SAHABAT2 SEPERJUANGAN

SAHABAT2 SEPERJUANGAN

Followers

Sunday, January 1, 2012

KENAPA LE KORANG CEDERAKAN DIRI SENDIRI NI???

Ade sapa2 yang nak cederakan diri dengan sengaja untuk cari populariti??Bodoh taraf gaban le polis2 kat Malaysia ni...dah masuk tahun baru masih buat kerja2 taraf orang tak siuman...antara manusia sesama manusia pulak tu....


Mahasiswa dah separuh nyawa ni pun dikata kena buatan diri sendiri....tau le nasib korang wahai polis2 yang kejam...menjadi pak turut kerajaan umno yang zalim lagi haprak...nantikan kebangkitan mahasiswa di pru 13 nanti...semua insiden ni mengundang kejatuhan yang teruk pada umno nanti....


Polis menafikan dakwaan memukul beberapa aktivis mahasiswa semasa menghuraikan demonstrasi aman di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), menegaskan “tiada pergelutan” berlaku apabila tangkapan dibuat.

Mahasiswa dan ahli politik pembangkang telah mendakwa beberapa mahasiswa yang terlibat dalam demonstrasi aman menuntut kebebasan akademik telah dipukul dan ditangkap awal pagi selepas ingkar arahan agar bersurai.

Timbalan Ketua Polis Perak Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata “tindakan perlu” diambil demi keselamatan awam dan salah seorang mahasiswa “tercedera sendiri”.

“Kumpulan mahasiswa tidak mendengar arahan polis supaya bersurai dan kami terpaksa bertindak dengan menangkap mereka.

“Mereka melawan yang mana ia mungkin boleh membawa kepada berlakunya pergelutan,” katanya dipetik The Star.

Mohd Shukri berkata seorang mahasiswa telah merempuh dinding kaca di sebuah klinik berhampiran semasa demonstrasi dan telah tercedera.

“Dia telah diberikan rawatan pesakit luar di Klinik Kesihatan Tanjung Malim.

“Ada mahasiswa kata dia sedang dirawat di Hospital Slim River walaupun mengalami kecederaan ringan,” katanya.

Beliau berkata hanya dua mahasiswa iaitu Adam Adli Abdul Halim dan seorang mahasiswi menuntut di UPSI.

Manakala yang lain merupakan mahasiswa dari Universiti Selangor (Unisel), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Universiti Pengurusan dan Sains (MSU).

Adam Adli, 21, menjadi perhatian dan dikritik kerana bertindak menurunkan kain rentang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di luar ibu pejabat Umno di Kuala Lumpur bulan lalu.

Mohd Shukri berkata semua mahasiswa itu dijangka akan dibebaskan hari ini.

PKR dan DAP mengkritik tindakan polis terhadap mahasiswa, dianggarkan seramai 60 orang semasa demonstrasi aman untuk memberikan sokongan kepada aktivis mahasiswa dan menuntut kebebasan akademik di UPSI, Tanjung Malam selepas tengah malam.

Parti pembangkang mendakwa polis termasuk dua anggota dari Unit Cawangan Khas mengambil tindakan kasar terhadap mahasiwa yang didakwa mereka seramai 100 orang berbanding 60 orang yang dikatakan peguam hak asasi Fadiah Najwa Fikri apabila kumpulan itu enggan bersurai.

Seramai 17 aktivis mahasiswa telah ditahan dalam kejadian pada pukul 2.30 pagi dan kesemua mereka dibawa ke balai polis Tanjung Malim.

Seorang mahasiswa, Muhammad Safwan Anang dikatakan dipukul, ditumbuk dan ditendang sehingga tidak sedarkan diri.

Muhammad Safwan, Presiden Presiden Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (Bebas) berada di Hospital Slim River dengan tulang pipi patah,” kata PKR dalam kenyataannya.

Parti itu mendakwa Muhammad Safwan telah dipukul oleh lapan anggota polis dan anggota Unit Cawangan Khas.

Polis Tanjung Malim mengesahkan mereka telah menahan 17 aktivis mahasiswa dalam kejadian itu tetapi enggan memberikan butiran lanjut kerana masih dalam siasatan.

No comments:

Related Posts with Thumbnails