SAHABAT2 SEPERJUANGAN

SAHABAT2 SEPERJUANGAN

Followers

Monday, January 31, 2011

PAS TERIMA KEKALAHAN DI TENANG


PAS tetap optimis dengan keputusan pilihan raya kecil (PRK) Tenang yang diumumkan semalam walaupun calonnya Normala Sudirman tewas di tangan Mohd Azahar Ibrahim daripada Barisan Nasional (BN) dengan majoriti 3,707 undi. Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang walaubagaimanapun berkata, keputusan itu tidak akan mempengaruhi PAS untuk terus melakukan perubahan dalam sistem demokrasi negara yang dianggapnya berat sebelah.

Malah beliau berkata PAS akan terus merangka strategi bagi meningkatkan keupayaan gerak kerja dalam setiap pilihan raya akan datang, desakan yang berterusan akan terus dilakukan bagi menuntut pilihan raya yang adil.

“Keputusan pilihanraya ini walaupun tidak menyebelahi kita, tetapi ianya telah menjadi kunci kepada semangat juang kita seterusnya dalam proses untuk kita melakukan perubahan yang menyeluruh dan bermakna dalam sistem demokrasi yang berat sebelah ini.

“Kita akan terus menerus merangka strategi berkesan bagi meningkatkan keupayaan dan kebersamaan gerakerja dalam pilihanraya seterusnya, dan dalam masa yang sama akan melakukan desakan agar pilihan raya yang bebas dan telus dilaksanakan di Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Keputusan PRK Tenang semalam menunjukkan bahawa BN masih lagi relevan di kawasan tersebut apabila Azahar berjaya mengekalkan kerusi dengan memperoleh 6,699 undi manakala Normala hanya memperoleh 2,992 undi.

Hadi juga berkata, kempen semasa PRK Tenang dilihat sekali lagi melihatkan taktik BN yang menggerakkan jentera kerajaan dengan bajet yang tidak terbatas, laporan media yang berat sebelah, dan peraturan pilihan raya yang tidak berasaskan suasana pertandingan di lapangan yang sama rata.

Ugutan rasuah projek pembangunan

“Kita sentiasa menegaskan bahawa demokrasi tulen bukan terbatas kepada perubahan cetakan kertas dan kotak undi sahaja, tetapi harus bermula daripada peraturan yang adil, senarai pengundi bersih, media yang bebas, cara berkempen yang bebas dari sogokan, ugutan rasuah projek pembangunan, dan sebagainya.

“Oleh yang demikian usaha menggerakkan (media) massa menerusi saluran parti politik dan NGO akan terus dilaksanakan agar demokrasi yang tulen dapat ditegakkan,” katanya.

Sementara itu, Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub berkata pembangkang dilihat berjaya menggagalkan usaha BN mencapai majoriti 5,000 undi yang disasarkan sebelum ini.

“Dengan keadaan yang begitu kritikal, dengan hujan lebat dan banjir yang berlaku di kawasan ini, apa jua yang berlaku, saya rasa kita telah gagalkan hasrat BN untuk mendapat majoriti 5,000,” katanya dipetik Bernama.

Ketua publisiti DAP Tony Pua pula berkata secara keseluruhan, BN menang disebabkan jumlah pengundi kaum Melayu yang keluar mengundi lebih ramai berbanding hanya kira-kira 55 peratus pengundi Cina, yang merosot daripada 72 peratus pada pilihan raya umum (PRU) lepas.

“Contohnya di Felda Chemplak, jumlah yang keluar mengundi ialah 88 peratus walaupun dilanda banjir. Saya rasa jika banjir tidak berlaku, jumlahnya lebih tinggi. Memang tidak dapat dinafikan bahawa PAS dan PR (Pakatan Rakyat) telah kehilangan undi orang Melayu, terutama di kawasan Felda,” katanya.

Beliau berkata jumlah undi orang Melayu merosot daripada 18 peratus pada PRU lepas kepada hanya 12 peratus pada PRK ini dan Umno sememangnya pemenang yang jelas.

“Bagi saya, pihak yang kalah teruk masih MCA kerana walaupun semua usaha telah dilakukan, pendirian kaum Cina masih tidak berubah. Selain itu, terdapat isu mengapa ramai pengundi Cina tidak keluar mengundi,” katanya.

Saturday, January 29, 2011

JOM KELUAR MENGUNDI.......RAKYAT TENANG

Dalam masa 2 jam lagi selesailah kempen2 calon di dun Tenang....pukul 8 pagi esok rakyat Tenang akan memilih wakil rakyat baru mereka...

