalah 2ppm bagi plumbun manakala 0.05ppm untuk raksa.

Laporan itu membandingkan sos cili jenama 1Malaysia dengan tiga jenama lain, iaitu Tesco Value, Life dan Lingham. Semua jenama berkenaan didapati mematuhi had yang ditetapkan, malah kadar mereka juga jauh lebih rendah daripada yang dibenarkan oleh undang-undang.

Ujian bagi produk berkenaan dijalankan oleh Unipeq Sdn Bhd, sebuah syarikat yang ditauliahkan di bawah Skim Akreditasi Makmal Malaysia (SAMM) oleh Jabatan Standard Malaysia.

Ketika dihubungi, ketua pegawai eksekutif, Standard Users, DN Ratna berkata, organisasinya telah menjalankan penyelidikan seumpama itu selama lebih tiga tahun dan memutuskan untuk memasukkan produk 1Malaysia dalam kajian kerana pengguna sedang digalakkan membeli produk itu.

Katanya, sampel sos cili berkenaan diperolehi dari kedai-kedai runcit dan pasar raya besar di sekitar Lembah Klang antara bulan Ogos dan September lalu.

Mengulas keputusan kajian itu, Ratna menggesa Kementerian Kesihatan untuk segera menghentikan jualan sos cili 1Malaysia.

"Kesan logam berat itu boleh menyebabkan keracunan. Jika seseorang menggunakan jenama itu bagi jangkamasa yang lama, logam itu akan terkumpul di rambut, tisu dan bahagian-bahagian badan yang lain ... Jika mereka orang yang terdedah itu tidak sihat, maka kesannya lebih cepat dan nyata.

"Ini berkaitan logam berat, mereka (Kementerian Kesihatan) sepatutnya tidak membenarkan jualan produk itu sehingga mereka sahkannya dengan ujian sendiri dan mengambil tindakan lanjut," katanya.

Menurut laporan itu, raksa yang berlebihan boleh menyebabkan kerosakan kepada sistem saraf pusat tunjang serta sistem endokrin, yang berpotensi membawa kepada kerosakan buah pinggang.



tested Kedai1M'sia Kari Ayam tin in front of press. Only 54.03% ayam, below minimum 90% FoodAct requirement.


285gram RM4.20
http://www.doorstep.com.my/product_info.php/1malaysia-chicken-curry-285g-p-2001625



280gram RM3.70
http://www.kedaiayamas.com.my/add%20product/canned.html


Tesco Sos Tiram drpd oyster extract, 1Msia Sos Tiram hanya flavouring

Tesco oyster sauce contain "oyster extract", Kedai1Msia oyster sauce contains just flavouring

read FoodRegulations1985 says even oyster flavour needs 1.8% protein. Lab tests found only 0.6%. Top quality Kedai1Msia products. Impressed

tested Kedai1M'sia 155g sardines tin in front of press. Only 37% fish, below minimum 55% FoodAct requirement.


Kedai1Msia claims 10% fat for Krimer Manis, which is minimum requirement in FoodRegulations1985. Lab test found only 9.07%.

Kedai1Msia Susu sejat (evaporated milk) disclosed 6% fat in nutrition label, below regulatory minimum requirement of 8%

FoodRegulations1985 says ice-cream, minimum 10% milk or vege fat. Lab test found KR1M product, got ice, not enough cream (5.01%)

Read the law says fruit jam must contain minimum 35% fruits. But Govt-sponsored Kedai1Msia jam contains only 8.87% fruit per lab test




Kandungan susu formula bayi yang dijual di Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) telah melanggar batas-batas yang ditetapkan oleh Akta Peraturan-peraturan Makanan 1985, dakwa ahli parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua.

Sos Tiram Jenama 1Mesia dikaji & dpt dlm botol tu xde unsul tiram & protein terlalu rendah...

Another test that found the outlet’s bottled oyster sauce to contain only flavouring and no natural oyster extract. It also fell short of the required 2.5 per cent protein content. - Sos Tiram dah langgar Food Act Malaysia



http://www.malaysia-chronicle.com/index.php?option=com_k2&view=item&id=22712:harmful-bacteria-in-1-malaysia-goods?&Itemid=2



Selain susu segar, lapan produk yang didedahkan Tony Pua ialah sos tiram, jem nenas, ais krim, susu sejat, krimer pekat manis, minyak sapi, sardin, dan kari ayam.
Katanya, kesemua produk ini telah melanggar klausa 13, 13B, 14, 15 dan 16 menurut Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985.
“Adakah mereka telah buat ujian sama ada sesuai untuk digunakan orang ramai, atau tidak buat kerja sebab ada percanggahan kepentingan? Saya tuntut menteri kesihatan menjalankan siasatan dengan segera. Jangan tidur,” katanya.

HEBAT CIKGU NI....

Gambo atas Datuk Adnan b Ibrahim iaitu bekas Pengarah Pendidikan Negeri yang dah join PAS dan yang sebelah ni guru besar je tapi cakap mengalahkan Menteri....


Cikgu Abd Halim bin Mohamad (gambar), Guru Besar Sekolah Kebangsaan Langkap dekat sini, dianggap sebagai guru besar 'terlampau' apabila menuturkan kata-kata 'hodoh' dan membuat tuduhan melulu dihadapan khalayak ramai.

Naib Yang DiPertua PAS Kawasan Setiu, Dr. Azman Ibrahim mencabar cikgu Abd Halim supaya mengemukakan bukti atas tuduhan yang dilemparkannya terhadap para guru dan ustaz.

"Kita minta Cikgu halim kemukakan bukti kepada Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu atau supaya tindakan tegas dan sewajarnya dapat diambil ekoran tuduhan serius beliau bahawa guru-guru dan ustaz-ustaz yang terlibat dengan parti pembangkang,

"(yang dituduh) mengabaikan tugas sehingga para pelajar menjadi mangsa,"ujarnya dalam satu kenyataan yang di e-melkan kepada Buletinonline.

Menurut Dr Azman yang juga Ahli Jawatankuasa badan Perhubungan PAS Terengganu, Cikgu Halim 'memaki hamun' ketika beliau menyampaikan ucapan pada Majlis Pengagihan Bantuan RM100 kepada murid-murid disekolah terbabit.

Katanya pada Rabu 16 November, Cikgu Halim telah menuturkan kata-kata 'nista' itu di hadapan ratusan ibu bapa yang hadir pada majlis berkenaan.

"Beliau (Cikgu Halim) juga dengan kesatnya memaki mereka yang terlibat dengan parti pembangkang dengan perkataan bodoh berulang kali.,"jelas Dr. Azman.

Beliau berkata antara kata-kata Cikgu Halim adalah; "kita tak mboh (mahu) dengar orang Langkap ni fikiran dia kena racun dengan parti pembangkang. Cikgu pun ada hok bodoh, seorang ustaz pun bingung, buleh masuk parti Pas, seorang doktor hok cerdik, bila masuk parti Pas, bodoh selalu! tuan-tuan, janganlah masuk parti pembangkang, tobat! Cikgu, ustaz bila masuk parti pembangkang, maknga (malas) selalu ngajar , anak murid jadi mangsa…”

Sehubungan itu, Dr Azman yang pernah berkhidmat sebagai doktor pergigian awam berkata, tuduhan cikgu Halim sangat serius memandangkan beliau seorang penjawat awam berjawatan sebagai anggota pentadbiran.

"tuduhan sebegini sangat serius dan bukti lengkap sangat diperlukan supaya tindakan sewajarnya dapat diambil untuk memperbaiki keadaan,

"apatah lagi, umum sedia memaklumi, guru-guru yang terlibat dengan PAS adalah mereka yang dididik dan ditarbiyah dengan roh Islam yang sentiasa meletakkan amanah dan tanggungjawab di tempat yang sewajarnya selaras dengan ajaran Islam,"jelasnya.

