SAHABAT2 SEPERJUANGAN

SAHABAT2 SEPERJUANGAN

Followers

Saturday, May 30, 2009

KONVENSYEN PAS PERAK ,TELUK INTAN.

Tetamu -tetamu jemputan dah berada di pentas utk memulakan konvensyen,perwakilan tak mandang lagi,shooping kat luar dulu deme ni kot......


Minum pagi dengan juadah bihun singapore dan teh o,jadi le perut dah keroncong dari rumah tak makan lagi.....habiskan ya,seronok beno zurina dgan rahimah tu ya,tiga yg hujung kanan tu kosong lagi ......nisa tu,hebat deme ni ,kat mane2 ade je muke deme ni....



Antara perwakilan-perwakilan konvensyen di dalam dewan,ni tak penuh lagi,belum mula pun.


Perwakilan Konvensyen Pas Perak dari Tapah sebelum bermula di luar Dewan Bandaran Teluk Intan,pakaian serba gelap menandakan 1 Malaysia dalam gerhana.



Thursday, May 28, 2009

SAMBUTAN HARI IBU,MAKAN MALAM DAN DIALOG DMP TAPAH BERSAMA PAS KAWASAN TAPAH.

Saf kepimpinan DMP Tapah bergambar di akhir seisi jamuan bersama YDP Tapah dan isteri.Teruskan perjuangan dan semarakkan cahaya kemenangan di Parlimen Tapah nanti.
Penuh semangat semua AJK, Ketua tu sedih gamaknya...tunduk aje.

Melafazkan BAIAH bersama-sama,dengan itu kita mestilah berdiri teguh bersama kepimpinan,serta melalui segala-galanya bersama tanpa rasa takut dan gentar.


YDP Tapah Saudara Rahim Noordin menyerahkan sijil 'BAIAH' kepada Puan Setiausaha,Norsilah Sharani dan diperhatikan oleh Ketua Muslimat Puan Salmah.



Saf kepimpinan DMP menikmati hidangan,dah menyando aje semua tu.


Acara makan telah bermula,jangan banyak sangat dah.....,tak leh tido nanti.


Suasana majlis,barisan saf kepimpinan Pas Kawasan Tapah.



Juadah pembuka selera,laksa ,satay,mee rebus,bubur,buah-buahan,kuih muih,nasi impit dan banyak lagi ,tak lalu weh nak makan malam-malam ni.....Ala hotel 5 star lah....







Wednesday, May 27, 2009

Sukanika Nisa Tapah,Kg Haji Salleh,Temoh.

Ahli Jawatankuasa pelaksana program,YDP Tapah Saudara Rahim Cheng dan isteri,Ketua Muslimat Tapah Puan Salmah,Ustaz Shamsul dan semua yang telah menjayakan program ini. Juga adik-adik Nisa Tapah yang begitu komitmen dalam tugas mereka.

Acara isi air dalam botol,anak-anak pun dah naik heran gak nengok bonda-bonda deme bertungkus lumus nak penuhkan botol dengan span tu......


Acara rebut kerusi memang dinantikan oleh para pengunjung sukan Nisa ini.Jangan sampai jatuh dah le yong.....


Dam Ular Gergasi antara permainan yang menarik perhatian dan menambat hati pengunjung.



Kehadiran amat menggalakkan dari masyarakat setempat ke program Nisa Tapah.




Friday, May 22, 2009

Kenangan Muktamar DMP Perak

Kenangan bersama Ketua Penerangan DMPP Aiman Athirah Al Jundi diakhir muktamar,panas gak telinga perwakilan kena tibai.....balik kena pulun buat koje le.

Perwakilan DMP Tapah,ceria sebab nak balik dah.....



Perwakilan Tapah kyusyuk beno dengo perbahasan,kak limah dengan kak wati tu teruja nampak,ada le yang menarik tu.....





Sebahagian perwakilan Dewan Muslimat Pas Kawasan-kawasan.


Pimpinan Dewan Muslimat Pas Perak .


