SAHABAT2 SEPERJUANGAN

SAHABAT2 SEPERJUANGAN

Followers

Saturday, May 16, 2009

SELAMAT HARI GURU


Hari ini 16mei warga pendidik menyambut Hari Guru,yang membawa seribu makna bagi setiap insan bergelar guru.Perit jerih memerah keringat mendidik anak bangsa setiap hari,tentulah banyak yang terpaksa dikorbankan.Menjadi guru bukan mudah bagai disangka,seawal dinihari keluar ke sekolah ,lewat senja baru pulang menjengah rumahtangga pula.


Guru-guru yang dihormati,tugas anda bukan sahaja untuk menjadikan anak murid anda berjaya dalam pelajaran dunianya sahaja tetapi yang paling penting ilmu akhirat yang akan diguna bila kembali kepada Allah Taala.Kekadang kita lupa,bila murid kita berjaya dalam peperiksaan dengan cemerlang kita berasa puas dan bangga,tapi adakah kita terfikir bagaimanakah dia akan mengharungi hidupnya tanpa bekalan ilmu akhirat dan akhlak yang baik.


Guru-guru sekalian,menjadi tugas kita menegur dan memperbetulkan kesilapan murid-murid bila mereka berada di sekolah. Melihat kini gejala sosial yang menjadi igauan ngeri setiap masyarakat,sebagai guru gunalah peluang yang ada sedikit untuk kita menasihati anak didik kita,walaupun ada antara mereka memang tidak mahu ditegur atau boleh dikata sudah tidak kisah dengan kehidupan mereka yang bebas bergaul.


Sememangnya berat tugas guru ini,tapi pikullah tugas ini dengan penuh kesabaran,ketaatan dan semangat didikasi yang cemerlang.Kita gembira bila melihat anak murid berjaya dalam peperiksaan yang besar,tapi kita akan lebih berbangga jika mereka berjaya dunia dan akhirat,menjadi anak yang sholeh dan muslim sejati.


Teruskan perjuangan wahai guru-guru,semuanya hanya Allah yang mampu membalasnya,jangan rasa lemah dan bosan dengan tugas kalian yang semakin mencabar ini.Berbanggalah kalian bila di panggil guru oleh murid-murid,tunjukkan juga sifat kasih sayang,perhatian dan sentiasa tersenyum walau anda berduka.


No comments:

Related Posts with Thumbnails