SAHABAT2 SEPERJUANGAN

SAHABAT2 SEPERJUANGAN

Followers

Sunday, January 31, 2010

PRO-MAHASISWA SELAR MENTERI PERLEKEH SISWA.

KUALA LUMPUR, 30 Jan: Pro-Mahasiswa (Pro-M) menyelar kenyataan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Khaled Nordin kerana sekali lagi mengeluarkan kenyataan memperlekehkan mahasiswa dengan ungkapan ‘tidak matang’ dan ‘tidak boleh terima kekalahan'.

Pengerusi Pro-M Nasional, Mohd Shafie Hashim berkata, kenyataan tersebut jelas menunjukkan keegoan seorang pemimpin rakyat yang tidak ada perikemanusiaan terhadap penindasan yang berlaku kepada mahasiswa yang juga sebahagian di bawah tanggungjawabnya.

Jika begitu, kata beliau sebenarnya Khaled juga tidak matang kerana mengeluarkan kenyataan tanpa menyelami apa yang mahasiswa rasai.

Di samping itu, beliau menyifatkan ulasan beberapa akhbar tabloid sama ada elektronik mahupun media cetak, Kosmo dan Mstaronline.com yang melaporkan keputusan yang tidak lagi diputuskan secara sah dalam pilihan raya kampung (PRK) kali ini berbaur penghinaan terhadap tindakan mahasiswa.

Akhbar yang melaporkan kenyataan palsu dan tidak beretika tesebut hanya mahu menimbulkan persepsi baik terhadap proksi Umno di kampus khususnya di Universiti Malaya (UM).

Sehubungan itu, beliau yang juga Pengerusi Pro-M UM mendesak mereka menarik balik kenyataan dan meminta maaf kepada mahasiswa.

Katanya, walaupun di UM, pro-M hanya mendapat 17 kerusi manakala bebas 3 kerusi dan Pro- Aspirasi mendapat 21 kerusi, bukan bermakna Pro-M tidak berpuas hati dengan pencapaian itu.

Tambahnya, Pro-M sudah lama melalui masa-masa kalah dan juga masa-masa menang sebelum ini.

“Dahulu kita kuasai MPMUM kemudian kita kalah 4 tahun berturut-turut disebabkan sistem yang teruk sehingga mengenepikan aspek keadilan kepada mahasiswa.

“Pro-M sudah banyak bergenang air mata dengan kekalahan sebelum ini tetapi Pro-M tidak pernah lemah semangat dan terus berjuang sehingga diberi kemenangan yang sebenar.

“Buat apa kita menang dalam sistem yang teruk menindas mahasiswa, tidak mengapa kalah, yang penting prinsip dipertahankan,” tegasnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Menurutnya, Pro-M jelas dengan prinsip perjuangannya yang hanya mahu menegakkan keadilan dan menghancurkan kezaliman terhdap apa sahaja yang berlaku.

Katanya, Pro-M tidak bias kepada mana-mana pihak, yang salah tetap salah , yang benar tetap benar.

Tambahnya, dalam konteks PRK di UM kali ini, pihaknya berhadapan dengan sistem E-voting yang masih baru dan diragui lagi ketelusan dan integriti yang tiada pada pengendalian dan pengurusan sistem berkenaan.

Ujarnya lagi, dalam masa yang sama PRK UM berhadapan dengan pentas perlawanan yang tidak adil sehingga berlaku banyak penindasan yang sangat teruk.

Atas perkara itu , jelasnya Pro-M terus bingkas bangun mempertahankan kebenaran sehingga mendapat keputusan yang baik daripada NC untuk menyiasat dan menangguhkan segala keputusan pilihan raya yang sebelum ini telah diumumkan.

Oleh yang demikian, katanya tidak ada mana-mana pihak mendakwa dirinya kalah mahupun menang, lebih-lebih lagi mahu bercita-cita membentuk kabinet dalam masa terdekat ini.

Menurutnya, mahasiswa adalah generasi pertengahan di mana jiwa dan roh semangat juangnya tidak dapat dihalang oleh mana-mana pihak kerana sekali mereka bangun, apa sahaja boleh terjadi.

“Jadi jangan perlekehkan mahasiswa, jangan pandang rendah pada mahasiswa.

“Menang, kalah bukan ukuran, tetapi mahasiswa tegas dan tetap pendirian di atas perjuangan untuk mempertahankan kebenaran dan keadilan sehingga menumbangkan segala kezaliman dan penindasan,” tegasnya.

Friday, January 29, 2010

ZAMBRY BERMAIN DENGAN PERANG HARAM - NIZAR

KUALA LUMPUR, 28 Jan: Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin berkata, pihak yang bermain dengan perang saraf (mind games) sebenarnya adalah Datuk Dr Zambry Abdul Kadir.

"Dia bukan sahaja bermain dengan mind games (perang saraf) bahkan juga perang haram (illegal games)," kata Nizar kepada Harakahdaily.

Media hari ini melaporkan seruan Datuk Zambry Abdul Kadir, Menteri Besar BN Perak, agar Pakatan Rakyat di Perak menghentikan perang saraf dengan kenyataan mengatakan ‘Don’t Play Mind Games’.

Ketika dihubungi Harakahdaily, Nizar berkata bahawa yang bermain ‘mind games’ ialah Datuk Zambry. Bukan setakat itu, dia yang juga sedang bermain ‘illegal games’.

Sejak kerajaan Pakatan Rakyat yang sah digulingkan oleh BN pada 5hb Februari 2009 sehinggalah tarikh keputusan Mahkamah pada 9hb Februari 2010 nanti, jawatan Menteri Besar Negeri Perak telah dikosongkan iaitu tiada siapa pun yang memegang jawatan ini.

“Yang bermain ‘mind games’ sebenarnya ialah Datuk Zambry Abdul Kadir dan EXCOnya yang haram itu,” kata Nizar dengan sinisnya.

Chang Lih Kang, ADUN Teja pula berasa hairan dengan kenyataan Zambry dan berpendapat mungkin Zambry dengan tiba-tiba telah berasa gelisah menunggu keputusan mahkamah pada 9 Februari nanti.

Chang berpendapat bahawa jika perkara ini sudah jelas dan berpihak kepada Datuk Zambry, maka keputusan Mahkamah akan sudah diberi pada 5hb November 2009 yang lalu iaitu ketika mahkamah itu bersidang.
Oleh itu, beliau berasa mungkin keputusan akan berpihak kepada Datuk Seri Nizar. Namun ini adalah jangkaan beliau sahaja.

“Kami tidak bermain apa-apa game pun, mungkin Datuk Zambry berasa bimbang dan resah akan keputusan yang diberi oleh mahkamah nanti, oleh itu beliau membuat kenyataan sedemikian,” ujar Chang lagi.

Menurutnya, Pakatan telah bersiap sedia untuk Pilihanraya di negeri Perak sejak rampasan kuasa oleh BN pada Februari tahun lalu.

Namun demikian, kami berasa tidaklah senang untuk mendapat kemenangan disebabkan oleh tambahan banyak nama dalam senarai Daftar Pengundi yang disemak oleh pihak Pakatan Rakyat pada September 2009. Kami akan menyemak dengan teliti nama-nama yang baru ini," kata Chang lagi.

Menurut Chang, mungkin nama-nama yang baru ini adalah yang mungkin akan menyokong dan mengundi BN.

Jika begitu BN mungkin boleh menang di kawasan dimana Adun Pakatan Rakyat mendapat kemenangan dengan majoriti yang tipis dalam Pilihanraya Umum Mac 2008 yang lalu, katanya.

"Bukan senang untuk Pakatan Rakyat memenangi kembali Negeri Perak. Pertempuran dijangka sengit dan 50% peluang kemenangan sebelum September 2009 telah turun,” sambungnya lagi.

Sementara itu, Lim Kit Siang, anggota Parlimen Ipoh Timur, ketika dihubungi Harakahdaily berkata, semakin dekat dengan tarikh keputusan, maka semakin hangatlah perang saikologi (psychological warfare) yang dilancarkan oleh pihak BN.

Thursday, January 28, 2010

MENCARI PENIPU BESAR DI SEBALIK ROYALTI MINYAK

Aneh sekali, ketika rakyat terdedah dengan pelbagai sumber maklumat tiba-tiba ada pemimpin yang bertaraf menteri menafikan perjanjian di antara kerajaan negeri dan Petronas pada 1975.Tanpa segan silu menteri terbabit mendakwa Akta Kemajuan Petroleum 1974 terbatal dengan adanya perjanjian Kawasan Pembangunan Bersama Malaysia Thailand 1979.

Itulah perkara yang berlaku pada forum Wang Ehsan bertajuk ‘Antara Retorik Politik dan Keperluan Rakyat’ di sebuah hotel lima bintang di sini, malam tadi.


Ahli panel forum itu, Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed, timbalannya Datuk Dr Awang Adek Hussin dan anggota Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali.

Manakala Pengarah Universiti Teknologi Mara cawangan Kelantan, Datuk Prof Dr Hussin @ Mohamad Abdul Rahman sebagai pengerusi.

Akhbar melaporkan lebih 5,000 orang ramai hadir pada forum berkenaan, sedangkan kelihatan lebih banyak kerusi kosong.

Mereka yang diwajibkan hadir ialah pemimpin-pemimpin Umno dan kakitangan kerajaan persekutuan terutamanya warga pendidik.

Malang sekali tradisi menafikan fakta seperti menjadi satu mainan bagi pemimpin Umno di era sekarang.

Pembaca tentu masih ingat harga dua jet pejuang pada awalnya disebut RM50 juta setiap satu. Tiba-tiba sekarang sudah jadi RM400,000 pula. Siapa yang memperbodohkan rakyat dalam isu ini.

Lagi nampak kurang matang apabila dakwaan kehilangan dua enjin jet pejuang milik TUDM pada 2007 dikatakan tidak berlaku sebarang penyelewengan di peringkat tertinggi.