Muktamar DMP Perak telah berlalu,banyak yang telah di dengar dan tentulah menjadi tanggungjawab setiap yang bergelar jemaah PAS setelah kembali ke kawasan masing-masing,aturkan langkah, mulakan strategi,bulatkan tekad untuk meneruskan perjuangan yang panjang ini.
Di sepanjang muktamar kita berkobar-kobar melontar idea,mengkritik itu dan ini,kini masanya untuk kita bawa segala pengalaman itu untuk ditiupkan kepada muslimat di setiap kawasan kita pula.Kini bukan masa untuk berbulan madu dan berlemah longlai lagi,dengan situasi di Perak ini,yang menuntut setiap muslimat bersedia untuk menghadapi segala kemungkinan yang pasti berlaku.
Sudahkah kita bersedia?
Muslimat adalah satu sayap yang tidak perlu dipertikaikan lagi kewibawaannya,kerjanya,pelaksanaannya semua lengkap dengan kebolehan,ketangkasan ,kebijaksanaan dan kecekapan yang tidak perlu di ungkaikan lagi.Dari itu mohon kami muslimat kepada suami-suami agar berilah isteri-isteri anda untuk kami bawa bersama dalam perjuangan kami ini,relakanlah mereka untuk bersama kami,menjalankan tugas dakwah ini yang menuntut banyak pengorbanan dari lelaki yang bergelar suami.
Tanpa izin dari suami tentulah seorang isteri tidak boleh kemana-mana pun,walaupun membuat kerja-kerja jemaah dan islam,namun sedikit kelongkaran harus diberikan , untuk mereka juga merasa apa itu perjuangan islam yang kita laungkan dari dulu hinggalah kini.Setiap kawasan ketandusan muslimat ,bila sudah berkahwin maka lenyaplah perjuangan mereka,jika mendapat suami yang benar-benar istiqamah maka tentulah isteri masih boleh berada bersama jemaah,tetapi bila sebaliknya ,jemaah kita juga yang rugi.
Kepada isteri-isteri yang mendapat restu suami untuk benar -benar komited dalam perjuangan ,janganlah pula kita mengabaikan urusan rumahtangga dan keperluan suami dan anak-anak.Pandai-pandailah kita membahagi masa,mengguna peluang yang ada,mengambil hati serta melangsaikan kerja-kerja harian.Semuga perjuangan kita mendapat keberkatan dan diredhoi ALLAH.
Salam perjuangan.


Monday, May 18, 2009

Perjalanan ke Muktamar DMPP Taiping.


Matahari belum menjengah di kaki langit lagi,kami bertolak dari Tapah jam 6.45 pagi lagi. Di perjalanan menanti sebuah lagi kereta yang di pandu si budak lasak Shida yang mengambil ahli lain di Darul Aitam. Kami menunggu mereka di stesen minyak shell di Temoh,lima minit kemudian mereka sampai dan kami meneruskan perjalanan.


Sampainya di Kampar ,mereka mengisi minyak van serena yang mempunyai 6 penumpang itu,dan kami hanya menanti di bahu jalan sahaja. Kami meneruskan perjalanan dengan memasuki tol Gopeng,dan mengambil isteri YDP Pas Tapah, Yong di tol Simpang Pulai .


Kereta kami masih didepan,Sarah mengikut had laju yang ditetapkan,Shida di belakang membuntuti kami sehingga melepasi terowong aku menelefon,memberitahu bahawa berhenti sarapan pagi di Hentian Seberang Perak,waktu itu jam baru menjengah 8 pagi.Sesampai di hentian Shida mengatakan van berbau hangit sejak mereka mengisi minyak lagi.


Kami mengambil keputusan untuk bersarapan dulu kerana masing-masing belum mengalas perut lagi,dan enjin van yang cuba di hidupkan semula tidak ada tindakbalas.Shida segera menelefon Ustaz Shamsul yang kebetulan masih ada di sekitar Ipoh untuk ke Taiping juga menghantar isterinya. Selesai kami bersarapan dan jam pun hampir 9 pagi,Ustaz Shamsul sampai dan membuat 'jumping' dengan menggunakan kereta Sarah,enjin dapat dihidupkan tapi tak lama pun.