Katanya, tindakan Cikgu Halim akan menjejaskan kepercayaan awam kepada penjawat awam dan memusnahkan kredibiliti profesion perguruan.

Justeru, beliau meminta pihak Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu dan Kementerian Pelajaran Malaysia mengambil tindakan terhadap Cikgu Halim sekiranya gagal mengemukan bukti terhadap segala tohmahannya itu.

"Pastinya kita tidak ingin mendengar dan melihat seorang guru besar yang menuduh sebarangan tanpa bukti serta bertindak seolah-olah seorang ketua cawangan Umno.

"kalau beliau ingin berpolitik, sila tinggalkan profesion perguruan dan ayuh! Sila turun ke medan politik,"tegas r Azman.

Wednesday, November 16, 2011

PUJI MELAMBUNG TAPI REALITINYA....

kedaixMalaysia akan mendapat manfaat daripada kebijaksanaan parti pembangkang jika ia disalurkan untuk menambah baik program inisiatif kerajaan seperti Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) dan restoran Menu Rakyat 1Malaysia, kata seorang penuntut universiti.

"Tetapi ternyata pihak pembangkang memilih untuk mengkritik.. atau lebih suka mengecam... hampir semua yang dilakukan oleh kerajaan termasuk KR1M dan Menu 1Malaysia yang bertujuan untuk mengurangkan beban perbelanjaan yang semakin meningkat di kalangan penduduk bandar," kata mahasiswi tahun tiga di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) di sini.

Hanya mahu dikenali sebagai Shera, beliau berkata pemimpin pembangkang harus lebih matang dan menghargai usaha kerajaan dan bukan hanya mengutuk setiap inisiatif yang dilakukan kerajaan.

"Sekiranya mereka tidak mahu menyumbang idea positif, jadi mereka harus tampil dengan konsep yang lebih baik tentang KR1M dan Menu 1Malaysia dan melaksanakannya di negeri di bawah pemerintahan mereka," katanya kepada Bernama apabila ditemui di KR1M, Wangsa Maju di sini.

Jika tidak mereka hanya sekadar tin kosong, katanya dan menambah beliau berjaya menjimatkan beberapa ringgit daripada perbelajaan bulanan RM80 apabila membeli barangan keperluan di KR1M

ITU KATE PARA PENGAMPU2 UMNO..JOM BACA KAT BAWAH NI PULAK


Dalam sibuk-sibuk jentera propaganda Umno mencanangkan kehebatan kedai hasil idea Perdana Menteri, rupa-rupanya terdapat barang yang dijual amat membahayakan kesihatan termasuk boleh membunuh akibat tidak mengikut sukatan ramuan yang betul.

Yang seronoknya, baru semalam lidah rasmiu Umno Utusan Malaysia, mempertahankan bahawa barang 1 Malaysia berkualiti dengan ambil kenyataan Boss Mydin.

Ramai yang tertanya-tanya, apakah Umno kini mahu mendapatkan kemenangan mudah termasuk tidak mempedulikan apa yang disogok kepada rakyat?

Berikut berita yang tersiar di media hari ini:



Hentikan jualan sos cili 1Malaysia


Ujian makmal ke atas sos cili yang dijual di Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) mendapati tahap raksa dan plumbum melebihi paras yang dibenarkan dalam Akta Peraturan-peraturan Makanan 1985.

Dalam laporan draf penyelidikan perbandingan produk yang diperolehi oleh Malaysiakini, Persatuan Pengguna-Pengguna Standard Malaysia (Standards Users) mendapati 3.64ppm plumbum dan 0.08ppm raksa atau merkuri dalam sos cili 1Malaysia.

Sedangkan, tahap yang dibenarkan untuk sos cili adalah 2ppm bagi plumbun manakala 0.05ppm untuk raksa.

Laporan itu membandingkan sos cili jenama 1Malaysia dengan tiga jenama lain, iaitu Tesco Value, Life dan Lingham. Semua jenama berkenaan didapati mematuhi had yang ditetapkan, malah kadar mereka juga jauh lebih rendah daripada yang dibenarkan oleh undang-undang.

Ujian bagi produk berkenaan dijalankan oleh Unipeq Sdn Bhd, sebuah syarikat yang ditauliahkan di bawah Skim Akreditasi Makmal Malaysia (SAMM) oleh Jabatan Standard Malaysia.

Ketika dihubungi, ketua pegawai eksekutif, Standard Users, DN Ratna berkata, organisasinya telah menjalankan penyelidikan seumpama itu selama lebih tiga tahun dan memutuskan untuk memasukkan produk 1Malaysia dalam kajian kerana pengguna sedang digalakkan membeli produk itu.

Katanya, sampel sos cili berkenaan diperolehi dari kedai-kedai runcit dan pasar raya besar di sekitar Lembah Klang antara bulan Ogos dan September lalu.

Mengulas keputusan kajian itu, Ratna menggesa Kementerian Kesihatan untuk segera menghentikan jualan sos cili 1Malaysia.

"Kesan logam berat itu boleh menyebabkan keracunan. Jika seseorang menggunakan jenama itu bagi jangkamasa yang lama, logam itu akan terkumpul di rambut, tisu dan bahagian-bahagian badan yang lain ... Jika mereka orang yang terdedah itu tidak sihat, maka kesannya lebih cepat dan nyata.

"Ini berkaitan logam berat, mereka (Kementerian Kesihatan) sepatutnya tidak membenarkan jualan produk itu sehingga mereka sahkannya dengan ujian sendiri dan mengambil tindakan lanjut," katanya.

Menurut laporan itu, raksa yang berlebihan boleh menyebabkan kerosakan kepada sistem saraf pusat tunjang serta sistem endokrin, yang berpotensi membawa kepada kerosakan buah pinggang


Tuesday, November 15, 2011

PRAKEMPEN AWAL DISEMBER INI

Pakatan Rakyat (PR) akan melancarkan kempen prapilihan raya dengan rapat umum di Selangor awal bulan depan sebelum menghantar pemimpin-pemimpin kanannya ke setiap negeri untuk mengenal pasti isu-isu pilihan raya.

Keputusan itu dibuat oleh majlis kepimpinan petang ini sementara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan mengadakan pertemuan dengan ketua parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) malam ini, dipercayai bagi membincangkan aspek peruntukan kerusi dan senarai bakal calon.

“Kami telah membincangkan langkah-langkah persiapan menghadapi pilihan raya yang akan diadakan dalam waktu terdekat dengan satu perhimpunan di Stadium Melawati pada 4 Disember ini,” kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) hari ini.

Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar pula berkata pendekatan itu bertujuan membawa kesemua pemimpin PR bersama untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13.

“Sekretariat PR juga akan menganjurkan acara-acara untuk menghantar pemimpin-pemimpin kanan ke setiap negeri bagi memahami isu-isu lokal secara terperinci,” kata Ahli Parlimen Pokok Sena ini.

Ketika ditanya mengenai pertemuan perdana menteri dengan ketua parti komponen BN, Anwar yang juga Ketua Umum PKR berkata: “Kami sudah lama bersedia, itu sebabnya kami melancarkan program 4 Disember.”

Meskipun mandat semasa kerajaan pusat hanya akan berakhir April 2013 tetapi spekulasi menyebut Najib kemungkinan akan membubarkan Parlimen dalam waktu terdekat – tahun ini ataupun awal 2012.

ANAK PEMIMPIN 1 MALAYSIA NI KATA MAK AYAH UCAP TAHNIAH....

Najwa Mahiaddin.

