SAHABAT2 SEPERJUANGAN

SAHABAT2 SEPERJUANGAN

Followers

Friday, October 29, 2010

JAWAPAN TUAN GURU NIK AZIZ.....

"Bismillahir-Rahmanir-Rahim: Tergerak hati saya untuk memberikan ulasan berkenaan kenyataan Timbalan Presiden Umno ketika berkempen di Galas, semalam (27 Oktober) yang disiarkan (Utusan Malaysia, 28 Oktober 2010, ms 3) dengan tajuk TPM BIDAS ’FATWA’ IKUT SUKA PAS.”

Tan Sri Muhyiddin Yasin dilaporkan menyebut : ''Perangai mereka macam biasalah, apa yang mereka buat 'halal' yang kita 'haram', yang dia (buat) masuk syurga, yang kita masuk neraka. Dari segi konteks kerjasama dengan masyarakat apa bezanya antara DAP dan MCA."

Nampaknya pilihan raya kecil N.45 Dun Galas sekali lagi menjadi medan pemimpin Umno menghentam PAS khususnya berkenaan kerjasama PAS dengan Pakatan Rakyat melibatkan DAP. Nampak sangat kemarahan Umno apabila PAS menjalinkan hubungan kerjasama dengan DAP. Gerun benar Umno apabila PAS yang dijadikan hantu untuk menakut-nakutkan masyarakat Cina berikut orang Cina sudah boleh didekati dan tidak lagi digeruni.

Sukacita saya jelaskan, ada bezanya kerjasama antara Umno dengan MCA dan MIC dalam Barisan Nasional dengan kerjasama antara PAS dan DAP mahu pun KeAdilan di dalam Pakatan Rakyat. Ia bagaikan langit dengan bumi. Hairannya, penjelasan demi penjelasan telah diberikan. Namun, apabila telinga disumbat dan mata ditutup, tidak ada gunanya segala penjelasan yang diberikan. Pada hemat saya, pemimpin Umno sudah tenggelam dalam keghairahan untuk memburu kemenangan di Galas, hingga lupa tinggi rendahnya lantai tempat berpijak.

Beberapa hari lepas, pemimpin yang sama telah mencadangkan supaya mata pelajaran Sejarah menjadi mata pelajaran yang wajib untuk peperiksaan SPM bermula tahun 2013. Menunjukkan di sini Sejarah amat penting. Cuma saya ingin mengingatkan bahawa al-Quran sendiri tidak pernah meninggalkan aspek sejarah dalam penceritaannya. Bermula dengan sejarah penciptaan manusia seterusnya sejarah dakwah para nabi dan juga sejarah kehancuran umat-umat terdahulu. Makaa, al-Quran mahukan kita belajar dari sejarah. Justeru, PAS sendiri tidak pernah lupa untuk berguru dengan sejarah.

Bukankah sejarah mencatit bagaimana PAS telah diajak masuk bergabung ke dalam Barisan Nasional oleh Allahyarham Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia pada tahun 1973? Dengan hati yang ikhlas, PAS pada masa itu menyambut huluran tangan perpaduan tanpa menyedari musibah yang akan dihadapi. Rupanya Barisan Nasional tidak lebih sebagai perangkap bagi PAS. PAS bersama Umno membentuk Barisan Nasional demi perpaduan. Namun hasilnya PAS di Kelantan telah berpecah kepada empat, iaitu PAS, Bebas Bersatu, Hamim dan Berjasa. PAS hampir-hampir ranap akibat perpecahan tersebut. Malangnya selepas Umno kembali kuat, PAS ditendang daripada Barisan Nasional dan akhirnya kehilangan kerajaan di Kelantan pada tahun 1978. Apa hasilnya kerjasama PAS dengan Umno? Tangan Umno yang terkapai-kapai kelemasan dipegang erat dan diselamatkan oleh PAS. Apabila, terselamat lalu PAS ketika sarat dengan masalah terus ditendang ke laut, lemas keseorangan.

Di sini sukacita dinyatakan, hubungan PAS dengan DAP yang dikatakan chauvinis Cina, ia tiada unsur khianat dan PAS tidak dikhianati. Jika pemimpin Umno bertanya, apa bezanya kerjasama dalam Barisan Nasional dengan Pakatan Rakyat? Jawapannya, kerjasama PAS dengan DAP dalam Pakatan Rakyat tidak pernah menjejaskan prinsip PAS sebagai sebuah gerakan Islam. Awal-awal PAS sudah nyatakan, jika mahu teruskan kerjasama dengan PAS, kita tak akan buang dasar Islam, jika dibuang maka tiadalah PAS, kerana adanya PAS adalah untuk berjuang Islam. Dan PAS masih tetap dengan agenda Islam. Kerana kita yakin, perjuangan Islam sedia memberi keadilan untuk semua.

Seketika dulu, DAP sendiri pernah keluar daripada Barisan Alternatif apabila tidak dapat menerima agenda Islam yang dibawa oleh PAS. Tetapi mereka mula faham dengan keadilan prinsip Islam yang berjaya ditunjukkan setelah 20 tahun PAS mentadbir Kelantan. Di sini kita lihat, pemimpin DAP tidak anti Islam kerana mereka secara beransur-ansur kini mula mengenali Islam. Malah di Pulau Pinang kini yang diperintah DAP, kita dapati ketua menterinya banyak menerima pakai prinsip pentadbiran Islam. Malah ada pemimpin DAP yang sudah boleh memetik ayat-ayat al-Quran untuk rujukan, pemimpin Umno pula semakin menjauhi al-Quran. Justeru kita lihat, pengalaman PAS bersama DAP itu, hasilnya menunjukkan sekurang-kurangnya Islam sudah tidak digeruni oleh non muslim. Inilah beza besar kerjasama PAS dengan DAP dibandingkan kerjasama Umno dengan MCA. Ingin saya bertanya, apa ruginya orang Islam apabila DAP mula berjinak-jinak dengan Islam?

Sayang sekali, Umno masih berfikir dengan kerangka perjuangan Melayu yang sempit. Melayu pun tidak terbela, Islam pun tidak terjaga. Umpama lebai malang, ke hilir pun berlapar, ke hulu pun tidak kenyang. Kononnya, Melayu dan Islam ialah perkara yang sama. Umno sudah buat silap sekian lama dalam mentafsirkan Islam. Lihat sahaja, cara pentadbiran kerajaan Umno yang bercadang menjadikan Malaysia sebuah hub pusat hiburan malam kononnya bagi memacu industri pelancongan mengikut Program Transformasi Ekonomi (ETP). Apakah cara itu cara yang Islamik dan adakah ia serasi dengan budaya Melayu? Di manakah pula disangkut agenda Melayu yang kononya berteraskan Islam yang diperjuangkan Umno? Ini pendekatan silap Umno sekian lama sehingga menyebabkan pemimpoin MCA terus takut dengan Islam. Akhirnya non muslim terus dirundung Islamofobia.

