SAHABAT2 SEPERJUANGAN

SAHABAT2 SEPERJUANGAN

Followers

Friday, October 30, 2009

KRITERIA SUAMI YANG SHOLEH.

Antara kriteria suami yang disarankan Islam adalah:-

1. Bersikap jujur dan berterus terang ketika membuat lamaran.

Sikap ini bermula sebelum lelaki itu menjadi suami iaitu ketika lamaran dibuat. Sejak awal lagi, dia menunjukkan kejujuran dan berterus terang. Dia bukan saja mahu merisik kebaikan dan kelemahan calon isterinya, malah kelemahan dan kelebihannya juga tidak disembunyikan.

2. Melayan isterinya dengan baik.

Layanan dan kasih sayang yang diberikan oleh seorang suami menunjukkan bahawa dia menghormati isterinya sebagai teman dan sahabat yang diperlukannya ketika senang atau susah. Segala kekurangan dan kelebihan isterinya diterima dengan hati tabah dan reda.

Firman Allah bermaksud: "Dan pergaulilah mereka (suami isterimu) dengan makruf." (Surah an-Nisa, ayat 19)

3. Mengasihi isteri seperti dirinya sendiri.

Suami baik dan ideal adalah seorang yang tidak terlalu cemburu, tidak menyimpan rasa curiga dan tidak bersifat keterlaluan dalam segala sesuatu. Dia sanggup memberikan sepenuh kepercayaan kepada isteri, di samping melindungi maruah dan kehormatan dirinya. Malah, jika didapati ada sebarang kelemahan pada isteri, dia mudah berlapang dada dan bersedia membantu untuk memperbaikinya dengan penuh kasih sayang.

Sabda Rasulullah bermaksud: "Orang yang beriman tidak boleh membenci isterinya. Jika dia tidak suka kepada salah satu perangainya, tentu ada salah satu perangainya yang dia sukai." (Hadis riwayat Muslim)

4. Memuliakan isteri.

Memuliakan isteri, termasuk kemampuan seorang suami untuk berbicara dan berkomunikasi dengan baik dalam setiap keadaan serta mengucapkan kata-kata yang menenangkan jiwa isterinya. Suami juga mesti pandai mengambil hati isteri ketika dia menghadapi tekanan emosi atau kepenatan dalam melaksanakan tanggungjawabnya.

Rasulullah bersabda bermaksud: "Yang terbaik antara kamu adalah orang yang terbaik kepada isterinya. Sebab orang yang memuliakan wanita, pasti orang yang mulia. Sebaliknya, orang yang menghina wanita (isteri) pastilah orang tercela." (Hadis riwayat Ibnu Asakir)

5. Memenuhi hak isteri sesuai dengan syariat Islam.

Suami salih akan berusaha memenuhi hak isterinya sesuai dengan syariat Islam. Sabda Rasulullah bermaksud: "Hendaknya orang yang mampu menafkahkan kepada isterinya menurut kemampuannya. Dan orang yang sedikit rezekinya, hendaklah memberi nafkah sesuai yang Allah berikan."

Justeru, suami perlu memberikan belanja yang cukup, tidak boros dan bakhil kepada isterinya sesuai dengan garis kesederhanaan.

6. Sentiasa menjaga kebersihan dan berhias untuk isteri.

Seperti tuntutan ke atas isteri, seorang suami juga dituntut untuk berhias dan berhadapan dengan isterinya dengan bersih dan kemas tanpa mengurangkan sifat kelelakian dan kewibawaannya. Rasulullah bersabda bermaksud: “Cucilah wahai lelaki pakaianmu, pakailah minyak rambut, bersihkan gigimu dan bersucilah kerana Bani Israel tidak melakukan hal ini kepada isteri mereka." (Hadis riwayat Thabrani)

7. Memelihara rahsia rumah tangga.

Suami yang baik mampu menjaga kerahsiaan dalam rumah tangganya dan tidak mudah untuk disebarkan kepada orang lain. Ini termasuk kelemahan isterinya sendiri. Sebaliknya, beliau cuba untuk menyelesaikan segala permasalahan yang dihadapi dengan bijak dan berhikmah.

Seorang sahabat bertanya kepada Rasulullah: "Apa hak isteri ke atas suaminya?" Nabi menjawab: "Memberi isteri makan apabila kamu makan, memberi isteri pakaian apabila kamu berpakaian, tidak boleh memukul wajahnya dan tidak boleh menjelek- jelekkannya dan menjauhinya kecuali dalam lingkungan rumahmu." (Hadis riwayat Abu Daud)

Sesungguhnya, kaedah pertemuan antara dua insan sebelum pernikahan akan menentukan nilai dalam kehidupan berumah tangganya nanti. Apabila pasangan itu bertemu dulu bukan kerana Allah, maka segera memperbetulkannya mengikut syariat Islam.

Begitu juga ketika proses pernikahan, apabila ia dijalankan dengan tidak melanggar syariat, maka ia akan mudah dibentuk menjadi rumah tangga ideal yang penuh kebahagiaan (sakinah) dan berkasih sayang (mawaddah warahmah).

Rumah tangga yang mengalami proses sebegini umpama sebuah pohon yang sedang tumbuh di persekitaran subur, walaupun nampak lambat, namun pasti besar merimbun.

Monday, October 26, 2009

HIMPUNAN MUSLIMAT 1 BLACK PERAK 3

Amanat dari YB Zailah Mohd Yusuff kepada muslimat bahawa amanah Allah kepada makhluknya iaitu tugas dan tanggungjawab yang penting untuk menegakkan kebenaran di muka bumi ini.Ucapnya lagi kita adalah contoh,pembimbing,tunjuk ajar untuk mencapai kemenangan,jangan takut dengan kegagalan, jangan segan apa yang penting apa yang ada dalam jiwa kita ini untuk merubah sesuatu keadaan agar ianya menjadi lebih baik.

YB Dr Hajjah Siti Mariah Mahmud dalam amanatnya bagaimana nak bekerja untuk mencapai kemenangan semula,terjemahkan kerja buat kita.Muslimat perlu bekerja berdasarkan maklumat,mesti turun padang walau bukan waktu pilihanraya,mendekati masyarakat setiap masa.Muslimat jangan malu untuk mendesak atau mengesa muslimin,pelaburan kita terlalu tinggi kerana terpaksa meninggalkan suami keluarga dan anak-anak.

Harapan beliau juga agar muslimat diletakkan dibeberapa kerusi,kerana wanita lebih peka terhadap masyarakat di sekelilingnya.


Dalam ucapannya Hj Nizar mendedahkan plan2 jahat umno yang akan digunakan dalam sidang dun perak 28 oktober ini. Mereka mengupah 15 orang samseng2 yang akan ditempatkan di dewan dan melanyak adun2 PR .Diarahkan juga tidak dibenarkan sesiapa berada dalam jarak 500 meter dari dewan.




Muslimat yang tidak gentar dengan apa jua bentuk provokasi musuh,menjunjung perlembangan,bersemangat kental.....hati waja


Deklarasi yang di baca dengan penuh semangat.....



Muslimat2 yang sentiasa mendukung amanah pemimpinnya wala' dan sentiasa berdiri bersama pemimpin untuk menegakkan syiar islam.Dewan ni di banjiri muslimat2 yang serba hitam menandakan kami sehati sejiwa dalam melakukan kerja2 yang diamanahkan.


Laungan keramat muslimat, akan menakutkan umno,kami bersedia bila2 masa untuk menggempur..................


Berikrar akan mempertahankan bumi Perak ,seterusnya akan bekerja dengan penuh istiqamah serta bersedia dalam apa jua kemungkinan.


24 Oktober 2009 hari sabtu yang lalu ,bertempat di Restoran dan Dewan Ing Hua Ayer Tawar bergegrlah bumi Perak ini dengan laungan keramat muslimat2 pas seluruh Perak.Di bumi Perak juga gerombolan berpakaian serba hitam menuntut agar di bubarkan segera dun supaya rakyat dapat memilih kembali kerajaan yang mereka mahu.

Kehadiran muslimat berbondong2 ,dengan menaiki apa jua kenderaan ,kami di periksa apabila polis mengadakan sekatan jalanraya,kami ditakutkan apabila trak2 fru menanti di tepi2 jalan menuju ke dewan.Diluar dewan ramai polis berpakaian preman dan seragam berada di kawasan program.Kehadiran juga di anggarkan 700 ke 800 orang.