Penyanyi berbakat besar, Najwa Mahiaddin menjelaskan tidak kisah jika kemenangannya di Anugerah Industri Muzik 2011 (AIM2011) dipertikai hanya kerana dia anak kepada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Najwa berkata, dia sudah lali dengan pelbagai cakap-cakap yang sering mengaitkan kejayaan dikecapinya kerana status keluarganya lebih-lebih lagi sejak muncul dengan album pertama Innocent Soul pada Mac lalu.

"Saya sudah ditahap tidak lagi mempedulikan apa yang sesetengah orang ingin kata mengenai saya kerana apa yang penting sokongan keluarga kepada saya tidak berbelah bahagi," ujarnya ketika ditemui pada sidang media selepas AIM2011 di sini, Sabtu.

Dalam pada itu, Najwa berkata, dia mendapat ucapan tahniah daripada kedua ibu bapanya pada kemenangannya dalam kategori Artis Baru Terbaik dan Lagu Inggeris Tempatan Terbaik.

"Ibu bapa saya gembira dengan kemenangan ini dan sempat mengucapkan tahniah kepada saya," katanya.

Sementara itu, Najwa berkata, disebalik kata-kata kurang enak mengenai dirinya, dia mahu terus fokus dalam bidang pelajaran dan muzik yang amat dicintainya.

Jelasnya, dia mahu terus mencipta lagu dan lirik dan tidak akan membiarkan anasir negatif menganggu tumpuannya terutamanya dalam pelajaran.

"Saya masih ada baki setahun lagi untuk menghabiskan pelajaran di Berklee College of Music Boston, Amerika Syarikat (AS)dan itu tumpuan saya kini selain terus menghasilkan muzik untuk peminat," katanya.

Monday, November 14, 2011

TINGKATKAN PRESTASI GURU...FIKIR LE CARA LAIN

Kementerian Pelajaran harus mencari strategi lain bagi meningkatkan mutu kerja guru dan bukan semata-mata dengan melanjutkan waktu bekerja bagi membina pelajar yang berkualiti.

Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali menyatakan, selama ini guru-guru telah terbeban dengan kerja-kerja perkeranian sedangkan tugas utama mereka untuk mengajar dan mendidik.

"Yang paling penting ini adalah hasil, untuk seorang guru hasil produk adalah pelajar. Maknanya pelajar itu cemerlang dari segi akademik dan sahsiah.

"Kalau 24 jam tumpu tetapi akhirnya pelajar terjebak kepada gejala sosial maknanya keberkesanan pembelajaran itu masih di tahap yang tidak memberangsangkan," katanya.

Halimah berkata demikian ketika mengulas cadangan kerajaan pusat untuk melanjutkan waktu bekerja bagi guru kepada sembilan jam sehari.

Rancangan ini akan dilaksanakan di Pahang, Johor dan Melaka mulai tahun hadapan.

Mengulas lanjut, beliau meminta kerajaan persekutuan supaya mengkaji sebaik mungkin dan mendapatkan pandangan pelbagai pihak termasuk guru sendiri sebelum mencadangkan polisi baru.

"Persoalannya adakah menambah waktu kerja selama selama 9 jam akan menambah keberkesanan proses pendidikan pelajar-pelajar di Malaysia?

"Kedua, adakah guru-guru yang perlu bekerja selama enam hari dan ada yang membawa beban kerja ke rumah, adakah lepas 9 jam, mereka tidak perlu membuat kerja lagi?" soal beliau lagi.

Beliau menambah, faktor kesihatan dan kecergasan guru juga perlu diberikan perhatian supaya guru dapat meningkatkan keupayaan dan keberkesanan dalam melaksanakan tugas.

TAK SEDAR DIRI MENGATA ORANG...DIA PUN SAMA

Marah beno nampaknya si bung ni...kahkah,selama ni deme/bn ni tak sedo ke diri yg umno dah nipu rakyat sejak 50 lebih dah.Elok le berita ni penipu serang penipu jugak...Yang kaya nak kaya lagi...harta nak bawak kubur ke???

Beberapa ahli Parlimen Umno hari ini menuduh Tan Sri Azman Mokhtar dan Tan Sri Tony Fernandes telah menipu rakyat dalam urusan perjanjian saham melibatkan Malaysia Airlines (MAS) dan AirAsia Ogos lalu.

Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Mohtar Radin (gambar) mahu Azman, ketua eksekutif Khazanah disoal siasat ekoran keputusan agensi pelaburan kerajaan memutuskan untuk menukar 20.5 peratus saham dalam MAS bagi mengambil 10 peratus saham dalam AirAsia.

“Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) harus memanggil Tan Sri Azman... kesemua mereka... jika ada penyelewengan, humban mereka ke dalam penjara,” kata Timbalan Pengerusi BN-BBC ini di Dewan Rakyat hari ini.

“Bagaimana Khazanah boleh diperbodohkan, macam mana boleh jadi bodoh, diperdayakan oleh Tony Fernandes. Jika saya berada dalam kedudukan, saya akan letak jawatan daripada menyusahkan orang lain,” katanya lagi.

“Kemungkinan mereka bukan bodoh. Kemungkinan mereka mendapat keuntungan besar dengan mengaut wang rakyat,” kata beliau dengan kedudukan Tune Air, milik Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia, kini memiliki satu perlima pegangan dalam MAS.

Ahli Parlimen Sri Gading Mohamad Aziz juga mendakwa AirAsia dengan jelas menipu publik dan “sekarang cuba untuk menipu MAS.”

“Jika orang macam ini (Fernandes) menguasai kita, astaghfirullah,” katanya ketika membahaskan Bajet 2012.

Bung Mohtar juga berkata bahawa kerajaan tidak harus takut dengan Fernandes.

“Apa sahaja beliau mahu, kita beri. Beliau mahu kenakan caj tambahan bagi lebihan (muatan) bagasi dan hisap darah rakyat miskin.

“Sekarang saya dengar beliau ada rancangan untuk mengambil alih keseluruhan penerbangan dalam negeri dan MAS hanya akan ada penerbangan antarabangsa,” kata beliau sambil menambah, “jika kita beri yang ini kepada beliau, negara akan rosak. Ia tanda berakhirnya dunia bagi kita,” kata beliau lagi.

Katanya, jika kerajaan tidak boleh memberi jawapan yang memuaskan, bermakna “pegawai-pegawai kerajaan bersubahat dengan AirAsia dan ada kepentingan peribadi.”

Perjanjian pertukaran saham antara MAS-AirAsia berhadapan dengan kecaman daripada ahli-ahli politik dan kesatuan sekerja syarikat penerbangan kebangsaan itu.

Sunday, November 13, 2011

KEPADA GURU2 ...PRU 13, AJAR DAN TUMBANGKAN BN/UMNO...

PAS menganggap projek rintis sistem bekerja sembilan jam Kementerian Pelajaran sebagai tidak wajar dan mahu ia dikaji semula kerana akan membebankan guru.

pas muktamar 130610 idris ahmad"Rasional apakah guru-guru terpaksa bekerja selama sembilan jam? Sebenarnya guru-guru di Malaysia sudah sedia terbeban, bukan sahaja (dengan) pembelajaran dan pengajaran.

"Malahan guru sudah menjadi ‘multi purpose’ kerana semua perkara guru terpaksa lakukan.

“Guru juga pemandu Ambulan jika pelajar sakit, menjadi polis trafik ketika pelajar keluar sekolah, pengawal disiplin, pegawai kewangan kalau ia guru kelas, menjadi kerani untuk masuk markah," kata ahli jawatankuasa PAS, Idris Ahmad dalam satu kenyataan media.

Beliau merujuk kenyataan Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Wee Ka Siong, semalam yang berkata mulai Januari tahun depan, empat negeri - Pahang, Melaka, Johor dan Sarawak - akan bekerja sembilan jam sehari.

Projek rintis itu katanya, berasaskan satu kajian di Melaka Tengah yang mengenalpasti tempoh bekerja yang ideal bagi guru.

