SAHABAT2 SEPERJUANGAN

SAHABAT2 SEPERJUANGAN

Followers

Tuesday, April 3, 2012

RM 608.68 JUTA NI BARU BERKEMPEN AWAL JE......

Najib dah meronda negeri2 kat Malaysia ni...itu petanda dah dekat nak pilihanraya .Apa yang nak di sebut di sini adalah perbelanjaan si Najib ni...si Perak dia dah turun 4 kali,yg terakhir ni di Kuala Woh, Tapah jumpa orang asli yg khabarnya berpuluh2 bas disediakan untuk menanti Najib datang.

Banyak beno Najib taburkan kat Perak ni duit,almaklum satu2 negeri yg dirampasnya secara haram dan tidak beradab...dia dah takut rampasan pentadbiran pemerintahan Pakatan Rakyat selama 10 bulan masih di kenang dan diingati rakyat Perak...

Taburan duit ,janji2 projek segera telah Najib taburkan ,semuanya kerana ingin meraih simpati rakyat supaya menyokong dia menerajui negara lagi....dia ingat rakyat bodoh ke macam ahli2 umno yg tunduk bagai kerbau di cucuk hidung...............

Rakyat kena bangun dari ditindas oleh Umno yang mencekik darah rakyat...petugas2 Pakatan Rakyat perlu lebih agresif ,bermaklumat serta bersemangat dan lebih berkeyakinan dalam menjalankan misi menawan Putrajaya.



Jelajah Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak ke seluruh negara bagi berkempen dan memburukburukkan pembangkang telah menggunakan RM608.68 juta bagi tujuan peruntukan projek segera di setiap negeri.

Demikian kata Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar dengan merujuk kepada dokumen Pemberitahuan Pertanyaan Lisan Dewan Rakyat membabitkan soalan beliau kepada Perdana Menteri 27 Mac lalu.



Dalam surat itu, Firdaus dimaklumkan bahawa peruntukan yang telah diluluskan oleh PM dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin sepanjang tempoh Januari hingga 15 Mac 2012 adalah sejumlah RM608.68 juta.

Perak adalah penerima peruntukan terbesar dengan RM220.38 juta diikuti Johor dengan RM201.40 juta, sementara Wilayah Persekutuan (RM63.25 juta); Terengganu (RM28.95 juta); Sabah (RM22.77 juta); Pahang (RM19.80 juta); Selangor (RM17.30 juta); Sarawak (RM10.13 juta); Kelantan (RM6.40 juta); Pulau Pinang (RM5.58 juta); Kedah (RM4.06 juta); Melaka (RM3.24 juta); Negeri Sembilan (RM2.92 juta) dan Perlis (RM2.50 juta).

“Kita dapat lihat, peruntukan ini diumumkan dalam projek mee segera PM semasa lawatannya ke negeri-negeri termasuk berkempen agar rakyat mengundi mereka. Gunakan dana awam, lepas tu dalam media hentam pembangkang,” katanya lagi.

Beliau juga runsing dengan sebarang kemungkinan sifat projek mee segera ini hanyalah akhirnya nanti menemui jalan buntu dengan masalah tidak siap ataupun lewat siap.

Selain itu, beliau juga mempersoalkan sama ada projek mee segera yang diumumkan ini adalah untuk diberikan kepada kroni mereka yang berada di negeri-negeri tatkala protes ke atas pimpinan BN semakin meningkat.

1 comment:

Anonymous said...

jeoleous tak habis, apa tak tengok apa kerajaan hangpa buat kat kedah,penang, kelantan, selangok..dah dapat kuasa mana kenai rakyat,,nak kembong poket masing masing....PM ada juga kongsi dgn rakyat...buat projek pun untuk rakyat,,hangpa pun dok guna jugak ,,kan gitu.

Related Posts with Thumbnails