Bas-bas yang membawa peserta turut ditahan,namun semua itu tak menjadi kami gentar dan takut.Perjalanan tetap diteruskan dan Alhamdullilah semuanya berjalan baik dan penuh disiplin,kerana kami warga yang menitikberatkan keharmonian dan kestabilan,bukan macam umno yang baling batu sembunyi tangan.

Sunday, October 25, 2009

HIMPUNAN MUSLIMAT 1 BLACK PERAK 2

Bai'ah dan doa wehdah dipimpin oleh Puan Hasna' Abdul Samad dengan penuh pengharapan dan kekyusukkan,semoga doa dan harapan kami muslimat pada hari itu di makbulkan oleh Allah SWT.

Bersatu hati akan mempertahankan kerajaan Pakatan Rakyat dengan penuh semangat dan bertekad menempuh segala rintangan dan dugaan yang akan dilalui bersama.

Deklamasi sajak "bubar dun" oleh Puan Noor Salmiah bt Mohd Nor.


Dr Mariah.Ustazah Zailah berserta Yb Anuar Sudin mengaminkan doa yang dibacakan,tidak sedar airmata membasahi pipi......


Kasih seorang isteri,menyematkan' roset' di baju suami tercinta,tetap bersama menempuh segala onak ,ranjau dan duri.......lihatlah betapa mesranya mereka.


Ketibaan Menteri Besar Perak Dato' Seri Ir Hj Nizar b. Jamaludin dan Datin Seri Fatimah bt Taat untuk bersama program 1 Black Perak.


Yb Ustazah Zailah ceria dipakaikan kalimah' Bubar Dun' di kepalanya.


Yb Dr Mariah juga dipakaikan ikatan yang menakutkan orang2 umno.


Puan Amizan bt. Baharuddin sedang memimpin membaca Deklarasi muslimat dengan penuh semangatnya.

Thursday, October 22, 2009

BERSAMA KITA MENYEMARAKKAN SUARA MUSLIMAT


Para suami-suami yang budiman sekalian diminta hantar isteri kalian untuk bersama menggegarkan Pekan Air Tawar dan seluruh Perak nanti.Tak kan duduk rumah masak aje......

KENANGAN TERINDAH KE ARENA SQUARE BATU GAJAH

Orang ramai masih memenuhi ruang ini walau masa dah menghampiri jam 3 petang.

Brader tu sedang menyambung nyanyian Penyanyi jemputan tu,suara boleh tahan brader ni,nyanyi lagu Jamal Abdillah tu,sampai member di tak tahan gelak....siap sorok muke lagi.

Penyanyi jemputan hari tu,kate deme namenya Ikhwan Affendi dari Pahang,salah tak tau le.....kate deme mirip Mawi,ade le juga,suaranya ok,minat lagu Jamal dia ni.Jangan jadi macam Mawi dah le........

Ini Speaker Perak,beliau datang lewat juge,Dr Khairuddin jamu bihun sup dengan ayo aje,nasib le YB... tapi tak pe le, kita datang untuk bersama rakyat bukan nak makan semata2......

Ini bukan berbaris nak ambik duit raye atau nak naik bas,tapi nak ambik menu yang terakhir yang disediakan di situ....bihun sup

Jadi le.....ini aje yang tingge...

Tetamu menghabiskan ape yang tertingge,jangan dibuang rezeki....ape yang ade tibai aje le...hari pun dah petang.


Gambar2 ni lambat sikit dimasukkan oleh kerana banyak sangat hal yang mengundang,tapi tak pe lah saje menjamu mata,akhir2 ni pun perkara yang berlaku kisah nak bubar dun kini hangat kembali,menyebabkan kita tension dan teruja ,tapi kita beralih arah le kejap.

Al kisahnya, pada 18,10.09 hari Ahad memang dah plan dari awal lagi akan bersama semua pimpinan dan rakyat perak nak ke Batu Gajah meraikan jamuan raye.Dari rumah dalam pukul 11.30 pagi,ikut lebuhraya nak cepat sampai,keluar kat tol Gopeng,lepas aje traffic light kat lawan kuda ,kereta dah buat hal,tamperature naik lain macam,ini mesti ade sesuatu tak kena ni,jam waktu tu dalam 12 lebih,matahari atas kepala....

