SAHABAT2 SEPERJUANGAN

SAHABAT2 SEPERJUANGAN

Followers

Monday, December 28, 2009

GAMBAR-GAMBAR NISA' SWEET 17 DI IPOH.


Restoran yang menjadi pilihan Nisa' Perak untuk 'High Tea'....kira ok le cuma ruangan agak terhad dan sempit sikit.


Barisan AJK DMP Negeri dan mantan2 Nisa Amal Wal Banat bergambar bersama Pengarah Nisa Malaysia Dr Rosni bt Adam.


Mantan2 Nisa' Amal Wal Banat Tapah dan Nisa' yang turut menghadirkan diri dalam majlis 'High Tea' jumaaat lalu.

Nisa' Tapah diberi kepercayaan untuk membuat persembahan pada hari tersebut,dikir barat,sajak dan nasyid telah disajkan buat santapan mata dan halwa telinga mereka yang hadir pada hari tersebit.TAHNIAH ....YOU ALL THE BEST.
Baju Nisa' yang terbaru diperagakan dan dijual denga harga yang istimewa pada hari tersebut.

Pengarah Nisa' Malaysia,Dr Rosni Adam dalam ucapan aluannya berharap Nisa' perlu diperkukuhkan lagi dengan pengalaman orang lama yang perlu diseimbangkan dengan Nisa' baru.

Misi Nisa' untuk melahirkan generasi yang ceria,'the power smile' namun masih terikat dengan akhlak mulia,sopan santun dan kekuatan iman yang perlu ada pada setiap ahli Nisa'.Nisa' menjadi contoh pada generasi muda,berilah pandangan dengan penuh kasih sayang,jadilah mujahidah untuk mencorakkan masyarakat akan datang.


Puan Rohaya Bakar selaku perasmi majlis pada hari itu dalam ucapannya menjelaskan bahawa Nisa' adalah pelapis ,cabang,atau unit dari DMP.Nisa' adalah aset penting untuk melahirkan ummah yang dihormati dan digeruni musuh islam.Nisa' juga berkebolehan dalam segala segi antaranya meraih sokongan untuk pengundi muda,mereka punyai semangat yang tinggi dan berhati waja.


Puan Amizan,Ketua Nisa' menceritakan detik2 awal penubuhan Nisa' Amal Wal Banat,disebelahnya Puan Ainah Awang,Puan Hanisah Hamidun dan Puan Haliza Hamidun.


Antara ahli dan mantan Nisa' yang hadir,disebabkan dewan pun kecik,kehadiran yang diluar jangkaan,peserta terpaksa duduk diluar dewan..nanti cari le dewan beso sikit ye...


Saturday, December 26, 2009

LAWATAN KERJA DMP PERAK KE PEJABAT DMP TAPAH.


Saf pimpinan DMP Tapah bergambar kenangan bersama pemantau DMP Perak, Puan Rohawati,Puan Munirah Athirah,Puan Hajah Rajiah dan Dr Najihahtul Sholehah di Pusat Khidmat Pas Tapah.


Dalam ucapannya Dr Najihah berharap kerjasama,tautan ukhwah antara muslimat dapat dieratkan lagi bagi melicinkan dan meringankan kerja-kerja yang semakin bertambah.Beliau juga berpuashati dengan segala pelaksanaan serta gerak kerja yang telah dilakukan oleh DMP Tapah serta berharap lebih banyak aktiviti2 luaran dapat dijalankan.Harapan beliau juga agar khidmat kebajikan dapat diperluaskan lagi untuk lebih mendekati masyarakat,memandangkan cara ini memang mendapat tempat disetiap masa dan keadaan.



Antara AJK DMP Tapah yang tekun mendengar taklimat, buah fikiran ,arahan dan berbagai idea serta dorongan dari pemantau yang diketuai oleh Dr Najihah.


Pada 24.12.2009 hari khamis yang lalu,jam 3 petang para pemantau dari DMP Perak telah datang untuk melihat dan meninjau dengan lebih dekat lagi keadaan pejabat DMP Tapah,diketuai oleh Naib Ketua DMP Perak Dr Najihah.

Dr Najihah melahirkan rasa gembiranya dengan melihat carta2 setiap Lajnah yang lengkap dengan profil dan aktiviti2 yang dijalankan.Beliau juga berpuashati di atas kerjasama yang ditunjukkan oleh setiap Ketua Lajnah dan semua AJK yang tidak mengharapkan kerja2 dilakukan oleh Setiausaha.

Segala lontaran yang membina dari beliau akan kami titipkan di setiap hati kami ,supaya ianya menjadi satu dorongan untuk kami lebih tekun dan bekerja keras bagi memenangi Pas,khususnya di Dun Air Kuning pada pilihanraya akan datang,PRU KE 13.

