SAHABAT2 SEPERJUANGAN

SAHABAT2 SEPERJUANGAN

Followers

Sunday, May 3, 2009






Alhamdulillah,setinggi-tinggi kesyukuran dirafa'kan kepada Rabbul Izzati pengusaha cakerawala,selawat dan salam buat Kekasih yang sentiasa dirindui,ahli keluarga Baginda,para sahabat dan tabii,serta umat Islam seluruhnya.


Pertamanya,saya ingin memanjatkan rasa kesyukuran kegembiraan saya atas kelahiran blog yang saya namakan dmptapah. Terima kasih kepada anakanda saya yang membantu dalam menjadikan impian saya memiliki blog tercapai,begitu juga suami tercinta dan sahabat-sahabat yang disayangi terutamanya Puan Salmah bt. Abdul Latif, Ketua Muslimat Pas Tapah.


Semoga dengan kehadiran blog ini dapat merealisasikan impian saya dan warga DMPT dalam menjalankan tanggungjawab kita terhadap agama,bangsa dan negara. Dan besarlah harapan saya DMPT akan lebih cemerlang dalam mengharungi isu-isu yang lebih besar dan kita semua dapat bekerja dengan lebih efisyen,berkomitmen tinggi dan lebih berketrampilan lagi.


Penghasilan blog ini mungkin tidaklah secanggih atau sehebat blog-blog yang ada,namun saya menerima segala kritikan dan cadangan dari sahabat-sahabat untuk memperbaiki dan menghasilkan sesuatu yang baru dan bernas buat tatapan kita bersama.


Sebagai manusia kita tidak boleh lari dari kesilapan,namun kita boleh membetulnya jika dikelilingi dengan sahabat-sahabat yang sentiasa memberi bimbingan ,dorongan dan kata-kata perangsang bagi menyakini diri sendiri.


Akhirul kalam,memetik kata-kata Zakariya Al Khandawi dalam bukunya "Al-Fadhilah", kita akan sentiasa diuji dan walau apa pun ujian itu jangan sesekali gentar dan takut tapi terimalah keadaan itu dan berusahalah yang terbaik untuk menghadapinya.


Sebagai penutup bicara,hargailah blog ini agar dapat kita menambahkan maklumat diri dan ilmu kita yang cetek dan dapat menampung pada masa akan datang.
Wassalam.....

No comments:

Related Posts with Thumbnails