Hakikatnya, Umno yang memperalatkan Islam. Bila tersepit, Islam juga yang dicari. Bukankah salah seorang Naib Presiden Umno sendiri sewaktu Perhimpunan Agung Umno yang lepas mencadangkan supaya Umno menjadikan masjid sebagai tempat untuk mendaftar pengundi baru? Hairan saya, tidakkah prinsip Umno selama ini, politik tidak boleh dibawa ke masjid? Hari ini, bila tersepit Umno sendiri mula menggadaikan prinsip? Bukankah saya sendiri dihentam begitu teruk oleh pemimpin Umno dan media suara Umno dengan menuduh saya berpolitik atas masjid? Nampaknya, selepas bangunan Umno di Kota Bharu sudah terjual, Umno sendiri sudah ingin menjual prinsipnya pula..

Nasihat saya, kembalilah kepada Islam. Tinggalkanlah pemikiran sekular yang tidak akan sampai ke akhirat. Sangatlah jauh berbeza pemikiran seorang mukmin dan seorang pendukung sekular. Orang-orang mukmin melihat jauh ke akhirat, sedangkan orang-orang sekular melihat hanya setakat dunia sahaja. Umpama seorang anak yang berumur dua tiga tahun bila bersama ibunya ke pasar. Anak kecil itu hanya berfikir untuk membeli belon dan alat-alat permainan yang boleh menyeronokkan. Berbeza dengan pemikiran si ibu, pemikirannya berkisar kepentingan sekeluarga. Maka si ibu berfikir, apakah lauk pauk atau makanan yang perlu dibawa pulang untuk kesiapan sewsi rumah nanti. Itulah perumpamaan pemikiran sekular yang hanya terhenti setakat di dunia, seumpama seorang anak kecil yang berfikir setakat alatan permainannya semata-mata.

Justeru peringatan untuk semua pencinta perjuangan sekular. Dunia belum kiamat, dan ada masa untuk kembali ke pangkal jalan. Firman Allah SWT (Surah Yunus 10:84):

“Dan Nabi Musa pula berkata (kepada kaumnya): Wahai kaumku! Kalau sungguh kamu beriman kepada Allah, maka hendaklah kamu berserah diri kepadaNya, jika betul kamu orang-orang Islam (yang berserah diri bulat-bulat kepada Allah).”

Maka seruan saya, kembalilah kepada perjuangan Islam, kerana Islam itu ajaran yang menyelamat dan mensejahterakan seluruh umat di dunia ini.

Sekian.

Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat,
Al-Mursyidul Am PAS merangkap Menteri Besar Kelantan.
Kota Bharu: 20 Zulkaedah 1431/28 Oktober 2010

Wednesday, October 27, 2010

MALAYSIA DARUL HIBURAN............

Seperti dijangkakan, tindakan kerajaan melalui Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang mahu menjadikan Malaysia sebagai hab hiburan malam mula mendapat tentangan kumpulan NGO Islam.

Bagi Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), tindakan pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak itu 'disambut' mereka secara amat sinis.

"Tahniah kerana (kerajaan) berjaya menghancurkan rakyatnya," kata Setiausaha Agung PPIM Datuk Dr Ma'amor Osman (kiri) sambil menyifatkannya sebagai pengkhianatan kepada pentadbiran perdana menteri sebelum ini, khususnya Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menurut perancangan ETP yang dikeluarkan kelmarin, pentadbiran Najib mahu menjadikan Malaysia sebagai hab hiburan malam bagi memacu industri pelancongan.

Ini akan dilaksanakan dengan penubuhan beberapa kelab malam terkemuka, menganjurkan konsert utama, melonggarkan garis panduan untuk penghibur antarabangsa dan "mempakejkan" semula acara antarabangsa seperti Formula 1 dan MotoGP.

Lebih mengejutkan, EPP mencadangkan penubuhan zon hiburan di lima negeri, termasuk Lembah Klang yang akan menyaksikan terdapat sekurang-kurang 10 kelab malam menjelang 2014.

Budaya berfoya-foya

Ketika dihubungi Malaysiakini tengah hari ini, Dr Ma'amor - pemimpin NGO Islam yang dilihat agak 'rapat' dengan kerajaan - berkata, rancangan ETP itu menyalahi pelbagai perkara, termasuk gagasan Wawasan 2020 yang mahu negara ini maju dengan acuan sendiri.

"Budaya kelab malam ini bukan budaya Timur. Ia budaya Barat, budaya berfoya-foya.

"Saya ucap tahniahlah kerana berjaya mengkhianati negarawan negara (Dr Mahathir)," katanya.

Ditanya berhubung tindakan susulan PPIM bagi menyatakan menangani rancangan itu, Ma'mor berkata:

"Kita tak pergilah (ke kelab malam). Boikot pun tak guna. Tak ada ahli kita yang pergi ke kelab malam. Tunggu pilihan rayalah nanti."

PPIM antara NGO pengguna Islam yang diingati kerana kempen boikot produk barangan tertentu seperti barangan keluaraan Yahudi dan Amerika Syarikat sebelum ini.

Merafak sembah pada Agong

Sementara itu, Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Jais Abdul Karim pula menggesa kerajaan memikirkan semula kewajaran tindakan itu kerana ia "punca kepada masalah sosial".

"Kita risau (jika) spa dan disko diperbanyakkan, keupayaan kita untuk membendung masalah sosial bertambah buruk," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Menurutnya, rancangan itu "tidak sesuai" sebaliknya kerajaan perlu memikirkan kelainan untuk ditunjukkan kepada pelancong seperti melalui pusat makanan tradisional, muzium budaya atau program homestay.

"Saya berpendapat pelancong luar datang bukan nak untuk melihat kelab malam sebab di negara mereka kelab malam lebih canggih dan menarik," katanya.

Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM) pula mahukan perdana menteri menarik balik rancangan dalam program ETP itu bagi menghormati kedudukan agama Islam di sisi Perlembagaan Persekutuan.

"PPMM juga merafak sembah kepada DYMM Yang di-Pertuan Agong agar mempertahankan jati diri kebangsaan yang berteraskan kepada Islam dalam setiap tindakan kerajaan," kata presidennya Zainul Rijal Abu Bakar dalam satu kenyataan.

Hab halal lebih utama

Zainul Rijal berkata rancangan itu juga tidak selari dengan satu prinsip Rukun Negara iaitu kesopanan dan kesusilaan.

Sementara itu, Persatuan Ulama Malaysia (PUM) pula berpendapat, Malaysia tidak sesuai dijadikan hab hiburan memandangkan negara ini diiktiraf sebagai negara Islam.