Thursday, December 24, 2009

~~~ PROGRAM DMP TAPAH MINGGU INI~~~


LAWATAN DMP NEGERI PERAK
KE PEJABAT DMP TAPAH

24.12.2009{KHAMIS}
3.00 PETANG
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

TAMRIN KEPIMPINAN DMP TAPAH
24.12.2009{KHAMIS}
2.00 PETANG - 9 MALAM

ACARA: SOLAT MAGHRIB BERJEMAAH
BERBUKA PUASA
BACAAN YASSIN,MATHURAT
TAZKIRAH
MUNAJAT
SOLAT HAJAT
BERTUKAR HADIAH
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

NISA' SWEET 17
HIGH TEA BERSAMA MANTAN-MANTAN NISA'
(1992-2009)

TARIKH : 25 DISEMBER 2009
MASA : 2.00 – 6.00 PETANG

TEMPAT : LAKSAMANA CHENG HO, IPOH PERAK
137, Jalan Sultan Abdul Jalil
Greentown, 30450 Ipoh Perak
(Belakang SM Taayah)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

KURSUS REFLEKSOLOGI BERSIJIL

Tarikh : 27 Disember 2009 (ahad)
Masa : 9.00 pagi - 5.00 petang
Tempat : No 12 Persiaran Siputeh Emas,Siputeh
Sasaran : 1) AJK Lajnah Ekonomi DMPK

2) AJK Lajnah Kebajikan Dan Kemasyarakatan DMP


*** KASIHNYA ALLAH PADA WANITA***

"Keistimewaan yang Tuhan berikan kepada wanita terlalu
banyaknya". "Kasihnya Tuhan kepada wanita!" Itulah kata-kata yang paling mudah digunakan untuk menggambarkan 'layanan' istimewa terhadap wanita dalam Islam. Sesungguhnya, tidak akan ada mana-mana ajaran, ideologi, isme atau agama lain yang dapat melayan wanita dengan sebegitu baik sepertimana Islam melayan wanitanya. Malah, kalau bergabung pun kesemua wanita yang cerdik pandai, berharta dan berkuasa di seluruh dunia ini untuk menambah hak dan pengiktirafan buat mereka, mereka pasti tidak akan mencapai taraf kemuliaan serta layanan baik yang Allah SWT tawarkan buat seorang wanita di dalam Islam.

Namun, ramai wanita yang tidak memahami hal ini. Lantaran itu kebanyakan mereka tertipu oleh nafsu sendiri dan merasa terkongkong dengan amalan atau larangan tertentu yang digunakan ke atas wanita Islam seperti amalan menutup aurat, larangan bergaul bebas, poligami, larangan wanita menjadi pemimpin dan lain-lain lagi. Mereka cukup takut dan gerun dengan kesemua amalan atau larangan yang dianggap sangat menindas wanita. Walhal kalau dikaji setiap satu amalan atau larangan itu, mudah sahaja untuk melihat hikmah dan kebaikannya kepada kaum wanita itu sendiri.

Lalu kita melihat apa yang diperjuangkan oleh pejuang-pejuang hak wanita ialah mereka kalau boleh tidak mahu sebarang sekatan dikenakan ke atas mereka. Tentulah ini tidak munasabah. Sedangkan manusia sendiri banyak membuat peraturan-peraturan serta larangan itu dan ini, atas alasan hendak menjaga keselamatan diri atau masyarakat awam. Contohnya, dalam soal lalu-lintas, terlalu banyak peraturan dan larangan yang manusia buat seperti jangan memandu melebihi had laju, tidak boleh letak kereta di garisan kuning, mesti berhenti apabila ada isyarat lampu merah, mesti hidupkan lampu selepas pukul 7 malam dan berbagai-bagai lagi. Kalau dalam bidang sekecil ini pun perlu banyak peraturan dan larangan, sudah tentulah dalam bidang kehidupan lebih memerlukan lagi, dan lebih-lebih lagilah kalau skopnya itu jauh lebih luas iaitu untuk keselamatan dunia dan Akhirat.

Tuhan sebenarnya sangat kasih dan memuliakan kaum wanita. Segala suruhan dan larangan yang Tuhan kenakan ke atas kaum wanita tidak lain dan tidak bukan ialah untuk memastikan keselamatan dirinya dan masyarakat dan sekali-kali bukan untuk menyusahkan mereka. Tetapi, atas hujah dan alasan apa dakwaan ini dibuat? Mari kita lihat satu persatu pengiktirafan yang diberikan olehTuhan kepada wanita, sama ada setara langsung atau pun tidak.

i) Gelaran bagi `isteri' di dalam Al Quran

Perkataan yang Allah SWT gunakan di dalam Al Quran untuk menunjukkan suami atau isteri adalah perkataan yang sama, sedangkan dalam bahasa- bahasa lain, perkataan untuk suami dan perkataan untuk isteri menggunakan dua perkataan yang berbeza. Misalnya, dalam bahasa Inggeris, perkataan untuk suami ialah `husband' manakala perkataan untuk isteri ialah `wife'. Sementara dalam bahasa Perancis pula, perkataan untuk suami ialah `mari' manakala perkataan `femme' untuk isteri.

Tetapi di dalam Al Quran, suami dan isteri tidak disebut dua perkataan yang berbeza `zaujuh' dan `zaujati'. Hanya satu perkataan yang digunakan untuk kedua-duanya iaitu `zaujuh' yang bermakna `pasangan'. Islam melihat suami dan isteri adalah pasangan, penutup dan juga pelindung buat yang lain. Mereka dilihat sebagai sepasang, bukan berasingan. Sudah tentulah ini bermakna yang kaum lelaki di dalam Islam tidak dianggap lebih mulia daripada kaum wanitanya. Apabila kita mengatakan sepasang kaca mata, sepasang stokin atau sepasang baju, tentulah kita menganggap mereka setara dan tidak dapat dipisahkan di antara satu sama lain. Dan sudah tentulah kita tidak menganggap yang stokin kanan lebih hebat daripada stokin kiri atau kaca mata kanan lebih baik daripada kaca mata kiri. Begitulah tamsilannya sepasang suami isteri di dalam Islam seperti yang tercatat di dalam Al Quran.

Namun, gelaran zaujuh ini hanya diberikan kepada isteri yang sama beriman. Bagi isteri yang tidak beriman, mereka tidak disebut zaujuh. Contohnya, isteri Nabi Lut dan isteri Nabi Nuh. Di dalam Al Quran, mereka disebut 'imraah', kerana isteri sebegini tidak dianggap pelengkap, pelindung atau penutup kepada suaminya.

ii) Pembelaan Rasulullah SAW Terhadap Wanita

Rasulullah SAW ada banyak menyatakan Hadis-Hadis yang menunjukkan betapa wanita itu dimuliakan di dalam Islam. Antaranya:

