SAHABAT2 SEPERJUANGAN

SAHABAT2 SEPERJUANGAN

Followers

Thursday, October 15, 2009

SIKAP AHLI KITA YANG MEMBUAT PAS LEMAH?

Kisah menang dan kalah di Bagan Pinang dah lima hari berlalu,pihak media pro BN dah tentulah hari-hari mengulang cerita yang sama,dah basi pun tapi itulah yang dihebahkan.Kisah perasuah yang menang dicanang dan dijaja macam seorang ulamak yang tersohor dan terhebat.

Rase aku orang umno akan kata camni,"Tengok calon kami perasuah pun boleh menang kome ape ade,kate hebat, boleh jadi imam dan kedudukan baik tapi kalah..".Kesian kat deme ni,tak tahu barang baik dan busuk,budak tadika pun boleh bezakan le.Deme memang tak tau nak bezakan manusia atau makhluk lain,kalau tunggul kayu yang di'makeup' jadi cantik pun deme kata itu calon yang paling bersih dan baik....kah....kah..kah...taraf IQ paling rendah le....

Itulah umno yang mentalitinya begitu teruk dan taraf kronik,serta menanti saat tersembam dan dikuburkan dengan semangat 1 Malaysia si Najib Lantuya....

Aku bukannya nak cerita tentang kekalahan Pas,sebab kita dan banyak lalui semua tu,lagi teruk dari Bagan Pinang pun dah kita rasai,majoriti yang lebih sedikit pun dah pernah kita perolehi,jadi tak payah lah kita canang dan gembar gemburkan,yang penting setiap ahli Pas itu dari yang paling bawah(cawangan) dan yang paling tinggi(pusat atau wakil rakyat pas) bermuhasabah lah kita.

Apa yang aku ingin sampaikan di sini,adalah sikap ahli-ahli Pas itu sendiri yang tak sedarkan diri bila berada di puncak kejayaan.Tak payahlah kita nak pergi jauh-jauh,tengok aje lah negeri kita ni,DIMANAKAH KITA BILA PR TIDAK MEMERINTAH DAN DIMANAKAH KITA BILA PR MEMERINTAH?

Selepas saje PR dapat memerintah ,maka keluarlah makhluk2 yang mengaku telah banyak menyumbang kepada kemenangan PR,mereka ini pergi ke depan meminta jawatan,menagih janji,menunjuk muka di setiap program..........masa berjuang ko kat mane ye.....Yang peliknya tak pernah jumpa kat mana2 program pun ada..........hairankan.

Melihat gelagat sesetengah makhluk ini,memang patutlah Allah menangguhkan lagi kemenangan Islam,masih kurangnya tarbiyyah mereka ini,masih lemahnya iman mereka ini,dengan sedikit kemenangan yang diberi kita sudah menggadai segala prinsip yang kita belajar dan pegang selama ini.

Sedih dan pilu melihat gelagat dan karenah ahli kita,kini pun masih lagi begitu,apa yang mereka cari,adakah kerana jawatan dan pangkat baru nak tunjuk muka.Kini yang muka banyak menonjol dulu tu dah tak lagi nak join,ade yang dah langkah ke parti lain pun ade.....

Kini cuba kita perhatikan pada mereka yang beria-ia sangat dulu(masa PR memerintah) kini mereka cuba lari,cuba keluar dari kelompok jemaah,sebab apa,kerana kononnya dah tak boleh nak bergerak,kerajaan dah tukar lah dan berbagai-bagai alasan lagi yang diberi.Tunggulah nanti pilihanraya dan Insyaallah kalau PR menang ,tengoklah sape yang di depan tu......

Waktu kita melewati saat2 begini,dimanakah mereka2 ini yang lebih sudu dari kuah dulu,yang menangguk di air yang jernih..........dah cabut pun,muka pun payah nak jumpa......PIRRRRRRRRRAH LE KOME..........

Hakikatnya mereka masih belum menjadi seorang ahli PAS yang betul2 Istiqamah serta pegangan yang kukuh dan jitu,mereka hanyalah mengejar jawatan serta sanggup menindas dan membenam sahabat serta ahli yang lebih komitmen dari mereka.

Adakah Allah akan memberi kita kemenangan jika masih ada sikap ahli-ahli kita begitu lagi,menindas,menyalahkan ,melabel dan memburukkan sahabat sendiri demi untuk kepentingan dan kehendak diri sendiri.

Jangan kita ingat senang mencapai kemenangan, namun hakikatnya hati2 kita masih kotor dan terpalit secebis rasa sombong dan takbur untuk mendapat kesenangan dengan cara yang mudah dan menjatuhkan sahabat yang lain.

Fikir-fikir dan renung-renungkanlah diri kita ,sebelum kita lihat diri orang lain,adalah kita lebih baik dan elok dari orang lain.Jangan di impikan bulan jatuh keriba tanpa usaha yang setimpal, hanya bercakap yang tak sepatutnya dan mencari kuasa akan menjauhkan kita lagi dari ALLAH SWT.

1 comment:

Ayid said...

Ahli kita tidak lemah. Kekalahan kita di Bgn Pinang berpuncadari faktor-faktor:

1. Bai'ah pendokong PAS agak berbeza jika di bandingkan dengan Bai'ah di Pantai timur dan utara.

2. Kebanyakan mereka di Bgn Pinang bukan penyokong PAS tegar mereka hanya bersimpati terhadap PAS. Simpati ini boleh berubah bila-bila masa. Jika ada pehak lain yang simpati mereka akan berubah

3. Selepas PRU ke 12, kita tanya diri kita berapa kali PAS Bgn Pinang datang untuk melawat pengundi-pengundi di kawasan tersebut. Walaupun kita kalah, kita terpaksa lawati mereka barulah msg kita sampai pada mereka. Kita akan muncul bila ada PRK seperti baru-baru ini.

4. UMNO tahu kelemahan kita mereka mengambil kesempatan ini. Dan disinilah puak yg bersimpati itu akan berubah arus kepada puak simpati yg lain

Related Posts with Thumbnails