SAHABAT2 SEPERJUANGAN

SAHABAT2 SEPERJUANGAN

Followers

Sunday, July 31, 2011

RAMADHAN AL MUBARAK DARI PRESIDEN PAS




Bagi pihak Parti Islam Se-Malaysia (PAS) saya mengucapkan selamat menyambut Ramadan al-Mubarak kepada seluruh umat Islam. Bulan kita dijemput menjadi tetamu Allah SWT, menyahut seruan Allah SWT dengan firmanNya yang bermaksud;

“Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa. Sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang yang terdahulu daripada kamu di kalangan mengikut Nabi-nabi di zaman dahulu, supaya kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa kepada Allah Ta’ala”.


Di bulan yang mulia ini, kita dihidangkan oleh Allah SWT dengan rezeki makanan rohani dan jasmani, yang menyuburkan kehidupan kita di alam dunia dan menuju ke alam akhirat. Kita dihidangkan bukan sahaja dengan amalan puasa yang diwajibkan. Pahalanya, berlipat kali ganda tidak terhingga hanya diketahui oleh Allah SWT. Diampunkan dosa dalam masa setahun sekiranya kita menunaikan puasa dengan sempurna mengikut syarat rukun dan adap-adapnya.

Dihidangkan dengan ibadah-ibadah wajib yang telah sedia ada seperti sembahyang lima waktu dilipat-gandakan pahalanya. Disamping ibadat-ibadat yang sunat yang biasa dilakukan dan ibadat sunat yang dikhususkan di bulan Ramadan seperti sembahynag terawih, bertadarus al-Quran. Semua ibadah-ibadah ini ialah untuk membersihkan roh dan menguatkan rohani kita.

Kita dihidangkan juga dengan makanan-makanan jasmani seperti bersahur, berbuka puasa. Di mana makanan sahur dan buka puasa adalah makanan yang dikaitkan dengan puasa. Bukan sebarangan seperti makanan-makanan lain. Ianya, mengandungi keberkatan yang tersendiri.

Inilah ibadat yang merupakan hadiah yang sangat berharga daripada Allah SWT yang wajib kita terimanya. Di mana pulangannya, kembali kepada kita. Allah Ta’ala tidak berhajat kepada apa-apa faedah. Itu ialah sumbangan percuma yang mahal harganya daripada Allah SWT.

Kita hendaklah mengambil kesempatan ini dengan sepenuh-penuhnya. Kemuncak daripada ibadat yang kita tunaikan sepanjang sebulan. Sekiranya dilaksanakan dengan sebaik-baiknya. Maka, kita mencapai matlamat dan tujuan yang dinyatakan oleh Allah SWT.

Sifat “taqwa”, kepatuhan kepada Allah SWT sehingga menjadi sifat yang tertanam di dalam hati yang membentuk peribadi kita. Mengerjakan perkara yang disuruh dan meninggalkan perkara yang dilarang merupakan penentuan, martabat, harga diri manusia. Kerana Allah SWT meletakkan harga diri manusia bukan dengan keturunan, warna kulit, harta benda tetapi dengan ukuran ketaqwaan kepada Allah SWT.

Firman Allah yang bermaksud; “Wahai manusia, sesungguh kami telah mencipta kamu kepada seorang lelaki dan seorang perempuan. Berbangsa-bangsa, bersuku kaum supaya kamu berkenalan antara satu sama lain. Dan yang paling baik di kalangan kamu di sisi Allah ialah yang paling banyak bertaqwanya kepada Allah SWT”.

Ibadat puasa meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah SWT. Apabila kita sanggup meninggalkan perkara-perkara yang dilarang walau pun perkara yang dihalalkan di masa yang lain. Sudah tentu melatih diri kita untuk meninggalkan perkara yang dilarang sepanjang hidup kita. Sekiranya kita bersedia meninggalkan makan minum, meninggalkan hubungan antara lelaki dan perempuan atau suami dan isteri. Yang diizinkan oleh Allah SWT dibulan Ramadan, yang menjadi keperluan naluri manusia rukun hidup. Kita sanggup melaksanakan perintah Allah SWT dengan penuh kesabaran, dengan penuh keimanan. Percaya kepada janji Allah SWT. Maka, melatih diri kita menjadi seorang yang sungguh bertaqwa kepada Allah SWT. Ini merupakan suatu natijah yang sangat penting daripada keimanan seseorang itu kepada Allah SWT.

Di sinilah juga, Allah memilih dibulan yang mulia berlakunya peristiwa-peristiwa yang besar yang menguji umat Islam dalam menjalani kehidupan dunia sebelum bertemu dengan Allah SWT. Allah Ta’ala memilih dibulan ini diturunkan al-Quran Karim yang menjadi kitab petunjuk kepada umat Islam. Yang membeza antara perkara yang betul dan perkara yang salah.

“Bulan Ramadan yang diturunkan baginya al-Quran yang menjadi petunjuk kepada manusia dan yang membezakan antara perkara yang betul dan perkara yang salah”.

Oleh kerana berlakunya pertembungan di antara perkara yang benar dengan perkara yang salah. Maka, Allah Ta’ala memilih berlakunya perang Badar di bulan Ramadan. Peperangan yang memaksakan Nabi SAW dan para sahabatnya yang kecil jumlahnya, yang kurang kelengkapannya berdepan dengan musuh-musuh Islam. yang menegakkan kebatilan, kezaliman dan kejahatan.

Walau pun mereka tahu benarnya Islam. Baiknya diri Nabi SAW, tidak ada kesalahan dan dosa yang dilakukan. Melainkan kerana melaksanakan perkara yang baik yang diperintah oleh Allah SWT. Perkara yang jahat, itu pun disanggah dan ditentang habis-habisan. Memaksakan berlakunya pertembungan secara bersenjata di bulan Ramadan. Yang menentang itu di kalangan bangsa Arab, keluarga Nabi SAW.

Peristiwa yang sangat menguji perasaan hati nurani umat Islam yang dipimpin oleh Nabi SAW. Allah Ta’ala pilih peristiwa yang menyayat hati berlaku di bulan Ramadan. Mereka yang sanggup meletakkan Islam perintah Allah mengatasi segala kepentingan yang lain. Sanggup melakukan peristiwa Badar ini.

Maka Allah memberi keistimewaan kepada mereka yang terlibat dalam perang badar dengan firmanNya mengikut riwayat hadis Qudsi yang bermaksud, “Hai, ahli Badar buat apa yang kamu mahu lakukan. Aku ampunkan dosa-dosa kamu”.

Keistimewaan yang diberikan oleh Allah kepada ahli Badar kerana mereka menjadi orang beriman sebenarnya. Yang sanggup sabar menghadapi ujian. Adalah menjadi suatu hikmat yang besar Allah pilih peristiwa ini berlaku di bulan Ramadan.

Marilah kita mengambil kesempatan ini bukan sahaja membentuk peribadi dengan mengerjakan ibadat yang diwajibkan dan disunatkan. Dalam masa yang sama kita membuka minda kita dengan mengkaji, mempelajari dan memahami kisah-kisah yang berlaku di bulan yang mulia ini. Supaya kita meninggalkan bulan yang mulia ini dengan keadaan menjadi orang Islam dan orang yang beriman yang sebenarnya dan mendapat kebahagiaan di dunia dan akhirat.