"Sebagai sebuah negara Islam, kerajaan seharusnya membangunkan industri pelancongan yang memberi peluang kepada pelancong untuk mengenali warisan Islam negara dan melihat masyarakat Islam negara ini yang hidup aman damai dengan kewujudan pelbagai agama," kata setiausahanya Dr Mohd Roslan Mohd Nor.

Katanya, banyak kaedah untuk memacu ekonomi negara antaranya dengan menjadikan negara ini sebagai hab pendidikan sains dan pendidikan Islam.

"Dan lebih utama dikembangkan hab halal dengan memperkenalkan pelancongan halal sebagai keunikan Malaysia tersendiri," kata Mohd Roslan lagi.

BETUL KE NAK SIASAT NI???????

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka 13 kertas siasatan, 14 kertas penyiasatan awal serta lima kertas pemeriksaan dan perundingan berhubung beberapa isu yang dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2009, yang diumumkan semalam.

SPRM dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan bahawa tiga kertas siasatan dibuka di Johor, enam di ibu pejabat, dua di Terengganu serta masing-masing satu di Sarawak dan Selangor.

Bagi kertas penyiasatan awal, enam dibuka di Perak, dua di Labuan, Sabah dan Kedah serta masing-masing satu di Terengganu dan Selangor.

Sementara itu, tiga kertas pemeriksaan dan perundingan dibuka di Johor serta masing-masing satu di Labuan, Sabah dan Sarawak.

Menurut kenyataan itu, SPRM akan mengenal pasti beberapa perkara lain yang dibangkitkan dalam laporan berkenaan untuk dijadikan asas siasatan mengikut Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009.

RASUAH SETIAP TAHUN MAKIN MENINGKAT....INIKAH 1 MALAYSIA?

Malaysia masih kekal di tangga ke-56 pada Indeks Persepsi Rasuah yang dijalankan oleh Transparency International (TI) tetapi mata yang dikutipnya terus merosot daripada 4.5 kepada 4.4.

Markah itu membuktikan bahawa negara telah gagal mencapai sasaran Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang meletakkan sasaran mereka daripada 4.5 kepada 4.9 daripada markah maksimum -10 mata.





PAS ,DAP JALIN KERJASAMA DEMI PERUBAHAN

Hadi berceramah di padang bola Kampug Kerinting, Gua Musang semalam. - Gambar oleh Choo Choy May

GUA MUSANG, 27 Okt — Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang memulakan kempen pilihan raya kecil di DUN Galas malam tadi dengan menegaskan bahawa parti itu dan DAP menjalankan kerjasama selama ini adalah untuk membawa perubahan kepada negara.

Dalam mencapai matlamat itu kata beliau, Parti Keadilan Rakyat (PKR) menjadi “jambatan” antara kedua-dua parti komponen Pakatan Rakyat itu.

“Walaupun DAP bukan parti Islam tapi PAS menjalin kerjasama dengan DAP kerana mahu melakukan perubahan terhadap pimpinan kerajaan sekarang,” kata beliau.

Kerjasama PAS dan DAP menjadi kritikan Umno termasuk ketika Perhimpunan Agung Umno minggu lalu.

Dalam ceramahnya itu, Hadi terus mengutuk tindakan Barisan Nasional (BN) yang melantik Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah selaku Pengarah Jentera Pilihan Raya Kecil BN sambil menyifatkan parti itu tidak menghormati pemimpin yang lebih senior.

Ketika menyampaikan ceramah di Kampung Kerinting di sini malam tadi, Hadi berkata, Tengku Razaleigh tidak lagi dihormati dalam kepimpinan BN sekarang.

“Kita dalam PAS menghormati semua pemimpin sama ada yang tua atau muda tapi Umno-BN tidak.

“Dulu ketika Tun Abdul Ghafar Baba (bekas timbalan perdana menteri) selepas tidak menjadi menteri dibiarkan sahaja oleh pemimpin Umno-BN.

“Kita PAS ada melawat beliau ketika sakit tapi sekarang Tengku Razaleigh pula jadi mangsa. Mereka (Umno-BN) buat hina pada orang tua (Tengku Razaleigh) ini.

“Umno-BN main benda ini, permainkan Tengku Razaleigh tapi kita tidak, malah kita menghormati beliau di Kelantan,” kata beliau ketika berucap di hadapan kira-kira 250 penduduk setempat.

Sebelum ini Hadi berkata bahawa tindakan BN melantik Tengku Razaleigh sebagai Pengarah Jentera Pilihan Raya Kecil BN dilihat satu cubaan merendahkan kedudukan Tengku Razaleigh sendiri.

Turut hadir dalam ceramah itu Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ketua Penerangan PAS Idris Ahmad, calon PAS Dr Zulkefli Mohamad dan Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua.

“Selepas Tengku Razaleigh tidak menjadi menteri, Umno-BN buat macam-macam kepada beliau. Jadi saya harap pengundi di Galas dapat membuat keputusan bijak,” kata Hadi.

Sambil berseloroh Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berkata pengundi Galas perlu mengundi calon pilihan PAS kerana parti Islam itu mampu menerangi mereka.

“Bulan bagus, kalau kita nak tanya pada orang berapa hari bulan kita akan tanya hari ini berapa hari bulan, kita tidak kata berapa kati, kalau perempuan mengandung kita akan tanya berapa bulan, kita tidak tanya berapa kati kandungan. Jadi bulan ini bagus, bulan juga cerah.

“Bulan ini juga bulat, kalau kita pusingkan ikut mana sama sahaja tapi dacing kalau kita pusingkan terbaliklah,” katanya sambil ketawa.

Pilihan raya kecil kerusi DUN Galas menyaksikan pertarungan satu lawan satu yang mana BN meletakkan Setiausaha Umno Gua Musang Abdul Aziz Yusoff sebagai calon manakala PAS meletakkan Zulkefli.

Pilihan raya kecil DUN Galas diadakan berikutan kematian penyandangnya daripada PAS, Che Hashim Sulaima, 46, yang meninggal dunia akibat barah usus pada 27 September lepas.

Che Hashim menewaskan calon BN Mohamed Saufi Deraman dengan majoriti 646 undi pada pilihan raya umum 2008.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 4 November sebagai tarikh pengundian.

Sementara itu, Anwar dalam ceramahnya berkata sudah sampai masa pengundi di Galas menolak kepimpinan BN yang dilihat semakin menjadikan isu perkauman sebagai pendebatan mereka.

“Beza Pakatan Rakyat dan Umno ini besar. Kita walaupun mempunyai perbezaan kaum dan agama kita tidak nafikan perkara itu tetapi Umno gunakan ia sebagai alat untuk menghina kaum lain.

“Bagi Pakatan Rakyat, kita anggap semua sebagai rakan dan kita tidak hukum sesiapa kerana warna kulit.

“Dalam Pakatan Rakyat, Melayu, Cina dan India semua sama sahaja. Kita jaga kebajikan semua dan kita tolong semua,” katanya.

Justeru Anwar berkata pengundi di Galas perlu memilih Zulkefli sebagai wakil rakyat memandangkan beliau mempunyai pengaruh dan sentiasa berkhidmat kepada rakyat.

“Pengundi kena pilih calon PAS, pilih bulan bukan dacing. Nanti mudah sikit urusan penduduk di sini. Lagipun calon PAS ini sudah lama berkhidmat kepada rakyat.

“Jadi apa salahnya beri peluang kepada beliau untuk jadi wakil rakyat. Bagi beliau menang dan tunjukkan mesej ini kepada BN bahawa pengundi Galas menolak BN.

“Kita perlu jaga maruah dan harga diri, jangan gadaikannya hanya kerana wang. Ingat mana ada menteri BN yang hidup sederhana, semua hidup mewah sedangkan rakyat di bawah ini hidup susah,” katanya.

Tuesday, October 26, 2010

GALAS: PAS MULA DENGAN BERKEYAKINAN

GUA MUSANG, 26 Okt – Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata kempen parti itu untuk mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas pada pilihan raya kecil kali ini bermula dengan keyakinan sebanyak 48 peratus.

PAS merampas kerusi itu buat julung kali pada 8 Mac 2008 menerusi Che Hashim Sulaima yang meninggal dunia bulan lalu.

Beliau mengulangi alasannya sebelum ini bahawa tindakan Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah sebagai Pengarah Jentera Pilihan Raya Kecil Barisan Nasional (BN) dilihat satu cubaan merendahkan kedudukan Tengku Razaleigh sendiri.

“Kita sedar akan pengaruh besar yang ada pada Tengku Razaleigh tetapi sikap Barisan Nasional (BN) terhadapnya akan memberi sokongan kepada kita,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada proses penamaan calon di Pejabat Tanah dan Jajahan Gua Musang di sini, hari ini.

Dipetik Bernama, Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, walaupun kempen bergerak pada keyakinan tersebut, beliau telah mengarahkan jentera parti dari seluruh negara termasuk dari Kelantan untuk membantu sepanjang kempen mengikut giliran yang telah ditetapkan sehingga hari pengundian.

Bagi Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, peluang Pas untuk menang adalah amat cerah berdasarkan personaliti calonnya yang komited terhadap parti serta telah lama mencurahkan bakti kepada penduduk setempat.

Beliau juga yakin dengan sokongan kaum Cina akan berpihak kepada PAS.

Sementara itu, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Azmin Ali berkata, parti itu akan memberikan sokongan sepenuhnya sepanjang kempen berdasarkan gerak kerja yang diputuskan Jawatankuasa Bersama membabitkan PAS, DAP PKR di mana tumpuan lebih diberikan kepada kubu kuat Umno dan BN.

“Berdasarkan pengalaman lalu, tumpuan seperti ini memberikan kesan yang positif dan dapat melonjakkan sokongan pada Pakatan Rakyat,” katanya.

Pilihan Raya Kecil DUN Galas yang ditetapkan pada 4 November bakal menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara BN dan PAS.

Hari ini adalah hari penamaan calon.

BN diwakili Abdul Aziz Yusoff manakala calon PAS ialah Dr Zulkefli Mohamad pemangku Yang Dipertua PAS kawasan Gua Musang.

HUTANG RM 14,OOO DI SETIAP KEPALA RAKYAT MALAYSIA

KUALA LUMPUR, 26 Okt: PAS merasa kesal terhadap pendedahan Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang bahawa hutang negara pada tahun lalu berjumlah RM362.39 bilion, iaitu paras yang paling tinggi dalam tempoh lima tahun.

Hutang kerajaan di dalam negara (domestic debt) pada tahun lalu adalah RM348.60 bilion atau 96.2 peratus keseluruhan hutang Kerajaan Persekutuan.

“Ini bermakna setiap rakyat Malaysia seramai 26 juta menanggung hutang sebanyak RM14,000 setiap orang,” ujar Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.

PAS, katanya menganggap bahawa hutang yang meningkat dengan mendadak kerana ketirisan dan rasuah.

Menurutnya, pendedahan Ketua Setiausaha Negara, mengatakan bahawa negara kerugian akibat rasuah setiap tahun RM10 bilion.

Laporan Ketua Audit Negara 2009, ujarnya mendedahkan berlaku penyelewengan mengagihkan bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) kepada murid tidak layak kerana maklumat pendapatan mereka meragukan.

Malah, ada penerima didapati memiliki kemudahan tidak sepadan dengan kedudukan kewangan diisytiharkan seperti saluran televisyen berbayar Astro, lebih sebuah kenderaan dan ada penghawa dingin di rumah.

Begitu juga dengan program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) di sekolah disediakan sandwich tanpa sardin, tomato, timun dan salad.

Idris berkata, semuanya adalah contoh yang menunjukkan kegagalan kerajaan Umno BN yang akan digalas oleh rakyat Malaysia akibat kecuaian kerajaan pada hari ini menguruskan pentadbiran negara.

“Apakah ini merupakah sebuah kerajaan yang berkesan dalam mentadbir negara ini?” soalnya.

Tambahnya, pemimpin Umno di negara ini sering mendabik dada bahawa parti yang bijak memerintah ialah Umno dan BN, selain daripada BN maka tidak mampu untuk memerintah.

“Tidak hairanlah kepada kita apabila negeri yang diambil alih oleh PAS dan Pakatan Rakyat terpaksa memikul bebanan hutang yang perlu dilangsaikan.

“Kerajaan baru perlu melunaskan hutang kerana kita ambil alih kerajaan, bukan ambil alih parti,” ujarnya.

Beliau menambah, pengalaman PAS di Kelantan terpaksa memikul hutang kerajaan BN sebanyak RM740 juta selama 12 tahun mereka memerintah Kelantan, begitu juga hutang kerajaan Kedah sebanyak RM2.3 bilion selama 51 tahun Umno BN memerintah.

Katanya, kebijaksanaan pemimpin PAS dan Pakatan Rakyat di Kelantan, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang menguruskan kewangan dan cuba berusaha membayar balik hutang amat dikagumi oleh pegawai kerajaan Pusat.

“Apakah rakyat mahu membiarkan keadaan ini terus berlaku dan anak cucu kita yang akan menanggung derita pada masa akan datang?” tanya beliau.

Menurutnya, pemimpin Umno BN hanya pandai berbelanja dengan boros dan tidak serius untuk menentang rasuah dan membetulkan kepincangan.

Mereka, katanya lagi akan mengorek lombong-lombong yang masih ada, seperti Kumpulan Simpanan Pekerja (KWSP), Petronas, Permodalan Nasional Berhad (PNB), Tabung Haji dan sebagainya.

“PAS menyeru rakyat supaya cukuplah memberi mandat kepada Umno BN yang mengkhianat rakyat dan masa depan anak cucu kita,” katanya.

Monday, October 25, 2010

TINGGINYA HUTANG MALAYSIA........

Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang hari ini mendedahkan bahawa hutang negara pada tahun lalu berjumlah RM362.39 bilion, iaitu paras yang paling tinggi dalam tempoh lima tahun.

Hutang itu mencakupi 53.7 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar(KDNK), kali pertama keadaan itu berlaku dalam sejarah negara, kata beliau dalam laporan tahunan terbaru yang di bentangkan di Parlimen hari ini.

Hutang RM362.39 bilion ringgit yang disebut dalam laporan audit itu juga jauh lebih tinggi daripada RM233.92 billion yang disebut oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Parlimen Jun lalu.

Ketika itu Najib juga mendakwa hutang itu hanya mencakupi 34.3 peratus KDNK.

Dalam laporannya hari ini, Ketua Audit Negara menjelaskan hutang kerajaan meningkat dengan mendadak kerana hutang dalam negara yang semakin membesar.

Hutang kerajaan di dalam negara (domestic debt) pada tahun lalu adalah RM348.60 bilion atau 96.2 peratus keseluruhan hutang Kerajaan Persekutuan

MAKANAN UNTUK SEKOLAH PUN KENA KEBAS KE?

Kanak-kanak sekolah yang dijanjikan roti sandwich sardin tetapi hanya dibekalkan dua keping roti dengan marjerin.

Perkara itu didedahkan dalam laporan Ketua Auditor Negara 2009 yang mendapati Rancangan Makanan Tambahan oleh kerajaan tidak menepati apa yang serpatutnya seperti yang berlaku di SK Jeroco di Lahad Datu.

Selain sardin, sandwich yang dijanjikan itu sepatutnya juga mempunyai timun, tomato dan salad, tetapi kanak-kanak itu cuma dibekalkan dengan marjerin.

Selain SK Jeroco, pembekal makanan di lima sekolah rendah yang lainj sekitar Malaysia juga didapati membekalkan kualiti makanan yang jauh lebih rendah daripada menu yang dicadangkan mengikut Rancangan Makanan Tambahan di sekolah-sekolah.

"Selepas maklum-balas daripada pakar pemakanan daripada jabatan pemakanan, Kementerian Kesihatan, kami dapati makanan daripada menu yang dibekalkan boleh menyebabkan pemakanan yang tak seimbang dan akan membantutkan perkembangan fizikal dan mental kanak-kanak,” petik laporan Ketua Audit Negara itu.

Bernilai lebih rendah

Enam lagi pembekal didapati menyediakan makanan yang langsung berbeza dengan apa yang dicadangkan dalam program itu, lazimnya makanan berkenaan bernilai lebih rendah daripada sepatutnya.

Rancangan Makanan Tambahan diperkenalkan 30 tahun lalu bagi memberi kanak-kanak kurang berkemampuan makanan percuma pada nilai RM1.80 (di Semenajung Malaysia) dan RM2.05 (di Sabah dan Sarawak).

Namun, laporan Ketua Audit Negara mendapati beberapa kontraktor terus menipu dalam pembekalan makanan kanak-kanak.

Antaranya adalah apa yang berlaku di SJK(C) Choong Hua 2 di Bidor, Perak. Pembekal makanan kantin menyediakan bungkusan mee segera kepada kanak-kanak, di mana sepatutnya mereka dibekalkan dengan bihun goreng.

Antara alasan lazim yang dikemukan oleh sekolah dan juga pembekal adalah “kesukaran mendapatkan bahan mentah, khususnya untuk sekolah di kawasan pedalaman.

Laportan Ketua Audit Negara itu juga mendedahkan kualiti makanan yang rendah di beberapa hospital.

"Dalam persampelan, kami dapati Hospital Sultan Ismail Hospital membekalkan makanan yang berkualiti rendah. Ayam gorengnya masih berdarah, manakala Hospital Besar Pulau Pinang pula menyediakan sup sayur yang mempunyai rambut di dalamnya,” petik laporan itu.

CALON PAS ADA KELEBIHAN

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita36/DSC_0195.JPGKUALA TERENGGANU – PAS yakin calon mereka mempunyai kelebihan pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas walaupun pernah dua kali tewas ketika bertanding kerusi Parlimen Gua Musang menentang Tengku Razaleigh Hamzah sebelum ini.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata kali terakhir bertanding kerusi Parlimen Gua Musang iaitu pada pilihan raya umum 2008, undi yang diperoleh Dr Zulkefli Mohamad di DUN Galas melebihi undi tokoh veteran Umno itu.

“Pada pilihan raya umum lepas Dr Zulkefli mendapat 300 majoriti undi di kawasan Galas walaupun beliau kalah di kerusi Parlimen Gua Musang kepada Tengku Razaleigh.

“Ini bermakna tidak mustahil untuk PAS menang di Galas pada pilihan raya kecil ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Ijtima' Kepimpinan PAS Negeri Terengganu di sinii.

Abdul Hadi berkata bagaimanapun, PAS hanya meletakkan keyakinan 48 peratus peluang untuk menang pilihan raya kecil itu.

Pilihan raya kecil DUN Galas diadakan berikutan kematian wakil rakyat dari PAS, Che Hashim Sulaima, 46, akibat kanser usus pada 27 September lepas.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 26 Okt sebagai tarih penamaan calon manakala pengundian pada 4 November. – Bernama

Thursday, October 21, 2010

NAJIB MENUDING JARI KE PNB

http://buletinonline.net/images/stories/berita35/tapakmenarawarisan.JPGKenyataan Datuk Seri Najib Razak yang menyatakan, beliau tidak mengarahkan membina Menara Warisan , sebaliknya ia dicadang oleh Pemodalan Nasional Berhad (PNB). Ini adalah alasan “Pak Pandir” dan melucukan daripada seorang Perdana Menteri. Kenyataan ini seolah-oleh hendak melepaskan bebanan ini kepada PNB, bukannya kepada beliau. Kerana ia mendapat kritikan yang hebat daripada berbagai pihak. Wang sebanyak RM5 bilion mampu membina 1667 buah sekolah yang bernilai RM3 juta sebuah dan mampu memberi biasiswa pelajar perubatan seramai 5 ribu pelajar dengan kos RM1 juta di United Kingdom.

(Gambar - tapak cadangan pembinaan Menara Warisan)

PAS berpendapat, kalau pun benar ini cadangan daripada PNB kenapa beliau sebagai orang yang berkuasa dan tahu bagaimana kedudukan kewangan negara sekarang, yang lebih perlu kepada projek yang lebih bermanfaat kepada rakyat dan negara. Sejak bila pula pula beliau begitu lemah sampai terpaksa mengikut cadangan PNB. Bukankah beliau selama ini begitu gagah sekali membuat keputusan yang merugikan negara tanpa meminta pandangan orang lain termasuklah ahli Parlimen, ketika melepaskan khazanah berharga 217 hektar tanah KTMB kepada Singapura dan telaga minyak blok L dan M kepada Brunai yang bernilai RM320 bilion.