Perjalanan tak dapat diteruskan,call sahabat2 yang dah awal sampai ,al maklum le sape yang nak angkat talipon,tengah mengadap juadah yang lazat2 tu,try call keluarga angkat aku Imam Fahme kat Changkat Larang ,sepi aje syak juga ni abih satu rumah dah pegi ke jamuan.Call sahabat yang dalam perjalanan nak pergi,Alhamdullilah ,ada peluang kot...

Mane pulak nak cari mekanik hari ahad begini,ade teman bloggers gopeng tak tau pulak nombor telefon ,try call no telefon keluarga angkat aku,masuk empat kali baru diangkat,kak chik bagi no pomen,sah pomen tido le pulak....

Alhamdullillah dalam pukul 1.30 sahabat dari Bidor sampai.aku tumpang le deme,alang2 dah setengah jalan,kesian pulak nengok anak2 yang dah beria2 beno nak merasa ke jamuan rakyat ni,kete pun kosong,suami aku terpaksa patah balik .....sesampai kat sana orang masih le ramai lagi,makanan dah tak de pun.....tengok le gambo ni aje sebagai penenang jiwa...LAYANNNNNNNNN GAMBO NI......

Wednesday, October 21, 2009

KELUARKAN LE PERMAISURI HATI UNTUK BERTUGAS BERSAMA

Alhamdullillah kembali bersua,dah agak lama berehat,jamuan raye rasenya dah tak de lagi,tapi banyak pulak jemputan untuk jamuan Deepavali,dari kelab penyokong dan teman-teman.

Dalam minggu ni sibuk benar kita,terutamalah rakyat Perak ni,tentang akan berlakunya pembubaran Dun.Paling sibuk tentulah pimpinan dari yang atas sampailah yang dibawah,dok conggak2 bila Dun ni nak bubar.Dari kaca mata kita dah banyak tanda2nya,si Najib Lantuya pun dah mengadap Sultan,tak tau ape yang dibincangkan,nak bagi projek lagi ke atau nak buat rancangan yang lebih beso lagi...Tunggu aje le,silap mate akan dilakukan........

Bagi aku le,dok kita orang Pas ni sibuk tiap malam la ni asyik on call meeting aje,baik juge kita persiapkan apa yang belum siap dan yang tak siap2.Mana pegi dah petugas2 kita,dah lama dilamun mimpi yang indah,dah sejuk beku semua markaz2,dah tak dihiburkan lagi dengan ceramah2 berapi.Kalau betul badai Pilihanraya akan dicanang di Perak...........Ayuh bangun le cepat yop2, yung2,ape lagi yang kita nak tunggu.........deme belah sane dah lame sedianya.........kite.........mengeram ke?

Ape yang paling ketara yang telah berlaku masa pilihanraya tahun lepas ialah kita tak cukup retugas2,kat Bidor ni dah le UPUnya banyak,petugas haram mandang.Ikutkan rame beno le ahlinya tapi bila suruh koje muke pun haram nampak.

Harapan aku ahli2 pas keluarkan le isteri2 mike untuk bersame menyahut seruan jihad ni,tak kan suami aje nak ke syurga,tak kan le semua para suami ni dah jadi bapak tunggal(sorry le kaso sikit,kan ape gerammmmm......

Tahun lepas aku dengan sorang dua muslimat aje yang ade,itu pun aku import tempat lain.Aku terpaksa bekerja dari 7 pagi sampe 7 petang,dari jadi perayu undi sampe le jadi paca, mane tempat yang tak de orang tu terpaksa le di ganti,tak kira mase..........Bayang kan le,malam tu ,tumbang terus,Alhamdullilah le esoknya tahu PR dah memerintah,kira berbaloi le juge.Kira demam pun terus ok le....