Sekian, selamat berpuasa.

Dato’ Seri Abdul Hadi Awang
Presiden PAS

TANDA-TANDA PRU 13 DAH DEKAT LE NI.....

Datuk Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri buat rakyat Umno-BN telah datang ke negeri Kedah dalam rangka lawatan seharinya ke beberapa tempat termasuk melawat Pasar tani Taman Wira Mergong, bertemu rakyat di Guar Chempedak dan menyertai himpunan belia di Pendang.


PM rakyat BN disambut MB rakyat Kedah.
Kehadiran PM Umno-BN itu telah disambut oleh Menteri Besar rakyat Kedah, Datuk Seri Ustaz Azizan Abdul Razak di Menteri Besar rakyat Kedah, Datuk Seri Ustaz Azizan Abdul Razak, pagi semalam.

Ingat ke datang Kedah sebab nak rasmi bangunan Umno-BN, nak rasmi mesyuarat Umno-BN tapi nak melawat tempat hak milik awam yang tiada sangkut paut dengan Umno-BN.

Apa yang mencuri perhatian, Najib datang dengan berpakaian berlogo 1Malaysia dan bertopi ‘dacing’ BN seolah-olah nak rasmi program Umno-BN. Nampak sangat Najib tak hormat rakyat Kedah yang sudah pun menolak logo dacing itu dalam PRU 12. Tak tahu malu la budak ni!

Apa-apa pun, MB rakyat Kedah tetap dengan pakaian berwarna kuning yang tiada logo mana-mana parti kerana beliau begitu professional dan tahu dirinya sebagai MB rakyat Kedah dan bukannya MB mana-mana parti.

Menurut laporan Warta Kedah, kelihatan pelbagai agensi kerajaan Pusat dari negeri-negeri lain telah ‘berkampung’ di Kedah sehari lebih awal untuk meramaikan sambutan terhadap Perdana Menteri rakyat Umno-BN itu.

Saturday, July 30, 2011

NAJIB TAKUT NAK CELUP JARI

PDF

Datuk Seri Najib cuba hendak mengalih isu konon pembangkang akan tolak apa sahaja yang kerajaan buat, dengan andaian jika kerajaan perkenal celup jari maka pembangkang akan tuntut biometrik.


Menurut AhIi Jawatankuasa Kerja PAS, Ustaz Idris Ahmad, cakap-cakap Najib itu merupakan tuduhan liar yang melulu dan cuba mengalih isu penipuan perjalanan pilihanraya yang semakin terserlah.

Beliau menyenaraikan beberapa keraguan timbul sekiranya penggunaan biometrik digunakan.

[Gambar - Presiden Ahmadinejad menunjukkan kesan jarinya dicelup dkwat kekal 'berani kerana benar!']

"Penggunaan biometrik bukan boleh menyelesaikan masalah pengundian dua kali, ia hanya hendak mengesahkan kad itu palsu atau tidak. Ini bukan isu dan tuntutan Bersih,

"Apakah data di Jabatan Pendaftaran Negara dan SPR telah dibersihkan. Berapa ribu orang yang sudah mati masih ada di dalam daftar pemilih. Apabila ditanya kepada SPR, mereka menjawab kerana waris tidak beri surat mati menyebabkan nama di dalam daftar masih ada. Jika zaman kecanggihan IT, SPR gagal untuk on line dengan Jabatan Pendaftaran Negara apa yang hendak diharapkan senarai pemilih yang bersih,"katanya dalam satu kenyataan yang diedarkan kepada media semalam.

Oleh itu. beliau mempersoalkan, apa jaminan sistem biometrik yang boleh di 'online' serentak dengan Jabatan Pendaftaran Negara pada hari pilihanraya.

Persoalannya, kata beliau, kemampuan pengkalan data terbukti tidak dapat berfungsi dengan baik.

"Cuba bayangkan sekarang guru-guru Kementerian Pelajaran Malaysia yang sibuk untuk isi markah secara on line mengalami masalah kerana kelembapan serve Kementerian Pelajaran. Bilangan guru lebih 500 ribu sahaja.

"Cuba bayangkan bagaimana fungsi biometrik untuk hendak menampung keperluan pada hari pilihanraya yang hampir 10 juta pengundi,"jelasnya.

Beliau berkata, kezaliman dan penganiyaan terhadap hak rakyat akan terus berlaku, sekiranya, ada setengah jari tidak boleh dikesan melalui alat tersebut.

Bgaimana pula soal pedalaman, terutama di Sabah dan Sarawak, soal Ustaz Idris lagi.

"Apakah mampu biometrik digunakan di kawasan pendalaman terutama Sabah dan Sarawak yang masih tidak ada kelengkapan letrik,"ujarnya

Menurutnya yang juga mantan Ketua Penerangan PAS sesi lalu berkata sebenarnya kerajaan pimpinan Najib takut hendak menggunakan celup dakwat kerana mereka bersalah.

"Hanya orang salah sahaja yang takut mengguna celup dakwat yang terbukti ekonomik dan telus untuk mengatasi penipuan,

"perlu diingatkan kepada kerajaan pimpinan Najib dan SPR....... zaman hendak menipu rakyat sudah berlalu,"tegasnya.

SPR NAK PANJANGKAN MASA KEMPEN PRU 13



Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini berjanji menetapkan tempoh lebih dari seminggu sebagai jangka waktu berkempen untuk pilihanraya umum ke 13 ekoran desakan Bersih 2.0 dan Pakatan Rakyat.

“Kita akan menetapkan tempoh kempen yang sesuai untuk kepuasan hati semua orang. Itu tidak ada masalah. Jangan anggap kempen (adalah untuk) 7-8 hari. Itu perkara sejarah,” kata Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar.

Wan Ahmad berkata pihaknya bagaimanapun tidak dapat memenuhi tuntuan supaya janga masa berkempen ditetapkan selama 21 hari kerana menurut beliau, polis tidak memberi kerjasama.

"Polis tidak dapat bekerjasama selama 24 jam (untuk 21 hari) kerana ianya tempoh yang lama," ujar beliau di forum Persatuan Promosi Hak Asasi Manusia (PROHAM) di sini petang tadi.

Jangka masa kempen pada PRU sebelum ini adalah antara seminggu hingga sembilan hari yang disifatkan parti pembangkang sebagai tidak memadai.

Sebelum bersetuju menetapkan tempoh kempen yang lebih lama, Wan Ahmad mendakwa tidak ada keperluan mengadakan tempoh berkempen panjang kerana parti politik yang bertanding sudah pun dikenali pengundi.

Gabungan Bersih 2.0 dan Pakatan Rakyat lantang mendesak SPR menetapkan tempoh berkempen 21 hari untuk membolehkan mesej parti-parti politik sampai ke akar umbi.

Keperluan itu amat penting khususnya di Sabah dan Sarawak yang mempunyai kekangan lojistik serta kepadatan penduduk tinggi di kawasan pendalaman.

Pada wacana hari ini, Pengerusi Bersih Ambiga Sreenevasan menolak alasan yang diberikan oleh Wan Ahmad.

"Tempoh (kempen) 21 hari boleh diguna untuk pastikan rakyat dapat maklumat, khususnya mengenai calon. Ya, pengundi boleh tahu semua mengenai parti tersebut tapi (apabila) tempoh pendek ia tidak cukup untuk mengenali calon,” tegas beliau.

Sepanjang wawacana bersama Ambiga dan wakil Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Asean, Datuk Muhammad Mohd Shafee Abdullah itu, Wan Ahmad sekali lagi meletakkan segala keresahan rakyat terhadap ketelusan pilihanraya kepada kuasa-kuasa terhad yang diberikan kepada SPR.

Katanya SPR hanya sebagai sebuah badan yang mengendalikan pilihan raya selain memantau poster yang dinaikkan oleh parti-parti yang bertanding.

Keberkesanan SPR bergantung sepenuhnya terhadap sejauh mana pejabat Peguam Negara dan Parlimen mencadang dan meluluskan pindaan undang-undang yang ada sekarang, jelas beliau.

"Ianya amat susah untuk puaskan hati semua orang bila anda berada di tengah-tengah," kata beliau.

Seperti wacana Selasa lalu, Wan Ahmad menegaskan pihaknya tidak mempunyai kuasa-kuasa penguatkuasaan dan ia hanya sebuah badan yang menguruskan pilihan raya.

Justeru beliau berkata aduan-aduan mengenai pembelian undi, sogokan dan rasuah politik semasa kempen pilihanraya harus dirujuk kepada SPRM dan bukan pihaknya.

"Tidak pernah SPR ambil tindakan orang yang rasuah dalam pilihan raya ke mahkamah. SPRM ada (kuasa) untuk mendakwa," ujar beliau lagi.

Ambiga menggesa SPR untuk bangkit mempertahankan kewibawaannya sebagai sebuah badan yang bebas dari pengaruh mana-mana pihak, baik kerajaan atau pembangkang.

Beliau mahukan SPR menguatkuasakan Perkara 115(2) Akta Pilihan Raya 1958 SPR.

Ia memberikan SPR kuasa untuk melantik pasukan penguatkuasa untuk bertindak terhadap pihak yang mengamalkan rasuah dan kesalahan lain semasa PRU.

"Akta Pilihan Raya beri kuasa kepada SPR kerana ia menyebut pasukan penguatkuasa SPR berhak 'memastikan undang-undang bertulis diikuti pihak terlibat,' kata beliau.

“Jadi mereka berhak memanggil pihak berkuasa terlibat untuk membantu mereka jika mereka lihat aktiviti yang menyalahi akta itu. Mereka lihat dan mereka boleh lapor kepada polis atau sesiapa,” tambah Ambiga.

Friday, July 29, 2011

USTAZ NI AKAN LEBIH 'MANTOP' KALAU SERTAI PAS


Isu pemecatan Ustaz Zamri yang mengendali rancangan ‘Adik & Al-Quran’ dari TV9 hangat diperkatakan. Ianya bermula daripada penyebaran gambar hos TV9 itu terlibat dengan Himpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai lepas gara-gara sifat hasad dan dengki barua-barua Umno-BN. Baca di sini.

Di sebalik pemecatan itu, kita dapat mengambil satu iktibar di akan keikhlasan pemimpin Umno-BN terhadap kemajuan Islam dan agamawan di negara ini.

Bagi blogger-blogger murahan Umno-BN, mereka ini tidak mengerti erti hak kebebasan yang termaktub dalam perlembagaan. Mereka hanya pandai menyebut patuh kepada perlembagaan negara tetapi bodoh terhadap isi yang terkandung dalam perlembagaan.

Jika cerdik, tak pula dihalang hak Ustaz Zamri untuk berhimpun yang pasti ada termaktub dalam perlembagaan (Artikel 10). Mereka ini hanya mempunyai sifat dengki sehingga menyerlahkan kebodohan mereka sehingga secara bodoh menyatakan Ustaz Zamri perlu ‘dikeluarkan’ dari TV9 kerana dia banyak memperolehi nikmat daripada hasil penyertaannya dengan anak syarikat Media Prima yang majoriti sahamnya adalah hak milik UMNO Malaysia. Kalau dah hak milik Umno, kenapa tak letak je label, hanya untuk ahli Umno sahaja.

Buat pemimpin atasan Umno-BN pula, ini semua menjelaskan hakikat sebenar yang mereka ini hanya berlakon untuk meluahkan pujian kepada para ilmuan agama dan agama Islam itu sendiri. Golongan agama yang terpalit dengan tahi Umno-BN dipujinya tinggi-tinggi walaupun hakikat sebenar ilmu tak seberapa.

Dalam kes Ustaz Zamri, beliau dinobatkan ‘mantop’ hanya ketika tiada orang tahu pendiriannya, tetapi selepas melihat terlibat dengan BERSIH 2.0, segala pujian telah bertukar cacian dengan sekelip mata.

Kerana dilihat melawan arus kerajaan Umno-BN, mereka akan ditolak ke tepi. Konon menyalahi polisi syarikatlah, apa lah.

Tapi yang tak memberi kesan kepada kuasa Umno-BN seperti program hiburan melampau, tayangan video lucah, rancangan merosakkan akhlak tidak pula menyalahi polisi syarikat bahkan dibiarkan bertambah-tambah bak cendawan tumbuh selepas hujan. Umno-BN memang hipokrit!

Bagi blogger murahan Umno, mereka kisah apa kalau rancangan berbentuk agama dihentikan. Mereka hanya akan meronta dan marah bila rancangan hiburan, pergaulan bebas, dedah sana-sini dihentikan.

EKONOMI LEMBAB KERANA KERAJAAN 'MAIN POLITIK'


Agenda transformasi Ekonomi Perdana Menteri Najib Razak terencat susulan beberapa keputusan kerajaan yang dilihat sebagai tunduk kepada tekanan kumpulan pendesak hak Melayu, menurut beberapa ahli ekonomi.

Dr Yeah Kim Leng dari RAM Holdings Berhad berkata prestasi ekonomi negara masih tidak memuaskan kerana tindakan kerajaan melayan rasa khuathir kumpulan-kumpulan pendesak itu sehingga menjejaskan usaha penambahbaikan dasar ekonomi.

Beliau menyifatkan rasa khuathir kumpulan berkenaan sebagai tidak munasabah dan "berkemungkinan menjejaskan usaha Malaysia menjadi negara berpendapatan tinggi."

Contoh-contoh yang menzahirkan kerajaan tunduk kepada kumpulan pendesak termasuk tindakan Syarikat Prasarana Negara Berhad (SPNB) melonggarkan syarat tender untuk projek MRT pada Mei lalu.

Begitu juga apabila kerajaan campurtangan dalam keputusan UDA Holdings menjual tanah primanya kepada Nadayu Properties Berhad.
Keadaan sedemikian, menurut Dr Yeah akan menyebabkan pelabur gusar terhadap keikhlasan Perdana Menteri melaksanakan dasar-dasar ekonomi yang ditetapkannya sendiri.