Kami mengambil keputusan untuk pergi dengan sebuah kereta dulu disebabkan hari sudah lewat,dan kami tinggalkan mereka,dan pengangkutan yang lain akan diuruskan oleh Ustaz Shamsul.Tepat jam 9.30 pagi kami memasuki dewan setelah membuat pendaftaran,dewan dah penuh dengan tetamu,perwakilan dan pemerhati,kerusi pun dah tak ada jadi terpaksa kami duduk kat lantai belakang sekali.Waktu itu pun dan setengan ucapan ucaptama dari Ketua Muslimat Pas Perak Ustazah Bariah bt Alang Sapri.


Sahabat yang lain hampir pukul 10.30 tibanya dihantar YDP yang terpaksa turun dari Ipoh,walau apa pun semua itu adalah satu peringatan juga kepada kita,supaya lebih beringat-ingat lagi untuk memastikan perjalanan kita akan lebih teratur.


Juga pada semua AJK-AJK kawasan diharap lain kali lebih prihatin terhadap para muslimat yang ingin menghadiri program-program supaya dapat disediakan kenderaan yang baik,tak semestinya baru,kami juga tidak diminta untuk dihantar,kerana kami masih mampu memandu sendiri.Kami juga mempunyai drebar-drebar yang amat tangkas dan terlatih di jalan raya.


Apa yang diceritakan supaya kita akan lebih mengambil berat akan aspek keselamatan setiap penumpang yang kita bawa,kita juga tidak dapat mengagak apa yang akan berlaku tapi kita mesti mengambil sikap yang lebih kedepan supaya tidak akan berlaku suatu yang tidak kita ingini.Bukan untuk menunding jari di mana-mana pihak,tetapi sebagai bekalan peringatan kepada kita semua.


Apa-apa pun ingin di sini saya mewakili sahabat yang lain mengucapkan ribuan terima kasih kepada YDP Encik Rahim Cheng kerana sudi menaja makan malam kami di rumahnya,walaupun lauk beli tapi sedap,sebab kami semua dah lapo........Sampai rumah hampir pukul 11 malam.

Saturday, May 16, 2009

SELAMAT HARI GURU


Hari ini 16mei warga pendidik menyambut Hari Guru,yang membawa seribu makna bagi setiap insan bergelar guru.Perit jerih memerah keringat mendidik anak bangsa setiap hari,tentulah banyak yang terpaksa dikorbankan.Menjadi guru bukan mudah bagai disangka,seawal dinihari keluar ke sekolah ,lewat senja baru pulang menjengah rumahtangga pula.


Guru-guru yang dihormati,tugas anda bukan sahaja untuk menjadikan anak murid anda berjaya dalam pelajaran dunianya sahaja tetapi yang paling penting ilmu akhirat yang akan diguna bila kembali kepada Allah Taala.Kekadang kita lupa,bila murid kita berjaya dalam peperiksaan dengan cemerlang kita berasa puas dan bangga,tapi adakah kita terfikir bagaimanakah dia akan mengharungi hidupnya tanpa bekalan ilmu akhirat dan akhlak yang baik.


Guru-guru sekalian,menjadi tugas kita menegur dan memperbetulkan kesilapan murid-murid bila mereka berada di sekolah. Melihat kini gejala sosial yang menjadi igauan ngeri setiap masyarakat,sebagai guru gunalah peluang yang ada sedikit untuk kita menasihati anak didik kita,walaupun ada antara mereka memang tidak mahu ditegur atau boleh dikata sudah tidak kisah dengan kehidupan mereka yang bebas bergaul.


Sememangnya berat tugas guru ini,tapi pikullah tugas ini dengan penuh kesabaran,ketaatan dan semangat didikasi yang cemerlang.Kita gembira bila melihat anak murid berjaya dalam peperiksaan yang besar,tapi kita akan lebih berbangga jika mereka berjaya dunia dan akhirat,menjadi anak yang sholeh dan muslim sejati.


Teruskan perjuangan wahai guru-guru,semuanya hanya Allah yang mampu membalasnya,jangan rasa lemah dan bosan dengan tugas kalian yang semakin mencabar ini.Berbanggalah kalian bila di panggil guru oleh murid-murid,tunjukkan juga sifat kasih sayang,perhatian dan sentiasa tersenyum walau anda berduka.