Harapan aku tahun ni jangan le di ulang lagi tragedi tahun lepas,sayang anak kate orang pukul2 kan le,sayang bini tak kan jadi pameran aje.....Aku dan muslimat lain bukannya tak sakit,kami bukan juge le robot,kami juga idak le pandai dan handal tapi disebabkan perjuangan yang belum sampai ke tujuan yang sebenar akan kami gagahkan jua,walau ia berduri,beronak,beranjau,berapi dan segala macam dugaannya.

Dari sekarang,kite hidupkan kembali markaz2 yang dah bersawang,rancangkan agenda kita dari awal,jangan tunggu dibubar baru kite terhegeh2 nak buat itu,buat ini,cari itu,cari ini......

Wassalam,apa yang baik kita boleh ambil iktibar,kalau kena batang hidung padan le muke...jangan di cari silap kat mane,nanti tak jadi koje.

Sunday, October 18, 2009

CORAT CORET JAMUAN HARI RAYA PAS CAWANGAN KG PETALIN BARU

Ketua PAS Cawangan Kg Petalin Baru Saudara Awaludinb.Ismail sedang memberi ucapan aluan.
Beliau berterima kasih dengan kehadiran tetamu dan berbesar hati dapat menggunakan dewan untuk menganjurkan majlis ini,serta berharap apa yang ditonjolkan pada hari ini akan terus dipraktikkan demi kestabilan dan keharmonian kampong .Beliau juga berharap mereka yang baru mengenali Pas tidak takut dan malu untuk menghadiri apa jua bentuk program yang Pas Cawangan kendalikan.

YDP menerima cenderahati dari wakil DAP Sungkai,mereka hadir bersama rombongan.



YDP Pas Tapah En Rahim Cheng sedang menyampaikan ucapan di majlis itu.Beliau menerangkan juga tentang sikap keterbukaan Pas dalam mendepani apa jua isu,dan berharap PR akan dapat mentadbir negeri Perak semula serta berharap akan dapat menyalur bantuan seperti dulu lagi kepada mereka yang susah dan amat memerlukan bila memerintah semula nanti.Ini disebabkan kerajaan haram kini telah menghalang segala bentuk pemberian dan kemudahan.



Memberi sumbangan kepada mereka yang memerlukan.


Wakil dari DAP Sungkai juga turut hadir,memeriahkan majlis .


Antara tetamu dari kaum wanita yang turut hadir.


Tetamu dan para penduduk setempat turut hadir.


Siap berposing deme ni.....sedap rendang tu...


Para tetamu mengambil hidangan yang disediakan,jangan rebut2 ya semua dapat,tak abis kite bawak bekal balik...tak membazirkan.


INFO

Alhamdullilah,petang semalam telah berlangsungnya majlis rumah terbuka Aidil Fitri Pas Cawangan Kg petalin Baru,majlis dimulakan pada pukul 3.00 petang di serikan dengan kehadiran YDP Pas Tapah Encik Abdul Rahim dan isteri ,AJK Pas Tapah serta wakil dari DAP Sungkai dan juga penduduk setempat.

Kehadiran di luar jangkaan itu,terutama dengan kehadiran ahli2 umno yang turut sama memeriahkan majlis ini.Bagi Pas cawangan juga inilah kali pertama di beri peluang dan kebenaran untuk menggunakan Dewan Serbaguna ini bagi membuat program kepartian.

Pas Cawangan ini juga berbesar hati memberi sedikit sumbangan kepada mereka yang memerlukan ,sebanyak 20 hamper disediakan iaitu keperluan dapur diberi kepada mereka tanpa mengira fahaman politik.

Sumber yang benar memberitahu bahawa ,YB Samsuddin Adun Air Kuning juga menghadiri rumah terbuka umno yang tidak jauh dari jamuan pas ini,namun sambutannya amat mendukacitakan,kehadiran yang amat buruk dan makanan terlalu banyak dari yang hadir.

Para tetamu juga dihidangkan dengan lemang,rendang,nasi impit,kuih muih,buah2an dan bermacam jenis juadah lain lagi.Program yang ditutup 5 petang itu masih dihadiri tetamu sehingga 6 petang,yang jauh juga datang bertandang,kaum India juga datang agak lewat.Namun hidangan masih mencukupi.