a. "Syurga di bawah telapak kaki ibu." Apakah wanita tidak rasa mulia dengan Hadis ini? Mengapa Rasulullah SAW memilih perkataan "di bawah telapak kaki" dan bukan "di dalam tangan" atau "di sisi" seorang ibu? Sudah tentu ini sangat menggambarkan mulianya seorang wanita di dalam Islam. Seorang yang faham tentu akan sangat memandang mulia, menghormati, membela serta berlumba-lumba untuk berkhidmat dan meng'hamba'kan diri kepada ibunya (dengan syarat segala yang dibuat itu tidak melanggar syariat). Tidakkah beruntung menjadi seorang ibu di dalam Islam? Dia tidak akan terbiar dan dipinggirkan, malah akan sentiasa dibela, dihormati dan dimuliakan oleh anak-anaknya.

b. "Orang yang paling baik dari antara kamu itu ialah yang paling baik kepada isi rumahnya, dan aku ini orang yang paling baik dari antara kamu kepada isi rumahku."

c. "Tidak akan memuliakan perempuan-perempuan melainkan orang yang mulia, dan tidak menghina akan perempuan-perempuan melainkan orang yang hina."(Hadis riwayat Ibnu `Asakir)

d. "Bergaullah kamu dengan isteri-isteri kamu dengan cara yang sopan. Kemudian bila kamu tidak menyukai mereka, (maka bersabarlah) kerana mungkin kamu tidak menyukai sesuatu, padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak."

e. "Janganlah seorang mukmin lelaki membenci kepada seorang
(isterinya yang) mukminah, kerana walaupun ada satu perangainya yang lelaki itu tidak suka, tetapi (tentu) ada lain perangainya yang is suka."(Hadis riwayat Ahmad dan Muslim)

Demikianlah hak-hak istimewa seorang wanita yang diberi oleh Islam. Dalam satu masyarakat yang bertaqwa, kaum wanita tidak perlu bimbang yang mereka akan diperleceh, dipermain atau diperkotak-katikkan oleh kaum lelaki, sebaliknya mereka boleh yakin bahawa pihak lelaki akan sentiasa melindungi, menasihati, menegur dan membimbing mereka dengan ikhlas.

iii) Bahagian Tubuh Wanita Dianugerahkan Nama yang Mulia

Dalam tubuh wanita, ada satu bahagian yang diberi nana yang begitu mulia iaitu rahim. Perkataan ini diambil dari nama Tuhan, yang bermaksud `Maha Penyayang'. Sudah tentulah Tuhan tidak akan memberikan nama yang semulia ini kepada sesuatu yang hina di sisi- Nya. Sudah tentuTuhan akan memilih sesuatu yang mulia juga untuk dianugerahkan nama yang begitu mulia. Tuhan tidak berikan nama yang semulia ini kepada bahagian tubuh lelaki tetapi Dia memberikannya kepada bahagian tubuh wanita. Rahim inilah yang merupakan penghubung kepada makhluk. Di dalam rahimlah, wanita menjaga ciptaanTuhan dan memberi makan kepada apa yang Tuhan ciptakan.

Kaum wanita sepatutnya merasa sangat malu kepada Tuhan kerana memberi penghargaan yang begitu tinggi kepada mereka. Siapa boleh nafikan kepentingan rahim untuk kewujudan manusia? Anugerah rahim kepada wanita sebenarnya sudah cukup untuk membuktikan akan mulianya wanita di sisi Tuhan.

iv) Diberi Pahala yang Berterusan

Wanita disebut `kurang dari sudut agama', tetapi ini bukan bermaksud yang wanita itu kurang dari sudut iman dan taqwanya. Mereka cuma kurang bersolat ketika datang haid dan nifas. Namun, oleh kerana di waktu-waktu lain mereka sentiasa bersolat, maka sepanjang waktu haid dan nifas itu, Tuhan tetap memberikan juga pahala solat sekiranya mereka dapat bersabar dengan keadaannya yang tidak selesa itu.

Bayangkan seorang wanita yang baru melahirkan anak. Sudahlah digugurkan dosa-dosanya seperti seorang bayi yang baru lahir, diberikan pula pahala solat percuma sepanjang dia dalam keadaan nifas. Dan kalau dia sabar menyusu, memelihara dan melayan kerenah anaknya pula, makin banyaknya pahala yang Tuhan sediakan untuknya.

Aduh! Maha Pemurahnya Tuhan kepada wanita. Maha Baiknya Tuhan kepada golongan yang sering dianggap lemah dan terpinggir ini! Kalaulah wanita-wanita pejuang hak asasi itu tahu begini sekali ganjaran- ganjaran yang Tuhan berikan kepada seorang wanita mukminah, pastilah mereka akan meninggalkan perjuangan mereka. Tidak ada apa-apa lagi hak yang perlu diperjuangkan oleh seorang wanita mukminah. Yang Tuhan tawarkan itu pun sudah terlampau banyaknya.

Sunday, December 20, 2009

LIPSTIK-FEMALE MUST READ.......???

Something to consider next time you go shopping for lipstick...... This comes from someone who works in the breast cancer unit at Mt. Sinai Hospital , in Toronto From: Dr. Nahid Neman.

If there is a female you care anything about, share this with her. I did!!!!! I am also sharing this with the males on my email list, because they need to tell the females THEY care about as well!

Recently a lipstick brand called "Red Earth" decreased their prices from $67 to $9.90. It contained lead. Lead is a chemical which causes cancer. The lipstick brands that contain lead are:

CHRISTIAN DIOR, LANCOME, CLINIQUE, Y.S.L, ESTEE LAUDER, SHISEIDO, RED EARTH (Lip Gloss), CHANEL (Lip Conditioner), MARKET AMERICA-MOTNES LIPSTICK.

The higher the lead content, the greater the chance of causing cancer.

After doing a test on lipsticks, it was found that the Y.S.L .. lipstick contained the most amount of lead. Watch out for those lipsticks which are supposed to stay longer. If your lipstick stays longer, it is because of the higher content of lead.

Here is the test you can do yourself:

1. Put some lipstick on your hand.
2. Use a Gold ring to scratch on the lipstick.
3. If the lipstick colour changes to black, then you know the lipstick contains lead.

Please send this information to all your girlfriends, wives and female family members.This information is being circulated atWalter Reed Army Medical Center. Dioxin Carcinogens cause cancer, especially breast cancer.