"Saya harap semua guru di empat negeri tersebut tidak perlu risau kerana kita hanya membuat percubaan.

"Apabila projek rintis itu meyakinkan kita dan kita dapat membuat kesimpulan secara konkrit, barulah kita memperluaskannya ke semua sekolah di seluruh negara," kata Wee.

azlanSambil membidas tindakan Kementerian Pelajaran yang diterajui oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku menteri pelajaran, Idris berkata kerajaan sepatutnya mencari jalan untuk menyenangkan guru-guru supaya mereka berada di zon selesa.

Ini kerana di tangan mereka yang akan melahirkan modal insan yang berguna untuk masa akan datang.

Bawa kerja balik rumah

"Mungkin ada orang cemburu kerana guru banyak mendapat cuti berbanding dengan mereka yang berada di pejabat.

“Tetapi perlu diingat tugas guru bukan sahaja di sekolah, malahan kerja mereka berterusan sehingga balik ke rumah. Kerana kerja latihan pelajar perlu diperiksa, persiapan mengajar perlu dibuat.

missionary school 241207 students“Budaya ini berlainan dengan mereka yang bekerja di pejabat, selesai sahaja waktu pejabat ia tidak perlu dibawa balik ke rumah," katanya.

Sehubungan dengan itu, Idris juga mahu kerajaan menambah kemudahan dan membina lebih banyak sekolah supaya bilangan pelajar di dalam sebuah kelas dapat dikurangkan agar bebanan guru juga dapat diringankan.

Katanya, kebanyakan sekolah pada hari ini dibina lebih 20 tahun dahulu dan sudah tidak mampu menampung pertambahan penduduk di sekitarnya sehingga suasana di dalam bilik kelas tidak lagi selesa kerana bilangan pelajar yang begitu ramai.

Idris berkata sebagai penghormatan kepada guru-guru yang mendidik rakyat di negara ini, Pakatan Rakyat menjanjikan RM500 kepada mereka jika diberi mandat ke Putrajaya.

Friday, November 11, 2011

TAK JADI BUBAR PARLIMEN LAGI

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sekadar tertawa apabila ditanya mengenai spekulasi bahawa beliau akan membubarkan parlimen hari ini.

Dengan berjenaka, Najib berkata hari telah hampir berakhir tetapi parlimen masih belum dibubarkan.

Katanya lagi, mesyuarat majlis tertinggi BN hari ini juga sekadar membincangkan mengenai usaha untuk mengukuhkan parti itu.

Najib yang juga presiden Umno berkata, mesyuarat hari ini juga tidak membincangkan mengenai pengagihan kerusi pilihan raya di kalangan anggota komponen BN seperti yang disebut-sebut sebelum ini.

Bercakap dalam sidang media selepas mesyuarat itu hari ini, Najib turut menafikan bahawa mesyuarat hari ini membincangkan mengenai penetapan tarikh pilihan raya.

Nombor 11, seperti juga tarikh 11 November hari ini disebut-sebut sebagai nombor kegemaran Najib yang juga merupakan elit aristokrat Orang Kaya 11 Pahang.

Najib sebelum ini dikatakan akan membubarkan parlimen pada tarikh kegemarannya itu.


MANSUHKAN AUKU SERTA MERTA

Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Prof Dr Abdul Aziz Bari menegaskan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) lebih baik dimansuhkan serta-merta daripada dipinda kerana undang-undang itu sebenarnya hanya membentuk generasi muda yang 'selesa' bagi pentadbiran Barisan Nasional (BN).

Katanya, mahasiswa wajar diberi peluang untuk mendepani politik semasa supaya minda mereka boleh berkembang dan menjadi masyarakat yang dapat memajukan negara.

"Mahasiswa generasi kini harus diberi peluang melibatkan diri dalam politik supaya mereka mampu berfikir demi kemajuan negara," kata beliau pada Forum Awam AUKU dan UKM4 di sini malam tadi.

Muhyiddin

Beberapa jam sebelum forum itu, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata AUKU boleh dipinda atau dihapuskan sekiranya mahasiswa memberikan sepenuh perhatian terhadap pelajaran tanpa "digagahi" oleh pihak lain.

Katanya, kerajaan memperkenalkan AUKU pada 1971 disebabkan oleh beberapa insiden, dan pengenalan akta itu ialah supaya pelajar dapat menumpukan sepenuh masa dalam pelajaran di universiti serta kolej dan tidak "diganggu" dengan kegiatan luar.

Forum itu diadakan susulan keputusan Mahkamah Rayuan akhir bulan lalu bahawa AUKU bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Mahkamah Rayuan memutuskan AUKU yang melarang penuntut universiti menyertai politik bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Mahkamah membuat keputusan 2-1 dalam permohonan yang dibawa oleh empat penuntut Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), yang kini sudah menamatkan pengajian, mencabar peruntukan 15(5)(a) AUKU.

Permohonan itu dikemukakan awal tahun lalu selepas mereka dikenakan tindakan oleh UKM kerana berada di Hulu Selangor ketika pilihan raya kecil kerusi itu April 2010.

Mereka terdiri daripada Muhammad Hilman Idham, Woon King Chai, Muhammad Ismail Aminuddin dan Azlin Shafina Mohamad Adzha sebelum ini mendakwa tindakan tatatertib yang dikenakan oleh UKM bagi kesalahan mengikut Seksyen 15(5)(a) AUKU adalah tidak berasas dan tidak sah di sisi undang-undang.

Aziz yang dikenali sebagai pakar perlembagaan menambah, pemikiran sempit dan sikap 'pak turut' golongan mahasiswa yang dibentuk akibat penguatkuasaan AUKU akan membantutkan usaha memajukan negara kerana pemikiran masyarakat tidak akan berkembang.

"Negara tidak akan maju dengan generasi pak turut ini, mereka menjadi jumud dan mengamalkan pemikiran sempit yang tidak akan memberi sebarang manfaat untuk kemajuan negara," katanya.

"AUKU hanya melahirkan golongan pengampu untuk BN, mereka yang bekerja dan menyokong BN, sebab itu mereka (BN) pertahankan akta ini" katanya lagi.

Jelasnya lagi, pentadbiran kerajaan sekarang menjadikan institusi pengajian tinggi tidak ubah umpama kilang yang melahirkan ramai graduan, tetapi tidak membawa hasil kepada negara.

"Universiti dah jadi macam kilang. Keluarkan ramai pelajar, tapi tidak ada yang dapat memberikan sumbangan memajukan intelektual masyarakat," katanya.

Thursday, November 10, 2011

AYAT-AYAT 'COVER LINE' DAH KELUAR PUN...

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom hari ini menjelaskan bahawa kenyataan daripada Twitter Datuk Seri Najib Razak pada Ahad lalu yang beliau selesai menunaikan ibadah haji sedangkan masih ada rukun haji yang belum dilaksanakan ketika itu, telah disalah tafsir.

NONEBeliau menolak sebarang andaian kononnya perdana menteri dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor serta beberapa kenamaan lain tidak selesai mengerjakan ibadah haji.

Sebaliknya, kata beliau, sebagai tetamu diraja kerajaan Arab Saudi, perdana menteri serta jemputan yang lain dapat menjalankan ibadah dengan baik.

Jamil memberitahu pemberita demikian sejurus tiba dari Tanah Suci di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini.

Menurutnya, perdana menteri dan rombongan telah mendapat kawalan yang baik dan teratur bagi menyempurnakan semua ibadah semasa mengerjakan haji.

"Yang dimaksudkan (dalam Twitter perdana menteri), bukan selesai ibadat haji (tetapi) selesai wukuf. Wukuf ini dari Zohor 9 Zulhijjah sehingga Maghrib hari yang sama. Jadi yang dimaksudkan selesai itu, selesai wukuf.