Kanak-kanak juga tidak dilupai apabila diberi bungkusan makanan dan minuman ,bagi menambah keceriaan .Ape pun Pas Cawangan mengucapkan terima kasih kepada JKKK yang memberi kebenaran pihak kami menggunakan dewan,kepada ahli2 cawangan yang bertungkus lumus menyediakan persiapan dan makanan,serta para penyumbang untuk majlis ini.

Friday, October 16, 2009

JAMUAN HARI RAYA

JEMPUTAN KE MAJLIS
JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI 1430 H
PAS CAWANGAN KAMPONG PETALIN BARU BIDOR

PADA

17 OKTOBER 2009 (SABTU)

BERTEMPAT DI
DEWAN ORANG RAMAI
KAMPONG PETALIN BARU,BIDOR

MASA
2.45 PETANG HINGGA 5 PETANG


SEMUA DI JEMPUT HADIR

Thursday, October 15, 2009

SIKAP AHLI KITA YANG MEMBUAT PAS LEMAH?

Kisah menang dan kalah di Bagan Pinang dah lima hari berlalu,pihak media pro BN dah tentulah hari-hari mengulang cerita yang sama,dah basi pun tapi itulah yang dihebahkan.Kisah perasuah yang menang dicanang dan dijaja macam seorang ulamak yang tersohor dan terhebat.

Rase aku orang umno akan kata camni,"Tengok calon kami perasuah pun boleh menang kome ape ade,kate hebat, boleh jadi imam dan kedudukan baik tapi kalah..".Kesian kat deme ni,tak tahu barang baik dan busuk,budak tadika pun boleh bezakan le.Deme memang tak tau nak bezakan manusia atau makhluk lain,kalau tunggul kayu yang di'makeup' jadi cantik pun deme kata itu calon yang paling bersih dan baik....kah....kah..kah...taraf IQ paling rendah le....

Itulah umno yang mentalitinya begitu teruk dan taraf kronik,serta menanti saat tersembam dan dikuburkan dengan semangat 1 Malaysia si Najib Lantuya....

Aku bukannya nak cerita tentang kekalahan Pas,sebab kita dan banyak lalui semua tu,lagi teruk dari Bagan Pinang pun dah kita rasai,majoriti yang lebih sedikit pun dah pernah kita perolehi,jadi tak payah lah kita canang dan gembar gemburkan,yang penting setiap ahli Pas itu dari yang paling bawah(cawangan) dan yang paling tinggi(pusat atau wakil rakyat pas) bermuhasabah lah kita.

Apa yang aku ingin sampaikan di sini,adalah sikap ahli-ahli Pas itu sendiri yang tak sedarkan diri bila berada di puncak kejayaan.Tak payahlah kita nak pergi jauh-jauh,tengok aje lah negeri kita ni,DIMANAKAH KITA BILA PR TIDAK MEMERINTAH DAN DIMANAKAH KITA BILA PR MEMERINTAH?

Selepas saje PR dapat memerintah ,maka keluarlah makhluk2 yang mengaku telah banyak menyumbang kepada kemenangan PR,mereka ini pergi ke depan meminta jawatan,menagih janji,menunjuk muka di setiap program..........masa berjuang ko kat mane ye.....Yang peliknya tak pernah jumpa kat mana2 program pun ada..........hairankan.

Melihat gelagat sesetengah makhluk ini,memang patutlah Allah menangguhkan lagi kemenangan Islam,masih kurangnya tarbiyyah mereka ini,masih lemahnya iman mereka ini,dengan sedikit kemenangan yang diberi kita sudah menggadai segala prinsip yang kita belajar dan pegang selama ini.

Sedih dan pilu melihat gelagat dan karenah ahli kita,kini pun masih lagi begitu,apa yang mereka cari,adakah kerana jawatan dan pangkat baru nak tunjuk muka.Kini yang muka banyak menonjol dulu tu dah tak lagi nak join,ade yang dah langkah ke parti lain pun ade.....

Kini cuba kita perhatikan pada mereka yang beria-ia sangat dulu(masa PR memerintah) kini mereka cuba lari,cuba keluar dari kelompok jemaah,sebab apa,kerana kononnya dah tak boleh nak bergerak,kerajaan dah tukar lah dan berbagai-bagai alasan lagi yang diberi.Tunggulah nanti pilihanraya dan Insyaallah kalau PR menang ,tengoklah sape yang di depan tu......