Friday, December 18, 2009

~RAHSIA PEMAKANAN GENIUS ISLAM~

Formula pemakanan genius-genius Islam silam yang menjadi rahsia keajaiban daya intelek mereka. Formula ini terpendam di dalam kitab-kitab tradisional dalam bahasa Arab. Tersembunyi dari pengetahuan orang Arab dan umat Islam sendiri. Namun akhir-akhir ini ada usaha-usaha untuk mengetengahkan kembali kepada umum. Sekarang semacam ada kecenderungan di kalangan ilmuan Islam dan bukan Islam untuk mengkaji dan menguji keabsahan formula ini. Ini didorong oleh penemuan - penemuan saintifik yang membuktikan kebenarannya, khususnya terhadap susu, madu dan telur. Berikut adalah formula pemakanan genius - genius Islam yang telah terbukti berupaya meningkatkan kepintaran dan kekuatan daya ingatan :

1) MADU
Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran mengiktirafkannya sebagai "shifa'" iaitu penyembuh penyakit. Manisan madu digelar "Raja Ubat", dapat menyembuh kebanyakkan penyakit. Ia adalah makanan untuk kesihatan keseluruhannya. Ia mengandungi pelbagai jenis vitamin, mineral, protein, antiseptik dan enzim yang meningkatkan ingatan dan kecerdasan mental individu. Madu juga mengandungi pelbagai zat galian yang penting seperti kalsium, sulfur, fosforus, zat besi, karbon, magnesium, potassium (kalium), kuprum, silika, klorin, mangganese dan belerang untuk memupuk tenaga dan kesihatan fizikal-mental. Rasullullah s.a.w bersabda, "Siapa ingin hafal, hendaklah ia minum manisan madu". Madu didapati berkesan untuk merawati penyakit - penyakit mental di mana ia boleh menghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir, membaca, merancang dan bermesyuarat.

CARA MINUM : 2 sudu teh pada waktu pagi dan malam.
PANTANG : Jangan makan tembikai semasa menggunakan madu. Sangat merbahaya !

2) KISMIS
Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak. Kekurangan oksigen menyebabkan seseorang mudah mengantuk, pelupa, lembab dan mengalami kelemahan dalam berfikir.

CARA MAKAN :
i)Menghadap Kiblat
ii)Baca "Bismillah" dan selawat ke atas nabi (3 kali)
iii)Baca doa penerang hati
iv)Makan secara kemam seperti makan gula-gula. Tidak berkesan jika dikunyah seperti makan kacang.
v)Makan sebiji-biji sebanyak 21 biji setiap hari.

3) SUSU SEGAR
Susu berguna untk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsur semulajadi iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak. Susu adalah makanan yang paling lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi enam kelas makanan yang amat diperlukan oleh tubuh iaitu karbohidrat, lemak, protein, semua jenis vitamin, mineral dan air. Ia berkhasiat untuk merawati kesihatan umum dan merupakan penawar kelupaan yang berkesan. Rasullullah s.a.w menerangkan susu boleh menguatkan belakang, menambahi akal, memperbaiki penglihatan dan menghindari penyakit lupa. Susu yang terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri - biri dan lembu yang segar. Susu hidup lebih berkhasiat dari susu debu.

CARA MINUM :
i)Sekurang-kurangnya segelas pada sebelah pagi dan malam
ii)Baca "Bismillah" dan doa minum susu seperti yang dibaca oleh Rasullullah s.a.w

4) TELUR
Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya. Ahli - ahli kesihatan mengakui ia merupakan makanan yang lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi protein, mineral, vitamin, kalsium, kuprum, magnesium, fosforus, kalium, sulfur, natrium, klorin, zat besi, air, choline dan bahan ekstraktif. Sabda Nabi s.a.w, "Sesungguhnya seorang nabi a.s mengadu kepada Allah (kerana dia)lemah badan. Maka Allah s.w.t memerintahkannya supaya memakan telur". Telur terutama telur kuning, berupaya mengatasi masalah kelemahan tenaga fizikal dan minda sekaligus. Telur yang terbaik ialah telur ayam kampung dan yang masih baru.

5) HALIA
Ianya sangat mujarab untuk gejala kelupaan. Ia boleh dimakan mentah atau dibuat halua. Halua ialah halia yang dijadikan manis - manisan dengan merebus dan mencampurkannya dengan gula.

CARA MAKAN : Dimakan sedikit sahaja pada waktu pagi.

6) LIMAU OREN
Berkhasiat untuk mengemaskan urat-urat jantung dan menambah kekuatan fikiran menurut hadis Nabi s.a.w. Limau - limau jenis lain juga elok untuk diamalkan.

7) BUAH DELIMA
Untuk penerang hati. Sabda Nabi s.a.w, "Barangsiapa yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari."

8) DAGING BURUNG MERPATI
Ianya banyak digunakan oleh bijak pandai Islam dan Melayu dahulukala. Ia mengandungi protein, lemak, kalsium, fosforus dan kalori. Sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutama kanak - kanak. Kaedah ini sangat popular dan berkesan. Kanak - kanak yang diberi telur burung merpati didapati dapat bercakap lebih awal dari kebiasaannya.

9) OTAK AYAM
Boleh dibuat sup dan dicampur dengan halia. Otak ayam yang segar juga boleh dibuat penawar sementara bagi gigitan ular. Perlu diamalkan memakannya.

10) DAGING AYAM
Berbanding dengan semua jenis daging, ayam dianggap mengandungi kadar zat pemakanan yang paling tinggi. Daging ayam betina dara terutamanya berkhasiat meningkatkan prestasi otak dan membaiki darah. Abu Musa r.a meriawayatkan bahawa Nabi s.a.w memakan daging ayam betina.

11) DAGING BIRI-BIRI
Menambah darah, sesuai untuk orang aktif dan bekerja berat serta dapat meningkatkan kekuatan hafazan.

12) HATI
Terutamanya hati ayam dan lembu. Mengandungi pelbagai jenis vitamin dan bermanfaat untuk kesihatan mental dan fizikal.

