SAHABAT2 SEPERJUANGAN

SAHABAT2 SEPERJUANGAN

Followers

Tuesday, November 15, 2011

PRAKEMPEN AWAL DISEMBER INI

Pakatan Rakyat (PR) akan melancarkan kempen prapilihan raya dengan rapat umum di Selangor awal bulan depan sebelum menghantar pemimpin-pemimpin kanannya ke setiap negeri untuk mengenal pasti isu-isu pilihan raya.

Keputusan itu dibuat oleh majlis kepimpinan petang ini sementara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan mengadakan pertemuan dengan ketua parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) malam ini, dipercayai bagi membincangkan aspek peruntukan kerusi dan senarai bakal calon.

“Kami telah membincangkan langkah-langkah persiapan menghadapi pilihan raya yang akan diadakan dalam waktu terdekat dengan satu perhimpunan di Stadium Melawati pada 4 Disember ini,” kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) hari ini.

Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar pula berkata pendekatan itu bertujuan membawa kesemua pemimpin PR bersama untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13.

“Sekretariat PR juga akan menganjurkan acara-acara untuk menghantar pemimpin-pemimpin kanan ke setiap negeri bagi memahami isu-isu lokal secara terperinci,” kata Ahli Parlimen Pokok Sena ini.

Ketika ditanya mengenai pertemuan perdana menteri dengan ketua parti komponen BN, Anwar yang juga Ketua Umum PKR berkata: “Kami sudah lama bersedia, itu sebabnya kami melancarkan program 4 Disember.”

Meskipun mandat semasa kerajaan pusat hanya akan berakhir April 2013 tetapi spekulasi menyebut Najib kemungkinan akan membubarkan Parlimen dalam waktu terdekat – tahun ini ataupun awal 2012.

No comments:

Related Posts with Thumbnails