SAHABAT2 SEPERJUANGAN

SAHABAT2 SEPERJUANGAN

Followers

Tuesday, January 11, 2011

BN PUN NAK LETAK CALON WANITA DI TENANG?

Wanita UMNO tetap akur dengan apa sahaja keputusan pucuk kepimpinan parti dalam menentukan siapakah yang akan menjadi calon untuk bertanding pada pilihan raya kecil (PRK) DUN Tenang, pada 30 Januari nanti.

Ketuanya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil bagaimanapun berharap pucuk kepimpinan BN dapat pertimbangan cadangan Wanita UMNO supaya memberi peluang kepada calon wanita untuk bertanding pada PRK Dun Tenang nanti.

“Walau siapa sahaja yang menjadi calonkan pada PRK ini, Wanita UMNO tetap akan bekerja keras seperti mana PRK sebelum ini, apa yang penting ialah BN bukan sahaja dapat mempertahankan kerusi DUN Tenang malah mampu meningkat jumlah majoriti undi daripada yang diperolehi pada pilihan raya 2008.

“Bagaimanapun, kami berharap kali ini, calon wanita dberi peluang untuk menjadi calon di Tenang, dan Wanita UMNO sudah pun mencadangkan nama yang bersesuaian untuk menjadi calon pada PRK DUN Tenang.

Shahrizat berkata, berdasarkan peratusan jumlah pengundi wanita di DUN Tenang hampir menyamai jumlah pengundi lelaki dan berharap perkara itu turut diambil kira dalam menentukan bakal calon yang bertanding di DUN Tenang.

No comments:

Related Posts with Thumbnails