13) KEKACANG
Beberapa jenis kacang seperti gajus, berangan, kacang soya, pistachio dan lain-lain. Kacang pistachio dipercayai sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutamanya kanak-kanak. Memakan kacang pistachio merupakan amalan pemakanan seorang pelajar genius berbangsa Melayu yang tinggal di Melaka. Kekacang mengandungi nilai protein yang tinggi.

14) BUAH BADAM
Untuk meningkatkan kecerdasan.

15) ZA'FARAN : KOMKOMA (CROCOS SATIVUS)
Sejenis bahan berambu merah. Dimakan sedikit sahaja. Dijual di kedai-kedai runcit India dan sesetengah kedai runcit Melayu.

16) KEMENYAN PUTIH (kemenyan serani/luban/kundar)
Ditumbuk halus-halus dan dimakan dengan gula.

17) BUNGA KOBIS
Terdapat sejenis asid amino untuk tenaga mental.

18) BUNGA CENGKEH
Ditumbuk sehingga halus lalu diamakn sedikit sahaja.

19) LABU
Berfaedah menambahkan keupayaan fikiran dan akal. Sabda Nabi s.a.w., "Makanlah labu kerana ia mencerdaskan akal". Baginda juga berkata, "Jika kamu membuat sup (atau kuah), dianjurkan memasukkan labu ke dalamnya kerana ia menambahkan kemampuan fikiran dan akal.

20) BUAH KEDEKAI (MAJALAWI)
Menguatkan hafalan dan menguatkan kekuatan badan.

21) MINYAK SAPI
Dimakan terus atau dicampurkan dengan masakan dalam kuantiti yang kecil.

22) SAYUR-SAYURAN DAN BAUH-BUAHAN SEGAR
Juga membantu meningkatkan akal dan memori

Wednesday, December 16, 2009

RUMAH IBUBAPA MERTUAKU DI PECAH DAN DIROMPAK.......

Tengah malam tadi dalam pukul 2.30 pagi,rumah ibubapa mertuaku telah di pecah masuk dan dirompak.Kejadian yang begitu mengejutkan kami di ketahui apabila dalam pukul 3 pagi bapa mertua menelefon selepas penyamun2 itu melarikan diri.Jarak antara rumah aku dan ibubapa mertuaku hanya lebih kurang 50 meter sahaja.

Dalam kejadian itu penyamun yang dikenalpasti 2 orang itu telah mengumpil dinding dapur masak dan mengeluarkan barangan dapur termasuk lah periuk ,kuali supaya pergerakan mereka tidak didengari.

Salah seorangnya telah membuka pintu untuk dimasuki oleh seorang lagi rakannya,lalu menerkam ibubapa mertua aku yang sedang nyenyak tidur di dalam kelambu.Bapa mertuaku telah ditiarapkan dan diikat kaki dan tangannya serta diugut jangan bising dengan mengacukan pisau di belakangnya. Manakala ibu mertuaku di tekan oleh seorang lagi dan diacu juga dengan pisau,serta ditanya mana lagi wang yang ada.

Mereka mengeledah bilik dan laci-laci almari didalam rumah,barang kemas yang dipakai ibu mertuaku telah dirampas dengan anggaran RM 10 ribu lebih.Bapa mertuaku mengalami sedikit kecederaan di mulutnya apabila mukanya disembamkan ke lantai.Kedua ibubapa mertuaku berumur dalam lingkungan 73 dan 75 tahun.

Pada pukul 4.00 pagi aku dan suami telah membawa mereka ke balai polis Bidor untuk membuat report dan seterusnya kes di serahkan ke JSJ,dan bahagian forensik telah datang mengambil gambar dan cap jari penyamun2 tersebut.Hingga kini ramai SB2 telah datang untuk meninjau keadaan,dan inilah juga kali pertama kes rompakan bersenjata dilaporkan di kampong aku.

Apa yang aku harapkan agar ramai lagi anggota polis di tempatkan di Bidor ini memandangkan rungutan dari polis juga mengatakan mereka tidak mempunyai anggota yang cukup untuk mengatasi jenayah yang terlalu kerap berlaku di sini,contohnya ragut,curi motosikal,samun,dadah dan sebagainya.Diharapkan penyamun2 itu berjaya ditangkap secepat mungkn supaya tiada lagi yang akan menjadi mangsa.

Tuesday, December 15, 2009

SEMINAR MEMPERKASA DEWAN MUSLIMAT PAS.

AF Ustaz Mustafa Shaari sedang memberi kata-kata semangatnya kepada muslimat yang kena ada persiapan diri iaitu aqidah yang paling utama,beliau menyarankan juga supaya diperbanyakkan bengkel-bengkel,kefahaman dari segala segi harus dipertingkatkan,isu-isu semasa contohnya isu Perak yang semestinya semua muslimat dapat memahaminya agar dapat diolah bila berdepan dengan masyarakat yang ingin tahu kebenarannya.Seterusnya beliau telah merasmikan program tersebut.


YB Senator Mumtaz Mohd Nawi dalam pembentangannya mengharapkan muslimat mempunyai daya saing yang tinggi untuk mengatasi pihak lawan,kerana katanya kita mempunyai potensi untuk mentadbir cuma kita perlu lebih bersedia dan menimba lebih banyak pengalaman dan sentiasa bersedia menghadapi apa jua halangan yang datang.Pendekatan yang dibawa oleh DMP adalah untuk menyatupadukan rakyat menjadi lebih islamik.


YB Prof Wan Maseri dalam ucapannya banyak menyarankan agar muslimat banyakkan berdoa memohon dengan sentiasa menyebut nama Allah.Katanya lagi muslimat mesti mengikut kesesuaian dalam mengatur agenda,berjuang jangan mengikut nafsu,jangan terlalu ghairah mencari kemenangan hingga tersasar hanya kerana hendak merebut kerusi.


Antara para peserta Muslimat di pelusok negeri Perak berkampong di Kompleks PAS Kuala Kangsar bagi membincangkan satu agenda yang amat penting untuk dirancangkan.





Pada 12 & 13/12/09 Dewan Muslimat PAS Negeri Perak telah menganjurkan Seminar Memperkasakan Dewan Muslimat. Diantara pengisian program ialah Pentas Penceramah Muslimat, Munaqasyah Ucap Tema Ketua DMPP yang disampaikan oleh YB Senator Mumtaz Md Nawi dan Taklimat & Pembentangan Pelan Induk DMP oleh YBhg Prof Dr Wan Maseri .

Program yang begitu banyak manafaat ini diharap supaya dapat disebarkan dan dibincangkan di dalam semua peringkat,kerana muslimat adalah satu sayap yang akan membawa kemenangan Islam untuk mentadbir negara ini.

Monday, December 14, 2009

IJTIMAQ BULANAN PAS KAWASAN TAPAH DI SG LESONG,TAPAH.









