Datuk Mahfuz Omar menempelak kenyataan bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali, yang mendakwa pemecatannya akan menjadi sebahagian daripada faktor kekalahan parti Islam itu pada pilihan raya umum akan datang.
Naib Presiden itu berkata, jentera Pas tidak pernah tergugat dengan ketiadaan Hasan, malah pemecatan itu telah merungkaikan permasalahan yang selama ini berlegar-legar dalam parti itu.
“Siapa dia (Hasan) nak bagi tahu yang Pas akan tumbang? Pas tidak pernah tergugat. Malahan kami bersyukur diambil tindakan memecat dia dulu, ringan sikit beban masalah.
“Biarlah dia rasa dia hebat sekarang sampai boleh mengeluarkan kenyataan sedemikian, tapi Pas tidak akan tumbang disebabkan dia,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online.
Hasan juga merupakan bekas Exco Kerajaan Negeri Selangor.
Ketika ditanya pemberita, adakah Pas tergugat dengan kenyataan Hasan yang secara tidak langsung mendakwa dirinya mempunyai sokongan akar umbi yang kukuh apabila program jelajahnya mendapat sambutan baik dengan ribuan yang hadir, Mahfuz berkata, itu adalah retorik politik semata-mata dan Pas tidak pernah menganggap itu satu ancaman.
“Dia sedang diperkudakan Umno, Hasan sekarang sedang pikul tanggungjawab sebagai mata dan kapak Umnolah.
“Program dia tak bawak permasalahan buat Pas, biarlah dia nak buat apa pun... Pas tetap akan teguh dengan perjuangan kami,” katanya.
Kelmarin, Hasan mengeluarkan kenyataan faktor pemecatannya masih relevan dan akan menyebabkan "kekalahan teruk" Pas pada Pilihan Raya Umum ke-13.
SAHABAT2 SEPERJUANGAN
Followers
Monday, March 5, 2012
PAS TERGUGAT SEBAB SI HASAN NI????
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment