SAHABAT2 SEPERJUANGAN

SAHABAT2 SEPERJUANGAN

Followers

Sunday, October 16, 2011

PAS PARTI POLITIK TERAWAL DI NUSANTARA

PAS adalah sebuah parti Gerakan Islam dan parti politik Islam yang antara terawal ditubuhkan kesinambungan daripada kedatangan Islam di Asia Tenggara, demikian menurut Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Jelas beliau, kemunculan PAS adalah satu tuntutan daripada al-Quran dan sunnah Rasulullah s.a.w.

http://pasabah.files.wordpress.com/2008/02/bendera-8.jpg“Menyambung perjuangan di zaman tidak ada nabi dan rasul ialah kumpulan Islam yang ciricirinya dinyatakan Allah SWT di dalam al-Quran dan dihayati generasi awal umat Islam yang menyambung perjuangan Rasulullah s.a.w.

“Kebangkitan sebagai sebuah gerakan Islam adalah selaras dengan gerakan tajdid, gerakan pembaharuan yang akan wujud di sepanjang zaman yang akan menyatakan bahawa cahaya Islam tidak boleh dipadamkan.

“Kelahiran PAS adalah hasil gerakan tajdid seawal gerakan diambang kejatuhan Khilafah Uthmaniyyah. Gerakan yang dipimpin oleh Jamaluddin al- Afghani dan Muhammad Abduh yang mengembalikan semangat umat yang mengalami perpecahan kerana serangan pemikiran sekularisme yang melahirkan fahaman nasionalisme yang fanatik,” ujarnya berucap pada Kongres Sambutan 60 Tahun PAS di Dewan Milenium, di sini 1 Oktober lalu.

Terang beliau, gerakan dicetuskan Jamaluddin al-Afghani dan Muhammad Abduh telah melahirkan putera-putera Islam di Asia Tenggara yang datang ke rantau ini menghadapi cabaran penjajahan. Asia Tenggara katanya, menjadi sasaran awal penjajahan Barat yang gagal menjatuhkan Khilifah Islamiah di pusatnya lalu mereka menakluk Melaka tahun 1511 oleh Portugis diikuti Belanda dan Inggeris.

Terang Ustaz Abdul Hadi, ketika Barat melakukan penjajahan melalui Syarikat Hindia British dan Hindia Belanda, golongan Islam pula menubuhkan Partai Syarikat Islam pada tahun 1908 di Indonesia dan ditubuhkan cawangannya di Tanah Melayu.

Katanya, walaupun pihak penjajah bertindak mengharamkan Partai Syarikat Islam di Tanah Melayu, namun cahaya Islam tidak boleh dipadamkan apabila peranan itu disambung dengan penubuhan Hizbul Muslimin dan seterusnya Persatuan Islam Se-Tanah Melayu yang dinamakan dengan nama Parti Islam Se-Malaysia pada hari ini.

Kesamaan itu juga menurutnya, adalah hasil gerakan tajdid yang melahirkan kumpulan Islam di seluruh pelusuk dunia seperti gerakan Ikhwanul Muslimin di Asia Barat, Jamaat Islami di benua India dan Partai Masyumi di Indonesia.

“Peranan utama penubuhan PAS adalah mengembalikan kedaulatan Islam dan menyelamatkan seluruh manusia terutamanya di zaman yang kini gagalnya ideologi ciptaan manusia.

“Manusia menyaksikan di abad lalu keruntuhan komunisme yang menumbangkan Soviet Union, kuasa besar dunia yang dianggap hebat, paling luas wilayah dan kuasanya hancur berkecai.

Hari ini tanda-tanda kiamat kemusnahan liberal kapitalisme berlaku di negara Barat, bukan sahaja keruntuhan moral dan nilai kemanusiaan, termasuk keruntuhan ekonomi dan politik.

“Terserlah tanda-tanda kemusnahan mereka puncanya ialah kerana ajaran tersebut tidak memenuhi ciri-ciri fitrah manusia, naluri manusia, ajaran yang tidak ada roh, iman kepada Allah dan hari akhirat, tidak ada perhitungan dosa dan pahala, menjadikan manusia tidak boleh dikawal sifat-sifat fitrah mereka,” syarahnya.

Tegas Ustaz Abdul Hadi, PAS menghasilkan suatu matlamat jelas dan nyata untuk mendirikan sebuah pemerintahan yang melaksanakan di dalamnya nilai-nilai Islam dan hukumhukum menurut keredaan Allah.

Perlembagaan PAS ujar beliau, bukan sekadar mewarisi sistem pemerintahan yang diajar oleh Rasulullah s.a.w bahkan PAS telah meletakkan perjuangannya mestilah menjadi alternatif kepada sistem pemerintahan warisan penjajah.

Katanya, terbukti penjajah telah meninggalkan masalah kepada seluruh negara bekas jajahan walaupun berpuluhpuluh tahun mencapai kemerdekaan apabila seluruh negara bekas jajahan kekal di tahap negara miskin.

“Ini menunjukkan selagi kita tidak boleh membebaskan diri dari belenggu penjajahan dengan cara yang menyeluruh, kita tidak mencapai kemerdekaan yang sebenarnya,” ujar Tuan Guru.

No comments:

Related Posts with Thumbnails