Friday, May 15, 2009

I InsyaAllah,17.05.2009 hari ahad,muktamar DMP Perak akan berlansung di Markaz Air Kuning,kami 8 orang perwakilan akan menyertainya.Seluruh Muslimat di negeri Perak juga dijemput bersama,moga tahun ini lebih cemerlang muslimat dalam menempuh kemelut politik yang tidak tahu bilakah akan sampai ke penghujungnya.

Harapan kami di DMP Tapah ini semuga kita semua bersedia atas segala kemungkinan yang akan berlaku,dari sekarang bersedialah kita jika dun perak dibubarkan,maka tentulah kita semua akan bekerja keras untuk memastikan kemenangan yang lebih besar kepada PR.

Kami di DMP Tapah akan terus bekerja dengan lebih kuat dan penuh keazaman yang tinggi untuk mencapai hasrat ini,bersamalah kita berdoa moga hasrat kita untuk berpilihanraya semula akan terlaksana dan akan mengakhiri kemelut yang belum berkesudahan lagi.

SELAMAT BERMUKTAMAR KEPADA SEMUA MUSLIMAT PAS PERAK.

KARNIVAL PRODUK HALAL-DMP TAPAH

Kemuncaknya malam tu,ceramah Hj Muhammad Sabu dan pimpinan pakatan rakyat.
Pertunjukkan silat En Nordin dan anaknya....tak ingat nama silatnya pun.

Acara kemuncaknya tentulah tarik tali,kuat lagi yeop...tarik...tarik


Tengok,muslimat pun hebat tarik teh,jangan lepas ni tarik rambut dah.....



Mat saleh pun datang! Tengok le cikgu Jamal tu sedang menemubual dengan penuh perasaan....




Kalau tak de acara ni memang tak senang duduk le kaum ibu,gubahan daripada tuala,ini le johannya





Ini le salah satu pertandingan yg best sekali, mereka pakaian dari suratkabo,tengok model2 tu,kreatif tak anak-anak ni.....






Hai Kak Ani,jadi hakim ke atau takut nak tinggal kerabu2 tu.......terlior le tu nengok kerabu mangga..
















Ini kira kumpulan nasyid bidan terjun,tapi syahdu lagunya,dari Taman Bukit Indah,vokalisnya Hanif




Usrah akhir tahun DMP,antara aktivitinya menunjuk bakat terpendam,kretiviti,permainan menguji minda dan yang tentunya menjadi agenda wajib tentulah MAKAN..........banyaknya hadiah kak Raja dapat.....



Wednesday, May 13, 2009

Salam Perjuangan,

Minggu ini jatuhnya tarikh Hari Ibu, masing-masing mempunyai cara untuk mengingati ibu sendiri,yang membeli hadiah mahal untuk ibu tanda membalas pengorbanan ibu.Anak yang tidak berkemampuan hanya mampu menghantar sms sebagai penyedap hati ibu,dan berbagai cara lagi kita menyambutnya.

Sesungguhnya tiada harta didunia ini dapat membalas jasa dan pengorbanan seorang ibu,disaat dia mengandungkan kita,melahirkan dan membesarkan dengan penuh kasih sayang,semua itu tidak pernah dipintanya kepada anak-anak untuk membalasnya.

Sebagai anak kita sepatutnya memahami kehendak dan naluri seorang ibu,tiada ungkapan manis yang dapat menawan hati ibu,mana yang berjauhan tanya-tanyalah berita dan khabar ibu di desa,lakukan setiap hari,walau kesibukan sentiasa mendampingi kita.Ini dapat kita lakukan jika ibu masih ada untuk kita jenguk bila waktu kerinduan.

Bagi insan yang tidak ada ibu lagi seperti aku,hari-hari bersama ibu tersayang amat aku rindui,suara dan belaian ibu masih terngiang ditelingaku.Setelah ibu dijemput illahi,aku rasa begitu kesunyian sekali,tiada lagi leteran dan ingatan ibu yang amat aku perlukan,kalau dulu jika aku tidak menelefon dan bertanya khabar,ibu akan menelefon aku bertanya khabar tentang anak menantu dan cucu-cucunya.