Nampaknya pemimpin Umno cuba hendak menyalahkan orang lain ketika tidak mampu menghadapi satu situasi. Samalah Tan Sri Muhyiddin Yasin ketika ditanya apa tindakan terhadap dua orang pengetua yang dituduh rasis. Beliau menyatakan beliau tidak ada kuasa sebagai seorang Menteri, kerana bukan bidang kuasa Menteri. Sedangkan jawapan ini orang buta dekat Pagoh pun ketawa.

Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

Friday, October 15, 2010

ROSMAH LAGI BESO DARI SAR....


http://buletinonline.net/images/stories/berita35/mahfuzbajet.gif- Peruntukan 'Rosmah' lebih besar dari Sekolah Agama Rakyat (SAR)
Dalam pembentangan Bajet petang Jumaat 15 Oktober, Perdana Menteri Dato' Seri Najib Razak mengumumkan peruntukan RM111 juta untuk program PERMATA yang dinaungi oleh Rosmah.

Sejurus pengumuman tersebut, Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar yang juga Ahli Parlimen pokok Sena, berang lalu dengan kuat menjerit “Rosmah! Rosmah!”.

Keberangan Mahfuz adalah kerana projek Permata yang keseluruhannya di kuasa Rosmah Mansur mendapat peruntukan bajet yang lebih besar daripada peruntukan yang diberikan kepada sekolah-sekolah agama rakyat.

Sekolah agama rendah dan menengah hanya mendapat peruntukan RM95 juta kurang 16 juta dari RM111 juta yang diperuntukkan untuk 'Rosmah'.

Selain itu, Rosmah yang tidak mempunyai sebarang jawatan rasmi, menjadi orang yang paling berkuasa ke atas program PERMATA.

Program Permata pula, suatu projek peribadi Rosmah sudah bertukar menjadi projek kerajaan Malaysia dan mendapat bajet 'istImewa'.

PETANDA PILIHANRAYA KE13 DAH DEKAT.....

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menyifatkan pembentangan Bajet 2011 hanya berpihak kepada negeri-negeri di bawah naungan Umno-BN.

Berikutan itu, beliau yang juga setiausaha agung DAP akan mengemukkan rayuan kepada kerajaan persekutuan untuk memberi perhatian kepada negeri-negeri di bawah naugan Pakatan Rakyat dalam tempoh terdekat.

Katanya, pementangan bajet oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hanya ilusi untuk memerangkap perhatian rakyat dengan imbuhan.

"Pembentangan bajet memperlihatkan imbuhan yang pelbagai oleh kerajaan namun adakah rakyat akan merasai imbuhan tersebut?" soalnya.

Menurut Lim, bagi mempertingkatkan pendapatan negara, kerajaan harus beri tumpuan terhadap tenaga kerja yang akan menjana ekonomi.

"Mengapa perlu bangunan 100 tingkat? Mereka perlu beri tumpuan kepada orang (rakyat) yang akan menjana ekonomi. Kita perlukan skil (kemahiran) dan pengalaman. Bukan insfrastruktur mega," kata ahli parlimen Bagan itu.

Bagi ahli parlimen Bachok, Nasharudin Mat Isa pula, bajet yang dibentangkan Najib itu memerlukan semua pihak bersedia untuk menghadapi pilihan raya.

"Apa yang dibentangkan ini mungkin tanda pilihan raya akan diadakan lebih awal daripada yang dijangka.

"Namun demikian kita menghargai juga insentif-insentif yang diberikan sebagai gula-gula kepada samada kepada komuniti perniagaan atau rakyat biasa contohnya hal yang berkaitan dengan perbankan Islam dan sebagainya dan juga industri yang ingin diperkembagkan dalam negara kita," katanya yang juga timbalan presiden PAS.

Ahli parlimen Kubang Kerian yang juga naib presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, secara retoriknya bajet yang dibentangkan menyediakan segala insentif kepada rakyat tetapi sebenarnya satu perangkap yang akan membebankan rakyat.

"Bajet ini menunjukkan pilihan raya semakin dekat, mungkin tahun hadapan. Walau bagaimanapun golongan sasar masih lagi tidak tercapai maksud. Mereka tidak mahu menara PNB yang tinggi tapi mahu beban hidup diringankan.

"Ia tidak mencapai matlamat rakyat bawahan. Transformasi ekonomi ini tidak dapat diterjemahkan dengan bajet kepada golongan sasar tapi lebih kepada mega projek yang akan mensasarkan golongan tertentu sahaja," kata Salahuddin.

Ahli parlimen Machang, Saifuddin Nasution Ismail juga senada dengan ahli parlimen yang lain bahawa ia merupakan gula-gula pilihan raya.

"Satu petunjuk yang sangat jelas bahawa pilihan raya sangat dekat. Pertama GST tak jadi dibuat, tol tak dinaikkan, menaikkan elaun kepada pemimpin komuniti yang saya anggap isyarat yang paling jelas kerajaan akan menggubal Parlimen pada bila-bila masa," katanya yang juga setiausaha agung PKR.

Tuesday, October 12, 2010

BERUBAH LE ORANG-ORANG MELAYU.....

- Umno dan BN terbukti menjahanamkan Islam, membunuh bangsa Melayu

Sudah tiba masanya orang-orang Melayu berubah dan mengalihkan sokongan mereka daripada menyokong Umno dan Barisan Nasional (BN) kepada menyokong PAS dan Pakatan Rakyat (PR).

Umno dan BN yang telah memerintah negara ini selama 53 tahun, sebenarnya telah ‘melekakan’ dan melemahkan orang-orang Melayu.

Mereka (Umno dan BN) melekakan orang Melayu dengan slogan ‘Hidup Melayu’ dan hanya meletakkan agama Islam sebagai perkara sampingan, sedangkan Islam adalah asas kekuatan orang Melayu sebenarnya.

Perjuangan mendahulukan bangsa Melayu terbukti kini menjadikan orang-orang Melayu semakin ‘terhakis’.

Antara tindakan Umno dan BN melemahkan orang Melayu adalah dengan menghapuskan tulisan jawi dikalangan orang-orang Melayu.

Tulisan jawi merupakan tulisan bahasa Melayu yang gagal dihapuskan oleh penjajah walaupun mereka menjajah beratus tahun lamanya.

Tetapi, tulisan jawi berjaya ‘dibuang’ oleh pemerintahan Umno dan BN selepas negara mencapai kemerdekaan dari penjajah.

Tulisan jawi yang menggunakan huruf-huruf al-Quran tidak berjaya dihapuskan oleh orang-orang Inggeris, tetapi berjaya dihapuskan oleh pemimpin Umno dan BN.