Maknanya prebetlah yang buat kerja mencemar kedaulatan negara tersebut. Inilah sandiwara yang berterusan berlaku di Malaysia selagi akar umbi agama diketepikan.

Nampaknya siri cerita dongeng tidak berakhir di situ. Sekarang cerita pak kaduk diteruskan pemimpin Umno di Kelantan. Malang sungguh bagi rakyat di Jeli mengangkat seorang pemimpin seperti Mustapa sejak 2004.

Rakyat di Jeli tidak sepatutnya bersubahat dengan agenda sulit yang memperlihatkan agenda politik peribadi. Mampukah rakyat di sana terhibur dengan hanya menyaksi dari luar pagar bangunan cantik MRSM dan projek politeknik dan kampus Universiti Malaysia Kelantan tersergam di Jeli.

Sedangkan duit royalti mahu disihirkan menjadi wang ihsan. Sepatutnya rakyat di Jeli sudah tidak keluar menoreh lagi kerana di situ sudah pelbagai projek dibawa Mustapa.

Berbalik kepada cerita asal tadi, nampak sangat pemimpin Umno menyembunyikan perkara sebenar. Akta Kemajuan Petroleum 1974 bagi mereka sudah lusut dan tidak terpakai lagi.

Sedangkan akta itulah yang mengikat Petronas membayar royalti kepada Terengganu, Sabah dan Sarawak. Tiba-tiba dalam konteks Kelantan disebut pula perjanjian itu sudah lapuk.

Maka mengambil kira kedegilan itulah bekas Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas menganggap pemimpin terbabit sebagai penderhaka.

Malam tadi Mustapa menjelaskan kerajaan Persekutuan mahu membayar sebanyak RM20 juta wang ihsan kepada Kelantan Mac depan.

Menurutnya perbincangan dengan Petronas menghasilkan jumlah wang tersebut. Kata beliau lagi ia merupakan hasil pengeluaran minyak dan gas di Medan Bumi Selatan, Blok PM301 berdekatan dengan perairan Kelantan.

"Jumlah RM20 juta itu merupakan nilai lima peratus daripada jumlah keseluruhan hasil di blok tersebut sejak Mei 2008," katanya.

Sedangkan sebelum ini beliaulah yang menafikan hak Kelantan ke atas royalti. Orang kampung masih ingat pemimpin itu bernama Mustapa dan Awang Adek.

Sejak Julai sehingga awal November, mereka menolak mentah-mentah hak rakyat Kelantan ke atas royalti. Macam-macam alasan yang sukar difahami orang di Jeli dan Bachok diberi.

Namun, tiba-tiba selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengakui akan membayar royalti dalam bentuk ihsan kepada Kelantan, akhirnya kedua pemimpin terbabit terpaksa mengikis malu.

Kalau sekadar berlapik alasan dengan menyebut pengeluaran minyak di Blok PM302 dituntut bersama Thailand, mengapa pula Songkhla difahamkan sudah lama menerima royalti daripada kerajaan Siam.

Sedangkan minyak dan gas digerudi di perairan Kelantan sejak 2004.

Mustapa mendakwa hasil diperolehi dikongsi bersama hanyalah sebanyak RM800 juta. Kata beliau hasilnya tidak boleh diberikan kepada Kelantan kerana ia merupakan kawasan bertindih dua negara.

Jadi timbul kemusykilan, apa pula makna RM20 juta yang disebut wang ihsan di awal tadi.

Amat malang sekali bagi rakyat Kelantan yang menyokong Umno. Sebelum ini mereka mengharap ada pemimpin yang lebih berwibawa berbanding dengan Tan Sri Annuar Musa.

Rupa-rupanya tidak. Penyokong Umno terpaksa menunggu 10 tahun lagi untuk mengimpikan pemimpin yang benar-benar jujur.

Biar pun didakwa lebih 5,000 hadir pada forum malam tadi, Umno tetap bimbang kehadiran Tengku Razaleigh Hamzah malam esok di Stadium Sultan Mohammad Ke-IV.

Tengku akan menjelaskan perkara sebenar. Pencarian siapa pembohong alaf baru akan menjelma malam esok.

Apakah pagi Jumaat nanti, Mustapa dan Awang Adek bekejar-kejar mencari media mahu menafikan penjelasan Tengku pula.

Banyak pihak melihat itulah yang akan dilakukan kedua-dua pemimpin kelahiran Bachok selagi ada kuasa di tangan mereka.

Maka tidak hairanlah penganjur majlis penjelasan royalti rakyat cuba diganggu.

Urusetia Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Rakyat (Gegar) dan lain-lain pihak yang terbabit mendakwa menerima pelbagai ugutan.

Apakah tanggungjawab untuk merungkai perkara sebenar seperti menelan jadam yang terlalu pahit.

oleh:M Faqih

Wednesday, January 27, 2010

MANA LEBIH TERUK,KENCING MANIS ATAU KENA KENCING?

Oleh: Shirzad Lifeboat

Maka berkatalah para Marang Perapu Kepunden Parang Sekeper yang terdiri daripada menteri UMNO, ahli-ekonomi tertentu dan juga mereka dari profesion lain bahawasanya penarikan kesemua subsidi secara sekali gus akan menguntungkan negara ini.

Tidaklah pasti apakah yang dimaksudkan dengan ‘menguntungkan’. Cakap-cakap tentang untung ini biasanya dikaitkan dengan dunia perniagaan. Apakah kerajaan UMNO-BN tiba-tiba telah mengorientasikan falsafah pentadbirannya dengan mengubah tanggungjawab membantu rakyat kepada mencari untung daripada rakyat?


Sekiranya ia bermaksud kerajaan yang ditadbir oleh UMNO-BN akan mempunyai lebihan wang tunai sebanyak RM50 bilion (nilai pelbagai subsidi yang diberikan kepada rakyat), maka itu bermakna ‘penjimatan’ wang awam dan bukannya ‘untung’.

Tidak dapat dinafikan ada di antara para Marang Perapu Kepunden Parang Sekeper itu yang menganggap penarikan semula sekali gus semua subsidi itu menjimatkan awam dan kerajaan boleh menggunakan lebihan wang berkenaan untuk membiayai pelbagai projek yang akan secara langsung merangsang ekonomi.

Rakyat sudah tentu akan marah sekiranya semua subsidi yang mereka nikmati selama ini ditarik balik oleh kerajaan. Tapi itu perkara lain.

Soalan cepu emas perlu dijawab kini ialah projek infrastuktur macam mana yang dikatakan boleh secara langsung merangsang ekonomi?

Barangkali perkataan ‘ekonomi’ sebagaimana yang difahami oleh rakyat biasa tidak sama dengan makna ‘ekonomi’ sebagaimana yang dilihat oleh para menteri UMNO dan juga ahli ekonomi berminda kapitalis.

‘Ekonomi’ bagi kebanyakan rakyat biasa bermaksud, ‘upah yang anda dapati setiap bulan memadai untuk melunaskan semua keperluan dan masih boleh hidup secara sederhana tetapi selesa sambil mampu menabung sedikit wang untuk keperluan hari muka.”

Bagi ahli ekonomi berminda kapitalis, bersorak-sorailah mereka mendengar durian runtuh dalam skala RM50 bilion kerana wang tunai sebanyak itu sudah barang tentu boleh dipermodalkan semula bagi menimbal-balas kemerosotan perolehan dan keuntungan berkurangan kapitalis lain.

Sementara ada di antara ahli ekonomi yang menjadi penasihat atau malah bekerja dengan golongan kapitalis berkenaan dan juga menjadi pemanis kata-kata (sweet-talkers) kepada kerajaan UMNO-BN, namun rata-rata ahli ekonomi berminda kapitalis lebih seronok bercerita perkara baik-baik tentang ekonomi.

Begitupun, dalam keadaan di mana eksport negara merosot ke paras melebihi 28% dan eksport komoditi seperti gas mentah dan minyak sawit pula mengalami kejatuhan besar harga di sepanjang tahun 2009 dan dijangka berterusan untuk tahun semasa, mengakibat sukar bagi para ahli ekonomi berkenaan memintal cerita-cerita yang seronok di dengar.

Juga, kemerosotan berterusan pelaburan asing di sebalik langkah liberalisasi (alasan kerajaan UMNO-BN adalah kelemesetan ekonomi global dan bukannya kemerosotan indeks utama sebagaiman terkandung dalam Global Competitiveness Report 2009-2010, Forum Ekonomi Dunia) dan prestasi buruk Bursa Malaysia yang memberi kesan dan sentimen negatif kepada pelabur dan pengguna (menurut ahli ekonomi disebabkan kecairan pasaran ekuiti global dan bukannya disebabkan tadbir-urus korporat yang lemah serta regularisasi yang dipersoalkan), menyulitkan lagi para ahli ekonomi Marang Perapu Kepundeng Parang Sekeper membuat ramalan yang boleh menyebabkan golongan tertentu tersenyum ‘dari-telinga-ke-telinga’.

Dan bagi kerajaan UMNO-BN pula, ‘ekonomi’ bermaksud wang sebanyak itu sudah tentu, sebagaimana yang disebut, boleh membiayai projek infratruktur kerajaan yang bakal merangsang ekonomi secara langsung.

Tentu sekali dengan wang sebanyak itu rakyat akan dapat melihat, jubin siar-kaki yang baru diganti beberapa tahun dikopek dan diganti dengan jubin baru, bangunan kerajaan termasuk sekolah klinik dan sebagainya dicat semula walaupun cat lama masih lagi belum bertukar menjadi koloni lumut, jalan-jalan raya diturap semula sementara jalan berlubang ditutup ala kadar, sekadar menyebut beberapa contoh.