Sentimen itu dikongsi oleh ahli ekonomi Merill Lynch Chua Hak Bai yang menyataka kegagalan Najib untuk patuh kepada dasar-dasar yang diumumkan hanya menambah kesangsian umum terhadap iltizam politik beliau.

"Amat kasihan. Saya fikir ideanya baik, konsepnya bagus. Tapi bila saya fikir semua pihak ada kebimbangan dalam pelaksanaan (transformasi ekonomi) itu," kata beliau memberitahu Malaysian Insider.

Ketua Penyelidik Jupiter Securities Pong Teng Siew pula menyatakan tindakan berdolak dalik kerajaan itu hanya akan menyukarkan usaha melaksanakan dasar-dasar berkesan untuk memacu ekonomi.

Menurut beliau, pentadbiran Najib perlu lebih tegas dalam berurus dengan kumpulan pendesak hak Melayu yang mungkin tidak melihat kesan jangka panjang tuntutan mereka terhadap ekonomi negara.

"Mungkin Perdana Menteri tidak menghantar mesej yang cukup kuat bahawa negara ini perlu berubah segera atau bakal terperangkap dengan pertumbuhan yang amat, amat perlahan," kata beliau.

Najib sebelum ini sering dikritik kerana tidak mengambil tindakan tegas terhadap pertubuhan-pertubuhan seperti Perkasa yang dilihat membela hak Melayu dengan mempersoalkan hak-hak kerakyatan warga kaum lain.

Beliau juga dilihat merestui tindakan-tindakan Perkasa itu selagi pertubuhan berkenaan menjadikan parti pembangkang sebagai sasaran dan menarik sokongan orang Melayu terhadap Umno.


Thursday, July 28, 2011

NASIB USTAZ ADIK DAN ALQURAN.....


WarkahDaily – Sah rancangan ‘Adik & al-Quran’ di TV9 dihentikan pihak atasan sambil hosnya, Ustaz Zamri dipecat serta merta.

Dilaporkan, semuanya gara-gara kelibat gambar Ustaz Zamri terlibat dengan Himpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai lalu tersebar meluas di internet. Ini semua kerja-kerja blogger barua Umno-BN yang dengki dengan pengikut Pakatan Rakyat (PR). Mereka lebih senang bertindak sebagai batu api agar Ustaz Zamri terus dipecat. Memang bacul!

Perkara itu disahkan oleh penerbit eksekutif TV9, Ezzah Aziz Fawzy. Beliau berkata, arahan pemecatan Ustaz Zamri dan menghentikan program berkenaan dikeluarkan oleh pihak atasan Prime Works atas sebab tertentu.

“Pihak produksi telah dimaklumkan mengenai perkara ini. Makluman dalam bentuk arahan ini sudah pasti ada sebab yang kukuh mengapa ia tidak dapat diteruskan, cuma ia tidak boleh diuar-uarkan kepada umum.


Gambar Ustaz Zamri menyertai Himpunan BERSIH 2.0 disebar meluas di internet oleh puak hasad dengki dan tidak boleh menerima kenyataan.
“Program Adik & al Quran sebelum ini mendapat sambutan menggalakkan antara program yang mendapat rating tertinggi di kalangan penonton, tetapi stesen TV lebih mementingkan isu sensitiviti dan perlu memberi penekanan kepadanya,” katanya dipetik dari Sinar Harian.

Apa mahu cakap lagi. Itulah situasi yang perlu dilalui rakyat Malaysia di sebuah negara yang dicengkam oleh pemimpin yang tidak boleh menerima kenyataan orang tidak menyokong mereka. Ustaz Zamri merupakan mangsa kerakusan pemimpin Umno-BN yang tidak boleh menerima kenyataan.

TV9 bakal menanggung akibatnya daripada penonton hasil diperalat oleh pemimpin Umno-BN yang cuba menyekat kebebasan hak memilih dan menyokong sesiapa yang dimahukan. Bagi mereka, hanya penyokong Umno-BN sahaja yang boleh hidup aman di negara ini, selain dari itu harus dipulaukan.

Dilihat, keadaan itu bukan menguntungkan TV9 atau kerajaan jumud BN, bahkan rakyat pasti akan menghukum mereka yang rakus itu dalam pilihanraya umum akan datang.

Tiada beza dengan apa yang pernah dihadapi oleh Rasulullah SAW dan para sahabatnya yang dipulau oleh musyrikin Quraish kerana memeluk Islam dan meninggalkan agama nenek moyang mereka. Namun Islam tetap utuh dan semakin dijulang tinggi.

Semuanya kerana bimbang pengaruh pemimpin sedia ada hilang. Pangkat pun jatuh. Inilah situasi serupa yang cuba digunakan oleh pemimpin Umno-BN terhadap musuh politiknya.

Wednesday, July 27, 2011

PAS DEDAH NAMA DAFTAR PEMILIH BERTINDIH



PAS hari ini terus mendedahkan bukti pertindihan nama daftar pemilih dalam data Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Perkara tersebut sekaligus mempertikaikan kesediaan suruhanjaya itu untuk melaksanakan sistem biometrik pada pilihan raya umum akan datang seperti yang diumumkan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof minggu lalu.

Dalam kenyataan media oleh Pengerusi Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi Pemuda Pas, Suhaizan Kayat menyertakan senarai tiga nama daftar pemilih yang dikesan bertindih dengan membolehkan mereka mengundi lebih daripada sekali.

Contohnya semakan keatas seorang anggota polis yang memegang kad pengenalan polis dan biasa dalam laman web SPR didaftarkan di dua alamat berasingan.

Malah individu tersebut layak mengundi secara pos di Ibu Pejabat Polis Daerah Kemaman dan di sebuah sekolah di Kampung Tok Busah, Kedah.

Individu kedua seorang wanita berbangsa India yang berkelayakan untuk mengundi di dua kawasan parlimen iaitu Alor Setar dan Merbok di Kedah manakala individu ketiga seorang lelaki berbangsa Melayu layak mengundi di parlimen Alor Setar dan Sungai Petani.

Dalam sebuah forum "Apa Selepas 9 Julai" anjuran Sinar Harian semalam, Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar mengumumkan cadangan perlaksanaan sistem biometri untuk pilihan raya masih di peringkat kajian.

Sistem yang belum pernah dilaksanakan mana-mana negara itu mendapat kritikan pelbagai pihak selain mempertikaikan intergriti Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang akan menjadi semak imbang senarai nama daftar pemilih.

Cadangan tersebut disokong oleh Pengerusi Bersih 2.0, Datuk S.Ambiga yang juga panel dalam forum itu namun menggesa agar suruhanjaya itu membuktikan bahawa sistem tersebut bebas daripada sebarang bentuk manipulasi.

Sekiranya gagal maka Ambiga menyarankan agar SPR menerima pakai penggunaan dakwat kekal dalam pilihan raya.

Suhaizan berkata sehingga kini Pas telah mengemukakan sebanyak 253 senarai pengundi pos yang bertindan.

