SAHABAT2 SEPERJUANGAN

SAHABAT2 SEPERJUANGAN

Followers

Thursday, October 21, 2010

NAJIB MENUDING JARI KE PNB

http://buletinonline.net/images/stories/berita35/tapakmenarawarisan.JPGKenyataan Datuk Seri Najib Razak yang menyatakan, beliau tidak mengarahkan membina Menara Warisan , sebaliknya ia dicadang oleh Pemodalan Nasional Berhad (PNB). Ini adalah alasan “Pak Pandir” dan melucukan daripada seorang Perdana Menteri. Kenyataan ini seolah-oleh hendak melepaskan bebanan ini kepada PNB, bukannya kepada beliau. Kerana ia mendapat kritikan yang hebat daripada berbagai pihak. Wang sebanyak RM5 bilion mampu membina 1667 buah sekolah yang bernilai RM3 juta sebuah dan mampu memberi biasiswa pelajar perubatan seramai 5 ribu pelajar dengan kos RM1 juta di United Kingdom.

(Gambar - tapak cadangan pembinaan Menara Warisan)

PAS berpendapat, kalau pun benar ini cadangan daripada PNB kenapa beliau sebagai orang yang berkuasa dan tahu bagaimana kedudukan kewangan negara sekarang, yang lebih perlu kepada projek yang lebih bermanfaat kepada rakyat dan negara. Sejak bila pula pula beliau begitu lemah sampai terpaksa mengikut cadangan PNB. Bukankah beliau selama ini begitu gagah sekali membuat keputusan yang merugikan negara tanpa meminta pandangan orang lain termasuklah ahli Parlimen, ketika melepaskan khazanah berharga 217 hektar tanah KTMB kepada Singapura dan telaga minyak blok L dan M kepada Brunai yang bernilai RM320 bilion.

Nampaknya pemimpin Umno cuba hendak menyalahkan orang lain ketika tidak mampu menghadapi satu situasi. Samalah Tan Sri Muhyiddin Yasin ketika ditanya apa tindakan terhadap dua orang pengetua yang dituduh rasis. Beliau menyatakan beliau tidak ada kuasa sebagai seorang Menteri, kerana bukan bidang kuasa Menteri. Sedangkan jawapan ini orang buta dekat Pagoh pun ketawa.

Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

1 comment:

Anonymous said...

BINA 100 TINGKAT PAKAI DUIT KOHILAL KE?DUIT DINAR MAS ke ?DUIT PNB YG.DAH LAMA SIAP NAK DILABOR.....BIAK PI LA DUIT DEPA.KALAU 100 TINGKAT AH CHONG nak buat PUNYA TAKPA. DUIT ORANG MELAYU TAKLEH BUAT 100 TINGKAT KE?MEMANG HAPRAK BETOI ORANG MELAYU MALAYSIA NAK BUAT 100 TINGKAT PUN TAKLEH.BODOH PUNYA MELAYU ADA DUIT PUN TAKLEH PAKAI.

Related Posts with Thumbnails