Waktu kita melewati saat2 begini,dimanakah mereka2 ini yang lebih sudu dari kuah dulu,yang menangguk di air yang jernih..........dah cabut pun,muka pun payah nak jumpa......PIRRRRRRRRRAH LE KOME..........

Hakikatnya mereka masih belum menjadi seorang ahli PAS yang betul2 Istiqamah serta pegangan yang kukuh dan jitu,mereka hanyalah mengejar jawatan serta sanggup menindas dan membenam sahabat serta ahli yang lebih komitmen dari mereka.

Adakah Allah akan memberi kita kemenangan jika masih ada sikap ahli-ahli kita begitu lagi,menindas,menyalahkan ,melabel dan memburukkan sahabat sendiri demi untuk kepentingan dan kehendak diri sendiri.

Jangan kita ingat senang mencapai kemenangan, namun hakikatnya hati2 kita masih kotor dan terpalit secebis rasa sombong dan takbur untuk mendapat kesenangan dengan cara yang mudah dan menjatuhkan sahabat yang lain.

Fikir-fikir dan renung-renungkanlah diri kita ,sebelum kita lihat diri orang lain,adalah kita lebih baik dan elok dari orang lain.Jangan di impikan bulan jatuh keriba tanpa usaha yang setimpal, hanya bercakap yang tak sepatutnya dan mencari kuasa akan menjauhkan kita lagi dari ALLAH SWT.

Monday, October 12, 2009

JANGAN CARI SALAH ORANG LAIN........

Selepas aje segala pilihanraya,tak kire le pilihanraya kecik ke beso ke maka ade aje le suara-suara yang mengeluarkan segala komen serta pendapat bila masa kalah le aje.Aku dalam sehari dua ni pi le tinjau-tinjau sambil mengintai kot ade yang suka buat tafsiran sendiri,memang le ade....

Ade yang menyalahkan pimpinan le,ade yang kate pimpinan tak pandai nak settle isu le,dan yang tak ade pun saje aje di cari-cari.Sampai bilakah kita akan terus suka berprasangka yang tak baik dan yang buruk aje pade orang lain bila kita berada dalam kekalahan?

Cermin dan tenung-tenunglah diri sendiri,sebagai orang islam , bersama parti islam pun dan segala tarbiyah dan didikan telah kita terima dalam bentuk yang penuh berhikmah dan baik,maka sucikan hati kita dari sikap yang suka menunding jari kat orang lain.

Post mortem akan dilakukan,jangan di pusat dan negeri aje,tapi lebih baik kita buat sampai kat cawangan,apa yang perlu dibaiki dan apa yang patut kita lakukan dalam suasana begini.Dengan itu kita akan dapat mengetahui dari akar umbinya,agar diperbaiki ape jua kelemahan yang kite lakukan.Segala pengalaman dan pengetahuan harus kita jadikan ia sebagai modal untuk kita dalam pilihanraya akan datang.

Kita bukannya kalah,kita semua adalah pejuang sebenar......kita melawan perasuah negara,perosak bangsa dan agama.....mereka menang tapi disebaliknya.....ada duka yang mendatang.Segala-galanya telah kita lakukan usaha,berdoa,bertawakkal dan hanya ALLAH yang lebih mengetahui segalanya,kita merancang dan ALLAH telah siap merancang segalanya.

Banyak lagi kerja yang perlu kita lakukan ,tumpukan pada negeri Perak yang masih diawangan ini,fokus pada tempat kita le pulak,dok koje tempat orang aje ,nanti sampe tempat kite baru le tercungap-cungap kite,belajar lah dari semua itu.Kite banyak sangat bercakap ...........koje tak jalan pun.Cukup ke bajet kite nak bertanding nanti kome,dah ade ke dana nak pilihanraya nanti,jangan cakap aje tapi kotakan..........

Ini adalah luahan rase dari hati aku aje,baiki diri menjadi lebih baik dan jadikan kita yang terbaik dari yang lebih baik.

Saturday, October 10, 2009

SELAMAT BERTUGAS.....AJK DMP TAPAH.

