SAHABAT2 SEPERJUANGAN

SAHABAT2 SEPERJUANGAN

Followers

Monday, May 18, 2009

Perjalanan ke Muktamar DMPP Taiping.


Matahari belum menjengah di kaki langit lagi,kami bertolak dari Tapah jam 6.45 pagi lagi. Di perjalanan menanti sebuah lagi kereta yang di pandu si budak lasak Shida yang mengambil ahli lain di Darul Aitam. Kami menunggu mereka di stesen minyak shell di Temoh,lima minit kemudian mereka sampai dan kami meneruskan perjalanan.


Sampainya di Kampar ,mereka mengisi minyak van serena yang mempunyai 6 penumpang itu,dan kami hanya menanti di bahu jalan sahaja. Kami meneruskan perjalanan dengan memasuki tol Gopeng,dan mengambil isteri YDP Pas Tapah, Yong di tol Simpang Pulai .


Kereta kami masih didepan,Sarah mengikut had laju yang ditetapkan,Shida di belakang membuntuti kami sehingga melepasi terowong aku menelefon,memberitahu bahawa berhenti sarapan pagi di Hentian Seberang Perak,waktu itu jam baru menjengah 8 pagi.Sesampai di hentian Shida mengatakan van berbau hangit sejak mereka mengisi minyak lagi.


Kami mengambil keputusan untuk bersarapan dulu kerana masing-masing belum mengalas perut lagi,dan enjin van yang cuba di hidupkan semula tidak ada tindakbalas.Shida segera menelefon Ustaz Shamsul yang kebetulan masih ada di sekitar Ipoh untuk ke Taiping juga menghantar isterinya. Selesai kami bersarapan dan jam pun hampir 9 pagi,Ustaz Shamsul sampai dan membuat 'jumping' dengan menggunakan kereta Sarah,enjin dapat dihidupkan tapi tak lama pun.


Kami mengambil keputusan untuk pergi dengan sebuah kereta dulu disebabkan hari sudah lewat,dan kami tinggalkan mereka,dan pengangkutan yang lain akan diuruskan oleh Ustaz Shamsul.Tepat jam 9.30 pagi kami memasuki dewan setelah membuat pendaftaran,dewan dah penuh dengan tetamu,perwakilan dan pemerhati,kerusi pun dah tak ada jadi terpaksa kami duduk kat lantai belakang sekali.Waktu itu pun dan setengan ucapan ucaptama dari Ketua Muslimat Pas Perak Ustazah Bariah bt Alang Sapri.


Sahabat yang lain hampir pukul 10.30 tibanya dihantar YDP yang terpaksa turun dari Ipoh,walau apa pun semua itu adalah satu peringatan juga kepada kita,supaya lebih beringat-ingat lagi untuk memastikan perjalanan kita akan lebih teratur.


Juga pada semua AJK-AJK kawasan diharap lain kali lebih prihatin terhadap para muslimat yang ingin menghadiri program-program supaya dapat disediakan kenderaan yang baik,tak semestinya baru,kami juga tidak diminta untuk dihantar,kerana kami masih mampu memandu sendiri.Kami juga mempunyai drebar-drebar yang amat tangkas dan terlatih di jalan raya.


Apa yang diceritakan supaya kita akan lebih mengambil berat akan aspek keselamatan setiap penumpang yang kita bawa,kita juga tidak dapat mengagak apa yang akan berlaku tapi kita mesti mengambil sikap yang lebih kedepan supaya tidak akan berlaku suatu yang tidak kita ingini.Bukan untuk menunding jari di mana-mana pihak,tetapi sebagai bekalan peringatan kepada kita semua.


Apa-apa pun ingin di sini saya mewakili sahabat yang lain mengucapkan ribuan terima kasih kepada YDP Encik Rahim Cheng kerana sudi menaja makan malam kami di rumahnya,walaupun lauk beli tapi sedap,sebab kami semua dah lapo........Sampai rumah hampir pukul 11 malam.

No comments:

Related Posts with Thumbnails