Tengah malam tadi dalam pukul 2.30 pagi,rumah ibubapa mertuaku telah di pecah masuk dan dirompak.Kejadian yang begitu mengejutkan kami di ketahui apabila dalam pukul 3 pagi bapa mertua menelefon selepas penyamun2 itu melarikan diri.Jarak antara rumah aku dan ibubapa mertuaku hanya lebih kurang 50 meter sahaja.
Dalam kejadian itu penyamun yang dikenalpasti 2 orang itu telah mengumpil dinding dapur masak dan mengeluarkan barangan dapur termasuk lah periuk ,kuali supaya pergerakan mereka tidak didengari.
Salah seorangnya telah membuka pintu untuk dimasuki oleh seorang lagi rakannya,lalu menerkam ibubapa mertua aku yang sedang nyenyak tidur di dalam kelambu.Bapa mertuaku telah ditiarapkan dan diikat kaki dan tangannya serta diugut jangan bising dengan mengacukan pisau di belakangnya. Manakala ibu mertuaku di tekan oleh seorang lagi dan diacu juga dengan pisau,serta ditanya mana lagi wang yang ada.
Mereka mengeledah bilik dan laci-laci almari didalam rumah,barang kemas yang dipakai ibu mertuaku telah dirampas dengan anggaran RM 10 ribu lebih.Bapa mertuaku mengalami sedikit kecederaan di mulutnya apabila mukanya disembamkan ke lantai.Kedua ibubapa mertuaku berumur dalam lingkungan 73 dan 75 tahun.
Pada pukul 4.00 pagi aku dan suami telah membawa mereka ke balai polis Bidor untuk membuat report dan seterusnya kes di serahkan ke JSJ,dan bahagian forensik telah datang mengambil gambar dan cap jari penyamun2 tersebut.Hingga kini ramai SB2 telah datang untuk meninjau keadaan,dan inilah juga kali pertama kes rompakan bersenjata dilaporkan di kampong aku.
Apa yang aku harapkan agar ramai lagi anggota polis di tempatkan di Bidor ini memandangkan rungutan dari polis juga mengatakan mereka tidak mempunyai anggota yang cukup untuk mengatasi jenayah yang terlalu kerap berlaku di sini,contohnya ragut,curi motosikal,samun,dadah dan sebagainya.Diharapkan penyamun2 itu berjaya ditangkap secepat mungkn supaya tiada lagi yang akan menjadi mangsa.
1 comment:
kak berapa banyak polis nak kawal setiap rumah agak agak la
Post a Comment