SAHABAT2 SEPERJUANGAN

SAHABAT2 SEPERJUANGAN

Followers

Tuesday, January 3, 2012

AMARAN AWAL DARI POLIS UMNO

Polis memberi amaran kepada orang ramai agar tidak terpedaya dengan hasutan pihak tertentu yang mengajak mereka menyertai Kempen Bebaskan Anwar 901 yang dirancang pada 9 Januari ini.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata, pihaknya mendapat maklumat bahawa terdapat individu tertentu yang cuba menghasut orang ramai menyertai kempen berkenaan sempena keputusan kes liwat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Pelbagai kain rentang dan sepanduk digantung di tempat-tempat awam. Selain itu, pelbagai mesej disalurkan menerusi media sosial mengajak orang ramai berkumpul di hadapan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di Jalan Duta pada 9 Januari ini.

"Orang ramai dinasihatkan agar tidak terpedaya dengan hasutan pihak-pihak ini yang sengaja ingin membawa masalah mereka ke jalanan dan seterusnya menghuru-harakan negara yang kita cintai," katanya menerusi laman sosial Facebook beliau, hari ini.

Sehingga semalam, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima 168 laporan polis daripada pelbagai pihak di seluruh negara yang membantah usaha segelintir individu mengajak orang ramai menyertai kempen tersebut.

Menurut Khalid, apa yang menghairankan, tindakan itu dibuat sedangkan umum belum mengetahui keputusan mahkamah mengenai kes terbabit.

"Walau apa jua keputusan mahkamah, sekiranya orang ramai terpengaruh dengan hasutan supaya menyertai perhimpunan itu dan ia dilaksanakan kelak, situasi ini akan mengganggu ketenteraman awam dan pentadbiran sistem keadilan negara kita turut terjejas," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh memberi amaran kepada penganjur kempen itu supaya menarik balik rancangan mereka mengadakan perhimpunan haram itu.

"Penulis-penulis blog yang mengajak orang ramai menyertai perhimpunan itu juga dinasihatkan supaya menghentikan perbuatan mereka.

"Tindakan mereka adalah salah serta melanggar undang-undang yang boleh menggugat ketenteraman awam serta menghina sistem keadilan negara kita," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan petang ini.

No comments:

Related Posts with Thumbnails