Menurutnya perkara tersebut telah dikesan sejak tahun 2008 namun sehingga ke hari ini masih tidak berlaku sebarang perubahan dalam data tersebut walaupun SPR telah berjanji untuk menanganinya.

"Pertindanan ini bertentangan dengan perkara 119 Perlembagaan Malaysia. Saya mempunyai terlalu banyak bukti pertindanan ini. Dalam kenyataan Dato Wan Ahmad kepada The Star pada 24hb Julai 2011, bahawa beliau bersetuju bahawa terhadap kad pengenalan klon dalam daftar pemilih SPR yang sah," ujar beliau.

Justeru, Suhaizan menyifatkan SPR belum bersedia untuk bertindak sebagai suruhanjaya bebas sekaligus mengasingkan diri daripada cengkaman kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN).

Monday, July 25, 2011

WAHABI:DR ASRI BERSUARA.....


Bekas Mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyifatkan sebarang tindakan Majlis Keselamatan Negara mengaitkan beliau dan ulama lain kepada fahaman Wahabi dan aktiviti keganasan sebagai tuduhan sempit dan tidak berasas serta hanya mencerminkan ruang demokrasi yang semakin terhad di negara ini.

Beliau berkata kerajaan sepatutnya menerima kepelbagaian pandangan dan tidak bingkas membuat tuduhan melulu sebagaimana yang dizahirkan oleh Majlis Keselamatan Negara.

Dr Asri berkata jika benar MKN membuat dakwaan sedemikian, beliau tidak terkejut kerana "sekarang ini orang yang memakai baju kuning pun boleh dianggap komunis".

Beliau berkata pihak yang menunding jari kepada beliau dan rakan ulamanya sebagai pengikut Wahabi dan mengaitkan mereka kepada keganasan harus bermuhasabah.

"Apa fahaman Wahabi yang difahami oleh Barat? (Mengikut Barat ia adalah) satu fahaman yang sempit...menerusi pandangan tidak demokratik, maka bagi saya antara pandangan yang dipelopori oleh kelompok yang dianggap sebagai wahabi ini ialah mereka ini mengharamkan demokrasi, kebebasan bersuara, demonstrasi aman dan perkara terbuka. Ini adalah yang ditakrifkan wahabisme oleh Barat," kata Dr Asri.

Beliau menegaskan trend kerajaan ketika ini seperti 'mengharamkan' perhimpunan aman Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu sendiri adalah mirip aliran pemikiran Wahabi ala Barat. Justeru itu, kata beliau, tidak wajar kerajaan melontar tuduhan itu kepada individu lain.

"Pelbagai maklumat yang diputar-belitkan, walaupun media antarabangsa menunjukkan baru0baru ini banyak ketidakadilan dan tidak sepatutnya dilakukan kepada mereka yang hadir dalam perhimpunan 9 Julai, tetapi maklumat di pihak kerajaan menyatakan mereka diberikan layanan yang baik, bahkan orang awam pula dikatakan sebagai pengganas," kata beliau kepada TvSelangor.

"Saya rasa (tuduhan) ini bertujuan untuk mengalih pandangan rakyat daripada isu yang pelbagai kemudian bawa rakyat bincang isu yang lain, sedangkan kita ada banyak isu yang lain yang lebih utama," tambah beliau.

MKN hari ini dilaporkan mendakwa beberapa tokoh agama di Malaysia, termasuk Dr Mohd Asri sebagai mendokong fahaman Wahabi yang menurut kerajaan mempunyai kaitan dengan aktiviti terorisme.

Menurut sumber yang dipetik oleh Malaysiakini, MKN mendakwa seramai 40 ulama muda Umno turut dikaitkan dengan fenomena itu, malah mereka dikatakan disokong oleh kerajaan Arab Saudi dan beberapa negara Arab lain.

Dr Asri berkata MKN melakukan silap besar mengheret kerajaan Arab Saudi dalam isu itu, memandangkan implikasi antarabangsanya.

"Kerajaan telah mengambil risiko yang bahaya kerana mengaitkan Arab Saudi. Saya juga bimbang ini akan membawa hubungan yang buruk antara Malaysia dan Arab Saudi sedangkan kita memerlukan mereka dalam kuota haji dan seumpamanya."

Sunday, July 24, 2011

POLIS ZAMAN TV HITAM PUTIH



PAS menggambarkan tindakan terlewat dua minggu oleh polis untuk mendedahkan video versi mereka dan kemudiannya hanya ditayangkan di rangkaian televisyen milik kerajaan, jelas perbuatan ketinggalan zaman.

Ahli jawatankuasa PAS Pusat, Idris Ahmad juga mengumpamakan perbuatan itu tidak ubah seperti di zaman televisyen hitam putih.

“Sayang seribu kali sayang, skrip ini hanya sesuai di zaman televisyen hitam putih, sedangkan sekarang zaman IT yang bergerak pantas seperti kilat,” kata Idris dalam satu kenyataan media.

Tambah beliau, polis kini berada dalam keadaan serba salah ekoran menafikan mereka bertindak ganas dalam menyuraikan peserta himpunan aman 9 Julai lalu.

Lantaran itu, polis terpaksa menayangkan video layanan baik mereka terhadap peserta Bersih 2.0.

“Hampir dua minggu baru polis menyiarkan video versi polis sedangkan seluruh dunia sudah menyaksikan keganasan polis sewaktu berhadapan dengan peserta demo melalui Youtube yang disiar selepas beberapa minit demo berlalu.

“Sekarang polis susah hati, kerana rakyat tidak boleh menerima tayangan skrip polis,” katanya.

Polis pada Khamis lalu, memanggil wakil media untuk menyaksikan rakaman video versi polis bagi menangkis tohmahan masyarakat bahawa polis melakukan kekerasan ketika menyuraikan orang awam.

Penayangan video itu sekali lagi menyaksikan polis menafikan perbuatan itu dan hanya mengakui melepaskan meriam air ke kawasan Hospital Tung Shin.

Perbuatan yang selama ini dinafikan sekeras-kerasnya oleh menteri dan polis.

Justeru itu menurut Idris, beberapa persoalan harus dibangkitkan, antaranya kenapa polis lambat menayangkan video tersebut sedangkan apa yang terpapar di internet menunjukkan perbezaan.

Oleh itu katanya adalah mustahil di dalam beberapa minit demo rakaman yang menunjukkan polis bertindak ganas itu boleh disunting.

“Kenapa insiden gambar Tuan Haji Mohamad Sabu tidak ditayangkan sepenuhnya?” soalnya.

Beliau merujuk taklimat Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman Datuk Salleh Mat Rashid, Khamis lalu yang berkata tidak ada kebenaran bahawa kenderaan milik polis melanggar motosikal Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

"Malah rakaman CCTV menunjukkan beliau terjatuh dari kenderaannya selepas terlanggar 'fender' Pajero,” kata Salleh.

Malah, wartawan yang hadir ditunjukkan video sebuah kenderaan polis mengejar dua motosikal, satu yang dibonceng oleh Mat Sabu. Namun visual berkenaan tidak jelas menunjukkan apa yang berlaku kerana beberapa sudut pandangan tidak dapat dirakamkan.

