SAHABAT2 SEPERJUANGAN

SAHABAT2 SEPERJUANGAN

Followers

Monday, November 14, 2011

TINGKATKAN PRESTASI GURU...FIKIR LE CARA LAIN

Kementerian Pelajaran harus mencari strategi lain bagi meningkatkan mutu kerja guru dan bukan semata-mata dengan melanjutkan waktu bekerja bagi membina pelajar yang berkualiti.

Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali menyatakan, selama ini guru-guru telah terbeban dengan kerja-kerja perkeranian sedangkan tugas utama mereka untuk mengajar dan mendidik.

"Yang paling penting ini adalah hasil, untuk seorang guru hasil produk adalah pelajar. Maknanya pelajar itu cemerlang dari segi akademik dan sahsiah.

"Kalau 24 jam tumpu tetapi akhirnya pelajar terjebak kepada gejala sosial maknanya keberkesanan pembelajaran itu masih di tahap yang tidak memberangsangkan," katanya.

Halimah berkata demikian ketika mengulas cadangan kerajaan pusat untuk melanjutkan waktu bekerja bagi guru kepada sembilan jam sehari.

Rancangan ini akan dilaksanakan di Pahang, Johor dan Melaka mulai tahun hadapan.

Mengulas lanjut, beliau meminta kerajaan persekutuan supaya mengkaji sebaik mungkin dan mendapatkan pandangan pelbagai pihak termasuk guru sendiri sebelum mencadangkan polisi baru.

"Persoalannya adakah menambah waktu kerja selama selama 9 jam akan menambah keberkesanan proses pendidikan pelajar-pelajar di Malaysia?

"Kedua, adakah guru-guru yang perlu bekerja selama enam hari dan ada yang membawa beban kerja ke rumah, adakah lepas 9 jam, mereka tidak perlu membuat kerja lagi?" soal beliau lagi.

Beliau menambah, faktor kesihatan dan kecergasan guru juga perlu diberikan perhatian supaya guru dapat meningkatkan keupayaan dan keberkesanan dalam melaksanakan tugas.

No comments:

Related Posts with Thumbnails