Terlalu awal ibu pergi dalam usia 59 tahun meninggalkan kami adik beradik yang amat menyayagimu.Ibu menderita beberapa tahun,doktor pun tidak dapat mengesahkan apa penyakit sebenarnya,ibu sentiasa berulang ke hospital,aku sekali sekala menjenguknya dan menelefonnya. Betapa aku amat merindui mu ibu.

Di saat insan lain meraikan bersama ibu,aku menangis mengenang mu ibu,saat-saat indah yang tidak mungkin aku lupai dari memori ku.Dulu,bila hendak bercuti aku akan mengajak ibu bersama .Aku bawa ibu ke Pulau Langkawi,itulah pertama dan terakhir ibu pergi kesana,dapat juga aku membawanya,kerna ibu belum pernah kesana.Bila aku pergi ke Kelantan,aku bawa juga ibu bersama,jarang aku berjalan jauh meninggalkan ibu,saat-saat itulah yang amat aku rindui hingga kini,tiada lagi semua itu.

Tiada hari yang seindah bersama ibu lagi,bila balik ke kampong hatiku sangat hiba,tiada lagi ibu menyambut ku didepan pintu,tiada lagi buah tangan untuk ku hulurkan buat ibu,tiada lagi aku merasa buah tangan ibu berupa sayur-sayur kampong dan ulam-ulaman yang ibu tanam sendiri.Hati aku sedih sekali setiap kali aku balik,sebab itu aku jarang kini untuk balik,apatah lagi melihat keadaan rumah yang ibu diami selama ini.

Hanya kesedihan yang dapat aku rasai kini bila hari ibu menjelma,namun aku tidak pernah melupai ibu ,doaku sentiasa bersamanya,itulah yang mampu aku berikan kini,semoga ibu bersama orang-orang yang sholeh. Pada insan yang punyai ibu lagi,janganlah diabaikan ibu,jagalah hati,perasaan dan segalanyanya.Jangan biarkan ibu menanti kepulangan kita,sayangi ibu lebih dari nyawa kita sendiri.Jangan jadikan hanya hari ibu barulah kita mengingatinya,buatlah setiap hari dan jangan ada jemu dan bosan.

Kini kita juga telah bergelar ibu,kita telah dan akan merasainya sendiri,didiklah anak-anak kita menjadi sholeh dan sholehah,berjaya dunia dan akhirat dan semoga mereka akan menjaga dan mengingati kita seperti yang kita lakukan untuk ibu dulu.


Salam Hari Ibu buat semua ibu didunia.

Saturday, May 9, 2009



"Berusahalah dengan ikhlas tanpa memikirkan balasan semata-mata, kerana semakin tinggi keikhlasan di dalam diri, semakin tinggilah balasan baik yang akan diperolehi dalam keadaan sedar atau tidak"


"Orang yang sebenarnya berani ialah mereka yang tak lekas patah hati, tetapi bertahan dengan menghadapi setiap dugaan dan cabaran"


"Jangan lihat apa yang telah kamu usahakan, tetapi lihatlah apa yang belum kamu selesaikan"

"Jadikanlah masa yang berlalu itu pengalaman dan pengajaran, masa yang sedang berjalan kita isi dengan amalan dan masa hadapan jangan terlalu diangan-angankan"


"Kekayaan yang hilang dapat dikejar kembali dengan kerajinan dan jimat cermat. Kesihatan yang hilang boleh direbut kembali dengan ubat-ubatan. Akan tetapi waktu yang hilang pasti tidak akan kembali"

"Manusia tidak dapat mengubah rupa bentuk mukanya, tetapi jika dia mahu, dia boleh mempercantikkan budinya"


"Jika kita bukan pelita yang menerangi malam, memadailah kita menjadi kunang-kunang yang akan menemani malam"


"Sesiapa yang dapat menahan marahnya, padahal dia berkuasa untuk melepaskan marahnya itu maka Allah memenuhi hatinya dengan iman dan rasa aman ketenangan"


"Berfikir sebelum berbuat adalah satu kebijaksanaan, berfikir selepas berbuat adalah satu kebodohan, berbuat tanpa berfikir adalah seribu kebodohan"

Tuesday, May 5, 2009

Sunday, May 3, 2009


Kenangan di Muktamar DMPP di Hill City,Ipoh . Muslimat Tapah menjadi bentara,tengok baju kami,cantikkan, sarah tu sampai tutup-tutup mulut bercakap,kak wati tu nengok sapa lak,terkejut aje rupenya,aku sakit kepala daa.....tak tido





Alhamdulillah,setinggi-tinggi kesyukuran dirafa'kan kepada Rabbul Izzati pengusaha cakerawala,selawat dan salam buat Kekasih yang sentiasa dirindui,ahli keluarga Baginda,para sahabat dan tabii,serta umat Islam seluruhnya.