Ia bermakna pemimpin Umno dan BN meneruskan kerja-kerja orang Inggeris, menghapuskan tulisan jawi dan melemahkan agama Islam.

PAS memimpin Pakatan Rakyat bersama Parti Keadilan Rakyat (PKR) Parti Tindakan Demokratik (DAP).

Muafakat ketiga-tiga parti ini untuk membawa perubahan kepada negara Malaysia kepada satu pemerintahan yang adil.

PAS, DAP dan PKR telah bersepakat menerima beberapa dasar yang berkait dengan agama, bahasa dan hak keistimewaan orang Melayu bumiputera.

DAP telah menerima Islam sebagai Agama Persekutuan, menerima bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan menerima hakikat perlunya Hak Keistimewaan Orang Melayu Bumiputera.

DAP menerima dasar-dasar tersebut kerana sedar dan faham bahawa Melayu merupakan teras politik Malaysia.

Ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat telah bersetuju dan menandatangani perkara tersebut dalam Konvensyen Pakatan Rakyat yang diadakan di Shah Alam pada 19 Disember, 2009.

Pemerintahan Umno dan BN selama 53 tahun lalu turut merosakkan orang-orang Melayu dan rakyat Malaysia.

Kilang-kilang arak dan tempat-tempat judi tidak dibuka dan diadakan sewaktu Inggeris menjajah dan menguasai tanah air.

Kilang-kilang arak dan pusat-pusat perjudian telah dibuka setelah merdeka apabila Umno dan BN menjadi kerajaan.

Tidak berbaloi kepada orang-orang Melayu terus memberikan sokongan kepada parti Umno dan BN sedangkan mereka sedang dan terus menjahanamkam Islam dan menghapuskan orang Melayu itu sendiri.

Tidak padan, apabila orang-orang Melayu dapat upah RM 50, walaupun RM1000 apabila mengundi Umno dan BN dalam pilihanraya, sedangkan Umno dan BN merosakkan aqidah orang-orang Islam dan membunuh bangsa Melayu.



*** Intipati Ucapan Presiden PAS Dato’ Seri Abdul Hadi Awang pada majlis Ceramah Perdana Sempena Sambutan Jubli Emas 50 Tahun PAS Kawasan Kemaman, di Pekan Kemasik, Jumaat 8 Oktober.

Monday, October 11, 2010

PASTIKAN GALAS PAS MENANG

http://buletinonline.net/images/stories/berita35/nizar.jpgKUALA TERENGGANU – Pakatan Rakyat (PR) akan bekerja keras dalam memastikan kemenangan calon pada pilihan raya kecil kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas pada 4 November nanti.

Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, kemenangan akan dipastikan milik calon yang dipilih PR kerana di kawasan itu terdapat lebih 20 peratus pengundi Cina selain 11 peratus Orang Asli.

“Hasrat ini dijangka tercapai kerana kita tidak gentar dengan calon yang bakal diletakkan Barisan Nasional (BN) untuk bertanding di Galas nanti.

“Saya menyatakan sedemikian kerana kemenangan di Sibu semasa Pilihan Raya Kecil (PRK) 16 Mei lalu memang di luar jangkaan dan menunjukkan penduduk di situ sudah muak dengan politik BN," katanya.

Sehubungan itu katanya, tidak mustahil penduduk di kawasan Galas boleh terus mengekalkan kerusi milik Pas daripada jatuh ke tangan BN walaupun pelbagai agenda politik bakal dimainkan sepanjang kempen pilihan raya akan datang.

Beliau berkata demikian pada majlis makan malam dan sesi dialog sempena dana pilihan raya di Hotel Permai, Kuala Terengganu.

Sementara itu, Nizar berkata, desas-desus menyatakan Tengku Razaleigh Hamzah bakal menjadi calon di Galas hanya tawaran daripada pucuk pimpinan UMNO, namun belum ada kata putus.

“Kemungkinan beliau (Ku Li) akan menolak tawaran itu dan perkara ini telah pun dinyatakan dalam Parlimen oleh beliau sendiri.

“Sekarang, PR menunggu siapa calon yang bakal diletakkan oleh BN di sana dan kita yakin tidak memberi masalah kepada jentera PR untuk meyakinkan penduduk di kawasan itu," katanya.

Apa yang penting katanya, setiap calon yang dipilih PR akan disokong dan cuba membantu sedaya upaya agar kemenangan terus berpihak kepada calon mereka.

“Hasrat ini penting bagi membuktikan kepada rakyat bahawa PR bukanlah satu parti yang mensia-siakan rakyat, tetapi sebuah parti yang memperjuangkan hak semua kaum di Malaysia,” katanya - SinarHarian

Friday, October 8, 2010

MUSLIMAT PAS SUDAH SEDIA GEMPUR GALAS

KUALA LUMPUR, 8 Okt: Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) akan memastikan seluruh jenteranya di semua peringkat terlibat dalam gerak kerja pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) Galas.

Ketuanya, Ustazah Nuridah Salleh berkata, DMPP sudah bersiap sedia memberikan bantuan kepada Kelantan bagi memenangkan calon PAS yang akan ditentutan kepimpinan parti.

"Muslimat sudah bersiap sedia menghadapi pilihan raya kecil Dun Galas dan akan mengarahkan seluruh jentera turun dan mengembeling tenaga semaksima mungkin di seluruh peringkat untuk membantu jentera pilihan raya PAS Kelantan bagi memastikan kerusi Dun Galas dapat dipertahankan," kata Nuridah kepada Harakahdaily hari ini.

Beliau yang juga ketua Muslimat PAS Wilayah Persekutuan optimis PAS dapat mempertahankan kerusi Dun Galas dengan majoriti yang lebih besar jika semua isu melibatkan salah laku Umno/BN disebarkan kepada rakyat Kelantan sepanjang tempoh kempen.

"Dewan Muslimat yakin calon PAS akan memperoleh kemenangan dengan majoriti yang lebih besar memandangkan pelbagai isu salah laku Umno/BN terhadap rakyat Kelantan mutakhir ini terutama berkait dengan isu royalti petroleum," katanya.

Ujarnya juga, rakyat Kelantan sudah matang untuk memilih calon yang tepat apatah lagi dengan khidmat cemerlang yang diberikan Adun sebelum ini, Che Hasim Sulaima.

"Dewan Muslimat yakin pengundi Dun Galas bijak memilih dan lebih yakin kepada PAS lebih-lebh lagi khidmat yang cemerlang yang telah dicurahkan oleh bekas Adun Galas Allahyarham Che Hashim sehingga menaikkan imej PAS di mata rakyat khususnya di Dun Galas," katanya lagi.

Sehubungan itu, beliau menyeru seluruh muslimat agar membuat persiapan seawal mungkin untuk turun ke Galas.

Mesyuarat jentera pilihan raya muslimat (Halwa) akan diadakan dalam masa terdekat ini bagi menyusun gerak kerja pilihan raya.

