SAHABAT2 SEPERJUANGAN

SAHABAT2 SEPERJUANGAN

Followers

Saturday, November 5, 2011

ROSMAH BERTUDUNG BALIK MEKAH NANTI....

Amboiiii...cantik isteri PM kita ni kalau bertudung...mudah2an balik dari tanah suci nanti berubah le....kita tungguuuuu



Rakyat Malaysia khususnya wanita dan muslimat, diminta meletakkan 'perisai' dalam diri dari sudut mental dan fizikal bagi menghadapi propaganda serta tipu daya Umno dan Barisan Nasional (BN).

Parti 'purba' itu, yang kini semakin 'kurus kering' dari sokongan rakyat, sedang mencari-cari 'formula' untuk menang pilihanraya dan terus berkuasa.

Apa jua yang cuba dilakukannya bagi meraih sokongan rakyat jelas gagal.

[Gambar hiasan; 'Transformasi' Rosmah Mansor]

Umno dan BN dibawah Najib cuba men'tranformasi'kan pemikiran rakyat dengan pelbagai program, namun ia tidak berbekas dihati rakyat, apabila perlaksanaannya 'kontra' dengan amalan.

Umpamanya, slogan '1Malaysia' yang dipaksakan kepada media dikuasai Umno/BN supaya menjadikannya sebagai 'zikir harian'.

Sebaliknya ucapan 'salam 1Malaysia' semakin pupus apabila tindakan parti-parti dalam BN sendiri tidak menggambarkan perpaduan negara yang sebenarnya.

Umno tetap menjadi parti yang taksub kepada kebangsaan Melayu dan kadang-kadang terpaksa menjadi 'ultra Melayu' apabila ada saingan dari 'Raja Katak' yang menubuhkan PERKASA, Ibrahim Ali.

Manakala MCA walaupun cuba meyakinkan masyarakat Cina, bahawa mereka akan terus memperjuangkan nasib kaum itu. Namun lebih teruk, orang-orang Cina sendiri tidak mengakui bahawa MCA adalah berjuang untuk kaum Cina di Malaysia.

Apa yang jelas nampak, kata Pengerusi DAP Kuala Terengganu, Encik Ng Chai Hing, MCA memperjuangkan sekelompok Cina yang mahukan kuasa untuk mengaut kekayaan negara, menyuburkan hubungan kroni suku sakat dan menumpuk kekayaan.

Begitu juga apa yang berlaku di kalangan pemimpin MIC.

Hatta, di negeri-negeri termasuk di negeri Terengganu mereka mengamalkan sikap 'pilih kasih' ketika mengagih-agihkan apa-apa bantuan yang sepoatutnya diperuntukkan kepada seluruh kaum India.

Tetapi penerima yang disenaraikan, dipenuhi oleh adik beradik dan anak beranak pemimpin.

"Sebab itulah orang-orang India tidak minat lagi dengan MIC,mereka bukan berjuang untuk kaum India, sudah 54 tahun merdeka, siapa yang kaya....siapa yang miskin?,"soal Dr. B Chandran, Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS Terengganu.

Oleh sebab itu, Umno hanya boleh bergantung pada satu tongkat sahaja kini, apabila tongkat-tongkat yang lain sudah patah atau pun rosak.

Umno hanya bergantung kepada 'talian hayat' yang ada di dalam Tanah Rancangan Felda dan Felcra, di luar-luar bandar, yang kebetulannya didiami oleh majoriti orang-orang Melayu.

Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu sudah berkali-kali mengulangi 'amaran' bahawa Umno akan terus menggunakan senjata '3R' iaitu Race, Religion dan Royal (Bangsa, Ugama dan Raja).

Sentimen orang-orang Melayu akan terus dimainkan dengan soal-soal agama, soal-soal bangsa dan soal-soal yang berkaitan dengan raja-raja.

Mangsa mereka yang terakhir adalah pakar perlembagaan Dr. Aziz Bari, yang menurutnya, beliau akan tetap dikenakan dengan tuduhan jenayah, walaupun penggantungan kerjanya oleh UIA ditarik balik.

Masyarakat, terutama kaum Cina, semakin menjarakkan diri dari BN.

Mereka bukan sahaja berlepas tangan dari kejahatan dan penyelwengan Umno, malah MCA pun mereka tidak hiraukan.

Kaum India pula tidak dipercayai dan diharapkan oleh Umno/BN kerana tahap sokongan mereka boleh berubah-ubah.

Oleh itu, Umno hanya mengharapkan undi dari orang Melayu dan melihat kepentingan kaum wanita yang menjadi penentu, selain orang-orang muda, dalam pilihanray umum ke-13 akan datang.

Ahli Dewan Negara PAS, Senator Hajjah Mumtaz Md Nawi memberi amaran kepada golongan tersebut ketika beliau turun ke Terengganu dalam program 'Pantau Muslimat' kira-kira sebulan yang lalu.

Pada 29 Oktober lalu, rombongan Muslimat PAS Pusat turun dalam rangka memperkenalkan kepimpinan baru setelah bertukar pada Muktamar yang lalu.

Mumtaz yang juga Naib Ketua Muslimat PAS meminta smua muslimat PAS berwaspada dengan tentang kelicikan isteri Perdana Menteri itu.

Mumtaz memberitahu Rosmah dan Najib akan menunaikan Haji pada tahun ini.

Beliau malah meramalkan, sekembalinya dari Mekah, Rosmah akan menggayakan fesyen busana muslimah dengan memakai 'tudung'.

"jangan terkejut sekiranya isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor akan memakai tudung sekembalinya daripada Mekah nanti, dengan tujuan untuk menarik simpati dari para pengundi,"menurut Mumtaz ketika menggulung sesi soal jawab.

Beberapa waktu selepas itu nanti, menurutnya, suami Rosmah, Najib Razak akan mengisytiharkan pilihanraya umum ke-13.

Namun, ia akan melihat sejauh mana golongan wanita atau muslimah terpengaruh dengan 'tipu daya' Umno/BN tersebut.

1 comment:

AAA said...

Salam
inilah masalah pas...
pas bercakap mahukan kebaikan, tapi isi kandungan artikel sarat dengan kata2 kotor, yg merendahkan muslim yg lain, yg mengangkat bukan muslim yg tak diketahui sahihnya, yg mencela muslim yg mahu berubah...

saya dah lama kenali pas, malah berpeluang ke taman melewar seminggu lebih utk tujuan usrah (masa zaman uni.)...tak dinafikan pas ni punyai matlamat yg baik, NAMUN amat mudah di'kencing'kan oleh syaitan..lebih percayakan bukan islam (yg ada pelbagai agenda) berbanding muslim. TOLONG buang penyakit hati yg bersarang dalam diri, TOLONG buang sikap 'aku lebih mulia dari kamu', TOLONG jangan taksub pada manusia (umum pada sesiapapun), taksub hanya pada Allah, TOLONG berdakwah sepertimana Rasulullah...

Bukalah minda, saya ambil contoh, suatu masa dahulu hadi awg mengatakan ASB itu haram, namun setelah PAS kuasai Trgnu...boleh pulak diberinya ASB pada fakir miskin...Ini jelas hadi sendiri takde ilmu pelaburan tapi dgn mudah menyesatkan ramai pengikut2 yg taksub.
TOLONG lah...saya takde masalah dgn Pas, tapi jgnlah berkompromi dgn perkara salah semata-mata inginkan kuasa. Percayalah, kuasa itu milik allah. Sekiranya pas jujur dalam dakwah, insyaalah allah berikan jua akhirnya..

Related Posts with Thumbnails