Pembelot parti PKR, Zulkifli Noordin yang baru-baru ini diangkat sebagai orang penting di dalam pertubuhan pro-Melayu, Perkasa boleh disimpulkan sebagai bersesuaian. Seperti pepatah yang mengatakan, “anda ialah apa yang anda makan atau sesebuah pertubuhan itu hanya sebagus pekerjanya sahaja.”
Yang sebenarnya, tidak ramai rakyat Malaysia yang mengenali Perkasa, pertubuhan sayap kanan orang Melayu yang riuh-rendah dan kasar menghamburkan kemarahan terhadap kaum lain. Samalah dengan Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Zulkifli Nordin itu. Sebab itu mereka sangat bersesuaian. Umpamanya, Perkasa boleh menelan Zulkifli tanpa keracunan makanan dan, Zul juga boleh membantu menggilap imej ekstrem dan perkauman Perkasa.Ditendang keluar dari PKR hampir dua tahun yang lalu kerana masalah disiplin, ramai sumber dalaman menyatakan yang dia sudah lama tersepit kerana UMNO sudah menjeratnya atas sebab dokumen pilihanrayanya. Beliau digertak untuk mengosongkan kerusinya sekrianya dia tidak mahu meletak jawatan dalam PKR dan bekerja untuk UMNO. Akhirnya dia pun pergi selepas melakukan pelbagai masalah.
Bila beliau ditendang keluar bersama Ahli Parlimen Bayan Baru Zahrain Hashim, Perdana Menteri Najib Razak sangat gembira lalu mengundang mereka naik pesawat khas kerajaan pergi ke Amerika, berjalan di atas karpet merah dengan segala keistimewaan yang diberikan.
Ibrahim berjumpa 'teman sejati'
Di dalam Perkasa, Ibrahim Ali bersentuh bahu dengan Zul. Seperti burung yang terbang dengan burung sejenisnya, semakin jelas ketua Perkasa itu percaya yang dia akhirnya berjumpa dengan seorang leftenan yang boleh dipercayai setelah lama mencari.
Perkasa boleh sahaja menyatakan yang mereka bukan jentera politik, namun faktanya ia adalah sejenis binatang politik. Gerak-gerinya semua berkisar di sekeliling bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad dan melakukan apa yang diperintahkan, dan sesiapapun sahaja yang didukung atau mahu disokong oleh diktator berusia 85 tahun itu.
Kini, Perkasa yang berada dibelakang Zul boleh memulakan tugas baru dalam politik Melayu. Bagi orang bukan-Melayu yang sudah pastilah menjadi papan sasarannya boleh mengagak pelbagai kegemparan dan kebodohan yang ditujukan kepada mereka. Sudah arif dan bosan dengan keriuhan Ibrahim Ali, segelintir orang bukan-Melayu akan mengambil pusing pasal mereka, mungkin kecuali ada nilai-nilai hiburan dan jenaka di dalam ucapan-ucapan mereka seterusnya.
Tapi, apakah Zul mampu mengembalikan keinginan yang diimpikan Ibrahim Ali dengan membawa Perkasa ke satu tahap yang tinggi? Membantunya terhindar dari kepupusan mungkin satu yang agak sukar kerana Zul mungkin akan mempercepatkan kematian Perkasa pula!
Mahathir main tarik tali
Sebagai seorang peguam Syarie, Zul sering menonjolkan diri sebagai seorang Muslim yang warak.
Beliau pertama sekali telah menyerang PAS. Dengan semua kepandaiannya tentang Islam, Zul agak bebal bila menuduh pemimpin PAS mahu melaksanakan hukum hudud di Terengganu supa mereka boleh menghalalkan liwat dengan isteri mereka. Bagaimana beliau sampai kepada pemikiran yang berbelit itu tidak diketahui tetapi beliau dikatakan memetik enakmen hudud negeri Terengganu sebagai asas dakwaannya. Pemimpin-pemimpin PAS, sudah pastilah, mahukan darahnya dan merancang menghadapkan beliau ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen untuk tindakan lanjut.
Jadi secara asasnya, permainan Perkasa telah dibogelkan untuk dilihat semua. Ia akan terus bergerak atas dua platform iaitu sikap perkauman dan benci agama lain guna mengembleng tenaga dan menciptakan jurang antara kaum supaya UMNO dan Mahathir boleh terus berkuasa.
Ibrahim Ali yang mengasaskan Perkasa itu, mungkin tidak akan diambil serius lagi selepas ini tetapi sepertinya dia dan Perkasa sudah menjumpai sosok yang sesuai di dalam Zul Nordin. Apatah lagi reputasi Zul agak baik sedikit dari Ibrahim Ali.
Dari perspektif kaum, kedua-dua mereka adalah bermasalah. Di dalam ruang lingkup agama pula, Ibrahim tidaklah begitu warak. Sedih hendak dikatakan yang Zul adalah sedikit baik walaupun Perkasa sangat mengharapkan yang dia boleh memimpin mereka ke ‘jalan’ Islam yang benar. Seperti kebiasaannya, ramai pemimpin Islam yang akan menghindari beliau atau duduk berdekatan dengannya kerana takur imej mereka akan turut tercalar.
Dan untuk orang Melayu, pastilah ianya satu hari yang diselubungi kegelapan sekiranya negara ini diperintah oleh orang seperti Zul Nordin dan Ibrahim Ali walaupun sebenarnya dibelakang mereka ialah Mahathir!
- Malaysia Chronicle
u untuk bersara dari dunia bergemerlapan antarabangsa kepada adegan politik tempatan, beliau mungkin akan terlibat dengan BN dan MCA khususnya.
Justeru kata Ibrahim (gambar), pada pilihan raya umum 2004, PAS mendakwa akan menang besar di Kelantan tetapi hanya dapat mengekalkan kerajaan negeri dengan perbezaan dua kerusi hasil bantuannya.