Menurut Idris, Mohamad Sabu juga dituduh tidak cedera oleh pihak polis termasuk pemimpin Umno yang mendakwa beliau berlakon.

“Sedangkan satu dunia tahu bahawa Timbalan Presiden PAS itu sudah menjalani pembedahan di hospital pakar Shah Alam, bukan bomoh patah Pongsu Seribu,” katanya.

Menurut beliau polis sekarang sedang bertarung dengan peserta Bersih dan perlu menjawab tohmahan yang dilemparkan terhadap mereka.

“Inilah nasib polis apabila bernaung di bawah kerajaan BN yang tidak bijak mengurus hal ehwal kepolisan.

“Insya Allah profesional polis akan dipertingkatkan jika Pakatan Rakyat diberi mandat di dalam PRU ke-13 nanti,” katanya.

Saturday, July 23, 2011

SUHAKAM MINTA ORANG RAMAI TAMPIL SERAH BUKTI


Orang awam yang mempunyai bukti dan maklumat berhubung salah laku dan penggunaan kekerasan melampau oleh polis sebelum dan semasa perhimpunan Bersih 2.0 diminta menyerahkannya kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) sebelum 2 Ogos depan.

Bukti-bukti itu akan diperinchi oleh sebuah badan siasatan awam Suhakam bersabit perhimpunan aman 9 Julai itu yang menyaksikan ribuan orang awam ditembak dengan gas pemedih mata dan air berkimia.

Panel siasatan badan bebas itu akan dipengerusikan oleh naib pengerusi Suhakam, Prof Datuk Dr Khaw Lake Tee dan dibantu oleh Pesuruhjaya Prof Datuk Dr Mahmood Zuhdi Abdul Majid dan Detta Samen.

Dalam satu kenyataan, Suhakam berkata orang awam boleh memberi maklumat, dokumen serta bukti, termasuk rakaman video, gambar bersabit perhimpunan itu kepada pejabat suruhanjaya dengan segera.

Untuk pertanyaan dan penyerahan bukti, orang awam boleh menghubungi Ameer Izyanif Hamzah atau Encik Shahizad Sulaiman di Suhakam, Aras 13, Menara TH Perdana, 50250 Jalan Sultan Ismail atau hubungi talian hotline di 03 2612 5669 atau 5623.

Maklumat juga boleh disalurkan menerusi talian faks di talian 03 2612 5620 atau 5694 dan melalui e-mel: complaints@suhakam.org.my/humanrights@suhakam.org.my

Menurut kenyataan itu lagi, terma rujukan siasatan awam itu adalah seperti berikut :

1. Untuk menentukan sama ada terdapat apa-apa pelanggaran hak asasi manusia terhadap mana-mana individu atau pihak sebelum dan semasa perhimpunan pada 9 Julai 2011;

2. Jika pelanggaran hak asasi manusia telah berlaku, untuk menentukan:

i. Bagaimana pelanggaran itu terjadi.

ii. Apakah arahan pentadbiran dan prosedur, atau aturan yang menyebabkan pelanggaran tersebut.

iii. Individu atau agensi yang bertanggungjawab untuk pelanggaran tersebut.

3. Untuk mengesyorkan langkah-langkah untuk diambil bagi memastikan pelanggaran tersebut tidak akan berulang.

Tambah Suhakam lagi, suruhanjaya itu mempunyai kuasa untuk mengeluarkan Sapina kepada saksi-saksi yang berkaitan termasuk orang awam, media dan pihak polis.

"Kuasa ini adalah menurut seksyen 14 (1) (a) Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999 yang memberi kuasa kepada suruhanjaya untuk mendapat dan menerima segala keterangan, bertulis atau lisan, dan untuk memeriksa semua orang sebagai saksi sebagaimana yang Suruhanjaya merasa perlu atau patut diperoleh atau diperiksa," katanya.
Lebih 1,600 ditangkap oleh polis yang menyifatkan perhimpunan Bersih itu sebagai haram. Beberapa orang dilaporkan cedera termasuk Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pengawal peribadinya, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dan Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad.

Wednesday, July 20, 2011

KULI 'MELAWAN ARUS'


Tokoh Umno Tengku Razaleigh Hamzah sekali lagi “melawan arus” pendirian kepimpinan Umno, apabila menzahirkan sokongannya terhadap tuntutan Bersih 2.0 mahukan pilihanraya adil dan telus.
Bekas Menteri Kewangan itu menyifatkan desakan gabungan 62 pertubuhan bukan kerajaan itu sebagai sesuatu yang harus diberi pertimbangan wajar demi menyuburkan demokrasi.
“Sebagai seorang demokrat yang melihat kepada keadaan ini dan UMNO sendiri juga menjanjikan supaya demokrasi dipertahankan dalam negara kita, wajar kita timbang semua tuntutan yang dibuat (oleh Bersih),” kata Tengku Razaleigh kepada pemberita.

Pendirian Tengku Razaleigh yang lebih dikenali sebagai Ku Li itu dijangka menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan pemimpin Umno, khususnya di peringkat Majlis Tertinggi parti.

Kerajaan Barisan Nasional yang ditunjangi Umno mengisyhtiarkan Bersih sebuah pertubuhan haram.

Lebih 1,600 orang yang menyertai perhimpunan aman itu pada 9 Julai lalu ditangkap manakala ribuan lagi ditembak dengan gas pemedih mata dan air berkimia.

Ku Li berkata lapan tuntutan Bersih yang termasuk kempen minima pilihanraya selama 21 hari bukanlah keterlaluan.

“Tujuan (Bersih) supaya perjalanan pilihan raya dilakukan secara adil dan bersih, terbuka, supaya rakyat turun mengundi mana-mana calon pilihan mereka, dapat berbuat demikian tanpa ugutan, tanpa sebarang perasaan tak puas hati selepas itu,” kata beliau.
“Tuntutan yang dibuat oleh mereka ini…ialah supaya kempen pilihan raya dilanjutkan sedikit, bukan 7 hari. kalau 7-8 hari tak sempat orang-orang nak berkempen.
“Saya boleh menerima pendapat ini. Misalnya kalau kita datang dari Kelantan nak tolong kempen di Sabah ataupun di pedalaman Sarawak, tak sempat nak balik, apatah lagi perjalanan sukar ke tempat-tempat yang dihajati untuk melawat,” tambah beliau yang juga bekas naib presiden Umno.
“Jadi untuk berlaku adil supaya rakyat yang berada di kawasan seumpama itu mendengar penerangan daripada pihak yang menawar khidmat dalam pilihan raya berkesempatan mendengar penerangan penerangan mereka dengan memberi masa yang lebih lanjut. Kalau 7 hari tak sempat, macam mana nak kata adil?,” ujar beliau.
Ku Li berkata pemerintah harus mengakui kekangan-kekangan yang dihadapi oleh parti pembangkang ketika pilihanraya.
“Mereka (pembangkang) tidak berhak bercakap menerusi TV, radio. Sebab itu mereka buat juga tuntutan semua pihak dibenar masa yang sama untuk menyampai pandangan dan pendapatan mereka mengenai sesuatu hal kepada rakyat menerusi TV, media masa yang dikawal oleh kerajaan,” jelas beliau.
“Dulu zaman Tengku dulu, samada pemerintah ataupun parti lawan, bergantung kepada jumlah kerusi yang kita bertanding dan jumlah undi yang diperolehi sebelum ini, jadi kita diberi masa untuk bercakap,” tambahnya. .
Ku Li berkata peredaran masa dan perubahan teknoloji memerlukan Umno-Barisan Nasional lebih peka kepada realiti politik semasa.
Beliau berkata tindakan menafikan parti pembangkang ruang di media arus perdana akan hanya memakan diri pemerintah.
“Dulu zaman Tunku Abdul Rahman, samada pemerintah ataupun parti lawan, bergantung kepada jumlah kerusi yang kita bertanding dan jumlah undi yang diperolehi sebelum ini, kita diberi masa untuk bercakap,” di dalam media, kata beliau.
“Saya tak boleh cari sebab mengapa (pembangkang) tak boleh dibenarkan sekarang, sebab kalau tak dibenar pun mereka boleh guna internet, emel, facebook macam-macam,” kata Ku Li.
“Keadaan sudah berubah. Namun untuk nak berlaku adil kepada semua pihak, saya rasa elok diberi layanan yang sama kepada semua pihak yang menawar diri untuk bertanding dalam pilihan raya,” tegas beliau.