Hari membuang undi ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada 4 November manakala penamaan calon pada 26 Oktober.

Thursday, October 7, 2010

JOM MENGGALAS TUGAS DI N.45 DUN GALAS


http://buletinonline.net/images/stories/berita33/EidulFitriPerantau%20083.jpgBerikutan dengan kekosongan kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN) N.45 Galas, Parti Islam SeMalaysia (PAS) telah pun menggerakkan seluruh jentera pilihan raya PAS di peringkat pusat, negeri, kawasan dan DUN untuk berhadapan dengan pilihanraya kecil berkenaan yang akan diadakan pada 4 November 2010.

Dalam Pilihan Raya Kecil itu nanti, PAS akan meletakkan calon yang berwibawa dan selayaknya untuk memikul amanah rakyat di DUN Galas, sebagaimana yang telah ditunjukkan oleh Almarhum Chek Hashim sepanjang tempoh beliau berdampingan dengan rakyat di DUN Galas.

Saya menyeru kepada seluruh ahli dan petugas PAS, serta seluruh petugas dari Pakatan Rakyat yang berada di seluruh negara dengan kepakaran yang berbagai itu supaya dapat turun ke DUN Galas, Kelantan untuk sama-sama bertugas bagi mempertahankan kemenangan kerusi PAS di DUN Galas yang diperolehi menerusi Pilihan Raya Umum 2008 yang lalu. Bertugaslah dengan penuh semangat dan dedikasi dengan menggunakan segala bentuk ilmu kemahiran berpilihan raya, dan janganlah kita terperangkap dengan provokasi dan segala bentuk taktik buruk serta tidak bermoral yang akan dilakukan oleh lawan kita nanti. Sebagaimana pilihan raya kecil yang lepas, kita akan sekali lagi berhadapan dengan segala bentuk mainan media cetak dan televisyen yang berupa laporan berat sebelah, ugutan, cercaan dan rasuah janji pilihan raya terhadap pengundi.

Saya percaya bahawa kita semua akan dapat menghadapi tindakan tidak bermoral parti lawan nanti dengan kita menyusun strategi dan gerakerja yang kemas, serta kita sekali-kali tidak gentar dengan sebarang ugutan yang menjadi mainan parti lawan sejak puluhan tahun. InsyaAllah, kita akan mempertahankan kerusi di DUN Galas nanti


Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS)

Tuesday, October 5, 2010

ETP-PROGRAM BOMBASTIK UMNO

http://buletinonline.net/images/stories/berita34/53tahunmerdeka.gifKUALA TERENGGANU - Persidangan parlimen yang akan bermula pada 11 oktober ini merupakan sidang bajet bagi tahun 2011 yang akan membahaskan belanjawan negara untuk tahun depan.

Sehubungan itu, ahli-ahli parlimen PAS akan mengadakan satu 'permukiman' (retreat) bagi membincangkan persiapan untuk menghadapi sidang tersebut.

"Parlimen yang akan bermula 11 Oktober ini adalah parlimen yang akan membahaskan belanjawan negara untuk tahun depan, sudah tentulah belanjawan ini sebagaimana yang kita sudah sedia maklum memberi peluang kepada kita untuk membahaskan pada peringkat dasar itu apa sahaja topik yang hendak kita bahaskan,"kata Timbalan Presiden PAS, Ustaz nasharudin Mat Isa.

http://buletinonline.net/images/stories/berita34/pakejrangsangan.jpgSehubungan itu, menurutnya, ahli-ahli parlimen PAS akan mengadakan satu 'permukiman' (retreat) selama 3 hari bermula 7 Oktober, bagi membincangkan persiapan untuk menghadapi sidang tersebut.

Dalam masa yang sama, katanya, setiap seorang ahli parlimen PAS telah diamanahkan untuk menjaga satu kementerian.

"dan sudah tentulah dalam perdebatan peringkat dasar dan juga peringkat jawatankuasa nanti setiap seorang ini akan bertanggungjawab untuk berbahas tentang kementerian masing-masing dan juga isu-isu yang sedang dibangkitkan ataupun isu-isu yang sedang melanda negara kita sekarang,"jelasnya.

Menurutnya, antara isu yang besar yang akan dibangkitkan dan diperdebatkan oleh para ahli parlimen PAS adalah isu-isu berkaitan ekonomi negara.

Selain itu, katanya, isu-isu berkaitan keamanan dan keselamatan negara yang menjadi keresahan rakyat dibawah, akan turut diketengahkan oleh ahli-ahli parlimen PAS.

http://buletinonline.net/images/stories/berita34/NEM1.gif"isu yang besar yang juga) diminta (beri) mandat kepada kita oleh rakyat di bawah sana adalah isu yang berkaitan dengan keamanan, isu yang berkaitan dengan keselamatan, isu yang berkaitan dengan permasalahan sosial, kebejatan sosial yang sedang berlaku mubaherupakan rentetan beberapa isu-isu ataupun masalah-masaah yang sedang melanda Negara kita ini,

"sudah tentulah terlampau banyak isu yang akan disenaraikan, tapi saya rasa begitu yakin dengan jumlah kita yang seramai ini insyaAllah dengan membahagi tugas,"tegas Ustaz Nasharudin

Bercakap tentang proses transformasi ekonomi (Economic Transformation Process - ETP) sebagaimana yang digembar-gemburkan oleh media massa, beliau berkata, Perdana Menteri maskini, Dato' Seri Najib, nampaknya akan meneruskan legasi perdana menteri sebelumnya, menggunakan pelbagai 'teminologi' pelbagai istilah untuk melencongkan pemikiran rakyat.

"Kita tak dapat nak komen peringkat awal proses tranformasi (ekonomi) (tapi) nampaknya perdana menteri yang sekarang ini meneruskan legasi perdana menteri yang sebelum ini dengan tarikan berbagai-bagai termanologi, berbagai-bagai istilah yang bunyinya begitu boombastik,

http://buletinonline.net/images/stories/berita34/etp.gif"untuk cuba meringankan rakyat, tapi kita nampak masih belum ada kejayaan yang setimpal dengan bombastiknya nama-nama (program)itu,"jelasnya.

Katanya, berbagai-bagai program yang dikemukakan oleh kerajaan Umno dan Barisan Nasional, namun tidak nampak apa-apa perubahan kepada rakyat diperingkat bawah. Bahkan rakyat di bawah belum benar-benar merasakan perubahan dalam tempoh pentadbiran Dato’ Seri Najib sebagai Perdana Menteri.

"Jadi ini ditambah lagi dengan program transformasi ini, saya tidak nampak apa benda yang hendak di’transform’kan? kalau yang dulu pun tidak mendatangkan hasil, (datang) program ETP pula dikemukakan, saya takut yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran,"tambah Ustaz Nasharuddin

Related Posts with Thumbnails