SAHABAT2 SEPERJUANGAN

SAHABAT2 SEPERJUANGAN

Followers

Monday, November 28, 2011

PRU 13 BULAN JANUARI???


Dalam senario sekarang ini, tiada yang lebih menarik untuk diperkatakan terutama di kalangan pemerhati politik, hinggalah di kedai-kedai kopi, melainkan tarikh pilihan raya umum ke-13.

Namun sehingga kini, masih belum ada ‘pak nujum’ politik yang benar-benar dapat meramalkan tarikh tepat bila tarikh pilihan raya yang dijangka sengit ini akan diadakan.Ini kerana ia adalah keputusan mutlak Perdana Menteri untuk mengumumkan apa yang berada dibenak fikirannya.

Menariknya dalam pada pelbagai analisis dibuat oleh bermacam pihak mengenai tarikh pilihan raya umum akan datang, akhbar bahasa Cina, Oriental Daily telah mengemukakan teori yang menarik untuk diperhatikan.

Pertama, akhbar berkenaan melontarkan persoalan kemungkinan besar Parlimen akan dibubarkan pada 15 Januari ini.

Kedua, ini kerana menurut akhbar berkenaan Datuk Seri Najib Tun Razak tidak akan ke luar negara pada bulan Januari.

Ketiga, Oriental Daily memaklumkan yang mereka mendapat maklumat cuti kesemua pegawai dan anggota polis dikatakan akan dibekukan pada bulan tersebut

Dan yang paling menguatkan hujah pilihan raya akan diadakan pada tarikh atau bulan berkenaan bila Najib dikatakan sudah hampir pasti tidak akan menghadiri Forum Ekonomi Dunia di Davos, Switzerland yang dijadualkan berlangsung juga pada bulan Januari.

Sesungguhnya spekulasi yang dibuat Oriental Daily ini sekali gus telah menghangatkan semula cakap-cakap mengenai tarikh PRU-13.

Sebelum ini tanggapan ramai pihak yang kononny Najib akan mengumumkan pembubaran Parlimen bagi membolehkan PRU-13 pada 11 November lalu ternyata tidak menjadi kenyataan.

Yang pasti apa pun tarikhnya, pembangkang awal-awal lagi enggan mengadakan pilihan raya negeri serentak dengan pilihan raya umum hingga ‘memeningkan’ Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)

SPR berharap pemimpin parti politik termasuk pembangkang dapat mencapai persetujuan bersama untuk mengadakan pilihan raya negeri serentak dengan pilihan raya umum akan datang.

Bagi penulis, walaupun undang-undang membenarkan kedua-dua pilihan raya itu diadakan secara berasingan, namun pemimpin politik wajar mengambil kira kepentingan bersama dalam hal terbabit.

Proses pengundian serentak dapat mengelakkan pembaziran daripada segi kos, tenaga kerja dan juga masa.

Kita kena ingat, kecuali di Sabah dan Sarawak, pengundian berasingan antara DUN dengan Parlimen tidak pernah berlaku.

Malangnya Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah membuat keputusan bahawa kerajaan negeri hanya akan membubarkan DUN selepas enam bulan dari tarikh pembubaran Parlimen bagi memastikan Bajet Selangor 2012 dapat dilaksanakan pada tahun depan.

Apapun penulis ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada semua tukang tilik dan pak nujum pilihan raya ini, tak rugi pun kalau telahan tu tak betul

Cuma rasanya banyak lagi kerja berfaedah yang boleh kita buat daripada asyik memeningkan diri mencari pelbagai teori bila tarikh PRU-13 akan diadakan.

Tarikh 15 Februari yang dicanangkan Oriental Daily itu mungkin betul, mungkin tidak

Biarlah Najib sendiri yang umumkan tarikhnya, yang kita ni, ayuh teruskan kerja!

No comments:

Related Posts with Thumbnails