Jika tidak ada projek, maka projek diwujudkan bagi memberi kerja kepada golongan tertentu dengan harapan mereka akhirnya akan kembali menyokong UMNO.

Amalan politik penaungan (patronage politics) dan politik main bagi-bagi hadiah projek ini sudah menjadi darah daging dan permainan UMNO sama ada dalam situasi kempen pilihan raya atau pun di luar situasi sedemikian. Cuma dalam keadaan kantong kerajaan yang semakin kering ia tidak dapat dipraktikkan lagi.

Oleh itu cara terbaik bagi mewujudkan semula lebihan tunai bagi mewujudkan pula projek infrastuktur ialah dengan merampas semula bantuan yang telah diberikan kepada rakyat selama ini. Justeru, tak payahlah Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Penggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berlawak bahawa matlamat penarikan subsidi gula ialah mengurangkan kadar pengidap penyakit kencing manis di negara ini yang mana turut disokong oleh Persatuan Diabetes Malaysia.

Sampai bila nak kencingkan rakyat?

Monday, January 25, 2010

CERAMAH UMUM DI TAPAH

CERAMAH UMUM


Tarikh
27 JANUARI 2010 ( Rabu)
9.00 malam

Tempat
PASTI Batu 3, Temoh

Penceramah
YB Drs Khalil Idham Lim Abdullah
(ADUN Titi Serong / Ketua Penerangan PAS Perak)

YB Ngeh Koh Ham
(ADUN Setiawan / Ahli Parlimen Beruas / Pengerusi DAP Perak)

YB Chang Li Kang
(ADUN Teja)



SEMUA LAPISAN MASYARAKAT
DI JEMPUT HADIR

Friday, January 22, 2010

MUSIM BATUK DAN SELESEMA-7 MAKANAN UNTUK MENC EGAHNYA.

Kamu sering di serang batuk dan selesema? selain mengambil ubat dan vitamin c tambahan, 7 makanan berikut boleh membantu mengubati batuk dan selsema kamu.

1. SUP AYAM
hidangan yang panas boleh membantu melancarkan pernafasan yang tersumbat dan memberikan tenaga tambahan. Campurkan bawang merah dan bawang putih dalam sup agar lebih cepat sembuh.

2. MAKANAN PEDAS.
Bawang putih, lada hitam/putih atau sos pedas boleh membantu melancarkan hidung yang tersumbat.

3. BAWANG PUTIH
Di akui boleh mengurangkan tanda-tanda selsema dan batuk. tambahkan bawang putih dalam makanan kegemaran kamu atau kunyahkan seulas dua bawang putih mentah

4. AIR
Pesakit digalakkan untuk meminum banyak air masa dan jus buah-buahan. Elakkan kopi, minuman manis dan berkarbonat.

5. BUAH-BUAHAN SITRUS
Buah-buahan sitrus seperti lemon, oren atau limau mempunyai kandungan bitamin c yang tinggi, sekiranya kamu merokok, kamu memerlukan lebih vitamin C kerana merokok meningkatkan serangan selsema dan batuk.

6. SUMBER VITAMIN C
Selain buah-buahan sitrus, kamu juga disarankan untuk menambah pengambilan kentang, lada hijau, strawberi dan nanas dalam menu makanan harian sebagai salah satu usaha mencegah selsema dan batuk

7. HALIA
Air rebusan hali bukan sahaja mampu membuang angin tetapi baik juga untuk mengubati selsema dan batuk.

Thursday, January 21, 2010

FITNAH DAN SUARA WANITA




“Tidaklah aku tinggalkan sesudahku suatu fitnah yang lebih membahayakan bagi laki-laki daripada (fitnah) perempuan.”

Apa yang dimaksudkan dengan hadis diatas?Hadis-hadis tersebut kadang-kadang dibawakan oleh para penceramah dan khatib, sehingga dijadikan alat oleh suatu kaum untuk memburuk burukkan kaum wanita dan islam.

Mungkin yang layak menjawab persoalan macam ni adalah ustaz.Apa kata kita baca ulasan ini dari ustaz yang bertauliah.

JAWAPAN:

Sebenarnya tidak ada satu pun agama langit atau agama bumi, kecuali Islam, yang memuliakan wanita, memberikan haknya, dan menyayanginya. Islam memuliakan wanita, memberikan haknya, dan memeliharanya sebagai manusia. Islam memuliakan wanita, memberikan haknya, dan memeliharanya sebagai anak perempuan.

Islam memuliakan wanita, memberikan haknya, dan memeliharanya sebagai isteri. Islam memuliakan wanita, memberikan haknya, dan memeliharanya sebagai ibu. Dan Islam memuliakan wanita, memberikan haknya, dan memelihara serta melindunginya sebagai anggota masyarakat.

Islam memuliakan wanita sebagai manusia yang diberi tugas (taklif) dan tanggungjawab yang utuh seperti halnya laki-laki, yang kelak akan mendapatkan pahala atau siksa sebagai balasannya. Tugas yang mula-mula diberikan Allah kepada manusia bukan khusus untuk laki-laki, tetapi juga untuk perempuan, yakni Adam dan isterinya (lihat kembali surah al-Baqarah [002], ayat 35 - Dan Kami berfirman: "Hai Adam diamilah oleh kamu dan istrimu surga ini, dan makanlah makanan-makanannya yang banyak lagi baik di mana saja yang kamu sukai, dan janganlah kamu dekati pohon ini, yang menyebabkan kamu termasuk orang-orang yang zalim.)"



Perlu diketahui bahawa tidak ada satu pun nas Islam, baik Al-Quran mahupun As-Sunnah sahihah, yang mengatakan bahawa wanita (Hawa) yang menjadi penyebab diusirnya laki-laki (Adam) dari syurga dan menjadi penyebab penderitaan anak cucunya kelak, sebagaimana disebutkan dalam Kitab Perjanjian Lama.

Bahkan Al-Quran menegaskan bahawa Adamlah orang pertama yang dimintai pertanggungjawaban (lihat kembali surah Thaahaa [020], ayat 115~122, "Dan sesungguhnya telah Kami perintahkan kepada Adam dahulu, maka ia lupa (akan perintah itu), dan tidak Kami dapati padanya kemahuan yang kuat. ......... Maka keduanya memakan dari buah pohon itu, lalu nampaklah bagi keduanya aurat-auratnya dan mulailah keduanya menutupinya dengan daun-daun (yang ada di) surga, dan durhakalah Adam kepada Tuhan dan sesatlah ia. Kemudian Tuhannya memilihnya maka Dia menerima tobatnya dan memberinya petunjuk.)"

Namun, sangat disayangkan masih banyak umat Islam yang merendahkan kaum wanita dengan cara mengurangi hak-haknya serta mengharamkannya dari apa-apa yang telah ditetapkan syarak. Padahal, syariat Islam sendiri telah menempatkan wanita pada proporsi yang sangat jelas, yakni sebagai manusia, sebagai perempuan, sebagai anak perempuan, sebagai isteri, atau sebagai ibu.

Yang lebih memprihatinkan, sikap merendahkan wanita tersebut sering disampaikan dengan mengatas namakan agama (Islam), padahal Islam bebas dari semua itu. Orang-orang yang bersikap demikian kerap menisbatkan pendapatnya dengan hadis Nabi SAW yang berbunyi, “Bermusyawarahlah dengan kaum wanita kemudian langgarlah (selisihlah) .”

Hadis ini sebenarnya palsu (maudhu'). Tidak ada nilainya sama sekali serta tidak ada bobotnya ditinjau dari segi ilmu (hadis). Yang benar, Nabi SAW pernah bermusyawarah dengan isterinya, Ummu Salamah, dalam satu urusan penting mengenai umat. Lalu Ummu Salamah mengemukakan pemikirannya, dan Rasulullah pun menerimanya dengan rela serta sedar, dan ternyata dalam pemikiran Ummu Salamah terdapat kebaikan dan berkah.

Mereka, yang merendahkan wanita itu, juga sering menisbatkan kepada perkataan Ali bin Abi Thalib bahawa "Wanita itu jelek segala-galanya, dan segala kejelekan itu berpangkal dari wanita." Perkataan ini tidak dapat diterima sama sekali; ia bukan dari logika Islam, dan bukan dari nas.

Bagaimana bisa terjadi diskriminasi seperti itu, sedangkan Al-Quran selalu menyejajarkan muslim dengan muslimah, wanita beriman dengan laki-laki beriman, wanita yang taat dengan laki-laki yang taat, dan seterusnya, sebagaimana disinyalir dalam Kitab Allah.

Mereka juga mengatakan bahawa suara wanita itu aurat, kerananya tidak boleh wanita berkata-kata kepada laki-laki selain suami atau mahramnya. Sebab, suara dengan tabiatnya yang merdu dapat menimbulkan fitnah dan membangkitkan syahwat. Ketika kami tanyakan dalil yang dapat dijadikan acuan dan sandaran, mereka tidak dapat menunjukkannya.

Apakah mereka tidak tahu bahawa Al-Quran memperbolehkan laki-laki bertanya kepada isteri-isteri Nabi SAW dari balik tabir? Bukankah isteri-isteri Nabi itu mendapatkan tugas dan tanggungjawab yang lebih berat daripada isteri-isteri yang lain, sehingga ada beberapa perkara yang diharamkan kepada mereka yang tidak diharamkan kepada selain mereka? Namun demikian, Allah berfirman, “Apabila kamu meminta sesuatu (keperluan) kepada mereka (isteri-isteri Nabi), maka mintalah dari belakang tabir ...” (Surah al-Ahzab [033], ayat 53)

Permintaan atau pertanyaan (dari para sahabat) itu sudah tentu memerlukan jawapan dari Ummahatul Mukminin (ibunya kaum mukmin: isteri-isteri Nabi). Mereka biasa memberi fatwa kepada orang yang meminta fatwa kepada mereka, dan meriwayatkan hadis-hadis bagi orang yang ingin mengambil hadis mereka.

Pernah ada seorang wanita bertanya kepada Nabi SAW di hadapan kaum laki-laki. Ia tidak merasa keberatan melakukan hal itu, dan Nabi pun tidak melarangnya.

Dan pernah ada seorang wanita yang menyangkal pendapat Umar ketika Umar sedang berpidato di atas mimbar. Atas sanggahan itu, Umar tidak mengingkarinya, bahkan ia mengakui kebenaran wanita tersebut dan mengakui kesalahannya sendiri seraya berkata, “Semua orang (bisa) lebih mengerti daripada Umar.”

Kita juga mengetahui seorang wanita muda, puteri seorang syeikh yang sudah tua (Nabi Syu'aib; ed.) yang berkata kepada Musa, sebagai dikisahkan dalam Al-Quran, “...Sesungguhnya bapakku memanggil kamu agar ia memberi balasan terhadap (kebaikan)-mu memberi minum (ternak) kami ...” (Surah al-Qashash [028], ayat 25)

Sebelum itu, wanita tersebut dan saudara perempuannya juga berkata kepada Musa ketika Musa bertanya kepada mereka:

“... Apakah maksudmu (dengan berbuat begitu)? Kedua wanita itu menjawab, 'Kami tidak dapat meminumkan (ternak kami), sebelum penggembala- penggembala itu memulangkan (ternaknya), sedangkan bapak kami adalah orang tua yang telah lanjut usianya.” (Surah al-Qashash [028], ayat 23)

Selanjutnya, Al-Quran juga menceritakan kepada kita percakapan yang terjadi antara Nabi Sulaiman a.s. dengan Ratu Saba, serta percakapan sang Ratu dengan kaumnya yang laki-laki.

Begitu pula peraturan (syariat) bagi nabi-nabi sebelum kita menjadi peraturan kita selama peraturan kita tidak menghapuskannya, sebagaimana pendapat yang terpilih.

Yang dilarang bagi wanita ialah melunakkan pembicaraan untuk menarik laki-laki, yang oleh Al-Quran diistilahkan dengan al-khudhu bil-qaul (tunduk /lunak/memikat dalam berbicara), sebagaimana disebutkan dalam firman Allah, “Hai isteri-isteri Nabi, kamu sekalian tidaklah seperti wanita yang lain, jika kamu bertakwa. Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dalam hatinya, dan ucapkanlah perkataan yang baik.” (Surah al-Ahzab [033], ayat 32)

Allah melarang khudhu, yakni cara bicara yang bisa membangkitkan nafsu orang-orang yang hatinya ‘berpenyakit’. Namun, dengan ini bukan bererti Allah melarang semua pembicaraan wanita dengan setiap laki-laki. Perhatikan hujung ayat dari surah di atas, “…dan ucapkanlah perkataan yang baik.”

Orang-orang yang merendahkan wanita itu sering memahami hadis dengan salah. Hadis-hadis yang mereka sampaikan antara lain yang diriwayatkan Imam Bukhari bahawa Nabi SAW bersabda, “Tidaklah aku tinggalkan sesudahku suatu fitnah yang lebih membahayakan bagi laki-laki daripada (fitnah) wanita.”

Mereka telah salah faham. Kata fitnah dalam hadis di atas mereka ertikan dengan “wanita itu jelek dan merupakan azab, ancaman, atau musibah yang ditimpakan manusia seperti ditimpa kemiskinan, penyakit, kelaparan, dan ketakutan.” Mereka melupakan suatu masalah yang penting, iaitu bahawa manusia difitnah (diuji) dengan kenikmatan lebih banyak daripada diuji dengan musibah.

Allah berfirman, “... Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cobaan (yang sebenar-benarnya) ....” (Surah al-Anbiyaa [021], ayat 35)

Al-Quran juga menyebutkan harta dan anak-anak - yang merupakan kenikmatan hidup dunia dan perhiasannya - sebagai fitnah yang harus diwaspadai, sebagaimana firman Allah, “Sesungguhnya hartamu dan anak-anakmu hanyalah cobaan (bagimu)...” (Surah at-Taghaabun [064], ayat 15)

“Dan ketahuilah bahawa hartamu dan anak-anakmu itu hanyalah sebagai cobaan ...” (Surah al-Anfaal [008], ayat 28)

Fitnah harta dan anak-anak itu ialah kadang-kadang harta atau anak-anak melalaikan manusia dari kewajiban kepada Tuhannya dan melupakan akhirat. Dalam hal ini Allah berfirman, “Hai orang-orang yang beriman, janganlah harta-hartamu dan anak-anakmu melalaikan kamu dari mengingat Allah. Barangsiapa yang membuat demikian, maka mereka itulah orang-orang yang rugi.” (Surah al-Munaafiquun [064], ayat 9)

Sebagaimana dikhawatirkan manusia akan terfitnah oleh harta dan anak-anak, mereka pun dikhawatirkan terfitnah oleh wanita, terfitnah oleh isteri-isteri mereka yang menghambat dan menghalangi mereka dari perjuangan, dan menyibukkan mereka dengan kepentingan- kepentingan khusus (peribadi/keluarga) dan melalaikan mereka dari kepentingan- kepentingan umum.
Mengenai hal ini Al-Quran memperingatkan, “Hai orang-orang beriman, sesungguhnya di antara isteri-isterimu dan anak-anakmu ada yang menjadi musuh bagimu, maka berhati-hatilah kamu terhadap mereka; dan jika kamu memaafkan dan tidak memarahi serta mengampuni (mereka) maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. ...” (Surah at-Taghaabuun [064], ayat 14)

Wanita-wanita itu menjadi fitnah apabila mereka menjadi alat untuk membangkitkan nafsu dan syahwat serta menyalakan api keinginan dalam hati kaum laki-laki. Ini merupakan bahaya sangat besar yang dikhawatirkan dapat menghancurkan akhlak, mengotori harga diri, dan menjadikan keluarga berantakan serta masyarakat rosak.

Peringatan untuk berhati-hati terhadap wanita di sini seperti peringatan untuk berhati-hati terhadap kenikmatan harta, kemakmuran, dan kesenangan hidup, sebagaimana disebutkan dalam hadis sahih, “Demi Allah, bukan kemiskinan yang aku takutkan atas kamu, tetapi yang aku takutkan ialah dilimpahkan (kekayaan) dunia untuk kamu sebagaimana dilimpahkan untuk orang-orang sebelum kamu, lantas kamu memperebutkannya sebagaimana mereka dahulu berlumba-lumba memperebutkannya, lantas kamu binasa kerananya sebagaimana mereka dahulu binasa kerananya.” (Muttafaq alaih dari hadis Amr bin Auf al-Anshari)

Dari hadis ini tidak bererti bahawa Rasulullah SAW hendak menyebarkan kemiskinan, tetapi baginda justeru memohon perlindungan kepada Allah dari kemiskinan itu, dan mendampingkan kemiskinan dengan kekafiran. Juga tidak bererti bahawa baginda tidak menyukai umatnya mendapatkan kelimpahan dan kemakmuran harta, kerana baginda sendiri pernah bersabda, “Bagus nian harta yang baik bagi orang yang baik.” (Hadis riwayat Ahmad 4:197 dan 202, dan Hakim dalam al-Mustadrak 2:2, dan Hakim mengesahkannya menurut syarat Muslim, dan komentar Hakim ini disetujui oleh adz-Dzahabi)

Dengan hadis di atas, Rasulullah SAW hanya menyalakan lampu merah bagi peribadi dan masyarakat muslim di jalan (kehidupan) yang licin dan berbahaya agar kaki mereka tidak terpeleset dan terjatuh ke dalam jurang tanpa mereka sedari.

Wednesday, January 20, 2010

SPR KAJI PERLUASKAN HAK UNDI POS...BERTAMBAH HANTU LE LAGI..

PUTRAJAYA 19 Jan. – Doktor, jururawat dan wartawan mungkin dipertimbang untuk dibenarkan mengundi secara pos pada pilihan raya umum akan datang.

Ia akan dibuat menerusi pindaan Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Perjalanan Pilihan Raya) 1981 yang sedang diteliti oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Pengerusi SPR, Tan Sri Abd. Aziz Mohd. Yusof berkata, pihaknya sedang meneliti untuk memperluaskan hak pengundi pos kepada mereka yang berada dalam perkhidmatan-perkhidmatan penting, yang sebelum ini terhad untuk anggota tentera dan polis.

“Kita sedang teliti dari segi bilangan mereka termasuk adakah mereka (dalam perkhidmatan penting) ini boleh bergilir-gilir untuk mengundi, misalnya di sebelah pagi separuh berbuat demikian dan pada sebelah petang separuh lagi.

“Pertimbangan ini adalah untuk mereka yang terlibat dalam urusan pilihan raya.

‘‘Jika ini dibenarkan, bermakna hak pengundi pos yang sebelum ini dikhususkan hanya untuk pasukan tentera, polis atau pegawai kerajaan yang bertugas di luar negara akan diperluaskan ke perkhidmatan penting lain,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Mengulas lanjut cadangan berkaitan pengundian pos, Abd. Aziz berkata, pihaknya juga sedang mempertimbangkan untuk menyediakan satu tempat pengundian yang sesuai kepada anggota tentera yang berkhidmat di perbatasan sekiranya jumlah yang terlibat ramai.

“Mengikut sistem pengundian pos sedia ada, pengundi kalangan anggota tentera dan polis ini boleh membawa pulang kertas undi itu ke rumah sebelum mengeposnya,” katanya.

Menurutnya, SPR juga sedang memikirkan untuk mengubah nama pengundi pos kepada pengundi awal.

“Mengikut perjalanan mengundi secara pos sekarang ini pun, mereka yang mengundi akan memasukkan kertas undi ke dalam sampul sebelum karungnya dibawa untuk penjumlahan undi.

‘‘Ini dilakukan semasa penjumlahan undi oleh pengundi berdaftar lain. Konsep pengundian pun kini bukan lagi secara pos, justeru eloklah diubah kepada pengundi awal,” katanya.


P/S: Lepas ni banyak le lagi pengundi hantu berleluasa..macam2 baju dan warna dah ade ,ni bukan pengundi awal tapi pengundi spare.

UTUSAN MALAYSIA(Digunakan dengan kebenaran)
oleh:ZULKIFLI JALIL

Tuesday, January 19, 2010

14 KUASA HEBAT TEH

Anda pengemar Teh? Pastinya anda tersenyum sampai ke pipi mendengar khabar berita ini. Menurut satu penelitian yang di lakukan oleh pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Didapati teh mengandungi pelbagai khasiat dan manfaat yang amat berguna. Antara manfaat teh sebenarnya amat banyak, Antaranya seperti yang tercatat di bawah:-

1. Teh mampu membangkitkan semangat, meningkatkan daya pemikiran dan ingatan seseorang.

2. Teh berupaya menghilangkan rasa letih, meningkatkan metabolisme tubuh, memelihara fungsi jantung, pembuluh darah, usus dan hati.

3. Minum teh mampu mencegah kerosakan gigi, Dikatakan amalan meminum teh pada kanak-kanak dapat mengurungkan risiko kerosakan gigi sebanyak 60%.

4. Minum teh dapat menghambatkan sel penuaan. Kesan antipenuaan yang terdapat didalam daun teh adalah 18kali ganda komposisinya daripada vitamin E

5. Minum teh dapat memperlahan dan menyekat pembentukan lemak pada selaput dalam pembuluh darah, mencegah pengerasan pembuluh nadi, tekanan darah tinggi dan penyumbat pembuluh darah pada otak.

6. Minum teh dapat merangsangkan saraf pusat dan merangsangkan kekuatan gerakan tubuh.

7. Amalan minum teh berupaya menurunkan berat badan dan menjaga kecantikan

8. Minum teh di percayai dapat mengatasi masalah katarak yang biasa dialami oleh mereka yang berusia. Tidak hanya dengan itu, ia juga boleh dijadikan penawar untuk mengubati radang rongga mulut dan radang rongga kerongkong yang kerap menyerang pada musim panas.

9. Minum teh dapat melindungi fungsi pembentukan darah. Daun teh mengandungi zat proteksi radiasi, Menonton televisyen sambil minum teh dikatakan dapat mengurangi bahaya radiasi televisyen sekali gus melindungi daya penglihatan anda.

10. Minum Teh dapat memelihara dan mengawal pengaliran darah dalam tubuh.

11. Air teh mudah di serap segera dalam tubuh dan di oksida.

12. Menyejukkan tubuh dan menurunkan suhu badan. Dikatakan selepas sembilan minit minum teh hangat, suhu tubuh menurun sebanyak 1 hingga 2 darjah Celsius.

13. Daun Teh mengandungi banyak unsur mikronutrien yang amat bermanfaat untuk tubuh.

14. Daun teh berupaya mengekang pertumbuhan sel kanser

Tuesday, January 12, 2010

NAIB PRESIDEN SINGGAH MAKAN JAMBU BATU BIDOR.

Alhamdullilah,pukul 6 petang tadi YB Datuk Mahfuz berkesempatan juge le singgah kat teratak buruk aku sekeluarga,aku sempat sajikan jambu batu Bidor dengan laksa yg menjadi kegemarannya juge....seronok YB nengok anak debab aku tu,dia le yg nangkap gambo kat bawah ni,YB bagi duit kat dia sebab jadi cameraman.

Sempat juge menjawab panggilan penting member2 yang bertanya tempat ceramah malam nanti,kat MarkazTiti Gantong aje dari Bidor lebih kurang sejam lebih aje.

Datuk Mahfuz memang gemo jambu,nampak aje jambu terus turun dari kerusi...tak payah nak pelawa dah..dia sapu aje,nak abih juge satu mangkuk.

RAMPASAN KUASA SIRI 2? INGIN TAHU SIAPAKAH MEREKA?

Seperti yang aku janjikan diposting yang lepas ,sambungan kisah rampasan akan aku siarkan disini.Bacalah dan renungilah rentetan kisah malam tadi yang begitu memalukan,membuka pekung diri sendiri,membodohkan diri sendiri dan memang gila kuasa ingin menguasai surau yang kecil lagi daif ini.

Tulisan aku tempohari mengatakan ada puak OKU(harap tau maknanya ni) nak buat komplot tetapi apa yang terjadi adalah begitu mengejutkan mereka yang hadir malam tadi.Selepas solat maghrib,jemaah telah bersedia untuk bermesyuarat,walaupun hujan turun namun masih ada yang hadir selepas solat untuk berbincang tentang kemajuan kampong mereka.Kalau untuk rekod pada malam tadi adalah yang paling ramai penduduk hadir,kerana pada tahun sebelumnya mesyuarat hanya cukup untuk lantikan ajk sahaja.

Setelah selesai ucapan aluan dari Pengerusi dan Penasihat Surau,setiausaha mengambil tempat untuk memulakan mesyuarat,dan salah seorang ajk telah menunding jari dan bertanya soalan yang tidak masuk akal untuk dijawab setiausaha.Beliau mengatakan sepatutnya surat jemputan patut dihantar 2 inggu lebih awal dan menyuruh mesyuarat dibuat mengikut trend bandar .Naik bengang si setiausaha dan beliau pun meminta yang hadir membuat keputusan adakah mesyuarat patut dibatalkan atau diteruskan.Notis untuk bermesyuarat telah lama ditulis dipapan hitam surau untuk apa jua perbincangan sebelum mesyuarat agung dilaksanakan ,namun tiada seorang pun yang membangkitkannya sehingga diputuskan akan diadakan mesyuarat pada malam tadi.Ape yang memeranjatkan kenapa mesyuarat nak dimulakan mereka2 ni buat hal pulak.(Setiausaha adalah seorang guru yang sekolahnya bertaraf ISO)manakala Bendahari pulak adalah orang kedua beso dalam PPD.

Tuan setiausaha telah turun dengan beberape orang lain yang begitu geram dengan bebelan sipengacau dan rakan2nya ni,Pengerusi surau masih berada ditempatnya untuk menahan segala tohmahan mereka2 serta bersedia untuk membalas hujah2 meraka yg dangkal itu.

Konco2 ini tadi masih membebel lagi dan semuanya dijawab oleh Pengerusi dengan berhikmah dan penuh gaya seorang pemimpin yang berilmu tanpa nada emosional atau meninggikan suara pun.Terkedu dan terdiam,hanya mampu tersengih,isteri2 deme yg berada kat sebelah aku turun,almaklum orang perempuan dengar laki deme kene smash cabut le dulu.....aku masih disitu menanti tragedi seterusnya, pengerusi memaklumkan mesyuarat dibatalkan,tunggu sampai ilham lain pulak le....tapi tak tau le bile akan dibuat....mungkin bawah pokok le .

Untuk pengetahuan semua mereka2 ini telah membawa penyokong2 mereka sendiri terdiri dari anak menantu,teman sealiran yg suka cara memecahbelahkan masyarakat kampong yg dari dulu hidup dengan harmoni dan berbaik walaupun dikampong ini karat dengan birunya.

Inginkah anda tahu siapakah mereka....mungkin ade yang tidak terkejut tapi mane yang dah faham tu akan berkata ....deme ni ke.....dah jangka dah...memang suke jadi penyibuk dan pemisah mesyarakat(tapi tak semua ahli mereka begitu kan)

Mereka2 ini adalah ahli JEMAAH ISLAH MALAYSIA...kalau anda tak percaya boleh terus bertanya pada saya,gambar2 ade saye ambil tapi saye tidak mahu mengaibkan mereka lagi...cukuplah sedikit sebanyak ape yang saye ceritakan disini.Kami punyai saksi yang ramai...dan pejuang islam yang sebenar tak kan berundur dan mengalah apatah lagi berpaling dengan hal begini.

Kesimpulannya disini berhati2 lah kita,jangan mudah terpedaya dengan percakapan yang manis, kedudukan,kekayaan,kebendaan,ilmu yang mereka rase lebih dari orang lain dan kebajikan yang dicurahkan.

PETANG INI INSYAALLAH NAIB PRESIDEN PAS PUSAT YB HJ MAHFUZ OMAR AKAN SINGGAH KAT PONDOK AKU

Saturday, January 9, 2010

RAMPASAN KUASA KE DUA AKAN BERLAKU ISNIN NI?

Isnin ni hari yang di nanti oleh jemaah surau kampung ni...ape yang akan berlaku,memang gempak punye cerite ni dah tersebar luas.

Alkisah yang terjadi ni memang le rase geram bila dengo,konco2 yang mengaku seagama seislam,sekampong yang sama2 juge mempertahankan nama Allah dari digunakan secara tidak baik,puak2 yang pi buat demonstrasi nak nunjuk deme ni le yang bebeno nak islam ,namun hakikat yang same kapal dengan deme ni dah ada rancangan yang lain juge.

Satu dunia dok heboh hal ummah dan kalimah Alah,yang gerombolan ni nak ambil alih surau dengan nak buat undi tak percaya,nak singkir pengerusi yang deme tak berkenan ni.

Dibawah ni aku catitkan sebab2 deme tak gemo beno pengerusi ni,kome nilaikan le ye.....

1. Pengerusi ni Imam Masjid
2.Pengerusi juge seorang Ustaz...walaupun dia tak gemo dipanggil ustaz
3. Pengerusi ni juge le orang kuat Pas
4.Pengerusi ni banyak beno buat program bila hari kebesaran Islam,tazkirah,pengajian dan sebagainya.
5.Pengerusi ni tak suka guna duit surau yg memang dah terkumpul,kira banyak le juge...dia lebih gemo cari sponsor atau ade hamba Allah yang sudi nak tanggung segalanya dan kekadang guna duit sendiri aje bila nak bagi penceramah atau nak buat makan2.
6.Pengerusi ni le juge yg dijemput bila ada majlis doa selamat,kematian dan segala macam lagi,suruh bace doa le.