"PM selesai (menunaikan ibadah haji). Haji ialah kita mesti pergi di Arafah. Kalau kita tidak berada di Arafah, maka tiadalah haji itu.

"Jadi pada petang itu mungkin...barangkali soalan itu ditanya petang itu...selesai itu, selesai arafah. Haji itu belum selesai lagi.

"Kita masih ada untuk nak melontar selama tiga hari pada hari-hari Tasyrik. Jadi ini yang mungkin disilap faham," kata beliau.

Wednesday, November 9, 2011

TAK BERUBAH LAGI ......SAMA JE

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh89ePt3BmnmxXu5Xr00p42WrNJjpRFtqv20KlkI46uFkUgHurnbd6207yEAxbmZQmZMnKwT2geTKchVRzcCoivL9Hr3wEdlWTB2QN0XktZ09V6Hf2Oc6q0T3hHaP2ZdJN2piBBct9J2eJi/s400/Rosmah.JPG

Ingatkan dah balik dari tanah suci ni jambul tu ditutup...tapi macam yang lama lah jugak ya...Bila lah si rosmah ni nak mula bertudung,baru je menjejak kaki ke tanah suci ,berdoa depan kaabah sambil diiringi polis2 Mesir namun masih belum lagi mahu melaksanakan kewajipan yg wajib bagi setiap wanita muslim.

Lepas ni comfirm bersalam le pulak ya....


Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Rosmah Mansor melambai kearah orang ramai yang menyambut kepulangannya sejurus tiba dari mengerjakan ibadat haji di tanah suci Mekah ketika di Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini.

MAIN TAWAR MENAWAR LE PULAK SEBAB DAH TERKANTOI...



Datuk Seri Noh Omar menyatakan kesediaan untuk menawarkan wakil rakyat pembangkang mengendalikan sendiri pusat ternakan lembu ― projek ternakan berkandang kebangsaan (NFC) yang berkontroversi. ― pendirian dibuat ketika bertikam lidah di Parlimen berhubung projek tersebut.

NFC dimiliki oleh suami Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Jali, Datuk Dr Mohamad Salleh Ismail dan anak-anaknya Izran and Izmir.

“OK, saya tawar pusat ternakan satelit ini kepada anda,” kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani (gambar) ini ketika menggulung perbahasan peringkat jawatankuasa rang undang-undang perbekalan di Dewan Rakyat.

“Saya sedia tawar projek ini kepada mana-mana anggota pembangkang. Saya akan beri kepada sesiapa sahaja yang berupaya untuk mengendalikan projek NFC,” katanya.

Noh menjawab soalan Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin yang bertanya mengapa hanya 20 daripada 71 pusat ternakan satelit yang dirancang untuk NFC beroperasi.

Omar juga berjata NFC tidak boleh mengeluarkan kesemua pinjaman RM250 juta yang diperuntukkan untuk projek berkenaan.

Katanya, ada syarat-syarat yang dikenakan untuk dipenuhi sebelum boleh mengeluarkan wang daripada dana tersebut.

Katanya, pengeluaran daripada dana tersebut untuk projek itu perlu diluluskan oleh jawatankuasa teknikal, yang diketuai oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar.

Noh menjawab dakwaan PKR bahawa penyata-penyata kewangan yang difailkan kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia menunjukkan NFC telah mengeluarkan kesemua RM250 juta sehingga 31 Mac 2009.

Tuesday, November 8, 2011

MUHYIDDIN KATA PEMIMPIN UMNO MEMANG BANYAK CAKAP


Tan Sri Muhyiddin Yassin tolak anggapan Tengku Razaleigh Hamzah kononya kini sudah tiada kebebasan bersuara dalam UMNO.

Timbalan Perdana Menteri sendiri hairan apa yang dimaksudkan oleh Ahli Parlimen Gua Musang itu sedangkan jika baca suratkhabar hari-hari ada saja pemimpin UMNO yang bercakap.

“Malah ada setengah bercakap lebih dari yang sepatutnya,”katanya menjawab soalan wartawan dalam sidang akhbar selepas satu majlis di Kuala Lumpur mengenai kenyataan Ku Li tentang hal itu di sidang akhbar beberapa jam sebelum itu.

Beliau menambah kebebasan bn bersuara terus segar dalam UMNO.

Menurut Muhyiddin UMNO tidak pernah mengeluarkan arahan sekatan bercakap keatas mana-mana pemimpin baik diperingkat bahagian atau negeri.

Mengenai rungutan Ku Li tiada peluang bercakap di Perhimpunan Agung UMNO,beliau menjelaskan wakil-wakil negeri dipilih untuk bercakap kerana jika semua orang nak bercakap sebulan perhimpunan pun tidak selesai.

Katanya jika Ku Li ingin bercakap sesuatu atau menyampaikan cadangan beliau boleh mengemukakannya bila-bila masa tanpa menunggu Perhimpunan Agung UMNO.

PRU13...LAKSANAKAN DULU PEMBAHARUAN YG DIJANJIKAN

Angkatan Amanah Merdeka (Amanah) pimpinan Tengku Razaleigh Hamzah mahu pilihan raya umum ke-13 hanya diadakan selepas pembaharuan pilihan raya yang dijanjikan Datuk Seri Najib Razak dilaksanakan.

Bercakap pada sidang media hari ini, Tengku Razaleigh (gambar) yang juga Ahli Parlimen Gua Musang berkata pentadbiran Najib perlu melaksanakan cadangan pembaharuan pilihan raya selepas jawatankuasa pilihan khas Parlimen selesai menjalankan kajian.

“Kita alu-alukan langkah kerajaan bawa perkara ini ke Parlimen, kita harap kerajaan dalam laksanakan cadangan pilihan raya selepas jawatankuasa ini selesai jalankan kajian. Kemudian baru panggil pilihan raya umum ke-13,” katanya.

Timbalan Presiden Amanah Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir berkata Putrajaya masih mempunyai masa untuk melakukan pembaharuan pilihan raya memandangkan mandat hanya akan berakhir April 2013.

Katanya, sekiranya pembaharuan pilihan raya tidak dilakukan penubuhan jawatankuasa khas itu disifatkan beliau sebagai “main-main dan macam drama.”

“Kami sebenarnya mahukan suruhanjaya diraja tapi jawatankuasa pilihan khas ini tiada masalah, biar mereka siapkan tugas kerana semua wakil parti politik ada di situ.

“Kita masih ada masa, tak perlu nak tergesa-gesa, kalau buat pilihan raya umum ke-13 awal nampak macam ia main-main dan macam drama. Bahkan orang BN (Barisan Nasional) juga mahu pilihan raya umum ke-13 diadakan selepas jawatankuasa selesai jalankan tugas dan pembaharuan dilakukan,” katanya.

MUFTI TERKEJUT VVIP MALAYSIA DAH SELESAI TUNAI HAJI


Mufti Perlis Dr Juanda Jaya melahirkan rasa agak terkejut dengan laporan berita bahawa seorang pemimpin kanan negara bersama isterinya serta orang kenamaan lain telah selesai ibadat haji.

dr juanda jaya perlis mufti candidate 081106Menurutnya, sedangkan paling awal jemaah haji akan menamatkan ibadat mereka adalah pada waktu Zohor hari ini itupun jika mereka melakukan nafar awal iaitu setelah selesai bermabit di Mina malam 11 dan 12 Zulhijjah dan melontar tiga jamrah pada dua hari berkenaan.

“Haji hanya akan selesai paling awal pada 12 Zulhijjah atau Selasa 8 nov. Bagi yang melakukan Nafar Thani dan mahu melengkapkan tempoh bermabit dan melontar di Mina mereka akan selesai haji pada 9 November bersamaan 13 Zulhijjah.

