SAHABAT2 SEPERJUANGAN

SAHABAT2 SEPERJUANGAN

Followers

Thursday, January 19, 2012

ADA LAGI JAWATAN ??


Datuk Dr Hasan Ali masih kekal memegang jawatan sebagai Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (Mais), walaupun beliau bukan lagi Exco kerajaan negeri yang bertanggungjawab dalam Hal Ehwal Agama Islam.

Perkara itu dimaklumkan oleh Pengerusi Mais, Datuk Setia Mohamad Adzib Mohd Isa dan berkata mesyuarat sudah memutuskan Hasan Ali kekal memegang jawatan tersebut.

Menurut Mohamad Adzib, mesyuarat yang diadakan pada 17 Januari lalu itu juga turut dihadiri oleh Hasan Ali. Mesyuarat itu merupakan yang pertama diadakan bagi sesi 2012 hingga 2014.

“Beliau (Hasan Ali) masih kekal sebagai Timbalan Pengerusi Mais dan juga ahli. Memang perlu ada Exco yang bertanggungjawab untuk menjaga Hal Ehwal Agama Islam dan kini dipegang oleh Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Namun saya menegaskan jawatan Timbalan Pengerusi itu kekal milik Hasan kerana mesyuarat sudah memutuskan perkara itu,” katanya ketika dihubungi FMT hari ini.

Semalam Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan bahawa beliau akan mengambil alih portfolio Hal Ehwal Agama Islam sekaligus bertanggungjawab dalam pembangunan dan perkembangan Mais serta Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).

Namun, jika Hasan Ali masih kekal sebagai Timbalan Pengerusi ini memberi kuasa kepada beliau untuk mempersoalkan sebarang tindakan dan keputusan yang dibuat oleh kerajaan negeri kelak.

Hasan Ali dilantik menjadi Timbalan Pengerusi Mais pada 2008 ketika itu beliau merupakan Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam.

Pelantikan AJK masjid dan surau

Sementara itu, Mohamad Adzib berkata Hasan Ali juga kekal memegang portfolio yang disandangnya sebelum ini iaitu sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kariah yang bertanggungjawab menguruskan sebarang pelantikan ahli jawatankuasa masjid dan surau.

Manakala bagi Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Aduan dan Penguatkuasaan yang memantau serta menangani isu murtad dan ajaran sesat di negeri Selangor pula dipegang oleh Datuk Emran Kadir.

“Dalam Mais, Hasan Ali masih kekal memegang portfolio sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kariah manakala Emran memegang Pengerusi Jawatankuasa Aduan dan Penguatkuasaan.

Ini termasuklah mengawal dan mengambil tindakan aktiviti memurtadkan orang Islam, ajaran sesat, mengajar tanpa tauliah di masjid dan surau,” jelasnya.

Kenyataan beliau itu sekaligus menafikan dakwaan bahawa Hasan Ali bakal dilantik sebagai Pengerusi Pengurusan Aduan dan Penguatkuasaan.

No comments:

Related Posts with Thumbnails