Alhamdulillah,beberapa jam lagi ni dah nak mengundi, dah makin ramai petugas-petugas Pakatan Rakyat berada di Bagan Pinang untuk menganyang dan mengnyahkan BN yang terlalu angkuh dan selalu membuat kacau serta haru biru di setiap pilihanraya.

Ingin di sini aku mengucapkan Tahniah dan Syabas buat sahabat-sahabat AJK DMP Tapah yang selepas subuh tadi telah bertolak ke Bagan Pinang untuk menyahut seruan Jihad. Ketua Muslimat Tapah Puan Salmah Abdul Latif dan anaknya Rahimah telah pergi bertugas sejak hari khamis yang lalu.Subuh tadi tiga orang lagi AJK DMP Tapah telah bertolak ke Bagan Pinang iaitu Cik Norzaishida,Puan Halimah dan Puan Andika.

Kehadiran mereka adalah simbol kekuatan dan kejituan semangat jihad yang ada pada setiap AJK DMP Tapah,walau semuanya tidak dapat untuk bersama menjalankan tugas,namun kedatangan mereka sudah cukup menunjukkan komitmen yang kuat dan kukuh pada parti. Aku merasa terkilan tidak dapat bersama mereka disebabkan kesihatan yang tidak mengizinkan.Hanya doa dari kami semoga para petugas DMP Tapah terus cekal,beristiqamah dan menjaga keselamatan diri dengan baik.

SEMOGA KEMENANGAN AKAN BERSAMA KITA.....INSYAALLAH.

Friday, October 9, 2009

RENUNGAN JUMAAT

TINGGALKANLAH LIMA PERKARA

1. Tinggalkanlah pandangan yang liar,nescaya anda akan tekun dan khusyuk.

2. Tinggalkanlah perkataan yang berlebih-lebihan, nescaya anda akan mendapat hikmat dan menjadi orang yang bijaksana.

3. Tinggalkanlah makan yang melampaui batas, nescaya anda akan sihat dan rajin melakukan ibadah.

4. Tinggalkanlah melihat cacat(aib) orang lain,nescaya anda akan lebih mengenal cacat sendiri.

5. Tinggalkanlah penyelidikan yang terlampau mendalam tentang zat Illahi,nescaya anda terhindar dari keraguan-keraguan dan kemunafikan.


(Abdullah bin Mubarak)

Thursday, October 8, 2009

EMPAT DARJAT MANUSIA

Khalil bin Ahmad menyatakan,bahawa darjat manusia terbahagi kepada empat macam,iaitu:

1. Manusia yang tahu(mengerti),dan dia tahu bahawa ia tahu. Yang demikian ialah manusia yang berilmu yang boleh dijadikan pemimpin.

2. Manusia yang tahu,tapi dia tidak tahu bahawa dia tahu.Orang yang demikian sedang tertidur, dan perlu dibangunkan.

3. Orang yang tidak tahu, dan dia tahu bahawa dia tidak tahu.Orang yang demikian perlu dibimbing supaya menjadi cerdas.

4. Orang yang tidak tahu,dan dia tidak tahu bahawa dia tidak tahu.Orang yang demikian harus dijauhi.

Sunday, October 4, 2009

GAMBAR-GAMBAR RUMAH TERBUKA EIDUL FITRI PAS TAPAH 2009


Perasmian oleh Ketua Penerangan Pas Perak,YB Khalil Idham Lim.

Barisan AJK Pas Kawasan Tapah segak berbaju kebangsaan....banyak baju biru lak tahun ni.


Tetamu sedang menikmati hidangan,macam-macam ada satay,lemang,rendang daging,ayam serta buah-buahan tempatan.....mesti dihabiskan.


Majlis juga dihiburkan oleh Kumpulan AL-R idho,kalau ada yang nak panggil deme ni buat apa-apa persembahan dalam majlis kahwin dan sebagainya ,boleh le contact ya...


Kaum India juga turut hadir.....


Kaum cina turut bersama menghadiri majlis.


Menyampaikan duit raya kepada kanak-kanak yang hadir.


Menyampaikan sumbangan kebajikan pada yang memerlukan.



Orang ramai yang menghadiri jamuan hari raya Pas Tapah...
Related Posts with Thumbnails