“Melainkan kalau yang berkenaan tidak mahu menyelesaikan urusan wajib haji yang dua di atas dan hanya mahu membayar dam atau denda akibat tidak selesaikan wajib haji. Itu hal lain,” kata mufti itu dalam satu kenyataan kepada Malaysiakini.

Bernama pada Ahad lalu, melaporkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor selesai menunaikan ibadah pada 6 November.

hajj pilgrimage haji pilgrimage 040107 masjidil haramLaporan itu berdasarkan twitter Najib yang menulis: "Alhamdulillah urusan haji kami sudah selesai."

Menunaikan rukun Islam kelima itu bersama Perdana Menteri ialah ibu beliau, Tun Rahah Mohamad Noah dan adik Najib, Datuk Mohamed Nazim, serta Menteri Besar Perak Datuk Seri Zambry Andul Kadir.

Mengulas laporan itu, Juanda berkata pihak berkuasa perlu memberikan penjelasan supaya rakyat tidak terkeliru.

“Sesuatu perlu diperjelaskan? Kita mahukan VVIP kita mendapat nasihat agama yang benar, bukannya hanya ikut ikutan sahaja.

“Jika tidak ia akan memalukan VVIP berkenaan dan Malaysia sebagai sebuah negara Islam,” katanya lagi.

KENYATAAN TIM KETUA MUSLIMAT PAS TENTANG FSM

Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) mempersoal pihak polis yang baru tahun ini bertindak mengharamkan Festival Seksualiti Merdeka sedangkan ia sudah wujud sejak 2008 lagi.

Meskipun menyambut baik pengharaman tersebut, Ketua Penerangannya, Aiman Athirah Al Jundi berkata, polis hanya bertindak apabila rakyat bangkit membantah walaupun jelas program tersebut seolah-olah menghina kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan.

"Persoalannya, mengapa baru tahun ini pihak berkuasa menyedari adanya acara ini? Bolehkah kita simpulkan bahawa PDRM dan pihak-pihak berkuasa yang lain selama tiga tahun yang lepas gagal menjalankan tugas mereka?

"Apakah sudah menjadi budaya Pentadbiran Umno BN yang akan hanya bertindak bila rakyat kebanyakan mula menunjukkan bantahan atau lebih malang jika ianya membabitkan individu atau pihak yang tidak seiringan dengan Umno BN?" soalnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Beliau berkata polis dan Umno BN seolah-olah mengambil kesempatan untuk menunjukkan penetangan mereka kepada individu-individu tertentu.

Ini kerana Pengerusi Gabungan Pilihan raya Bersih dan Adil (Bersih), Datuk Ambiga Sreevanisan merupakan salah seorang penyokong program yang berlangsung di Annex Gallery bermula 1 November.

"Kesempatan ini diambil untuk melegitimasikan penentangan mereka kepada individu atau pihak-pihak berkenaan dan bukannya tindakan tegas yang bertitik tolak daripada rasa tanggungjawab, kesedaran dan amanah kepada tugas serta kehidupan beragama masing-masing," katanya.

Menurut beliau, penguatkuasaan undang-undang dan hukuman bukan langkah terbaik menyelelesaikan sesuatu isu namun harus dimulakan dengan langkah penerapan nilai-nilai murni dalam kehidupan masyarakat.

Semua pihak khususnya pihak polis tidak harus bertindak seperti melepaskan batuk di tangga namun isu ini harus dilihat secara menyeluruh.

"Menyelesaikan masalah ini sewajarnya bermula daripada pendidikan, keprihatinan dan penetapan prinsip hidup serta prinsip pembinaan masyarakat yang secara jelas mesti bertunjangkan kepada keimanan yang benar serta kehidupan beragama dan kehidupan berTuhan," katanya.

Tambah beliau, semua pihak harus menitik beratkan pendidikan anak-anak dan pembangunan sesebuah institusi keluarga sehinggalah kepada pembinaan sebuah pentadbiran yang baik - ”good governance”, dengan meletakkan prinsip-prinsip urus tadbir yang baik di pihak pemerintah dan setiap individu kepimpinan negara.

*** Dr Siti Mariah Mahmud - Timbalan Ketua Muslimat PAS

Saturday, November 5, 2011

ROSMAH BERTUDUNG BALIK MEKAH NANTI....

Amboiiii...cantik isteri PM kita ni kalau bertudung...mudah2an balik dari tanah suci nanti berubah le....kita tungguuuuu



Rakyat Malaysia khususnya wanita dan muslimat, diminta meletakkan 'perisai' dalam diri dari sudut mental dan fizikal bagi menghadapi propaganda serta tipu daya Umno dan Barisan Nasional (BN).

Parti 'purba' itu, yang kini semakin 'kurus kering' dari sokongan rakyat, sedang mencari-cari 'formula' untuk menang pilihanraya dan terus berkuasa.

Apa jua yang cuba dilakukannya bagi meraih sokongan rakyat jelas gagal.

[Gambar hiasan; 'Transformasi' Rosmah Mansor]

Umno dan BN dibawah Najib cuba men'tranformasi'kan pemikiran rakyat dengan pelbagai program, namun ia tidak berbekas dihati rakyat, apabila perlaksanaannya 'kontra' dengan amalan.

Umpamanya, slogan '1Malaysia' yang dipaksakan kepada media dikuasai Umno/BN supaya menjadikannya sebagai 'zikir harian'.

Sebaliknya ucapan 'salam 1Malaysia' semakin pupus apabila tindakan parti-parti dalam BN sendiri tidak menggambarkan perpaduan negara yang sebenarnya.

Umno tetap menjadi parti yang taksub kepada kebangsaan Melayu dan kadang-kadang terpaksa menjadi 'ultra Melayu' apabila ada saingan dari 'Raja Katak' yang menubuhkan PERKASA, Ibrahim Ali.

Manakala MCA walaupun cuba meyakinkan masyarakat Cina, bahawa mereka akan terus memperjuangkan nasib kaum itu. Namun lebih teruk, orang-orang Cina sendiri tidak mengakui bahawa MCA adalah berjuang untuk kaum Cina di Malaysia.

Apa yang jelas nampak, kata Pengerusi DAP Kuala Terengganu, Encik Ng Chai Hing, MCA memperjuangkan sekelompok Cina yang mahukan kuasa untuk mengaut kekayaan negara, menyuburkan hubungan kroni suku sakat dan menumpuk kekayaan.

Begitu juga apa yang berlaku di kalangan pemimpin MIC.

Hatta, di negeri-negeri termasuk di negeri Terengganu mereka mengamalkan sikap 'pilih kasih' ketika mengagih-agihkan apa-apa bantuan yang sepoatutnya diperuntukkan kepada seluruh kaum India.

Tetapi penerima yang disenaraikan, dipenuhi oleh adik beradik dan anak beranak pemimpin.

"Sebab itulah orang-orang India tidak minat lagi dengan MIC,mereka bukan berjuang untuk kaum India, sudah 54 tahun merdeka, siapa yang kaya....siapa yang miskin?,"soal Dr. B Chandran, Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS Terengganu.

Oleh sebab itu, Umno hanya boleh bergantung pada satu tongkat sahaja kini, apabila tongkat-tongkat yang lain sudah patah atau pun rosak.

Umno hanya bergantung kepada 'talian hayat' yang ada di dalam Tanah Rancangan Felda dan Felcra, di luar-luar bandar, yang kebetulannya didiami oleh majoriti orang-orang Melayu.

Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu sudah berkali-kali mengulangi 'amaran' bahawa Umno akan terus menggunakan senjata '3R' iaitu Race, Religion dan Royal (Bangsa, Ugama dan Raja).

Sentimen orang-orang Melayu akan terus dimainkan dengan soal-soal agama, soal-soal bangsa dan soal-soal yang berkaitan dengan raja-raja.

