KUALA TERENGGANU - Persidangan parlimen yang akan bermula pada 11 oktober ini merupakan sidang bajet bagi tahun 2011 yang akan membahaskan belanjawan negara untuk tahun depan.
Sehubungan itu, ahli-ahli parlimen PAS akan mengadakan satu 'permukiman' (retreat) bagi membincangkan persiapan untuk menghadapi sidang tersebut.
"Parlimen yang akan bermula 11 Oktober ini adalah parlimen yang akan membahaskan belanjawan negara untuk tahun depan, sudah tentulah belanjawan ini sebagaimana yang kita sudah sedia maklum memberi peluang kepada kita untuk membahaskan pada peringkat dasar itu apa sahaja topik yang hendak kita bahaskan,"kata Timbalan Presiden PAS, Ustaz nasharudin Mat Isa.
Sehubungan itu, menurutnya, ahli-ahli parlimen PAS akan mengadakan satu 'permukiman' (retreat) selama 3 hari bermula 7 Oktober, bagi membincangkan persiapan untuk menghadapi sidang tersebut.
Dalam masa yang sama, katanya, setiap seorang ahli parlimen PAS telah diamanahkan untuk menjaga satu kementerian.
"dan sudah tentulah dalam perdebatan peringkat dasar dan juga peringkat jawatankuasa nanti setiap seorang ini akan bertanggungjawab untuk berbahas tentang kementerian masing-masing dan juga isu-isu yang sedang dibangkitkan ataupun isu-isu yang sedang melanda negara kita sekarang,"jelasnya.
Menurutnya, antara isu yang besar yang akan dibangkitkan dan diperdebatkan oleh para ahli parlimen PAS adalah isu-isu berkaitan ekonomi negara.
Selain itu, katanya, isu-isu berkaitan keamanan dan keselamatan negara yang menjadi keresahan rakyat dibawah, akan turut diketengahkan oleh ahli-ahli parlimen PAS.
"isu yang besar yang juga) diminta (beri) mandat kepada kita oleh rakyat di bawah sana adalah isu yang berkaitan dengan keamanan, isu yang berkaitan dengan keselamatan, isu yang berkaitan dengan permasalahan sosial, kebejatan sosial yang sedang berlaku mubaherupakan rentetan beberapa isu-isu ataupun masalah-masaah yang sedang melanda Negara kita ini,
"sudah tentulah terlampau banyak isu yang akan disenaraikan, tapi saya rasa begitu yakin dengan jumlah kita yang seramai ini insyaAllah dengan membahagi tugas,"tegas Ustaz Nasharudin
Bercakap tentang proses transformasi ekonomi (Economic Transformation Process - ETP) sebagaimana yang digembar-gemburkan oleh media massa, beliau berkata, Perdana Menteri maskini, Dato' Seri Najib, nampaknya akan meneruskan legasi perdana menteri sebelumnya, menggunakan pelbagai 'teminologi' pelbagai istilah untuk melencongkan pemikiran rakyat.
"Kita tak dapat nak komen peringkat awal proses tranformasi (ekonomi) (tapi) nampaknya perdana menteri yang sekarang ini meneruskan legasi perdana menteri yang sebelum ini dengan tarikan berbagai-bagai termanologi, berbagai-bagai istilah yang bunyinya begitu boombastik,
"untuk cuba meringankan rakyat, tapi kita nampak masih belum ada kejayaan yang setimpal dengan bombastiknya nama-nama (program)itu,"jelasnya.
Katanya, berbagai-bagai program yang dikemukakan oleh kerajaan Umno dan Barisan Nasional, namun tidak nampak apa-apa perubahan kepada rakyat diperingkat bawah. Bahkan rakyat di bawah belum benar-benar merasakan perubahan dalam tempoh pentadbiran Dato’ Seri Najib sebagai Perdana Menteri.
"Jadi ini ditambah lagi dengan program transformasi ini, saya tidak nampak apa benda yang hendak di’transform’kan? kalau yang dulu pun tidak mendatangkan hasil, (datang) program ETP pula dikemukakan, saya takut yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran,"tambah Ustaz Nasharuddin
SAHABAT2 SEPERJUANGAN
Followers
Tuesday, October 5, 2010
ETP-PROGRAM BOMBASTIK UMNO
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment