SAHABAT2 SEPERJUANGAN

SAHABAT2 SEPERJUANGAN

Followers

Wednesday, January 18, 2012

PAS ADA PENDIRIAN SENDIRI

PAS tidak pernah mengikut arahan mana-mana individu termasuklah Dato’ Shttps://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiZD6dhiLE8iFyPXmo5pHiY9grzOTnHEip3Muy9bkJ3y7iDXUtnCFJ8aiNoqymhlCLq5pR0hf6p_2Typfn2q6aqZLrbL_KayXpxC8wjDFRM48O58QS9Y25vitJRwyRWNyYg5qIerkTrPmY/s1600/Idris+Ahmad.jpgeri Anwar Ibrahim dalam isu pemecatan Dato’ Dr Hasan Ali sebagai ahli parti.

AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata, PAS yang berusia 61 tahun dan sudah matang dalam percaturan politik tidak pernah mengikut telunjuk mana-mana individu apabila ia membuat keputusan tentang masalah dalaman parti.



Misalnya, kata beliau, Umno sering menuduh PAS menjadi kuda tunggangan DAP sebaliknya yang berlaku PAS melaksanakan tahaluf siasi dan memberi ruang kepada PAS untuk menerangkan Islam sebagai ad-deen.

“Begitu jugalah PAS bertindak terhadap Hasan Ali, keputusan dibuat dengan matang dan bukan de ngan emosi sebaliknya PAS dibimbing oleh Majlis Syura Ulama yang alim lagi fakih,” katanya

Beliau menegaskan, Has an harus muhasabah di rinya kenapa pimpinan bertindak demikian?

Malah tuduhan Hasan mengatakan PAS bertindak drastik ke atasnya, disangkal sama sekali oleh bekas Setiausaha Majlis Syura Ulama itu.

Ini kerana, tiga tuan guru iaitu Tuan Guru Nik Abdul Aziz, Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Dato’ Haron Din berjumpa dan telah menasihati Hasan.

“Mana ada kesalahan pimpinan yang lain di negara ini, melibatkan pimpinan tertinggi berjumpa dan bersua muka untuk menyelesaikan masalah pemimpin berkenaan,” ujarnya.

Katanya, Hasan Ali boleh merayu kepada Majlis Syura jika dirinya betul-betul berjiwa besar apatah lagi sebagai seorang motivator dan mempunyai pendidikan yang tinggi.

Ditanya adakah PAS ke cewa dengan kehilangan Hasan, Ustaz Idris berpendapat PAS lebih menyayangi jemaah daripada menyayangi individu walaupun pada masa yang sama mengakui bukan se nang untuk mendapat ahli dan tokoh seperti beliau.

No comments:

Related Posts with Thumbnails