Mangsa mereka yang terakhir adalah pakar perlembagaan Dr. Aziz Bari, yang menurutnya, beliau akan tetap dikenakan dengan tuduhan jenayah, walaupun penggantungan kerjanya oleh UIA ditarik balik.

Masyarakat, terutama kaum Cina, semakin menjarakkan diri dari BN.

Mereka bukan sahaja berlepas tangan dari kejahatan dan penyelwengan Umno, malah MCA pun mereka tidak hiraukan.

Kaum India pula tidak dipercayai dan diharapkan oleh Umno/BN kerana tahap sokongan mereka boleh berubah-ubah.

Oleh itu, Umno hanya mengharapkan undi dari orang Melayu dan melihat kepentingan kaum wanita yang menjadi penentu, selain orang-orang muda, dalam pilihanray umum ke-13 akan datang.

Ahli Dewan Negara PAS, Senator Hajjah Mumtaz Md Nawi memberi amaran kepada golongan tersebut ketika beliau turun ke Terengganu dalam program 'Pantau Muslimat' kira-kira sebulan yang lalu.

Pada 29 Oktober lalu, rombongan Muslimat PAS Pusat turun dalam rangka memperkenalkan kepimpinan baru setelah bertukar pada Muktamar yang lalu.

Mumtaz yang juga Naib Ketua Muslimat PAS meminta smua muslimat PAS berwaspada dengan tentang kelicikan isteri Perdana Menteri itu.

Mumtaz memberitahu Rosmah dan Najib akan menunaikan Haji pada tahun ini.

Beliau malah meramalkan, sekembalinya dari Mekah, Rosmah akan menggayakan fesyen busana muslimah dengan memakai 'tudung'.

"jangan terkejut sekiranya isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor akan memakai tudung sekembalinya daripada Mekah nanti, dengan tujuan untuk menarik simpati dari para pengundi,"menurut Mumtaz ketika menggulung sesi soal jawab.

Beberapa waktu selepas itu nanti, menurutnya, suami Rosmah, Najib Razak akan mengisytiharkan pilihanraya umum ke-13.

Namun, ia akan melihat sejauh mana golongan wanita atau muslimah terpengaruh dengan 'tipu daya' Umno/BN tersebut.

Friday, November 4, 2011

PRU 13...TUNGGU NAJIB BALIK MEKAH

Spekulasi bertiup kencang bahawa pilihan raya umum Malaysia akan diadakan dengan tergesa-gesa pada 9 Disember nanti. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang kini berada Mekah mengerjakan haji, dijangka akan membubarkan Parlimen sebaik sahaja dia kembali pada 9 November.



"Satu bulan adalah cukup untuk SPR menyediakan segala-galanya . Mereka seharusnya sudah pun bersedia . Itu pun jika Najib mendapat inspirasi selepas mengerjakan haji. Jika tidak, maka PRU akan diadakan pada tahun depan," kata pemerhati Umno kepada Malaysia Chronicle.

Kepada mereka yang mengikuti teka-teki mengenai tarikh PRU ke 13, ini adalah sesuatu yang mengejutkan. Ramai yang menjangka ia akan berlaku pada bulan November kerana Disember selalunya musim hujan lebat. Dan apabila jelas PRU tidak mungkin berlaku pada bulan November, jangkaan seterusnya adalah bulan Mac atau April 2012.

Sebuah kejutan yang basah untuk Pakatan?

Tetapi ada yang mengatakan bahawa terdapat beberapa isyarat yang dinantikan oleh Najib. Yang paling penting adalah unsur kejutan terhadap musuhnya Anwar Ibrahim dan parti pembangkang Pakatan Rakyat . Yang kedua adalah hujan yang boleh menjadikan jumlah mengundi rendah dan ini akan memihak kepada BN yang tidak popular.

Pakatan jauh lebih bersedia kali ini, berbanding dengan tahun 2008 apabila mereka menyapu bersih 5 daripada 13 negeri di negara ini. Walau bagaimanapun, Pakatan menjangkakan penipuan undi besar-besaran dan dengan ini mereka tidak berupaya memeriksa di kebanyakkan tempat seperti yang merka mahu sebelum pergi mengundi.

Pakatan juga boleh membuat keputusan menentang kemahuan Najib dalam membubarkan dewan undangan di Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan supaya dapat memberi fokus dengan lebih kepada negeri-negeri lain.

Secara teknikalnya, mandat untuk memerintah tidak berakhir sehingga selepas Mac 2013.

"Kami harus bersiap sedia kalau tidak, ia ibarat membunuh diri. Tetapi secara peribadi, saya masih fikir Najib akan menunggu sehingga 2012 selepas sogokkan daripada Bajet dan wang tunai telah diedarkan sebelum membubarkan Parlimen," kata Naib Presiden PKR Tian Chua kepada Malaysia Chronicle.

KENYATAAN DEWAN MUSLIMAT TENTANG SEKSUALITI MERDEKA

Dewan Muslimat PAS mempersoalkan sama ada tindakan kerajaan yang hanya mengharamkan Seksualiti Merdeka semalam sedangkan ia sudah diadakan sejak 2008 hanya disebabkan ia membabitkan kehadiran Datuk S Ambiga, yang sepatutnya merasmikan program itu minggu depan.

Meskipun menyambut baik pengharaman tersebut, Ketua Penerangan Muslimat PAS Aiman Athirah Al Jundi berkata, polis hanya bertindak apabila rakyat bangkit membantah walaupun jelas program tersebut seolah-olah menghina kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan.

Kata beliau, polis dan BN seolah-olah mengambil kesempatan untuk menunjukkan penentangan mereka kepada individu-individu tertentu.

Polis mengumumkan pihaknya mengharamkan program itu berkuat kuasa semalam.

Ini kerana kata Aiman Athirah, Ambiga merupakan salah seorang penyokong program yang berlangsung sejak Selasa lalu.

“Kesempatan ini diambil untuk melegitimasikan penentangan mereka kepada individu atau pihak-pihak berkenaan dan bukannya tindakan tegas yang bertitik tolak daripada rasa tanggungjawab, kesedaran dan amanah kepada tugas serta kehidupan beragama masing-masing,” katanya dipetik Harakahdaily hari ini.

“(Tetapi) persoalannya, mengapa baru tahun ini pihak berkuasa menyedari adanya acara ini?

“Bolehkah kita simpulkan bahawa polis dan pihak-pihak berkuasa yang lain selama tiga tahun yang lepas gagal menjalankan tugas mereka?

Justeru kata beliau, “apakah sudah menjadi budaya Pentadbiran Umno-BN yang akan hanya bertindak bila rakyat kebanyakan mula menunjukkan bantahan atau lebih malang jika ia membabitkan individu atau pihak yang tidak seiringan dengan Umno BN?”

Menurut beliau, penguatkuasaan undang-undang dan hukuman bukan langkah terbaik menyelelesaikan sesuatu isu, namun harus dimulakan dengan langkah penerapan nilai-nilai murni dalam kehidupan masyarakat.

Semua pihak khususnya pihak polis tidak harus bertindak seperti melepaskan batuk di tangga namun isu ini harus dilihat secara menyeluruh, katanya lagi.

“Menyelesaikan masalah ini sewajarnya bermula daripada pendidikan, keprihatinan dan penetapan prinsip hidup serta prinsip pembinaan masyarakat yang secara jelas mesti bertunjangkan kepada keimanan yang benar serta kehidupan beragama dan kehidupan berTuhan,” katanya.

Tambah beliau, semua pihak harus menitikberatkan pendidikan anak-anak dan pembangunan sesebuah institusi keluarga sehinggalah kepada pembinaan sebuah pentadbiran yang baik, dengan meletakkan prinsip-prinsip urus tadbir yang baik di pihak pemerintah dan setiap individu kepimpinan negara.

