Sanggup menggunakan remaja2 ini dengan di beri sedikit duit poket,makan dan baju t shirt....sungguh memalukan umno ni...umno sanggup melakukan apa saja walau ada nyawa yang melayang....jijik mereka ini....dari itu awasi anak2 anda........
Remaja2 ini di beri makan nasi bungkus....makan pulak tepi2 longkang je....
Berapakah usia remaja2 ni???
Dapat baju dah cukup buat budak2 ni....
Namun nasib malang buat remaja di bawah ini...balik dari rumah zambry dia kemalangan jalanraya...................
Seorang remaja terbunuh selepas motosikal yang ditunggangnya terbabas di Km 242.8 Lebuhraya Utara-Selatan dekat Kuala Kangsar pada Sabtu.
Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar Supt Abdul Ghaffar Mohamad berkata mangsa, Meor Mahffuz Meor Abdullah, 16, dari Lenggong meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.
Kejadian berlaku pada pukul 4.45 petang tadi dan mangsa dipercayai menunggang dengan laju sebelum terbabas dan merempuh penghadang di tengah lebuh raya lalu tercampak di atas jalan, katanya ketika dihubungi di sini.
Mangsa dikatakan dalam perjalanan dari Ipoh ke rumahnya di Lenggong selepas menghadiri majlis perhimpunan Barisan Nasional (BN) Pilihan Orang Muda di kediaman Menteri Besar Perak yang dirasmikan oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein tengah hari Sabtu.
Sementara itu Ketua Pemuda Umno Perak Khairul Azwan Harun berkata seluruh anggota Pemuda BN Perak mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham.
Pemuda Umno Perak juga akan menghulurkan bantuan bagi meringankan beban keluarga mangsa, katanya ketika dihubungi.
No comments:
Post a Comment