SAHABAT2 SEPERJUANGAN

SAHABAT2 SEPERJUANGAN

Followers

Thursday, January 5, 2012

LAAA....ADA ORANG CEMBURU RUPANYA????

Ibu mana tak sayang anak kan....tapi kadang2 aku heran jugak kan,ada juga ibu2 zaman sekarang yang menggalakkan anak2 diorg pakai pakaian yang seksi2 .Mak jenis ni nak tayang anak ke atau nak cari kan tauke2 besar atau vvip untuk anak sendiri.Sanggup seorang ibu membeli baju anak dia yang tak 'semenggah' lepas tu ambik gambar dan masuk intenet ..1 dunia tengok...apa ke jenis mak macam ni....lepas tu mengaku pulak............macam2 dunia hari ni.

Maaf nak cakap le...gejala2 buruk sekarang ni memang banyak juga mak bapak salah..tengok aje le pakaian anak pakai...mak ayah tak kisah pun....sampai nampak segala2nya pun deme tak heran...yg pelik tu...beriringan jalan sama2 dengan mak ayah.Anak bongsu aku umur 10 kata....sendat ,ketat ,padat.

Dalam isu Amalina ni agaknya sape yang kita nak salahkan????


Pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2005, Nur Amalina Che Bakri terus cemerlang dalam pengajian perubatan di Universiti Edinburgh apabila meraih banyak pengiktirafan universitinya selain beberapa kajiannya diterbitkan dalam jurnal institusi pengajian tinggi di United Kingdom (UK).Malah pelajar yang mendapat 17A SPM itu, kini menjalani latihan amali di sebuah pusat perubatan terkemuka di UK, dan dijangka menamatkan pengajian pada Mei ini.
Ibunya, Sabariah Hassan berkata, setiap hasil kerja anaknya dipuji pensyarah dan rakan sekelasnya malah Nur Amalina kini sedang bertungkus-lumus menyiapkan sebuah buku perubatan.

“Oleh itu, isu kegagalan dalam pengajian tidak timbul seperti dakwaan pihak tertentu,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Beliau memanggil sidang media bagi memberi penjelasan berhubung laporan beberapa blog mendakwa Nur Amalina kini menjalani gaya hidup bebas dan liar selain gagal dalam pengajian dan sudah kembali ke tanah air secara senyap.

Sabariah berkata, beliau kesal dengan laporan blog itu yang melemparkan pelbagai tohmahan termasuk menyiarkan gambar peribadi anak tunggalnya berusia 23 tahun itu yang kini sedang menamatkan pengajian tahun akhir.

Beliau yang juga Penolong Kanan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Johor Jaya 2, berkata gambar yang disiarkan blog terbabit dipercayai dicuri dari laman sosial Facebook Nur Amalina.

Pakaian yang dipakai Amalina dibeli saya sendiri, manakala gambar terbabit dirakam ketika kami bersama melancong ke Paris untuk bercuti pada Ogos 2009.

“Sebenarnya, gambar yang disiarkan itu gambar lama yang bersifat peribadi.

Saya mengenali setiap rakannya yang turut berada dalam gambar itu,” katanya.

Sabariah berkata, Amalina ada menghubunginya melalui panggilan video ‘Skype’ kelmarin berhubung penyebaran gambarnya yang dituduh seksi itu dalam laman blog.

“Dia ketawa ketika menceritakan perkara itu kerana sudah lali dengan tohmahan sebegini. Ini bukan kali pertama kejadian seumpama itu berlaku. Mungkin ada orang cemburu dengan kejayaan anak saya selama ini,” katanya.

1 comment:

Anonymous said...

Bukan org cemburu tapi syg pada Saudara sesama Islam yg cuba dirosakkan akhlak dan cara hidupnya oleh musuh Islam..Kembalilah pada keindahan Islam yg sebenarnya..Kami rakyat Malaysia menyayangimu dan berharap kamu kembali menjadi muslimah yg sejati..

Related Posts with Thumbnails