Pada satu sidang media di Shah Alam pagi tadi, Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor, Khalid Samad berkata pihaknya memang menyokong Ambiga sebagai ketua Bersih 2.0 yang memperjuangkan isu berkaitan dangan hak asasi manusia, yang bercanggah dengan undang-undang termasuk prinsip agama, misalnya pembaharuan sistem pilihan raya.

“Ada perkara yang kami setuju dengan Datuk Ambiga, dan ada perkara yang kami tidak setuju,” tegas beliau.

Khalid yang juga Ahli Parlimen kawasan Shah Alam memberitahu bahawa beberapa pemimpin PAS telah menghubungi Ambiga untuk mendapatkan penjelasan dan memberikan pandangan parti itu.

“Saya difahamkan ada beberapa pemimpin PAS ada menghubungi dan tegur beliau walaupun ada perkara yang kami bersetuju dengan beliau dan mungkin beliau adalah pendiriannya dalam soal hak asasi manusia (selaku peguam dan bekas presiden Majlis Peguam).

“Jadi tidak wajar mengaitkan isu ini (program Seksualiti Merdeka) dengan Pakatan Rakyat dan juga hak asasi manusia,” kata wakil rakyat penggal pertama ini.

Di Kota Baru semalam, Mrsyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau sama sekali tidak menyokong malah mengecam langkah pembabitan Ambiga dalam penganjuran Seksualiti Merdeka.

“Ini tidak betul. Kita sokong Ambiga dalam soal lain tetapi dalam program ini (Seksualiti Merdeka) saya tidak sokong (Ambiga) kerana dalam soal agama, kita tidak boleh sokong perkara itu,” katanya.

Nik Aziz berkata soal kebebasan sebenarnya mempunyai had tertentu dan negara ini tidak boleh sama sekali membenar dan mengiktiraf budaya songsang diamalkan.

Mengulas lanjut tegas Khalid, isu pemurtadan yang menjadi fokus Himpun juga bukan satu perkara dan telah wujud sekian lama dan tidak wajar BN dan Umno mendakwa bahawa apabila Pakatan Rakyat memerintah agama Islam akan terhakis.

“Isu murtad bukan satu perkara yang baru berlaku, bukan benda baru,” katanya lagi.

Thursday, November 3, 2011

PIKET MTUC PETANG INI

MTUC menganggarkan 500 peserta akan hadir di setiap lokasi piket. — Foto fail

Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) menafikan tanggapan pihak tertentu bahawa pihaknya kini bertindak sebagai sebuah pergerakan sayap kiri sambil menekankan, piket peringkat nasional petang ini di 18 lokasi di seluruh negara akan diteruskan sebagaimana telah dirancang.

Setiausaha Agungnya Abdul Halim Mansor berkata, MTUC hanya merupakan sebuah badan induk sekerja yang tidak memihak mana-mana parti dan fahaman politik, oleh itu tidak wajar melabel pihaknya sebagai pertubuhan yang sudah bergerak ke kiri.

“Tidak. Kami bukan sayap kiri. Kiri pun tidak, kanan pun tidak. Kami badan yang berkecuali yang mahu memperjuangkan kepentingan pekerja negara ini... itu sahaja matlamat kami.

“Oleh itu, saya berpandangan bahawa tanggapan dan label oleh seorang pengacara program televisyen malam tadi bahawa kami ini (MTUC) sudah bergerak ke kiri adalah tidak adil, sama sekali tidak betul,” kata beliau lagi.

Program itu membicarakan isu pindaan Akta Kerja 1955, yang menjadi kontroversi sekarang, dengan kemunculan Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Dr S. Subramaniam sebagai tetamu panel.

“Pandangan pengacara program televisyen terbabit menunjukkan dia tidak tahu sejarah MTUC ataupun kurang pengetahuan mengenai aktiviti kami,” kata Halim lagi.

Mengenai piket peringkat nasional, Halim berkata rancangan mereka mahu mengadakan piket itu tiada sebarang perubahan dan tetap diteruskan di 18 lokasi, antara pukul 5.30 dan 6.30 petang ini.

“Ya, kami ambil maklum pandangan Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Datuk Salleh Mat Rasid bahawa kami kena membuat permohonan mendapatkan permit.

“Tetapi, sebagaimana masa-masa lalu, kami tidak memohon permit, sekadar memaklumkan kepada pihak polis, sebagaimana kami telah lakukan kali ini,” kata Halim yang menekankan bahawa “kami cuma mengadakan perhimpunan aman tanpa mengganggu sesiapa dan pergerakan lalu lintas.”

“Oleh itu, kami berharap pihak polis akan memberikan kerjasama kepada MTUC dalam mengadakan piket ini,” katanya lagi.

Beliau juga berkata, setakat malam tadi tiada pihak kerajaan khususnya Kementerian Sumber Manusia merujuk MTUC agar membatalkan piket dan menyelesaikan pertikaian terbaru ini.

“Tiada apa-apa perubahan pendirian di pihak kerajaan. Piket berjalan seperti biasa hari ini,” katanya lagi.

Halim berkata, pihaknya menjangkakan sekitar 500 orang akan menyertai piket di setiap lokasi.

Lokasi-lokasi itu ialah Seksyen 15 Shah Alam, Jalan Persiaran Kuala Selangor, Teluk Panglima Garang; pekarangan bangunan TWU di Jalan Barat, Petaling Jaya; Bukit Raja Klang, Rawang/Sungai Choh di Selangor; Pulau Pinang (di kawasan hadapan Pearl View Hotel, Prai); Melaka (Jalan Bukit Beruang Air Keroh); dan Negeri Sembilan (Padang Majlis Perbandaraan Seremban).

Lokasi lain ialah di Perak (kawasan berhadapan dengan bangunan MTUC, Ipoh), Pahang (Padang Masjid Negeri, Kuantan); Kelantan (hadapan Kota Baru Trade Centre); Johor (hadapan Masjid Jamek Kampung Pasir, Batu 5 Jalan Skudai); Sabah (di kawasan berhampiran Tang Dynasty hotel dan Centre Point Kota Kinabalu); Kedah (di hadapan Sime Tyre International, Mergong); dan Sarawak (di hadapan Bangunan Sultan Iskandar, Kuching).

Di ibu negara, piket akan diadakan di kawasan berdekatan dengan bangunan KWSP, Jalan Raja Laut.

Semalam, Salleh dipetik Bernama Online berkata, MTUC masih perlu mengemukakan permohonan permit kepada polis berhubung cadangan mengadakan piket seperti yang termaktub dalam Seksyen 27 Akta Polis 1967.

Kata Salleh, walaupun surat yang memaklumkan tujuan serta lokasi piket itu diadakan telah dihantar kepada Ketua Polis Negara, prosedur untuk mengadakan perhimpunan masih perlu dipatuhi.

“Dalam hal ini, Akta Polis masih berkuat kuasa... sebarang perarakan mesti mendapat kelulusan ketua polis daerah masing-masing. Mereka perlu kemukakan permohonan dan kami akan pertimbangkan sama ada ia (boleh) menjejaskan keselamatan awam atau tidak.

“Tak kisahlah mereka nak berhimpun sehingga 100,000 orang sekalipun. Kalau ia tak mudaratkan keselamatan dan ketenteraman awam, kami akan luluskan. Kami bukanlah kejam sangat tidak benarkan sebarang perhimpunan diadakan,” kata Salleh dipetik Bernama Online.

MTUC mengambil tindakan itu ekoran rasa tidak puas hati dengan pindaan yang membolehkan kewujudan sistem kontraktor tenaga kerja secara sah di negara ini.

Pergerakan itu mendakwa sistem itu membuatkan pekerja itu bekerja untuk kontraktor bukan majikan utama, menyebabkan majikan utama tidak mempunyai tanggungjawab secara terus menjaga kebajikan pekerja.

Related Posts with Thumbnails