SAHABAT2 SEPERJUANGAN

SAHABAT2 SEPERJUANGAN

Followers

Monday, November 21, 2011

BN DAH ADA 2000 PAKAR PEMBOHONG DAN PENCACAI

Kelab sukarelawan Media Sosial 1Malaysia (MyVoice) berjaya mengumpulkan lebih 2,000 pengamal media sosial seluruh negara menjadi 'askar baru' BN dilancarkan dalam mengintegrasikan perjuangan menentang kepalsuan dan pembohongan pihak pembangkang di alam maya.

MyVoice dilancarkan Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak pada Konvensyen Media Sosial 1Malaysia di PWTC pada Ahad.

Menurut Datuk Mohd Sharkar Shamsuddin penyertaan dalam MyVoice terbuka kepada semua pengamal media sosial yang menolak politik fitnah dan menyokong politik berasaskan maklumat dan fakta sebenar.

"Pengamal media sosial yang menyertai MyVoice ini bermula daripada kalangan akar umbi hinggalah kepada blogger-blogger terkenal yang akan menjawab segala tohmahan dilemparkan pembangkang melalui blog, Facebook, Twitter dan sebagainya," katanya.

Mohd Sharkar berkata MyVoice akan mempromosikan agenda transformasi politik dan ekonomi yang telah dan sedang dilaksanakan kerajaan.

Sementara itu, Konvensyen Media Sosial 1Malaysia mencadangkan kerajaan mewujudkan sebuah bank informasi bagi memudahkan penggiat media membuat rujukan serta berkongsi maklumat dengan mudah dan pantas, selain mendapatkan maklumat sahih berhubung sesuatu isu.

Datuk Mohd Sharkar berkata cadangan itu dapat membantu orang ramai mendapatkan maklumat dengan cepat dan tepat apabila ia diselaraskan kepada suatu tempat rujukan.

"Kita nak wujudkan sebuah tempat untuk membuat rujukan berhubung sesuatu perkara dan isu yang mudah diakses dan cepat kepada orang ramai.

"Meskipun setiap kementerian ada laman web masing-masing, tapi kita mahu menyelaraskan maklumat tersebut pada satu platform menggunakan media sosial supaya ia dapat disebarkan kepada orang ramai," katanya.

Beliau berkata cadangan itu adalah antara 10 perkara yang terkandung dalam resolusi konvensyen yang dibacakan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak pada majlis berkenaan.

Terdahulu, wakil peserta konvensyen Dr Novandri Hassan Basri, yang juga penulis blog Medan Intelek Melayu, membacakan resolusi serta cadangan hasil perbincangan konvensyen itu.

Selain itu, resolusi tersebut juga mencadangkan agar hala tuju dan pelan komunikasi yang tersusun dirangka serta dikoordinasi dengan baik supaya maklumat serta isu dapat dijelaskan dengan lebih berkesan, selain mewujudkan sekretariat bagi menguruskan bank informasi secara efektif dan efisien.

No comments:

Related Posts with Thumbnails