Kami para penyokong dalam perjuangan ini hanya mendoakan yang terbaik kepada cikgu mala,moga kemenangan berpihak kepadanya dan seterusnya menaikkan semangat untuk kita berjuang dalam PRU ke 13 nanti, setelah usaha2 yang bersemangat telah kita lalui,jerit perih petugas tidak mengira siang malam .

Tahniah kepada para bloggers PR yang bertungkus lumus mematahkan serangan2 umno yang berterusan menyentuh hal-hal peribadi cikgu mala,harapan kita moga BN cepat berkubur dan tidak berterusan mengkhianati dan menindas rakyat Malaysia.

Bersamalah kita pada malam ini bermunajat moga kita beroleh kemenangan,kepada pengundi di Tenang gunakan akal yang diberi Allah untuk memilih pemimpin yang baik,bukalah minda kamu ,luaskan mata hati kamu untuk memilih mana yang hak dan mana yang batil.



Tuesday, January 25, 2011

UMNO........SI PENDERHAKA DULU,KINI DAN SELAMANYA......

Lambang-lambang penderhaka...jatuhkan mereka

AMPANG, 25 Jan: Seluruh rakyat negeri Selangor dan Malaysia semalam telah menyaksikan satu lagi sejarah penderhakaan pemimpin Umno BN, kata Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin.

Tambahnya, tindakan Adun Umno BN yang menolak usul pindaan Undang-undang Tubuh Negeri Selangor bagi tujuan mengembalikan kuasa Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah sudah cukup melayakkan syarat buat mereka untuk bergelar “Umno Penderhaka Sejati, Dulu, Kini dan Selamanya”.

“Selama ini Umno mengaku kononnya merekalah Juara Melayu, tetapi bila mana usul pindaan mahu mengembalikan kuasa Raja-raja Melayu, terutama Yang Mulia Raja Selangor dibentangkan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor, mereka menolak mentah-mentah pula,” ujarnya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini.

Beliau yang juga Keua Wanita PKR berkata, insiden semalam juga akan menjadi satu lagi ‘trade-mark’ kegagalan agenda Ketuanan Melayu Umno, selepas tragedi penarikan kuasa Raja-raja Melayu 1993.

“Dakwaan bahawa Umno parti pemusnah dan penindas bangsa Melayu kini tidak lagi diragui dan sudah terbukti benar,” katanya.

Justeru, ujarnya rakyat kini telah sedar, siapa Juara Melayu sebenar, siapa Hang Tuah tulen, yakni yang pastinya bukanlah Umno “Si Penderhaka Sejati, Dulu, Kini dan Selamanya”.

Ketua Pembangkang Dun Selangor, Datuk Satim Diman semasa membahaskan perkara itu semalam menegaskan beliau dan 20 Adun dari Barisan Nasional serta Adun Bebas tidak akan menyokong usaha kerajaan negeri untuk meminda Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri seperti yang dibentangkan oleh Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim.

UMNO MEMPERKUDAKAN 'ORANG AGAMA'

http://buletinonline.net/images/stories/berita40/umnokudakanagama.gifUmno yang memperdagangkan Islam dan memperkudakan mereka yang arif dalam agama untuk menghalalkan apa tindakan Umno. Ucapan Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang menuduh PAS memperdagangkan agama kerana PAS telah melanggar fatwa dengan mencalonkan wanita menjadi calon di pilihanraya kecil Tenang.. Nampaknya fikiran Menteri yang jaga urusan agama sama seperti Tun Dr Mahathir yang membangkitkan isu yang sama.

PAS tidak hairanlah dengan Tun yang sudah berada di hujung senja, jika dibandingkan dengan Datuk Jamil Khir yang masih muda dan arif berkenaan agama. Mungkin beliau buat-buat lupa, kerana PAS pernah melantik Khatijah Sidik di Parlimen Dungun pada tahun 1959. Sila buka balik sejarah, baru boleh beri komen dan keluar hukum.

Kenyataan Presiden MCA Chua Soi Lek dan diikuti pula oleh Ketua Wanita Gerakan Datuk Seri Tan Lian Hoe yang memainkan isu Cikgu Normala Sudirman yang enggan bersalam dengan lelaki adalah lambang orang agama dalam Umno gagal menerapkan Islam dalam BN.

PAS boleh memberi maaf kepada dua tokoh daripada parti komponen BN yang tidak memahami situasi ini. Persoalannya apa yang tokoh-tokoh agama Umno buat sepanjang 53 tahun berkawan dengan MCA dan Gerakan untuk menerangkan masalah hukum asas.

Mungkin mulut orang agama dalam Umno sudah penuh dengan sagon. PAS merasa bangga isu bersalam ini dijawab oleh rakan-rakan DAP dan PKR yang bukan Islam.

Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

Sunday, January 23, 2011

UMNO YANG MEMANG TAK TAHU HUKUM......

Reda dengan isu negara Islam, muncul pula isu Cikgu Normala tidak bersalaman dengan pengundi lelaki semasa penamaan calon serta ketika melakukan bertemu pengundi di sekitar DUN itu.

Bagaimanapun agak mengejutkan apabila dalam lawatan di Pasar Tani, Labis, hari ini, bekas guru itu memakai sarung tangan.

Ktenang by election day 1 230111 normala sudirmanemunculan pertama dengan gaya seperti Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail itu itu menimbulkan tanda tanya dan mencuri tumpuan sama ada ia meerupakan strategi kempen terbarunya.

Ditanya pemberita, Normala bagaimanapun tidak mengulas secara langsung berhubung 'perubahan' imejnya itu, sebaliknya menyalahkan BN yang didakwa tidak cuba memahamkan parti komponennya berhubung perkara tersebut.

"Kami sebagai individu Muslim, kami (wanita) memang tidak bersalam dengan lelaki... Begitu juga dengan kaum Tiong Hua, kami bersalaman dengan perempuan (Tiong Hua) tidak ada masalah, (sebab) mereka perempuan.

"Hatta kami saudara seislam pun, kami tidak bersalaman dengan lelaki," katanya dalam satu sidang media yang dilihat bagi meredakan 'kebimbangan' pengundi.

Isu itu mengheret naib presiden PAS Salahudin Ayub yang menjelaskan ia bukan isu kerana setiap kaum mempunyai cara tersendiri untuk mengucapkan salam dan bersalaman.

Wednesday, January 19, 2011

SELEPAS TENANG,SIAP SEDIA UNTUK PRU KE 13?

Pakatan Rakyat meletakkan calon muslimat Noormala Sudirman untuk merampas Dun Tenang,beliau seorang berwibawa dan berkeperihatinan terhadap masyarakat di sana.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dipercayai akan memutuskan tarikh untuk mengadakan pilihan raya umum tergempar berdasarkan pada majoriti yang bakal direkodkan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Tenang hujung bulan ini.

The Malaysian Insider difahamkan Najib meletakkan sasaran majoriti 5,000 undi di kubu kuat Umno itu sebelum memutuskan sama ada perlu memanggil pilihan raya umum ke-13 tahun ini ataupun sebaliknya.

Najib yang juga pengerusi BN akan melawat kawasan Tenang hari ini menjelang hari penamaan calon pada 22 Januari.

BN akan mengumumkan nama calonnya esok.Hari pengundian pilihan raya kecil yang ke-14 itu ialah 30 Januari.

Ia pilihan raya kecil yang pertama di Johor sejak pilihan raya umum Mac 2008 dan yang pertama sejak lebih satu dekad di negeri selatan itu.

Najib mahu Umno-BN mengulangi majoriti yang diperoleh ketika pilihan raya umum 2004 di mana calonnya memperoleh 5,517 undi.

Calon BN mempertahankan kerusi itu pada 8 Mac 2008 dengan majoriti 2,492 undi.

“Tenang akan digunakan sebagai kayu ukur. Jika Umno boleh menang dengan majoriti 5,000 hingga 6,000 undi maka kemungkinan pilihan raya umum akan diadakan Jun ini.

“Jika Umno gagal untuk mencapai sasaran itu, maka pilihan raya kemungkinan akan dianjakkan ke suku keempat tahun ini ataupun awal tahun depan,” kata satu sumber kepada The Malaysian Insider.

Pakatan Rakyat melihat pilihan raya kecil Tenang akan menjadi ujian bagi keyakinan ke atas Najib sama ada beliau boleh menerajui negara di bawah perikatan BN, kata seterunya.

Malah pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat juga mengakui bahawa bagi mereka menawan kerusi Tenang secara realistik agak sukar tetapi jika dapat mengurangkan majoriti BN, bermakna ia akan mencerminkan populariti Najib sebagai perdana menteri.

Satu kajian terbaru Merdeka Center menunjukkan bahawa kadar populariti Najib di Semenanjung Malaysia masih kekal tinggi walaupun ia merosot sedikit daripada 72 peratus Mei lalu kepada 69 peratus akhir 2010.

Pungutan suara itu menunjukkan 74 peratus orang Melayu, 54 peratus Cina dan 85 peratus orang India berpuas hati dengan prestasi Najib.

The Malaysian Insider juga difahamkan bahawa kegagalan dalam pilihan raya kecil Tenang juga kemungkinan akan membawa kepada rombakan Kabinet.

“Perdana menteri merasakan Kabinet perlu diperkukuhkan jika BN tidak dapat mencapai sasaran 5,000 undi.

“Jika ini berlaku, maka rombakan dijangkakan bulan depan. Bagaimanapun enam menteri NKRA tidak akan terjejas,” kata satu sumber.

Mereka ialah Tan Sri Muhyiddin Yassin (pelajaran), Datuk Seri Hishammuddin Hussein (pencegahan jenayah), Datuk Seri Nazri Aziz (rasuah), Datuk Seri Shahrizat Jalil (standard kehidupan), Datuk Seri Shafie Apdal (infrastruktur) dan Datuk Seri Kong Cho Ha (pengangkutan awam).

Difahamkan Najib sedang mempertimbangkan kedudukan Datuk Seri Rais Yatim dalam Kabinet meskipun beliau sudah pun menafikan dakwaan insiden rogol bekas pembantu rumahnya.

Juga wujud spekulasi bahawa Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin kemungkinan ditawarkan jawatan timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri susulan pengumuman bahawa beliau tidak akan mempertahankan kerusi Rembau Julai depan.

Semalam, Najib mengumumkan bahawa beliau akan memperuntukkan RM20 juta bagi projek-projek gololongan muda, antara inisiatif Khairy yang dikemukakan susulan Makmal Pemuda BN tahun lalu.

Tuesday, January 18, 2011

MUSLIMAT PAS MEMBUKA LEMBARAN 2011

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita39/normala.JPGDesas desus mengenai calun Dun Tenang akhirnya terjawab apabila exco muslimat DMPPusat Normala Sudirman, 38, bekas guru pendidikan khas berkelulusan diploma pendidikan dipilih oleh PAS sebagai calon yang akan bertanding dalam pilihanraya kecil DUN Tenang.

Calon PAS yang dianggap mewakili golongan muda itu menyuatakan rasa terharu kerana telah dipilih sebagai calon dan berkata pemilihannya bukan milik beliau.

Katanya, ia adalah penghargaan PAS kepada golongan wanita seluruh negara

(Gambar - Normala - tengah, di apit oleh Ketua Muslimat PAS, Nuridah Salleh dan Wanita DAP Chong Eng)

Kita mengharapkan kegemilangan dan kemenangan akan tercetus di PRU ini,sesungguhannya membuka tahun baru ini dengan satu kejutan dan ianya adalah peluang keemasan untuk muslimat lebih kehadapan dan menonjolkan diri dengan penuh semangat.

Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ketika mengumumkan nama Normala berkata, PAS memilih beliau kerana, beliau tidak meminta menjadi calon.

Kata Ustaz Hadi, PAS memilih Normala kerana beliau adalah seorang yang aktif dan meletakkan jawatan sebelum pilihanraya DUN Tenang.

Friday, January 14, 2011

PENDIDIKAN SEKS,IBU BAPA TAK PERLU BIMBANG????


Para ibu-bapa jangan bimbang kerana kerajaan pimpinan UMNO-BN tidak akan terpengaruh dengan gerakan pendidikan seks yang didesak barat keatas negara-negara dunia kini. Hihihi boleh percaya ke? Kerajaan telah membuat persiapan… kalau beranak pun sudah ada sekolah peranakan di Melaka. Kalau kat sekolah diajar dengan pendidikan seks dan di PLKN pun diajar… insyaAllah bertambah alim le anak-anak kita.

Kalaulah batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan tidak mengikut syara'.. macamana nak kita yakini fitnah yang diperintahkan untuk dijauhi syara' pastikan merebak. Mereka bukan kira dosa-pahala. sama seperti slogan " jangan memandu ketika mabuk". Nak minum arak takpe cuma jangan memandu. Sama jugak dengan pendidikan seks. Nak ngeseks takpe cuma pastikan selamat. Tak kena penyakit dan tak mengandung. Pakai le condom. habis macamana ibu-bapa tak bimbang??? Macamana nak selesaikan permasalahan sosial yang membarah ini?

