SAHABAT2 SEPERJUANGAN

SAHABAT2 SEPERJUANGAN

Followers

Saturday, January 9, 2010

RAMPASAN KUASA KE DUA AKAN BERLAKU ISNIN NI?

Isnin ni hari yang di nanti oleh jemaah surau kampung ni...ape yang akan berlaku,memang gempak punye cerite ni dah tersebar luas.

Alkisah yang terjadi ni memang le rase geram bila dengo,konco2 yang mengaku seagama seislam,sekampong yang sama2 juge mempertahankan nama Allah dari digunakan secara tidak baik,puak2 yang pi buat demonstrasi nak nunjuk deme ni le yang bebeno nak islam ,namun hakikat yang same kapal dengan deme ni dah ada rancangan yang lain juge.

Satu dunia dok heboh hal ummah dan kalimah Alah,yang gerombolan ni nak ambil alih surau dengan nak buat undi tak percaya,nak singkir pengerusi yang deme tak berkenan ni.

Dibawah ni aku catitkan sebab2 deme tak gemo beno pengerusi ni,kome nilaikan le ye.....

1. Pengerusi ni Imam Masjid
2.Pengerusi juge seorang Ustaz...walaupun dia tak gemo dipanggil ustaz
3. Pengerusi ni juge le orang kuat Pas
4.Pengerusi ni banyak beno buat program bila hari kebesaran Islam,tazkirah,pengajian dan sebagainya.
5.Pengerusi ni tak suka guna duit surau yg memang dah terkumpul,kira banyak le juge...dia lebih gemo cari sponsor atau ade hamba Allah yang sudi nak tanggung segalanya dan kekadang guna duit sendiri aje bila nak bagi penceramah atau nak buat makan2.
6.Pengerusi ni le juge yg dijemput bila ada majlis doa selamat,kematian dan segala macam lagi,suruh bace doa le.

Sumber yang amat dipercayai juga menyatekan bahawa deme tak gemo penceramah yang dibawa oleh pengerusi ni,kata deme orang dia aje,walhal semua ceramah yang dianjurkan adalah menepati tajuk,antaranya.Muharram,Maulidur Rasul dan ustaz2 yang di panggil semuanya bertauliah dan di sebut juge nombor tauliahnya setiap kali sebelum memulakan ceramah oleh pengerusi supaya yang hadir tidak le takut nak dengo.

Namun begitu disebabkan otak2 deme ni dah banyak sangat dah terkena racun 1 Malaysianya maka deme tak nak le pengerusi yang ni,nak lantik orang deme le .Ape2 pun hari isnin ni aku ingin melihat telatah dan aksi2 rampasan tersebut yang akan aku coretkan di blog ini nanti.

Dikhabarkan juge mereka tidak mahu membuat mesyuarat diwaktu siang kerana nanti dikhuatiri pengerusi surau akan membawa para2 penyokongnya yg memang selama ini amat menyenangi nya.Bila waktu malam ,orang kampong terutamanya wanita memang tak gemo sangat keluar malam,yg tinggal hanya mereka yg geragok sangat dengan kuasa macam bos deme juge.

Kalau nak tau kat mane berlaku nanti aku akan kabo pade entri yang akan datang.....

2 comments:

anakmuaallaf said...

Salam JU,
Itulah budaya UMNO.Selepas ini akan dilancarkan "surau 1Malaysia".Klinik 1Malaysia dah ada.
Jika tidak berjaya rampasan kuasa ini,mau sanggup mereka bakar surau ini seperti pembakaran gereja.
Mereka sanggup buat apa sahaja demi survival politik mereka.
Boleh dibilang dengan jari, apabila AJK surau dan masjid orang UMNO makmumnya ramai atau tidak?

halimkembara said...

He he nak tergelak saya baca komen anak mualaf ni kak,siapalah agaknya yang berebuat ni kak ye nak saya kasi tahu ke kak,tak payah lah yer biar dia baca betul betul siapa sebenarnya yang berebut

Related Posts with Thumbnails