Sumber yang amat dipercayai juga menyatekan bahawa deme tak gemo penceramah yang dibawa oleh pengerusi ni,kata deme orang dia aje,walhal semua ceramah yang dianjurkan adalah menepati tajuk,antaranya.Muharram,Maulidur Rasul dan ustaz2 yang di panggil semuanya bertauliah dan di sebut juge nombor tauliahnya setiap kali sebelum memulakan ceramah oleh pengerusi supaya yang hadir tidak le takut nak dengo.

Namun begitu disebabkan otak2 deme ni dah banyak sangat dah terkena racun 1 Malaysianya maka deme tak nak le pengerusi yang ni,nak lantik orang deme le .Ape2 pun hari isnin ni aku ingin melihat telatah dan aksi2 rampasan tersebut yang akan aku coretkan di blog ini nanti.

Dikhabarkan juge mereka tidak mahu membuat mesyuarat diwaktu siang kerana nanti dikhuatiri pengerusi surau akan membawa para2 penyokongnya yg memang selama ini amat menyenangi nya.Bila waktu malam ,orang kampong terutamanya wanita memang tak gemo sangat keluar malam,yg tinggal hanya mereka yg geragok sangat dengan kuasa macam bos deme juge.

Kalau nak tau kat mane berlaku nanti aku akan kabo pade entri yang akan datang.....

Friday, January 8, 2010

JUMAAT HARI KEBESARAN UMAT ISLAM.


JIKA orang Yahudi selalu bermegah dengan hari Sabtu sebagai hari kebesaran mingguan mereka, orang Islam pula dengan hari Jumaat yang disifatkan penghulu segala hari dan hari raya mingguan umat Muslimin.

Jumaat mendapat penghargaan istimewa berbanding hari lain sehingga dalam al-Quran dinamakan satu surah iaitu al-Jumu'ah yang diturunkan di Madinah dengan 11 ayat.

"Wahai orang yang beriman! Apabila diserukan azan untuk mengerjakan solat pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan solat Jumaat) dan tinggalkanlah berjual beli (pada saat itu) yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya)." (al-Jumu'ah:9)

Menurut Tafsir Pimpinan Ar-Rahman, ia dinamakan surah al-Jumu'ah (hari Jumaat) kerana pada ayat 9, Allah Taala memerintahkan umat Islam segera ke tempat solat Jumaat sebaik saja mendengar seruan azan serta meninggalkan urusan kerja masing-masing seperti berjual beli.

Kitab itu menerangkan, dalam ayat terbabit Allah Taala menetapkan hari Jumaat sebagai hari besar mingguan bagi umat Muhammad s.a.w serta memerintahkan supaya mengadakan satu solat khusus menandakan kebesaran hari Jumaat menggantikan sembahyang Zuhur.

"Dengan ayat ini dan berikutnya Allah Taala perintahkan umat Islam segera ke tempat solat Jumaat sebaik saja mendengar seruan azan serta meninggalkan kerja masing-masing seperti berjual beli dan kerja lain untuk mendengar khutbah dan mengerjakan solat Jumaat.

"Selesai solat Jumaat, mereka digalakkan untuk meneruskan usaha mencari rezeki sambil mengingati Allah.

"Mereka yang mematuhi ajaran Allah akan beroleh kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan akhirat," terang kitab itu.

Nabi s.a.w juga melalui hadisnya ada menjelaskan kemuliaan hari Jumaat sebagai hari raya mingguan umat Islam seperti dalam beberapa hadis yang dinukilkan dari kitab Ihya Ulumiddin karya Imam al-Ghazali.

Diriwayatkan Bukhari dan Muslim dari Abi Hurairah, maksudnya: "Bahawa ahli dua kitab itu (orang Yahudi dan Nasrani), diberikan kepada mereka hari Jumaat, maka bertengkarlah mereka, lalu berpaling daripadanya. Dan diberi petunjuk kita oleh Allah Taala untuk menerima hari Jumaat itu dan dikemudiankan oleh Allah memberikannya kepada umat ini dan dijadikannya menjadi hari raya bagi mereka. Maka adalah umat ini menjadi manusia yang lebih utama didahulukan dan ahli kedua kitab itu menjadi pengikutnya."

Melalui hadis lain Nabi s.a.w bersabda, maksudnya: "Sebaik-baik hari yang terbit padanya matahari ialah hari Jumaat. Pada hari Jumaat, dijadikan Adam a.s., dia dimasuk ke syurga, diturunkan ke bumi, diterima taubatnya, dia meninggal dan berdirinya kiamat. Adalah hari Jumaat pada sisi Allah itu hari kelebihan. Begitulah hari Jumaat dinamakan oleh kalangan malaikat di langit iaitu hari memandang kepada Allah Taala dalam syurga." (Diriwayatkan Muslim dari Abu Hurairah)

Al-Ghazali dalam kitab terbabit berkata, hari Jumaat adalah hari besar dan agama Islam dibesarkan (dimuliakan) oleh Allah dengan sebab hari berkenaan.

Menurutnya, orang Islam dikhususkan dengan hari berkenaan dan diharamkan orang Islam melakukan urusan duniawi, malah setiap perbuatan yang menghalangi mereka daripada menghadiri masjid menunaikan solat Jumaat.

Nabi Muhammad s.a.w bersabda dalam hadis yang bermaksud: "Bahawa Allah Azzawajalla mewajibkan atasmu solat Jumaat pada hariku ini, pada tempatku ini." (Hadis riwayat Ibnu Majah daripada Jabir)

Hadis berkenaan secara tegas memaklumkan kepada orang Islam mengenai kewajipan meraikan keistimewaan hari yang mulia itu dengan melakukan solat Jumaat. Sesiapa yang berkewajipan, tetapi tidak menunaikannya dikira berdosa.

Malah, Rasulullah s.a.w mengingatkan mereka yang sengaja meninggalkannya melalui sabdanya bermaksud: "Sesiapa yang meninggalkan Jumaat tiga kali tanpa halangan, nescaya dicap oleh Allah pada hatinya." (Riwayat Ahmad)

Satu kisah diceritakan. "Datang seorang lelaki kepada Ibnu Abbas, menanyakan mengenai orang yang mati tidak menghadiri Jumaat dan solat Jumaat.

Lalu jawab Ibnu Abbas: "Dalam neraka."

Orang itu berulang kali menemui Ibnu Abbas selama sebulan lamanya, menanyakan yang demikian. Tetapi Ibnu Abbas tetap menjawab: "Dalam neraka."

Daripada hadis yang diriwayatkan Anas daripada Nabi s.a.w bahawa Nabi bersabda: "Datang kepadaku Jibril a.s dan pada tangannya sebuah cermin putih, seraya berkata: 'Inilah Jumaat, yang diwajibkan atas engkau oleh Tuhan engkau, untuk menjadi hari raya bagi engkau dan umat engkau sesudah engkau.'"

Lalu aku berkata: "Apakah yang ada untuk kami pada hari Jumaat itu?"

Jawab Jibril: "Engkau mempunyai waktu yang baik. Sesiapa berdoa padanya kebajikan, nescaya dianugerahkan dia oleh Allah atau dia tiada memperoleh bahagian, maka disimpankan oleh Allah bahagiannya yang lebih besar.

"Atau berlindung ia daripada kejahatan yang telah dituliskan kepadanya, nescaya dilindungi Allah yang lebih besar daripada kejahatan itu. Hari Jumaat adalah penghulu segala hari pada kita. Kita bermohon kepada Allah pada hari akhirat, akan menjadi hari kelebihan."

Lalu aku bertanya: "Mengapa demikian?"

Maka jawab Jibril a.s: "Sesungguhnya Tuhan engkau Azzawajalla telah menjadikan dalam syurga sebuah lembah yang luas, dari kasturi putih. Maka apabila datang hari Jumaat, nescaya turunlah ia dari syurga yang tinggi di atas kerusinya.

Lalu jelaslah ia kepada mereka, sehingga mereka memandang kepada wajahnya yang mulia." (Diriwayatkan as-Syafie dan at-Tabrani daripada Anas, isnad daif)

Dalam hadis lain dinyatakan: "Bahawa tiap-tiap hari Jumaat Allah Azzawajalla mempunyai enam ratus ribu orang yang dimerdekakan dari api neraka."

Pada hadis yang diriwayatkan Anas r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda, maksudnya: "Apabila selamatlah hari Jumaat, nescaya selamatlah segala hari."

Bersabda Nabi s.a.w, maksudnya: "Bahawa neraka jahim itu menggelegak pada tiap-tiap hari sebelum tergelincir matahari pada tengah hari di puncak langit. maka janganlah kamu mengerjakan solat pada saat itu, selain hari Jumaat. Maka hari Jumaat itu adalah solat seluruhnya dan neraka jahanam tiada menggelegak padanya."

Berkata Kaab: "Bahawa Allah Azzawajalla melebihkan

Makkah dari segala negeri, Ramadan dari segala bulan, Jumaat dari segala hari dan Lailatul Qadar dari segala malam. Dan dikatakan bahawa burung dan haiwan yang berjumpa satu sama lain pada hari Jumaat mengucapkan: "Selamat, hari yang baik."

Nabi bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang meninggal pada hari Jumaat atau malamnya, nescaya dituliskan Allah pahala syahid dan dipeliharakan Allah daripada fitnah kubur."