Rasanya, di zaman dunia moden dan alam siber ini, kerajaan dibawah Kementerian Pendidikan yang diterajui oleh Tan Sri Muhyidin Yasin akan berkerjasama dengan Datuk Seri Utama Rais Yatim untuk mewujudkan kaedah khas bagi menyelamatkan remaja daripada seks bebas. Yelah... takkan gaji berpuluh ribu, mereka tak fikir apa yang membimbangkan masyarakat. Kalau dahulu bekas Naib Presiden UMNO, Isa Samad yang mencadangkan cawat besi dianggap tidak relevan… sekarang para ibu-bapa boleh menarik nafas lega kerana dengan mengikuti kelas pendidikan seks yang bermula tahun ini akan membekalkan kaedah moden untuk mengelak anak-anak anda khususnya perempuan daripada terjebak dengan seks luar nikah.
Anak-anak akan dibekalkan underware khas dengan password dan username. Para ibu-bapa dinasihatkan hafal betul-betul.. nantikan terlupa.. naye pulak!!!

Nak bincang… nak debat tak boleh. TPM dengan PM sekepala. Debat tak mendatangkan apa-apa hasil. Diaorang saja yang betul. Rakyat ikut saja. Jangan banyak cakap. Tugas rakyat. Tegakkan jari telunjuk. Keraskan betul-betul. Tunjukkan ke langit. Pekik kuat-kuat. 1 malaysia. Kita dah jadi Negara maju….Ustaz Saiful

Antara pandangan luar............
Pendapat ini kita dengar dari Menteri Pendidikan Nasional Indonesia Mohammad Nuh menyatakan, tidak setuju dengan keinginan sejumlah pihak agar diberikan pendidikan seks di sekolah kepada murid.

Saya mungkin sebagai orang yang kuno. Tapi saya melihat bahwa pendidikan seks di sekolah tidak perlu," kata Mendiknas M Nuh. Seks tidak perlu menjadi salah satu kurikulum di sekolah karena seks adalah bisa tumbuh dan muncul secara alamiah tanpa harus diajarkan.

"Soal seks setiap masyarakat tentunya akan memiliki pengetahuan secara alamiah tanpa harus ada yang mengajarkan. Jadi saya tidak setuju dengan keinginan pendidikan seks di sekolah," katanya.

Pendidikan Seks Diajar Berasingan Mulai 2011

Pendidikan seks yang diajar secara menumpang mata pelajaran lain sebelum ini akan diajar secara berasingan mulai tahun depan dengan mengekalkan penggunaan istilah Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PEERS).

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, melalui pelaksanaan di bawah transformasi Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) itu, kementerian menetapkan subjek tersebut diajar selama 40 minit, dua kali sebulan di sekolah menengah dan 30 minit setiap minggu di sekolah rendah.

“PEERS sebenarnya telah dilaksanakan sejak 1989 di sekolah menengah dan sejak 1994 di sekolah rendah, cuma di sekolah rendah ia menumpang merentasi kurikulum di bawah Pendidikan Jasmani.

“Bermula tahun 2011 di bawah transformasi KSSR, kementerian memutuskan Pendidikan Kesihatan yang ada di dalamnya, PEERS akan diajar secara berasingan sebagai satu mata pelajaran yang tidak lagi bercantum dengan mana-mana mata pelajaran lain,” katanya di lobi Parlimen di sini semalam.

Sumber : Kosmo

Tuesday, January 11, 2011

BN PUN NAK LETAK CALON WANITA DI TENANG?

Wanita UMNO tetap akur dengan apa sahaja keputusan pucuk kepimpinan parti dalam menentukan siapakah yang akan menjadi calon untuk bertanding pada pilihan raya kecil (PRK) DUN Tenang, pada 30 Januari nanti.

Ketuanya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil bagaimanapun berharap pucuk kepimpinan BN dapat pertimbangan cadangan Wanita UMNO supaya memberi peluang kepada calon wanita untuk bertanding pada PRK Dun Tenang nanti.

“Walau siapa sahaja yang menjadi calonkan pada PRK ini, Wanita UMNO tetap akan bekerja keras seperti mana PRK sebelum ini, apa yang penting ialah BN bukan sahaja dapat mempertahankan kerusi DUN Tenang malah mampu meningkat jumlah majoriti undi daripada yang diperolehi pada pilihan raya 2008.

“Bagaimanapun, kami berharap kali ini, calon wanita dberi peluang untuk menjadi calon di Tenang, dan Wanita UMNO sudah pun mencadangkan nama yang bersesuaian untuk menjadi calon pada PRK DUN Tenang.

Shahrizat berkata, berdasarkan peratusan jumlah pengundi wanita di DUN Tenang hampir menyamai jumlah pengundi lelaki dan berharap perkara itu turut diambil kira dalam menentukan bakal calon yang bertanding di DUN Tenang.

MUSLIMAT CALON PAS TENANG?



Meskipun belum ada sebarang hint diberikan oleh pimpinan PAS berkenaan siapakah calon PRK DUN Tenang, nampaknya sudah ada "cakap-cakap" yang menggambarkan bahawa PAS akan mencalonkan seorang muslimah anak tempatan.

Calon Muslimah PAS bagi PRK Dun Tenang. Bekas Guru Pemulihan Khas, Normala bte Sudirman. Sebelum ini telah disebut-sebut sebagai calon utama PAS pada PRK Dun Tenang oleh sumber dalaman "orang kuat" PAS di Labis, Segamat Johor.

Calon muslimah yang berumur 38 tahun itu ialah bekas seorang guru pendidikan khas khabarnya telahpun meletakkan jawatan 24 jam sebagai guru baru-baru ini (dipercayai untuk persediaan menjadi calon di DUN Tenang).

Apa pun sama-sama kita nantikan pengumuman yang akan diadakan pada 16 Januari ini.

P/S:Kalau betul le muslimat akan dicalonkan....jom ramai2 muslimat2 turun ke Tenang nanti.

UBAH SEKARANG,SELAMATKAN MALAYSIA.


http://buletinonline.net/images/stories/berita38/pgu_prgbn.jpgTema yang cukup menarik didengar oleh rakyat Malaysia dan tepat pada masanya ketika negara di landa dengan berbagai krisis, lantaran dipegang oleh orang yang tidak amanah dengan rakyat dan negara. Walaupun ia merupakan tawaran yang menarik untuk rakyat, tetapi meresahkan pemimpin yang berada di puncak kuasa. Sekarang pemimpin BN dilanda dengan mimpi ngeri takut kehilangan kuasa, kerana ini merupakan satu azab di dunia. Media Bn diarahkan untuk memburukkan apa yang tercatat dalam buku jingga.

Kenapa perlu ubah sekarang?

1.Pengurusan ekonomi tempang
Keadaan ekonomi negara berada ditakuk lama sejak krisis kewangan Asia Timur 1997/1998 telah ditinggal jauh oleh negara-negara Asia dan juga negara jiran, seperti Singapura malahan negara Indonesia, Thailand, Filipina dan Vietnam. Cuma kelebihan Malaysia kaya dengan slogan yang menjadi candu supaya rakyat syok sendiri dan lupa hakikat sebenar. Antaranya slogan Model Ekonomi Baru (MEB), Program Transformasi Ekonomi (PTE). Walaupun kaya dengan slogan ekonomi negara 12 tahun berturut-turut defisit. Wang Petronas dihisap sampai hendak kering , sejak tahun 2007-2010 sebanyak RM325 bilion. Hutang negara makin meningkat berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dalam tahun 2009 sebanyak 53.3%, melonjak naik berbanding kadar 35.1% dalam tahun 1998. Pertumbuhan ekonomi 2006-2010 hanya 4.2% sedangkan sasaran adalah 6%. Contoh pengurusan ekonomi negeri BN seperti yang dilapor oleh Ketua Audit Negara berhubung perbelanjaan melampau dan amat meragukan dalam projek pengubahsuaian Rumah Rehat Bentong sehingga disyaki berlaku penyelewengan dana kerajaan.

Dalam laporan Ketua Audit Negara menyebutkan tentang pemasangan papan tanda tandas di Rumah Rehat Bentong dituntut dengan jumlah RM871 sedangkan audit menjelaskan pada harga pasaran barang tersebut hanya berharga RM65.

Begitu juga dengan tuntutan set sofa yang pada nilaian pasaran cuma berharga RM990 telah dituntut sebanyak RM3,530. Lebih mengejutkan dalam laporan itu ialah tuntutan set lampu yang pada harga pasarannya cuma RM9,200 tetapi telah dituntut terlalu tinggi sehingga berjumlah RM38,700. Ini hanya sekadar contoh, yang menjadi bukti rakyat wajib tukar kepada kerajaan Pakatan Rakyat.

2.Institusi Kehakiman Dipertikaikan

Satu ketika dahulu institusi kehakiman negara kita adalah antara yang terbaik, kerana tidak ada campur tangan dipihak eksekutif. Ia berlaku tragedi hitam apabila pemecatan Tun Saleh Abbas 1988. Selepas daripada peristiwa pemecatan Tun Saleh keadaan sudah berubah. Apa yang dilihat oleh rakyat dalam kes Linggam dan perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah buktinya. Sebuah negara akan hancur jika institusi yang dianggap oleh rakyat untuk mendapat pengadilan telah diragui. Ianya bukan sahaja oleh rakyat yang cerdik malahan di kalangan pelabur asing yang tidak mahu datang melabur di negara ini.

3.Tahap keselamatan negara membimbangkan.
Bagaimana kerajaan boleh mengambil APCO Yahudi Israel sebagai penasihat komunikasi dengan bayaran RM77 juta setahun. Apa jaminan maklumat keselamatan negara tidak terlepas kepada mereka?. Kenyataan Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi telah pun mendedahkan berlaku pembocoran dan penjualan rahsia penting negara berkaitan keselamatan dan pertahanan negara. Setakat hari ini isu itu selesai begitu sahaja. Kononnya diselesaikan melalui saluran diplomatik.

Begitu juga dengan isu kehilangan enjin kapalterbang yang besar boleh hilang. Sasterawan Negara ke-10, Datuk Dr Anwar Ridhwan menyifatkan kehilangan enjin F-5E milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sebagai tanda aras keruntuhan moral pimpinan negara ini.Beliau melahirkan kekesalannya kerana perkara yang tidak pernah dibayangkan boleh berlaku sebelum ini seperti kehilangan enjin pesawat yang saiznya besar tetapi mudah pula untuk diseludup ke luar negara. Kalau sampai dua enjin pesawat pejuang boleh hilang yang ahli silap mata terkenal dunia seperti David Copperfield tidak boleh hilangkannya tetapi yang menjaga keselamatan negara boleh hilangkan, ini satu gambaran tahap keselamatan negara.

4. Tahap keselamatan sosial juga merosot
sehingga kerajaan terpaksa berbelanja wang sebanyak RM59 juta untuk memasang CCTV di seluruh negara. Betapa banyaknya wang rakyat terpaksa dibazirkan kerana keselamatan berada ditahap yang parah. Statistik jumlah keseluruhan orang hilang di negara ini dari tahun 2007 hingga 2010 iaitu seramai 7,312 orang yang dilaporkan PDRM amat membimbangkan rakyat.

Daripada jumlah itu, seramai 3,653 orang yang telah ditemui manakala bakinya sejumlah 3,479 masih belum ditemui.
Meskipun daripada jumlah yang ditemui tersebut lebih 95 peratus daripadanya dijumpai masih hidup, namun jumlah yang masih gagal ditemui menjadi titik persoalan yang besar.

5. Sempadan negara mudah terbolos.

Laporan Berita Harian pada 27 Ogos 2010 amat menggerunkaan tahap keselamatan negara yang mudah dimasuki dengan suapan rasuah. Dalam laporan eksklusifnya mendedahkan ada anggota dan pegawai imigresen di Jeti Penumpang Pulau Ketam, di Pelabuhan Klang menerima sogokan sehingga RM60,000 sebulan menyebabkan pintu masuk negara mudah dibolosi pendatang tanpa izin dari Indonesia.
Mengikut laporan itu, setiap penguat kuasa di percayai dibayar RM2,000 sehari untuk memudahkan urusan keluar masuk pendatang haram, termasuk melepaskan warga asing yang pasportnya mempunyai cop palsu atau tiada sebarang dokumen perjalanan. Apa jaminan pula dengan sempadan negara yang lain?

6.Rasuah telah menjadi barah negara yang sukar diubat daripada atas hingga peringkat bawah. Jika perkara ini tidak dicegah ia akan mendatangkan musibah yang besar. Semuanya berpunca daripada orang yang memimpin negara, naik dengan kuasa rasuah. Laporan audit 2008 sebanyak RM28 bilion hilang kerana ketirisan dalam pentadbiran. Indek rasuah tahun 2010 hanya 4.4 walaupun sasaran 4.9/10 berbanding dengan tahun 2009 2.9/10.


7. Gagal mewujudkan politik yang harmoni, walaupun cuba untuk berlindung disebalik slogan 1 Malaysia. Beberapa insiden yang berlaku melambangkan kegagalan kerajaan mewujudkan keharmonian kaum yang ada pada hari ini. Contohnya apa yang berlaku kepada Datuk Nasir Safar Pegawai Khas Perdana Menteri, Timbalan Pengarah Biro Tata Negara (BTN) Wilayah Persekutuan, Hamim Husin, Ucapan Ketua Umno Bahagian Titiwangsa, Datp' Johari Abdul Ghani dan ucapan dua orang pengetua sekolah. Umno dan BNlah pihak yang tidak henti-henti mengapi-apikan kebencian perkauman sama ada melalui agensi-agensi kerajaan yang dikuasai oleh kerajaan Umno BN atau media-media arus perdana yang dikuasai mereka.