Betapa bergemerlapan kilauan intan berlian cincin Rosmah yang bernilai RM24.4 juta hingga cerita mengenainya begitu sukar hendak dimalapkan.
Alahai, makcik-makcik di Felda, hangpa dapat apa dengan bermati-matian suami-isteri memberikan sokongan kepada parti Rosmah suami/isteri untuk terus kekal berkuasa.









Ketika berucap pada kira-kira jam 1.50 petang tadi, Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) Ahmad Syukri Razab berkata pihak universiti perlu adil ketika siasatan dijalankan, malah seharusnya "lawan ilmu dengan ilmu", dan bukannya "lawan ilmu dengan gantung".
Bagaimanapun, siswa-siswi berjaya untuk menyerah memorandum kepada Timbalan Rektor, pada kira-kira jam 2.20 petang. Pada masa yang sama, dua orang Naib Presiden PKR, Nurul Izzah dan Tian Chua turut hadir untuk memberi sokongan kepada siswa-siswi dan Abdul Aziz Bari. Perhimpunan bersurai selepas memorandum diserahkan.
Shamsul bagaimanapun mengeluarkan kenyataan ringkas melalui telefon bimbitnya, "Sebentar tadi saya telah ditahan oleh pihak keselamatan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) berikutan kehadiran saya sebagai tanda solidariti kepada ribuan mahasiswa yang berhimpun di Masjid UIAM untuk membantah penggantungan Prof. Dr. Aziz Bari.
Menurut pengamatan wartawan, UIAM mula membuat sekatan di pintu kampus pada jam 12 tengah hari, memeriksa setiap kereta yang masuk ke kawasan kampus. Kereta tidak dibenarkan masuk selepas menunjukkan pass media, malah diberitahu pegawai keselamatan bahawa hanya Utusan Malaysia dan Berita Harian dibenarkan masuk. Bagaimanapun, wartawan berjaya masuk ke kawasan kampus dengan menumpang kereta dua orang muslim yang lain.

nah mencabul kehormatan seorang pelajar perempuan.
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dengan ini menyatakan sokongan terhadap kenyataan Profesor Aziz Bari yang menyatakan bahawa titah monarki boleh dikritik dan diperdebatkan.