SAHABAT2 SEPERJUANGAN

SAHABAT2 SEPERJUANGAN

Followers

Sunday, April 8, 2012

ISU VALE...ZAMBRY DAH NGETOR....

Zambry ingatkan dia hebat le beno...blog2 pro umno bukan main le lagi mainkan isu ni ya....dah kena batang hidung sendiri zambry,...ate jawab le kalau berani...mana dokumen2 yg lain2 tu....ADA BERANI KE KO ZAMBRY KADIAQ..........




Menteri Besar, Dato' Seri Zambry perlu mendedahkan semua dokumen tentang projek pusat pengagihan bijih besi Vale International kepada umum.

Ketua Pembangkang DUN Perak, Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, Dr Zambry tidak boleh memilih dan mendedahkan satu surat sahaja tetapi perlulah mengemukakan semua surat-surat termasuklah surat kelulusan projek oleh Kerajaan BN.

"Zambry perlu dedahkan semua dokumen termasuklah minit-minit mesyuarat, dan perjanjian antara kerajaan dan pihak Vale," katanya dalam sidang media di Sidang Dewan Undangan Negeri Perak, hari ini.

Menurutnya, surat yang didedahkan oleh Dr Zambry semalam telah menyatakan bahawa kerajaan Pakatan Rakyat ketika itu akan mempertimbangkan cadangan projek di teluk Rubiah jika ianya telah mematuhi syarat oleh Ministry of International Trade and Industry (MITI) dan Pejabat Tanah dan Galian.
"Kita (Pakatan Rakyat) memberikan kebebasan kepada pelabur serta kita raikan mereka dan kita akan membuat keputusan setelah kita mendapat laporan-laporan daripada agensi-agensi kerajaan termasuklah Tenaga Nasional Berhad (TNB), Ministry of International Trade and Industry (MITI), Jabatan Alam Sekitar, Kementerian Pertahanan, dan Environmental impact Assessment(EIA)," ujarnya.

Mohammad Nizar menjelaskan, surat yang didedahkan oleh Dr Zambry semalam hanyalah surat meraikan pelabur untuk melabur dan bukannya surat kelulusan.

"Saya cabar Dr Zambry tunjukkan kepada rakyat semua surat yang Vale terima untuk menjalankan projek itu.

Selepas semua dokumen didedahkan barulah rakyat tahu siapa sebenarnya berbohong," tegasnya.

Katanya, Pihak Vale sudah berjumpa dengan kerajaan BN sebelum Pakatan Rakyat memerintah dan inginkan projek tersebut dijalankan di Teluk Rubiah.

"Selepas Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan, Vale berjumpa dengan kami dan mengemukakan dua cadangan tempat iaitu di Bagan Datoh dan Sagari, tetapi bukan Teluk Rubiah," jelasnya.

Semalam, Menteri Besar, Dr Zambry telah mendedahkan surat yang ditandatangani oleh Menteri Besar ketika itu, Dato' Seri Nizar Jamaluddin tentang sokongan terhadap projek Vale dan kesahihan kandungan surat berkenaan.

Daripada surat yang dikeluarkan itu, ada dinyatakan bahawa Nizar selaku Menteri Besar ketika itu mengutus surat sokongan kepada Pengarah Pemasaran Komersial Vale, Mr Renato Neves.

Nizar mengakui kesahihannya surat itu namun ianya hanya surat sokongan dan bukannya surat kelulusan projek.

Beliau sangat seronok dan berterima kasih kepada Dr Zambry kerana mendedahkan surat sokongan terhadap projek tersebut kerana ianya telah menggambarkan hubungan baik antara Kerajaan Pakatan Rakyat kepada pelabur.

1 comment:

Anonymous said...

Ada saje si Nizar ni pon. Dulu motokar dah telentang tak sedo2 juger lagi..baik ler jilat ponggong si Ngeh tu.,.(miker tak beghani publisg comment teman nih..berrani tak???...teman nk tengok..kalo x berani menunjukkan sifat munafiq org PAS). Kalo berani itu menunjukkan pompuan PAS ada telor. Hehehe.

Related Posts with Thumbnails