Pas Tapah telah mengadakan Ijtimak bulanannya pada 11.12. 2009 hari jumaat yang lalu bertempat di Markaz Cawangan Pas Kg Hj Dahlan,Sg Lesong.

Pada bulan ini Penceramah jemputan dari Kelantan iaitu AF Ustaz Afnan telah di panggil untuk memberi tazkirah.Majlis pada malam itu telah dipengerusikan oleh Ustaz Abdul Malek selaku Pengerusi Lajnah Tarbiyah dan Perkaderan Pas Tapah.

Yang DiPertua PAS Kawasan Tapah dalam ucapan aluannya mengalukan kehadiran semua
ahli-ahli Pas di setiap Dewan dan Cawangan khususnya Ust. Afnan yang sanggup datang dari Kelantan negeri Serambi Mekah mudah-mudahan membawa keberkatan kepada semua yang hadir khususnya kepada PAS Cawangan Kg. Hj. Dahalan yang kali pertama mengadakan majlis ijtimaq ilmu.

Beliau juga mengucapkan syabas pada cawangan Kg.Hj. dahalan yang bersedia menjadi tuan rumah dan berharap semoga Pas Cawangan akan bertambah maju seterusnya dalam berdakwah untuk menyampaikan Islam pada masyarakat khususnya di Kg. Hj. Dahalan dan Sg. Lesong ini.

Ust. Afnan dalam kuliahnya telah menekankan bab aqidah dan menyeru supaya semua pejuang Islam memperkukuhkan iman dan aqidah. Beliau menyatakan dalam mathematik 5-1=4 tetapi dalam Islam tolak satu boleh jadi kufur dan murtad. Hidup kita mestilah berpandukan Al-Quran dan memperjuangkan agar Hukum Al-Quran tertegak dimuka bumi ini. Beliau menafsirkan Ayat Yaasin, Al-Baqarah, Munafikun dan lain-lain. Beliau juga menyatakan perasaannya yang terasa berbeza apabila dapat bersama dengan semua yang hadir malam itu daripada kuliah beliau dibandar khususnya di Kuala Lumpur.


Semua yang hadir terasa mendapat suntikan ilmu dan semangat untuk memperkukuhkan keimanan pada Allah dan terus memperjuangkan Islam dengan beberapa selingan kelucuan penyampaian yang dapat menarik perhatian yang hadir. Majlis diakhiri dengan Solat Isyak Berjamaah dan Jamuan Makan Nasi Talam yang dapat mengeratkan rasa ukhwah sesama jemaah yang hadir. Mengikut kata Ust. Malek bulan Januari 2010 Pas Cawangan Tapah Road telah menempah untuk diadakan Ijtimaq di sana pulak pada hari jumaat minggu kedua yg akan diberitahu kelak tempatnya. InsyaAllah.

Saturday, December 12, 2009

10 JENIS MAKANAN ANTI KOLESTEROL.



Berikut ini disenaraikan 10 jenis makanan yang boleh mengurangkan kolestrol. Lepas-lepas ni, bolehlah perbanyakkan memakan makanan yang seperti ini:

1. SOYA
Kacang soya merupakan makanan popular yg diproses untk mendapatkan Kacang soya mengandungi 48% protein, lesitin, vitamin & zat galian.Ia juga dpt menghidarkan penyakit jantung & kencing manis. Kaya kalsium & Mineral yg membantu memecah lemak. Ia membantu menyusutkan kadar Lemak jahat (LDL) dan meningkatkan kadar lemak baik (HDL)

2. KUACI
Kuaci mempunyai kandunan zat besi. Pola pemakanan yg rendah dgn zat besi boleh menaikkan kadar kolestrol LDL sekali gus menghadkan kolestrol HDL. Mulakan pengambilan kuaci jenis tawar seperti dari jenis labu atau bunga matahari untuk menambah zat besi

3. BUAH KERING
Antar pelbagai jenis buah kering, limau kering adalah yg paling banyak mengandungi flavanoid. Pengambilannya mampu menyingkirkan lebihan lemak LDL sehingga dapat mengurangkan risiko sserangan jantung. Flavanoid juga boleh diperolehi dalam teh, brokoli, tomato, bawang serta delima.

4. EPAL
Memakan sebiji epal @ meminum jusnya setiap hari cukup untuk membekalkan khasiat bagi mengurangkan kandungan kolestrol dalam badan. Kanak-kanak yg memakan makanan segera dankemudian memakan epal @ minum jusnya, sebenarnya menyimbangkan kandungan zat dan mencegah berlaku kemak dlm badan

5. IKAN TUNA
Termasuk sumber asid lemak omega-3 yg popular, selain salmon dan makarel. Omega-3 secara khusus melindungi tubuh daripada peningkatan kadar kolestrol LDL.

6. KACANG TANAH
Kacang tanah yg dipanggang mengandungi lemak sihat dan kaya dengan vitamin E. Ia boleh menghalang radikal bebas agar tidak merosakkan kolesterol LDL dan dapat menghindari tubuh daripada serangan jantung

7. MANGGA
Vitamin C banyak terdapat dalam mangga. Sumber lain : belimbing, kedodong, betik, rambutan, strawberi dan kiwi. Vitamin C berupaya mencegah kolestrol LDL dlm tubuh

8. KISMIS
Mengandungi sebatian yg mampu menurunkan kolestrol. Sesiap yg mengamalkan diet dgn 400 kalori kismis setiap hari boleh menurunkan kadar kolestrol dlm darah sebanyak 8%.

9. OAT
Lebih daripada kajian saintifik yg dijalankan telah menunjukkan bahawa pengambilan oat setiap pagi boleh menurunkan kolestrol dalam darah. Serat mudah larut dalam oat boleh mengurankan risiko penyakit jantung sekiranya dijadikan sebahagian diet rendah lemak & kolestrol anda

10. JAMBU BATU
Ia mampu menurunkan paras kolestrol dalam badan sebanyak 18.8%. Disyorkan mengambilnya setiap hari dalam jumlah mencukupi bagi memastikan khasiatnya bertindak balas kepada tubuh. Jumlah yg disyorkan ialah 400gm sehari, iaitu sebiji setengah selama empat minggu. Bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan tanpa melupakan diet seimbang, jambu batu adalah pilihan yg sesuai

Tuesday, December 8, 2009

JANGAN MAKAN SARDIN



(Kisah ini diceritakan daripada seorang hamba Allah yang tidak dikenali)

Saya dilahirkan daripada keluarga miskin. Ibu bapa saya mengusahakan kebun getah. Sewaktu kecil, apabila ibu atau bapa membeli ikan sardin dalam tin, ia seperti satu makanan mewah. Sejak kecil memang saya suka makan sardin. Apatah lagi kalau masakan sardin yang dimasak oleh arwah ibu. Walaupun saya suka makan sardin, namun tidak berpeluang makan dengan kerap, maklumlah bagi keluarga saya ketika itu, ia dianggap mahal.

Harga ikan sardin dalam tin pada hari ini dikira amat murah. Dalam lingkungan RM3 - RM4 sudah dapat satu tin sardin bersaiz besar. Kalau nak dibandingkan dengan membeli ikan kembung segar di pasar, rasanya lebih mudah dan murah membeli ikan sardin dalam tin. Tidak perlu memproses buang perut dan membasuh serta membubuh garam dan kunyit. Pendek kata, kalau beli ikan sardin, buka penutup, potongkan sedikit bawang dan tumiskan dengan cili, dalam tempoh yang singkat sudah siap lauk ikan sardin.


Tabiat suka makan sardin saya berterusan sesudah kahwin. Namun tidak kerap kerana isteri kurang gemar ikan sardin. Setelah saya berkenalan dan berguru dengan arwah guru, barulah saya terpaksa berhenti terus daripada makan ikan sardin. Arwah guru saya bertegas memberikan arahan kepada saya, "JANGAN MAKAN IKAN SARDIN". Suatu ketika setelah lama saya tidak makan ikan sardin, sewaktu saya makan tengah hari bersama arwah guru, saya sangat terliur untuk makan lauk ikan sardin. Saya mengambil sepotong ikan sardin. Selepas itu, arwah guru saya tidak mahu bercakap dengan saya untuk beberapa jam kerana sangat marah kepada saya kerana mengambil lauk ikan sardin.

Lama-kelamaan saya terpaksa belajar untuk tidak makan lagi ikan sardin. Alhamdulillah, dengan pengalaman yang Allah berikan sepanjang bersama arwah guru dan terlibat dengan beberapa kes orang yang suka makan sardin, akhirnya kini saya memandang sangat jijik ikan sardin. Saya tidak akan makan karipap ikan sardin dan sandwic sardin yang dihidangkan setiap kali mesyuarat di pejabat saya.

Mari kita lihat ikan sardin. Sewaktu saya suka makan ikan sardin dahulu, saya sangat suka makan bahagian tulang ikan sardin kerana ia lembut. Bagaimanakah ikan sardin ini diproses sehingga semua tulangnya menjadi lembut? Kalau kita membuat eksperimen Sains yang mudah di rumah dengan merebus seekor ikan kembung selama tiga hari tiga malam secara berterusan, Insya-Allah kita akan mendapati bahawa tulang ikan kembung ini tidak akan lembut. Mari kita ubah eksperimen ini dengan menggunakan pressure cooker memasak ikan kembung tersebut selama tiga hari tiga malam juga. Keputusannya tetap sama, tulang ikan kembung ini akan tetap keras.

Apa yang ingin saya persoalkan di sini ialah mengapa tulang ikan sardin ini sedia lembut apabila dikeluarkan daripada tinnya? Jawapannya ialah sudah tentu terdapat bahan kimia khas yang dimasukkan ke dalam ikan sardin ini yang telah bertindak balas dengan tulang ikan ini sehingga menjadikan tulangnya lembut. Mengikut arwah guru saya, bahan kimia inilah yang menjadi ancaman kepada manusia apabila mereka makan ikan sardin.



Apakan ancaman kepada manusia apabila makan ikan sardin? Pemerhatian pertama atau kes pertama yang digunakan sebagai bahan bukti buruknya amalan makan sardin ialah kes seorang jiran saya yang terpaksa dibuang keseluruhan rahimnya kerana ketumbuhan fibroid di dalam rahimnya. Semenjak sekian lama saya berjiran dengan hamba Allah ini, saya memang tahu melalui anak-anak saya yang kerap datang ke rumahnya bahawa hamba Allah ini memang gemar makan ikan sardin dan mi segera. Maklumlah bagi seorang wanita dengan kerjaya besar yang sentiasa sibuk dan tiada orang gaji, penyelesaian mudah ialah memasak nasi berlaukkan ikan sardin dan kalau ingin lebih ringkas, stok mi segera sentiasa tersedia.

Hamba Allah ini kehilangan rahimnya semenjak usia awal 40-an. Begitulah, jikalau seseorang kerap makan ikan sardin terutama sekali orang perempuan, jawapannya, pelbagai tumor seperti fibroid di dalam rahim Insya-Allah akan diberikan oleh Allah. Fibroid sebenarnya adalah sejenis kanser benign yang tidak merebak ke bahagian tubuh yang lain. Sebenarnya berdasarkan pemerhatian-pemerhatian lalu ini boleh dirumuskan seolah-olah dalam tin ikan sardin terdapat sejenis bahan kimia yang bersifat karsinogen (bahan kimia penyebab kanser). Apabila kerap dan sudah cukup tempohnya, ia akan menyebabkan tumor atau kanser sama ada benign atau malignan. Namun dalam pemerhatian saya ia banyka menyebabkan fibroid dalam rahim dan tumor.

Antara sampel kajian saya yang suka dan kerap makan sardin ialah seorang hamba Allah yang secara tiba-tiba sewaktu mengandungkan anak keduanya iaitu seorang anak perempuan, tiba-tiba dia mengidam makan ikan sardin. Hampir setiap hari sepanjang mengandungkan anak perempuannya ini hamba Allah ini akan makan sardin. Akibat daripada tabiat ini, sebaik sahaja anak perempuan keduanya ini dilahirkan, terdapat ketumbuhan pada rahim bayi perempuan ini. Pembedahan terpaksa dilakukan ketika bayi ini berusia (kalau tidak silap saya) tiga bulan. Begitulah azab diperolehi daripada tabiat gemar makan ikan sardin. Namun saya bersyukur kepada Allah kerana isu makan sardin inilah antara menjadi punca sehingga akhirnya hamba Allah ini belajar ilmu agama daripada saya sehingga pelbagai amalan syirik dan tangkalnya dapat dibuang. Alhamdulillah, kini hamba Allah ini telah menjadi antara murid saya yang banyak sekali mendapat pelbagai rahmat daripada Allah SWT walaupun dahulunya jahil.

Sebagai latihan pengukuhan kepada para pembaca budiman sekalian, cubalah buat sedikit kajian ke atas mana-mana kenalan atau saudara-mara yang pernah mengalami sebarang kes tumor atau fibroid dan selepas itu kajilah sejarah pemakanan mereka ini. Kemungkinan besar mereka ini memang gemar dan kerap makan ikan sardin. Dengan itu marilah pembaca sekalian memboikot makan ikan sardin. Insya-Allah, moga-moga Allah menjauhkan diri kita daripada terkena sebarang penyakit berkaitan tumor, fibroid, atau sebarang penyakit kanser lainnya.

