Ni berape pulak RM nak di perabihkan....???Bagi aku tuko je namanya TV UMNO/BN..
Saluran Radio Televisyen Malaysia (RTM) kini boleh didapati di televisyen bergerak sebagai penyiar rasmi kerajaan dengan mensasarkan penonton dari kalangan generasi muda.
Golongan ini dipercayai adalah penonton yang mengabaikan berita pro-kerajaan dan memilih televisyen berbayar atau video dalam talian, dengan alasan wujudnya rasa tidak puas hati dengan Putrajaya.
Kerajaan Barisan Nasional (BN) berhabis-habisan untuk memenangi semua demografi pengundi terutamanya pengundi baru, melalui pelbagai program dan aktiviti.
Difahamkan strategi dalam talian akan menjadi teras utama bagi memastikan keputusan pilihan raya umum ke-13 akan terus memihak kepada gabungan pemerintah itu.
Pilihan raya umum ke-13 dijangka akan diadakan pada tahun ini.
Terdapat banyak laman web pro-kerajaan diwujudkan sejak enam bulan lalu untuk membantu pentadbiran Najib terutamanya agenda transformasi dalam kerajaan dan ekonomi.
Bagaimanapun, tiada satu pun laman web itu dikaitkan dengan kerajaan, tidak seperti RTM Mobile yang dilancarkan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim hari ini.
“RTM meletakkan empat saluran televisyen dan sembilan stesen radio di RTM Mobile, ia boleh memudahkan mereka yang jarang berada di rumah mendapat maklumat,” kata sumber kepada The Malaysian Insider.
Saluran televisyen dan stesen radio akan disiarkan melalui perkhidmatan yang menggunakan rangkaian penyampaian kandungan tempatan (CDN) atau alat yang boleh akses data bergerak di alamat laman web di sini.
“RTM Mobile boleh dilayari ribuan pengguna serentak namun ia bergantung kepada keupayaan rangkaian,” tambah sumber itu.
Menurut laman web RTM Mobile, mekanisme yang perlu ada untuk menggunakan web pelayar adalah HTML4 dan HTML5, Adobe Flash Players.
Sistem lain yang berupaya untuk akses RTM Mobile adalah mereka yang menggunakan sistem pengendalian dari Blackberry, iOS, Window Mobile, Symbian OS dan Android.
“Ingat, media transmisi memerlukan banyak penggunaan jalur lebar. Sebagai contoh, menonton saluran kami selama sejam dan ia menggunakan sekitar 88 megabytes untuk pengguna jalur lebar,” RTM Mobile nasihatkan.
“Ia amat baik sekiranya menggunakan sambungan Internet Wifi.”
RTM Mobile dicadangkan sebagai tambahan saluran televisyen yang berkeupayaan 200kbps dan radio di 96kbps.
Usaha RTM merupakan langkah besar dalam aliran elektronik untuk menyebarkan mesej kerajaan.
No comments:
Post a Comment