Pertamanya,saya ingin memanjatkan rasa kesyukuran kegembiraan saya atas kelahiran blog yang saya namakan dmptapah. Terima kasih kepada anakanda saya yang membantu dalam menjadikan impian saya memiliki blog tercapai,begitu juga suami tercinta dan sahabat-sahabat yang disayangi terutamanya Puan Salmah bt. Abdul Latif, Ketua Muslimat Pas Tapah.


Semoga dengan kehadiran blog ini dapat merealisasikan impian saya dan warga DMPT dalam menjalankan tanggungjawab kita terhadap agama,bangsa dan negara. Dan besarlah harapan saya DMPT akan lebih cemerlang dalam mengharungi isu-isu yang lebih besar dan kita semua dapat bekerja dengan lebih efisyen,berkomitmen tinggi dan lebih berketrampilan lagi.


Penghasilan blog ini mungkin tidaklah secanggih atau sehebat blog-blog yang ada,namun saya menerima segala kritikan dan cadangan dari sahabat-sahabat untuk memperbaiki dan menghasilkan sesuatu yang baru dan bernas buat tatapan kita bersama.


Sebagai manusia kita tidak boleh lari dari kesilapan,namun kita boleh membetulnya jika dikelilingi dengan sahabat-sahabat yang sentiasa memberi bimbingan ,dorongan dan kata-kata perangsang bagi menyakini diri sendiri.


Akhirul kalam,memetik kata-kata Zakariya Al Khandawi dalam bukunya "Al-Fadhilah", kita akan sentiasa diuji dan walau apa pun ujian itu jangan sesekali gentar dan takut tapi terimalah keadaan itu dan berusahalah yang terbaik untuk menghadapinya.


Sebagai penutup bicara,hargailah blog ini agar dapat kita menambahkan maklumat diri dan ilmu kita yang cetek dan dapat menampung pada masa akan datang.
Wassalam.....
Muslimat di Bawah Kerajaan Islam Yang Adil
Apabila seorang muslimin atau muslimat berada di bawah sebuah kerajaan islam yang adil,maka hendaklah dia mempertahankan kerajaan itu dari dicerobohi oleh musuh.Hatta kalau diperlukan,hendaklah dia ke medan perang demi mempertahankan Islam dan kerajaan yang adil itu.Hal ini telah dilakukan oleh para muslimat di zaman Rasullullah SAW. At Tarmizi dan Abu Dawud ada meriwayatkan daripada Anas bin Malek RA:
Maksudnya:
"Rasullullah SAW berperang bersama Ummu Sulaim dan beberapa muslimat dari Al Ansar,mereka menyediakan minuman dan mengubat orang yang luka".
(Hadis diriwayatkan oleh Abu Dawud dan Al-Tirmizi)
Buku sejarah Islam menceritakan kepada kita bahawa seorang muslimat di zaman Rasullullah SAW yang di gelar Ummu Kajah sentiasa menyediakan kelengkapan untuk suaminya kerana menghadiri peperangan Uhud. Di samping itu dia menyediakan kain-kain buruk untuk membalut orang-orang luka dan menyediakan air untuk diberi minum kepada muhajidin.
Melihat kejadian itu suaminya bertanya: "Di mana dua orang anak perempuan kita itu hendak engkau tinggalkan?".Dia menjawab:"Saya tinggalkan mereka bersama-sama ibu saya.Saya juga ingin mendapat pahala jihad". Suaminya syahid di dalam peperangan itu dan dia pulang menjaga anak-anaknya yang yatim itu.
Selain daripada ke medan perang kerana mempertahankan Islam dan kerajaan Islam yang adil, muslimat juga memainkan peranannya untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pemimpin negara dan memberi nasihat kepada pemimpin terlanjur. Hal ini dapat kita lihat apabila kita membaca kisah Perdamaian Hudaibiyah.
Terdapat di dalam perjanjian itu butir-butir yang tidak dipersetujui oleh para sahabat tetapi telah diterima oleh Rasullullah SAW . Nabi telah bersetuju bahawa umrah tidak diadakan pada tahun itu tetapi akan diadakan pada tahun berikutnya. Oleh itu Rasullullah SAW memerintah supaya masing-masing menyembelih Dam masing-masing. Tiada siapa yang mahu melaksanakan perintah Rasullullah SAW itu walaupun berkali-kali diperintah oleh Baginda.
Memandangkan hal ini boleh mengundang bahaya,Rasullullah SAW terus masuk ke dalam khemah Ummu Salamah(Ummul-Mu'minin) menceritakan hal itu kepadanya.Ummu Salamah yang bijak dan jauh pandangan itu memberitahu Rasullullah bahawa cara penyelesaiannya ialah Rasullullah sendiri keluar dan jangan bercakap dengan sesiapa jua,menyembelih Damnya dan terus bercukur. Pandangan ini adalah baik dan diterima oleh Rasullullah SAW . Apabila cadangan ini dilaksanakan semua orang mengikut perbuatan Baginda dan selesailah masalah yang dihadapi itu.
Dari buku Muslimat Pembangun Ummah

Friday, May 1, 2009

TENTANG CINTA

"Cinta bukan mengajar kita lemah,tetapi membangkitkan kekuatan.Cinta bukan mengajar kita menghina diri tetapi menghembuskan kegagahan.Cinta bukan melemahkan kudrat tetapi membangkitkan semangat" -HAMKA

Cinta sebahagian daripada fitrah insan,setiap insan ingin dicintai dan menyintai.Bersyukurlah orang yang diberi rasa cinta dan boleh menangani cinta itu dengan waras.Ada juga insan yang menderitai kerana cinta.

"Dijadikan indah pada pandangan manusia,kecintaan kepada wanita,anak-anak,harta yang banyak daripada jenis emas,perak,kuda pilihan,binatang ternak dan sawah ladang.Itulah kesenangan hidup di dunia dan di sisi Allah tempat kembali yang baik". (Ali-Imran: 14)

Islam tidak melarang manusia bercinta tetapi ia mestilah bersyarat menghala kepada landasan yang diredhai lagi diberkati. Jauhi cinta yang cenderung kepada maksiat,tidak terkawal,yang lebih cenderung kepada hawa nafsu,yang akan mengakibatkan tergelincir kelembah kehinaan.

Cinta kepada Allah cinta yang teragung, tiada batasannya. Jika sudah mendapatkan rasa manisnya bercinta dengan Allah,tiada lagi cinta lain yang ingin dicari. Bersungguh-sungguhlah mencintai Allah sepenuh hati,menggapai redhanya,mengejar cinta makhluk membuat diri terlena dihanyutkan nafsu dunia.

Ramai yang mengaku cinta pada Allah dan Allah hendak menguji cintanya itu. Namun manusia itu gagal membuktikannya disebabkan sedikit dugaan yang menimpanya. Yakinlah wahai sahabat,kesenangan dan kesusahan adalah bentuk kasih sayang dan cinta Allah kepada hambanya yang beriman.

Berhijrahlah kita mencari cinta yang sejati,yang kekal dan yang penting cinta yang diredhai oleh yang maha esa.

Firman Allah SWT, maksudnya : "..(Walaupun demikian), ada juga antara manusia yang mengambil selain Allah (untuk menjadi) sekutu-sekutu (Allah), mereka mencintainya,(memuja dan mentaatinya) sebagaimana mereka mencintai Allah, sedangkan orang yang beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah...." (Al-Baqarah : 165)

Memiliki cinta Allah seharusnya menjadi kebanggaan individu mukmin lantaran keagungan nilai dan ketulusan insannya.Cinta Allah adalah anugerah tertinggi yang tidak mungkin sesiapa dapat memilikinya kecuali didahului dengan pengorbanan yang mahal.

Related Posts with Thumbnails