Ustas Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

Thursday, January 6, 2011

KALAU BOLEH DI ULANG?

Kalau le dulu kerajaan PR Perak buat macam kerajaan Selangor tentu rampasan kuasa tidak akan berlaku.............selepas ni kene le berhati-hati dan beringat-ingat,musuh sentiasa memerhati dan mencari peluang....tapi jangan harap le lagi nak main rampas-rampas ni.........



– Pakar undang-undang dan hak asasi manusia terkemuka Datuk Param Cumaraswamy dan ahli akademik Prof Dr A Aziz Baru dilantik untuk memberi nasihat perundangan dalam soal pindaan perlembagaan negeri Selangor.

Wednesday, January 5, 2011

GAMBAR HARI RABU....ADE PERSAMAAN KE?



SUK Perak......sikapnya akan dikenang oleh rakyat Perak selamanya,



Jangan biarkan pisang berbuah dua kali,jadikan ikhtibar apa yg telah terjadi kepada negeri Perak................

TENTERA ISRAEL MEMBUNUH WANITA DENGAN GAS

http://buletinonline.net/images/stories/berita38/TUNJUKPERASAANPALESTINE.jpgTEBING BARAT - Ratusan warga Palestin dan aktivis anti-tembok penghalang telah mengikuti perarakan pemakaman seorang demonstran Palestin yang meninggal setelah menghidu gas 'beracun' yang dilepaskan oleh pasukan Israel ketika menghadapi protes di Tebing Barat.

Mereka yang berarak pada Sabtu 1 Disember, menyalahkan tentera Israel atas kematian wanita tersebut.

"Apa yang terjadi kelmarin, akibat terlalu ramai tentera Israel yang menjaga tembok apartheid, dan mereka mula menembak, begitu banyak, begitu banyak gas (tabung) dicampur dengan air bau (berascun) Dan jumlah yang besar gas itu menyebabkan ramai demonstran yang sesak nafas, dan ia telah membunuh Jawaher Abu Rahme, "kata seorang ahli keluarga Abu Rateb Rahme.

"Kematian ini disebabkan oleh kekejaman mereka, bahawa mereka menggunakan gas pemedih mata yang dilarang di Eropah pada tahun 60-an dan 70-an, kerana menyebabkan kematian. Tapi di sini., Di Palestin, mereka terus menggunakannya," kata Jonathan Pollak, seorang aktivis anti-tembok penghalang.

Jawaher, berumur 20-an nya, didapati meninggal setelah tabung gas air mata mengenai dadanya.

Mohammad Eidi, Ketua bahagian kecemasan Hospital di Ramallah, berkata, Jawaher telah tiba di hospital tersebut pada hari Jumaat dengan pernafasan sangat lemah sebagai akibat menghidu gas.

Doktor tersebut menambah, jenis gas yang digunakan tentera Israel masih belum dikenalpasti.

KENYATAAN MEDIA TG NIK AZIZ


http://buletinonline.net/images/stories/berita38/nik-aziz.jpgEkoran beberapa kenyataan yang mengelirukan berkaitan pertemuan saya dengan KDYMM Yang Dipertuan Agong, Tuanku Sultan Mizan baru-baru ini, saya suka menjelaskan seperti mana berikut :

Sewaktu saya berada di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, saya telah dikunjungi oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi yang membawa titah KDYMM Yang Dipertuan Agong, Tuanku Sultan Mizan meminta saya mengadap baginda bersama-sama beberapa orang pemimpin termasuk Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang ke majlis santapan malam di Istana Terengganu, yakni istana baginda di Kuala Lumpur. Atas dasar menghormati dan menjunjung titah Tuanku saya telah menghadiri majlis tersebut.

Adalah sangat tidak beretika dan tidak beradab bagi saya untuk menceritakan apa-apa yang menjadi perbualan semasa mengadap.

Oleh itu, saya menyeru semua pihak sama ada media atau mana-mana individu supaya tidak membuat andaian yang tidak menentu dan berharap dapat menghentikan sebarang kenyataan yang tidak tepat demi menjaga kehormatan dan nama baik pihak istana.

Terima kasih. Wassalam.

“MEMBANGUN BERSAMA ISLAM”

TUAN GURU HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT,

Related Posts with Thumbnails