Di dalam buku Fatwa-fatwa Terkini oleh Syeikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz, Syeikh Muhammad bin Shalih al-Utsaimin, Syeikh Abdullah bin Abdurahman al-Jibrin dan Syeikh Saleh bin Fauzan al-Fauzan ada menyatakan hari raya yang disyariatkan sudah diketahui kaum Muslimin iaitu Aidilfitri dan Aidiladha serta hari raya mingguan.

Hari raya mingguan yang dimaksudkan itu ialah hari Jumaat. Dengan ini tidak ragu lagi Jumaat adalah hari yang cukup besar dalam Islam.

Wednesday, January 6, 2010

BAHAYA ANCAMAN FLUORIDA



APA ITU FLUORIDA?
Fluorida merupakan sisa keluaran industri baja, sejenis racun tikus dan digunakan dalam sektor industri sebagai racun serangga untuk menghapuskan semut dan lipas. Fluorida merupakan racun tersembunyi (seperti sianida) yang memudaratkan, bertoksik dan mampu berkumpul sungguhpun hanya sedikit ditelan.

MENGAPA FLUORIDA BERBAHAYA?
Pentadbiran Makanan & Ubatan Amerika (FDA) menganggap fluorida sebagai "ubat baru yang tidak diluluskan" kerana tidak ada bukti mengenai keselamatan mahupun keberkesanannya.
Sesetengah kumpulan berkepentingan awam seperti Akademi Antarabangsa Bagi Ubatan, Makanan & Toksikologi (pertubuhan bukan kerajaan Kanada yang membiayai penyelidikan mengenai bahan bertoksik yang digunakan dalam pergigian) telah mengkelaskan fluorida sebagai "ubat untuk pergigian yang tidak diluluskan" disebabkan kadar keracunannya tinggi.
Satu tinjauan yang dijalankan pada tahun 1997 dengan bantuan pengeluar ubat gigi dan Persatuan Pergigian Amerika Syarikat mendapati purata orang yang memberus gigi dengan ubat gigi berfluorida walaupun sedikit (1 gram) mengikut sukatan yang disarankan, menelan antara 0.3-0.4 mg fluorida setiap kali memberus gigi.
Ini bermakna anda menerima hampir separuh daripada kadar harian fluorida yang diterima cuma dengan memberus sekali sehari, tanpa membabitkan sumber lain.

MENGAPA KITA TIDAK MEMERLUKAN FLUORIDA PADA UBAT GIGI?
Dos fluorida harian yang diterima melalui pemakanan sudah mencukupi keperluan seseorang. Pihak berkuasa di Malaysia telah menambahkan fluorida kedalam sistem bekalan pengairan dan oleh sebab yang demikian, setiap titis air dalam bentuk teh, kopi, minuman berais dan sebagainya menyumbang kepada penambahan fluorida sedia ada. Makanan harian seperti sayuran juga terdedah kepada fluorida melalui racun serangga dan lain-lain. Fluorida juga terdapat pada tulang ikan seperti ikan bilis dan sardin. Sebagai rumusan, makanan lazim harian telah membekalkan sumber fluorida yang mencukupi untuk keperluan kita. Oleh sebab yang demikian, kita tidak lagi memerlukan tambahan fluorida melalui ubat gigi atau ubat kumur dan ini akan mendatangkan kemudaratan terhadap kesihatan seseorang itu.

KES MAHKAMAH
Kesan-kesan buruk fluorida pada masa lalu pernah dibawa ke mahkamah. Apa yang dipercayai merupakan yang pertama. Colgate-Palmolive membayar pampasan sebanyak £1,000 (kini dianggarkan kira-kira RM 6,000) kepada keluarga seorang kanak-kanak berusia 10 tahun di Essex, England yang menderitai masalah "Dental Fluorosis" (enamel kotor dan berkarat), iaitu antara tanda pertama keracunan fluorida.

PENYELIDIKAN AWAM
Penyelidikan yang dijalankan pada pertengahan tahun 90-an oleh bekas ketua bahagian kimia Institut Penyelidikan Kanser Kebangsaan Amerika, mendapati kira-kira 10,000 kematian akibat kanser yang dikaitkan dengan penggunaan fluorida berlaku setiap tahun di Amerika Syarikat.
Penyelidikan yang dijalankan di Amerika Syarikat bagi Program Toksikologi Kebangsaan (NTP) pada tahun 1990-1991 menunjukkan kecenderungan peningkatan dalam osteosarkoma (salah satu kanser peringkat awal yang menyerang kanak-kanak) dalam tikus jantan yang diberikan fluorida. Menurut NTP, fluorida berkemungkinan bahan penyebab kanser kepada manusia."

AMARAN & PANDUAN
Pada tahun 1997, FDA telah menetapkan setiap Ubat gigi berfluorida yang dijual di Amerika Syarikat perlu meletakkan tanda amaran racun/bahaya:


"WARNING: KEEP OUT OF REACH OF CHILDREN UNDER 6 YEARS OF AGE. IF YOU ACCIDENTALLY SWALLOW MORE THAN USED FOR BRUSHING, SEEK PROFESSIONAL HELP OR CONTACT A POISON CONTROL CENTER IMMEDIATELY."
/
“AMARAN: JAUHKAN DARI KANAK-KANAK BERUMUR 6 TAHUN KEBAWAH, SEKIRANYA TERTELAN MELEBIHI DOS YANG DITETAPKAN, SILA DAPATKAN RAWATAN PAKAR ATAU HUBUNGI PUSAT KAWALAN RACUN DENGAN SEGERA”

picdew.jpg

FLUORIDA MAMPU MENYEBABKAN:

- Kematian
- Kanser
- Ruam Kulit
- Luka Kanser
- Kelunturan Warna Gigi
- Masalah Gastrik
- Penyebab atau Membantu Menyebabkan Kerapuhan Tulang
- Keracunan Saraf
- Kanser Tulang
- Keretakan Tulang
- Membantu Menyebabkan Kekurangan IQ di Kalangan Kanak-kanak
- Meransang Masalah Buah Pinggang di Kalangan Pesakit


BAHAYA KEPADA KANAK-KANAK?-SEMESTINYA!
Memandangkan fluorida mampu meresap menerusi gusi dan kanak-kanak di bawah usia 7 tahun yang menelan 50% daripada ubat gigi ketika memberusnya (mengikut kajian), dan memandangkan fluorida turut terkandung dalam air dan pelbagai produk lain (seperti ubat kumur), kita terus terdedah kepada risiko kanser apabila memakai ubat gigi berfluorida.Lihat jadual tersebut:

graf3.png

SUMBER MAKLUMAT:
Panduan CAP, Bahan Penyebab Kanser Dalam Kosmetik & Produk Kegunaan
www.fluoridealert.org









Tuesday, January 5, 2010

PENYAKIT UJI KEIMANAN DAN KESABARAN MANUSIA



Umat Islam digalak ziarah, hulur bantuan ringankan beban orang sakit

SETIAP penyakit yang didatangkan Allah kepada kita umat Islam semuanya adalah ujian terhadap keimanan kita kepada-Nya. Ujian itu sama ada besar atau kecil bertujuan menghapuskan dosa jika kita bersabar.

Semua penyakit yang didatangkan Allah mempunyai ubat kecuali penyakit tua dan mati atau sampai ajal seseorang. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Mereka bertanya: Ya Rasulullah, apakah kami berubat? Baginda menjawab; Ya Wahai hamba Allah, sesungguhnya Allah meletakkan penyakit dan diletakkan pula penyembuhannya, kecuali satu penyakit iaitu penyakit ketuaan." (Riwayat Abu Sunnah)

Sementara itu, Allah juga memberi ganjaran kepada orang yang menziarahi orang sakit. Daripada Thauban, Nabi SAW bersabda yang bermaksud: "Orang yang menziarahi orang sakit sentiasa berpeluang 'memungut' ganjaran dari syurga sehinggalah ia pulang." (Hadis riwayat Muslim)

Daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Barang siapa mengunjungi orang sakit atau menziarahi saudaranya yang seagama, maka memanggil akan dia oleh malaikat: Baik engkau dan baik perjalanan engkau dan sesungguhnya engkau telah menempatkan dalam syurga suatu tempat yang baik."

Dalam keadaan pesakit terlantar di katil hospital atau rumah, mereka akan rasa dihormati jika ada saudaranya, kaum kerabatnya dan kawan serta kenalannya datang menziarah. Kunjungan itu akan mengurangkan bebanan perasaan serta mengurangkan rasa sakitnya.

Tetapi seandainya tidak ada keluarga dan kawan menziarahi, dia akan berasa terasing, sedih dan pilu. Ini akan menambahkan lagi bebanan rasa sakitnya. Oleh itu, menziarahi orang sakit sangat digalakkan oleh Islam.

Cegahlah segala penyakit, sebab itu lebih utama daripada mengubatinya. Dalam kehidupan umat Islam, sesudah nikmat iman, tidak ada pemberian Allah yang lebih baik daripada nikmat kesihatan.

Oleh itu, jika menghidap penyakit segeralah diubati supaya tidak melarat dan mendatangkan lebih banyak mudarat.

Jangan sesekali meminta kepada orang biasa atau dukun pengamal mistik yang mengaku mempunyai ilmu ghaib. Barang siapa mendatangi mereka maka Allah tidak akan menerima sembahyangnya selama 40 hari.

Sementara itu, jangan berubat dengan benda haram, misalnya alkohol, binatang atau benda lain yang diharamkan Allah kerana Allah yang menciptakan penyakit tidak menjadikan yang haram sebagai penyembuh.