MOHON SUMBANGAN UNTUK KOMPLEKS PAS TAPAH.





Pas Tapah telah melangkah setapak lagi dengan tertegaknya Kompleksnya yang akan beroperasi dalam tahun baru 2010,InsyaAllah. Setelah fasa 1 dapat disiapkan dengan kos mencecah hampir RM100.000.00 ,Pas Tapah masih memerlukan lagi sumbangan dari para dermawan untuk menambahbaikan kelengkapan serta kemudahan bagi kompleksnya.

YDP Pas Tapah menyatakan bahawa sebanyak RM 400.000.00 lagi diperlukan bagi melengkapkan fasa 2 dan fasa 3 kompleks ini.

Sila masukkan sumbangan ke akaun Lajnah Pembangunan PAS Tapah CIMB - 08130064366526 atau Hubungi Pengerusi Lajnah Dr. Tajuddin Tel :016-5373231 atau s/u Mazlan Tel : 019-5751677

MAJLIS BERKHATAN BERAMAI-RAMAI PAS TG KERAMAT.

Pemeriksaan percuma juga telah dibuat pada hari tersebut.


Ibubapa yang menanti dengan tenang anak-anak mereka dikhatankan.

Pelamin juga disediakan bagi meraikan anak-anak tersebut.hijo putih....emmmm memang sesuai.

Dr Razi Othman selaku Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Pas Tapah sedang menjamu selera,beliau jugalah yang telah mengkhatankan kanak-kanak tersebut.

INFO

Alhamdullilah,pada 6.12.09 satu program khatan beramai-ramai telah diadakan oleh Pas Tg Keramat. Majlis dimulakan dengan bacaan surah yasin dan doa selamat lebih kurang jam 11.00 pagi dengan kehadiran lebih kurang 200 orang penduduk tempatan.

Seramai 22 anak-anak yang akan di khatankan ,telah dijamu dulu dengan pulut kuning dan hidangan istimewa bagai meraikan pengantin.Para tetamu yang hadir juga telah dihidangkan dengan jamuan oleh penganjur,seekor lembu ditumbangkan untuk mengadakan kenduri tersebut.

Ketua Cawangan Pas Tg Keramat ,Saudara Hanif b. Osman berkata,program ini adalah kali ke 4 telah diadakan dan InsyaAllah tahun depan akan dibuat dengan lebih meriah lagi .Pada tahun depan juga katanya,telah ada senarai kanak-kanak yang didaftarkan untuk dikhatankan.

YDP Tapah Saudara Abdul Rahim b. Nordin mengucap tahniah dan syabas pada PAS Cawangan Tg Keramat, PASTI, Ibubapa dan keluarga serta masyarakat kampong Tg Keramat yang berjaya menganjurkan majlis seperti ini.Mudah-mudahan ianya mendapat keberkatan Allah dan mengeratkan lagi hubungan para penduduk sekitar Tg Keramat.

Wednesday, December 2, 2009

PAS TAPAH TEMBUSI KUBU KUAT UMNO DI SG LESONG,KG HAJI DAHLAN.

Dalam ucapan Hj Nizar menyarankan wajib ahli Umno meninggalkan BN yang kejam,mengamalkan rasuah,melakukan pembunuhan,mengasingkan politik dan agama serta menanamkan syirik pada hati orang melayu.Umno juga parti yang melawan Tuhan,melakukan pembunuhan serta melakukan rampasan kuasa yang haram disisi islam.

Dalam ceramahnya juga Hj Nizar menyelar Umno yang menggunakan SPR, polis serta badan2 kerajaan yang lain demi kepentingan politik mereka.Beliau juga memberitahu bahawa sepanjang pemerintahan PR di Perak hasil2 negeri meningkat disebabkan kerajaan mengamalkan tender terbuka ,kutipan zakat yang tinggi serta dalam pembentangan audit negara baru2 ini pencapaian 5 negeri yang ditadbir PR menunjukkan peningkatan yang amat baik.Kemelut di Perak tidak ada cara penyelesaiannya kecuali hanya dengan pembubaran Dun,kerana 92% rakyat meminta Dun dibubarkan bagi memilih kerajaan yang selayaknya memerintah Perak.

Duduk dari kiri Ketua Penaja Pas Cawangan Sg Lesong,Saudara Idris,Dr Khairuddin,Saudara Rahim Nordin Dan Hj yusof Noor .

Muslimat berada di bawah pokok,mendengar dengan penuh perhatian dan minat setiap butiran yang dilontarkan para penceramah.

Antara hadirin yang memenuhi ruang markaz Pas Sg Lesong.

Dibawah pokok durian yang gelap juga terdapat hadirin yang mendengar dengan penuh perhatian.




Pada 28 November 2009 bersamaan 11 Zulhijjah,Pas Tapah telah berjaya menubuhkan satu lagi Cawangannya di bawah Dun Air Kuning dalam Parlimen Tapah.Sungai Lesong di Kampong Haji Dahlan adalah kubu kuat Umno di Tapah,namun telah berjaya ditembusi oleh mereka yag amat memerlukan perubahan dan sudah jijik dengan umno.

Ketua Penajanya Encik Idris dan bersama dengan rakan-rakanya telah berjaya menubuhkan cawangan disini dengan 30 orang ahli,walaupun menerima berbagai halangan serta ugutan. Pada siang harinya sebanyak 5 ekor lembu telah dikorbankan diperkarangan Markaz Sg Lesong,dan sebelah malamnya telah diadakan ceramah isu semasa.Malamnya juga pihak penganjur telah berbesar hati menyediakan nasi bungkus kepada mereka yang hadir.

Saya berkesempatan di malam itu berbicara dengan seorang penduduk disitu yang menceritakan tentang ketua cawangannya yang banyak menghadapi tentangan terutama dari ahli keluarganya sendiri.Beliau juga pernah di halau dari situ oleh iparnya kerana aktif dan menubuhkan Pas di situ,hingga kini pun beliau masih dipulaukan oleh keluarga dan rakan-rakannya.Namun kini dengan tertubuhnya Pas disitu akan mencelikkan mereka2 yang selama ini dibutakan dengan omongan palsu oleh pemimpin umno yang terus menekan dan menindas mereka selama ini.

Pada malam itu juga ,pihak polis agak ramai dari biasa disebabkan ada berita bahawa umno telah membuat protes dan disebabkan risau apa2 berlaku maka polis dikerahkan berada disitu bagi mengawasi apa jua perkara yang tidak diingini berlaku.Alhamdullilah program pada malam itu berakhir dengan baik tanpa sebarang gangguan.
Related Posts with Thumbnails