SAHABAT2 SEPERJUANGAN

SAHABAT2 SEPERJUANGAN

Followers

Monday, October 17, 2011

MAHATHIR KATA DR AZIZ BARI KURANG AJAR

drmahathir7513

Pandai pulak nak kata org kurang ajar,yg selama ini dia bercakap menghina Nabi,mencaci ,mencerca islam tak pulak rasa diri tu kurang ajar.Bila dah diri tak berkuasa sibuk nak buat kenyataan2 yg membodohkan diri sendiri,dia ingat rakyat tak ingat kata2'KURANG AJAR' dia sebelum ini.Kalau ia pun sebelum cakap cermin2 le diri dulu....

Makin ramai yang menyuarakan perasaan kurang senang dengan kenyataan Profesor Dr Abdul Aziz Bari yang mempertikaikan titah Sultan Selangor berhubung isu pemeriksaan JAIS ke atas sebuah gereja di Petaling Jaya baru-baru ini.

Terbaru bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad juga menyifatkan keengganan Aziz Bari memohon maaf serta menarik balik kenyataannya'sebagai kurang ajar'.

Beliau berkata kenyataan pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) itu bertentangan dengan moral masyarakat Timur dan boleh disifatkan sebagai kurang ajar dalam bahasa Melayu.

"Sama ada ia melanggar undang-undang, saya tidak tahu, tetapi dari segi moral, ia kurang ajar," kata Dr Mahathir.

Aziz Bari sebelum ini dilaporkan portal Malaysiakini berkata tindakan Sultan Selangor campur tangan berhubung isu pemeriksaan gereja bukan sesuatu tindakan yang lazim.

Menurutnya, sebagai Ketua Agama Islam di Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berhak campur tangan, namun ia perlu dilakukan selaras dengan ajaran Islam.

Sementara itu, dalam kolum Awang Selamat dalam Mingguan Malaysia pada Ahad, penulis berkata berdasarkan Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor, baginda selaku ketua agama Islam negeri mempunyai hak mutlak terhadap hal ehwal Islam.

"Telitilah kenyataan Sultan Selangor, ia sedikitpun tiada cacat cela serta tidak terkeluar daripada bidang kuasa baginda,".

"Sebagai orang Islam, Awang menjunjung kasih ke atas Sultan Selangor kerana komited menjaga kepentingan Islam, yang jelas termaktub dalam Perlembagaan negara. Jadi, tidak timbul sama sekali bahawa tindakan baginda tidak konsisten dan tidak selaras dengan ajaran Islam."

Sebelum ini, Senator Ezam Mohd Noor mahu Aziz Bari dan portal berita Malaysiakini disiasat dibawah Akta Hasutan 1948 kerana mempertikaikan titah Sultan Selangor.

“Aziz Bari telah berlaku biadap dan derhaka kepada Institusi Raja Melayu dengan menghasut orang ramai untuk membenci Institusi Raja-Raja Melayu.

“Kenyataan Aziz ini dikeluarkan oleh laman portal Malaysiakini,” katanya ketika membuat laporan di Balai Polis Seksyen 6 pada 13 Oktober lalu.

Selain itu, beliau juga mahu pihak UIA mengenakan tindakan disiplin terhadap Aziz Bari termasuk digantung tugas kerana mengeluarkan kenyataan sedemikian sekaligus mencemarkan imej serta kredibiliti universiti tempatan terbabit.

No comments:

Related Posts with Thumbnails