Uthman bin Abu al-Ass mengadu kepada Rasulullah SAW akan kesakitan dirasai pada jasadnya sejak ia memeluk Islam, lalu Rasulullah SAW bersabda kepadanya: "Letakkan tangan engkau pada bahagian jasad yang engkau merasai sakit dan katakanlah: Dengan nama Allah, sebanyak tiga kali, kemudian katakanlah sebanyak tujuh kali: Aku mohon berlindung dengan Allah dan kekuasaan-Nya daripada keburukan yang aku dapat dan aku berwaspada." (Hadis riwayat Muslim)

Sementara itu, Rasulullah SAW juga mengajar doa menziarahi orang sakit. Daripada Ibnu Abbas, Nabi SAW bersabda yang bermaksud: "Orang yang menziarahi pesakit yang belum tiba saat kematiannya, lalu ia berkata di sisinya, sebanyak tujuh kali: Aku bermohon kepada Allah Yang Maha Besar, Tuhan 'Arasy yang Agung, agar menyembuhkan engkau. Nescaya Allah akan menyelamatkannya daripada penyakit itu." (Hadis riwayat Abu Daud)

Jelaslah sakit dan penyakit adalah ujian Tuhan kepada hambanya. Setiap orang akan merasa sakit sama ada sakit berat atau ringan. Setiap penyakit ada ubatnya. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Allah tidak menurunkan suatu penyakit melainkan Allah menurunkan penyembuhan untuknya." (Hadis riwayat al-Bukhari)

Apabila anda sedang sakit, bersabar dan bertawakal sambil berikhtiar untuk berubat. Penyakit datang dengan tiba-tiba, sedangkan penyembuhannya memerlukan waktu yang lama. Harus diingat, doktor hanya mampu mengubati sedangkan yang menyembuhkan adalah Allah.

Bagi mengelakkan penyakit, selalu bersenam, jangan makan terlalu kenyang ini kerana terlalu banyak makan mengakibatkan timbulnya penyakit jantung, darah tinggi, hati dan paras kolesterol tinggi.

Umat Islam juga diingatkan mengelakkan penyakit yang mengaibkan dan berbahaya. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada penyakit sopak, gila, kusta dan segala penyakit yang berbahaya."

Dan dalam hadis lain, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada mati sebab jatuh ke dalam telaga, mati akibat runtuhan, tenggelam, kebakaran dan aku berlindung daripada dibinasakan oleh syaitan ketika hendak mati, aku berlindung kepada-Mu, dan aku berlindung daripada mati kerana sengatan binatang yang bisa." (Hadis riwayat al-Nasai dan al-Hakim)

Sesungguhnya Nabi Muhammad SAW sebagai seorang rasul memang dipelihara Allah daripada sebarang penyakit jelik. Bahkan Baginda mengingatkan kepada umatnya supaya berusaha mengelakkan dan menjauhi penyakit yang mengaibkan dan perkara buruk lain.

Sakit adalah takdir Allah yang menimpa kepada sesiapa dikehendakinya. Tidak ada orang yang meminta untuk mendapat penyakit. Tetapi apabila penyakit menimpa, maka hendaklah kita bersabar menerima takdir Allah dan berusaha supaya disembuhkan daripada penyakit itu.

Monday, January 4, 2010

CORAT-CORET PERSEKOLAHAN 2010.

Hari ini adalah hari pertama persekolahan di negeri Perak ni,kalau di Kedah dan Kelantan dah bermula semalam.Tadi aku berkesempatan untuk menghantar Muhammad Wafiy ke sekolah,dah masuk tahun 2 ,hari hujan sejak pukul tujuh lagi.

Dalam tinjauan aku di sekolah tadi,ramai ibubapa yang menanti anak diluar kelas serta menyelesaikan yuran2 sekolah.Hampir pukul 8 semua ibubapa beredar dari kelas anak mereka,nampaknya pada hari pertama tahun ni tak nampak le ada budak yang menangis dan mengikut mak ayah balik.

Suasana di sekolah pagi ni nampaknya amat tenang sekali,dikantin pun tiada ibubapa yang menanti ,cuma aku rase waktu rehat nanti akan ramai ibubapa yang datang untuk menghantar bekalan dan mengajar anak2 membeli di kantin.

Untuk tahun ini yuran tambahan tidaklah membebankan sangat, untuk tahun 2 saje dalam sekitar Rm 37 ringgit sahaja,tahun lain belum dipastikan lagi.Dalam tahun 2010 ni juga ,aku dapat tahu 2 bahasa tambahan akan diajar Mandarin dan Tamil ,meliputi semua tahun dan bangsa.Ngape tak bahasa korea agaknya ye........Dah le subjek Sains dan Matematik diajar dalam bahasa Inggeris,kini nak tambah bahasa lagi...tak tau le kita ape bahasa akan anak kite cakap nanti dirumah.

Kalau semalam aku menghantar anak ke asrama,kos semua sekali dalam Rm 400 ringgit lebih itu belum le lagi di kira barang2 keperluan lain,kalau kira dah ribu2 habisnya.Bayangkan lah kita mereka2 yang ada anak2 bersekolah ramai tu,ada yang 4 orang,5 orang macamane ye..ape2 pun kene le korek2 juge.

Pada petang ni pulak,anak2 akan dihantar ke KAFA pulak,pening le lagi ibubapa ya,kelas KAFA pun kosnya ratus juge aku dengar,termasuk bukunya,yuran dan segala macam lagi yang kene dibayar,bagi sekolah aku,hanya RM 25 ringgit sahaja yang dikenakan,kerana tak nak membebankan ibubapa,kami tak menggalakkan membeli buku sumber kerana murid akan malas untuk menulis dan nanti mereka juga tidak tahu untuk menulis jawi dengan baik dan cantik.

Itulah cara sejak awal ditubuhkan,KAFA kami tidak membekalkan buku pada anak murid,hanya untuk guru sahaja sebagai rujukan dan alat bantuan sahaje.Alhamdullilah mereka dapat menulis dengan cantik,cepat membaca dan rajin juge menulis,tak payah nak pening2 kepala bayar ratus2,lepas tu buku tu akan dibuang,pada tahun depan beli lain pulak.

Awal2 persekolahan ni mungkin aku agak sibuk sikit,program2 parti pun rasenya jarang diadakan pade awal tahun,mungkin dalam bulan 2 berjalan seperti biasa semula.Kepada semua guru2,ustaz dan ustazah dan kepada yang tugasnya mendidik anak bangsa,diharapkan dapat menjalankan amanah yang Allah berikan ini dengan sebaik mungkin,jangan hanya mengejar gaji tapi amanah mendidik anak2 menjadi manusia yang beriman dan soleh dipandang remeh sahaja.

Jalankan tugas dengan penuh tanggungjawab,istiqamah dan didiklah mereka sebagaimana kita mendidik dan mengajar anak2 kita sendiri untuk menjadikan mereka manusia yang berguna di dunia dan di akhirat.

Friday, January 1, 2010

LALAT DAN PENYAKIT: RASULLULLAH DAN SAINTIS.


Dari Abi Hurairah r.a berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud: " "Apabila lalat jatuh ke dalam minuman salah seorang di antara kamu maka rendamkanlah lalat itu kemudian buanglah. Kerana pada salah satu sayapnya terdapat penyakit dan pada sayap yang lain terdapat ubat." Riwayat al-Bukhari

Huraian :
Islam menghendaki kita supaya menjaga kebersihan bukan sahaja pada pakaian dan tempat tinggal malah pada makanan dan juga minuman. Rasulullah SAW amat menitikberatkan hal ini sehinggakan apabila seekor lalat pun yang memasuki makanan atau minuman, baginda menyuruh kita berwaspada terhadap penyakit yang bakal menimpa seperti keracunan makanan dan sebagainya.

Apa yang disebutkan di dalam hadis di atas telah pun dibuat kajian oleh para saintis pada zaman kemudiannya. Contohnya pada tahun 1871, Prof. Brefild, Ilmuwan Jerman dari Universiti Hall menemui mikroorganisma jenis Fitriat yang diberi nama Ambaza Mouski dari golongan Antomofterali. Mikroorganisma ini hidup di bawah tingkat zat minyak di dalam perut lalat. Ambaza Mouski ini berkumpul di dalam sel-sel sehingga membentuk kekuatan yang besar. Kemudian sel-sel itu akan pecah dan mengeluarkan sitoplasma yang dapat membunuh kuman-kuman penyakit. Sel-sel tersebut terdapat di sekitar bahagian ke tiga dari tubuh lalat, iaitu pada bahagian perut dan ke bawah.

Kemudian pada tahun 1947, Ernestein seorang Inggeris juga menyelidiki Fitriat pada lalat ini. Hasil penyelidikannya menyimpulkan bahawa fitriat tersebut dapat memusnahkan pelbagai bakteria. Tahun 1950, Roleos dari Switzerland juga menemui mikroorganisma ini dan memberi nama Javasin. Para peneliti lain iaitu Prof. Kock, Famer (Inggeris), Rose, Etlengger (German) dan Blatner (Switzerland) melakukan penyelidikan dan membuat kesimpulan yang sama tentang mikroorganisma pada lalat sekali gus membuktikan bahawa pelbagai penyakit dan bakteria pada lalat hanya terdapat pada hujung kakinya saja dan bukan pada seluruh badannya.

Justeru mikroorganisma yang dapat membunuh kuman itu tidak dapat keluar dari tubuh lalat kecuali setelah disentuh oleh benda cair. Cairan ini dapat menambah tekanan pada sel-sel yang mengandungi mikroorganisma penolak kuman sehingga pecah dan memercikkan mikroorganisma istimewa ini.

Maka adalah ternyata bahawa apa yang dikatakan oleh Rasulullah adalah benar iaitu saranan baginda kepada kita agar menenggelamkan lalat terlebih dahulu ke dalam air bagi mengeluarkan mikroorganisma penolak kuman dari badan lalat tersebut, dalam erti kata bahawa badannya harus dibasahkan sebelum membuangnya dan air yang menjadi tempat pendaratan lalat tadi dapat diminum dengan selamat. Subhanallah betapa hebatnya junjungan kita, Nabi Muhammad SAW.
Related Posts with Thumbnails