DIARI SUKA DUKA DMP TAPAH BULAN JUN DAN JULAI 2011

Khursus IT persediaan PRU ke 13,dijalankan pada 25.6.2011,dihadiri muslimat dan nisa'.Perjalanan khusus berjalan dengan baik dan lancar ,kehadiran amat memuaskan,semoga segala kerja-kerja islam kita mendapat keredhaan Allah swt.

Mendengar taklimat yg diberikan oleh Pengarah MTD dengan penuh khusyuk dan berhemah,moga segala yang dipelajari dapat dipraktikkan dalam urusan kita.Insyaallah.

Setiausaha MTD sudi meluangkan masa dan mencurahkan pengalaman dan kemahiran beliau kepada petugas-petugas muslimat ini.

Demo aman di Masjid Tapah membantah kurikatur Utusan Meloya menghina Islam selepas solat jumaat.Demo telah dihalang oleh polis dan mengakibatkan 6 orang peserta demo di tangkap.

Laporan polis juga di buat keatas karikatur menghina islam oleh Pas Tapah,Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat pada 25.6.2011 di balai polis daerah Tapah.

Kunjungan AJK Pas Tapah dan DMP Tapah ke atas Pengarah MTD Air Kuning sebelum beliau menjalani ujian jantung di IJN.

Lawatan dan kunjungan buat pengerusi DHPP Tapah dan keluarga di rumah beliau.

Program Isra' dan Mikraj untuk muslimat diadakan pada 26.6.2011 di UPU Batu Masjid,penceramah Ustazah Miskiah bt Moktar.

Pasar Al Qamar nadi Pas Tapah berjalan dengan baik dan lancar ,akan menyambut ulang tahun yang ke 3 pada 24.7.2011 hari ahad nanti.

19.6.2011 Program Kami Prihatin DMP Tapah menyampaikan sumbangan dari rakyat untuk rakyat serta menyelami nasib mereka yang memerlukan tidak kira agama dan bangsa.

Ketua Muslimat sentiasa mengambil berat dalam menangani isu-isu kebajikan warga Tapah yang memerlukan bantuan.Menyantuni mereka adalah tanggungjawab kita bersama,jangan kita hanya menghulurkan bantuan bila sampai waktu nak berpilihanraya je....

Isra' Mikraj di UPU Tapah Road oleh Ustazah Bariah.

Khursus jenazah juga diadakan di UPU Bt Masjid pada 26.6.2011 oleh Ustazah Barian Alang Sapri.

Para peserta memberi tumpuan dan perhatian ....

Anak-anak kecil juga berminat nampaknya.....moga dapat dipraktikkan nanti agar segala ilmu yg kita pelajari tidak hilang begitu saja....

SEBELUM NAK CAKAP APA-APA....CERMIN2KANLAH DIRI DULU

hina atau hormat?
Isteri Perdana Menteri, Datin Rosmah yang juga merupakan first lady malaysia dan juga menjadi ikon kepada wanita ISLAM umno di Malaysia menyeru kepada pereka fesyen menghasilkan pakaian yang menutup aurat.


Datin Seri Rosmah Mansor berharap Festival Fesyen Islam (IIF) akan terus menjadi pentas bagi pereka fesyen mempamerkan rekaan mereka selain menggalakkan lebih ramai menghasilkan pakaian yang menutup aurat.

Isteri perdana menteri itu berkata ini akan menggalakkan kelahiran lebih ramai pereka fesyen islamik yang penting dalam memastikan kerancakan industri tersebut.

"Satu masa kelak fesyen islamik juga boleh menjadi ciri kekal semasa minggu fesyen di kota-kota fesyen dunia," katanya pada jamuan tengah hari 'IFF Eastern Treasures', di London pada Jumaat.

Rosmah yang juga penaung IFF berkata fesyen islamik kini menjadi bidang keusahawanan yang menguntungkan.

Walaupun tidak ada data perdagangan rasmi untuk industri fesyen Muslim dunia, unjuran menunjukkan angka yang positif, katanya.

Rosmah berkata bagi membolehkan industri itu berkembang pesat, pertumbuhan dan pembangunan mesti meliputi semua aspek iaitu daripada fesyen mewah kepada yang mampu dimiliki semua.

Katanya beliau teruja mendengar pusat membeli-belah mewah seperti Harrods di London dan Saks di Arab Saudi telah mula menjual pakaian berunsur islamik.

"Ini satu permulaan yang sangat bagus, tetapi menjadi impian saya untuk melihat lebih banyak pusat membeli-belah seperti Bloomingdales, Macy's Debenhams dan lain-lain menawarkan pakaian dan aksesori islamik sebagai sebahagian fesyen arus perdana dunia.

"Pada masa itu barulah kita dapat menyatakan fesyen islamik benar-benar mendapat tempat," katanya. - MKINI

Tuesday, July 19, 2011

ANUGERAH ALKATAKI LAGI SESUAI...


Ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad melahirkan kebimbangannya berhubung pembudayaan yang akan dibawa masuk ke dalam sebuah universiti tempatan dengan membuka pencalonan Anugerah Ibrahim Ali.

Ini kerana menurut Khalid, seseorang yang bergelar ikon haruslah memiliki kelayakan dan disanjung tinggi keperibadiannya.

Namun menurut beliau, ciri-ciri itu tidak ada pada Ibrahim Ali ekoran pelbagai sikap dan pendirian beliau yang dipertikaikan banyak pihak sebelum ini.

"Nampak betapa rosak dan songsangnya pandangan terhadap konsep kepimpinan.. betapa bercelarunya sehingga dia boleh menganggap diri dia (Ibrahim Ali) sebagai contoh kepimpinan dan layak untuk memberikan Anugerah Kepimpinan kepada mahasiswa di UiTM,"kata Khalid kepada Tv Selangor.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa)itu bukanlah nama yang asing lagi dalam arena politik negara.

Malah tindak-tanduk beliau mempertahankan institusi Melayu kerap kali diragui dan bercanggah dengan perjuangan masyarakat Melayu sendiri.

Terbaru, beliau dengan angkuh mengatakan akan membawa 15 ribu ahli Perkasa turun di jalanan menentang Bersih 2.0, namun membatalkannya di saat akhir.

Malah Ibrahim terdahulu mengugut kaum Cina supaya tidak menyertai perhimpunan itu dan mahu mereka tinggal di dalam rumah di samping menyediakan stok makanan kerana "apa sahaja boleh berlaku" pada Himpunan Bersih 2.0 9 Julai lalu.

“Cuba bayangkan jika berlaku huru-hara... jika himpunan Bersih 2.0 tidak dibatalkan, saya percaya kaum Cina perlu simpan bekalan makanan,"beliau dipetik sebagai berkata.

Malah Ibrahim juga sebelum itu mencabar akan melancarkan perang salib terhadap penganut Kristian yang mahu mencabar kedudukan Islam di negara ini walhal Islam merupakan agama yang cintakan keamanan dan menegah umatnya melakukan kehancuran.

Bercakap dalam satu majlis anjuran Komuniti 1Malaysia di Kampung Kerdas dan Kampung Changkat, Gombak Mei lalu, Ibrahim menuduh orang Kristian "mencabar posisi, kedaultan orang Melayu Islam” hanya berdasarkan laporan Utusan Malaysia yang tidak terbukti kesahihannya.

Malah Utusan juga ketika itu hanya memetik penulis blog sahaja.

Perbuatan Ibrahim itu mendapat kritikan keras banyak pihak termasuk pimpinan dalam seperti Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin.

Mengulas lanjut mengenai anugerah itu, Khalid juga berpendapat, pihak pengurusan dan pentadbiran Universiti Teknologi Mara (UitM) meremehkan status ikon yang sepatutnya menjadi contoh terbaik kepada mahasiswa di institusi terbabit.

UiTM membuka pencalonan bagi Anugerah Ibrahim Ali kepada pelajar yang membuktikan komitmen dan sumbangan mereka dalam memartabatkan bangsa Melayu.

Butiran terperinci mengenai anugerah berkenaan telah dimuat turun oleh Institut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu (Impak) UiTM di laman webnya.

Jelas Khalid, tindakan UiTM menerima tawaran Ibrahim itu sekaligus bercanggah dengan visi institusi pendidikan itu sendiri yang mahu menjadikan UiTM sebuah universiti unggul berteraskan kesarjanaan dan kecemerlangan akademik bagi menerajui dinamisme Bumiputera dalam semua bidang profesional bertaraf dunia supaya terlahir graduan yang berdaya saing, global dan beretika.

"Jenis pengurusan dan pentadbiran universiti yang ditugaskan untuk mencorakkan pelajar Bumiputera dan boleh terima tawaran sebegitu, maka mereka akan merosakkan pemikiran anak-anak Bumiputera kita ini,"ujar beliau.

"Inilah yang dikatakan merosakkan orang Melayu (itu) adalah (kerja) Umno-BN, kerana UiTM pun kita tahu, pihak pengurusan terbabit adalah pilihan Umno itu sendiri. Inilah usaha yang mahu merosakkan orang Melayu sehingga tiada contoh yang baik untuk diikuti dan mahukan seperti Ibrahim Ali,"tambah beliau lagi.

Katanya, tidak salah pihak pengurusan UiTM untuk menerima sumbangan yang diberi Presiden Perkasa itu namun tidak perlulah untuk mewujudkan anugerah kepimpinan Ibrahim ali.

Idea anugerah ini datang daripada Ibrahim sendiri pada forum perpaduan yang dianjurkan oleh Impak pada 17 Oktober tahun lalu dan dibuka kepada pelajar wanita dan lelaki UiTM. Setiap satu bernilai RM2,500.

Mereka mesti memperolehi CGPA sekurang-kurangnya 3.0, tiada tindakan tatatertib atau kesalahan jenayah atau diisytiharkan muflis semasa tempoh pengajian.

Tarikh tutup pencalonan adalah pada 15 September dan anugerah itu akan diberikan pada setiap tahun semasa majlis konvokesyen pada bulan Oktober atau berikutnya.


TOKOH PEJUANG MUSLIMAT DALAM PAS-DR LO' LO'


Dr Lo'lo' Mohamad Ghazali, Ahli Parlimen Titiwangsa dan aktivis Dewan Muslimat PAS meninggal dunia akibat kanser malam semalam, selepas bertahun bertarung melawan penyakit itu.

Pagi tadi, lebih 2,000 hadir ke solat jenazah dan pengkebumiannya di Datuk Keramat, daripada kalangan rakyat, aktivis dan pemimpin-pemimpin politik.

Lo'lo' dikenali sebagai aktivis muslimat yang lantang bersuara dalam isu-isu wanita, sama ada dalam mahupun luar parti.

Allahyarhamah mula dikenali dan menjadi tumpuan media pada awal dekad 2000, ketika masih agak baru terlibat aktif dalam PAS di peringkat pusat.

Lo'lo' pada masa itu bersuara menuntut pemimpin-pemimpin muslimat diletakkan pada kedudukan sama di atas pentas dengan pemimpin-pemimpin lelaki yang merupakan majoriti pimpinan PAS.

Pada masa itu, respons pelbagai tercetus ekoran tindakan Lo'lo' itu; ada yang bersikap terbuka dan ada juga yang kurang senang.

Lo'lo' merupakan pemimpin yang membina Nisa' sayap wanita muda dalam Dewan Muslimat dengan imej dan pendekatan baharu untuk disesuaikan dengan zaman.

Allahyarhamah menjadi salah seorang pemimpin muslimat yang menggerakkan wanita-wanita muda dalam parti menjadi lebih aktif dan tidak terlalu merendah diri dengan ahli-ahli lelaki.

Isu yang terlepas pandang oleh parti itu akhirnya bukan lagi menjadi hal yang asing. Dari satu sudut, perjuangan mengangkat kedudukan wanita oleh Allahyarhamah menyelamatkan parti daripada diserang kumpulan feminis liberal yang mendakwa PAS mengabaikan dan memandang rendah wanita.

Sejak itu, isu kedudukan wanita semakin mendapat perhatian dalam parti, dan tidak lagi dipandang mudah, atau terlepas pandang.

Akhirnya, pencalonan ahli wanita bertanding pilihan raya umum juga tidak lagi menjadi isu yang kurang diberi perhatian. Semakin ramai wanita mewakili PAS sebagai wakil rakyat, dan peratusan wakil wanita yang terus meningkat.

Kelantangannya dalam isu-isu politik, termasuk berdepan dengan menteri-menteri lelaki di Parlimen menjadi bukti sikapnya yang mengangkat kedudukan wanita sejak awal penglibatannya dalam PAS.
Related Posts with Thumbnails