SAHABAT2 SEPERJUANGAN

SAHABAT2 SEPERJUANGAN

Followers

Tuesday, July 20, 2010

UMNO SEKUTU ZIONIS,PAS TIDAK AKAN KHIANATI UMAT ISLAM DAN RAKYAT PALESTIN.

http://buletinonline.net/images/stories/berita29/pic.php.jpgPAS sekali lagi menegaskan tidak akan bekerjasama dengan Umno yang menjadi sekutu Yahudi / Zionis kerana secara jelas pemimpin utamanya yang menguasai Kerajaan Malaysia telah melantik syarikat perunding yang merupakan proksi kepada gerakan zionis antarabangsa.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, APCO Worldwide, syarikat yang menjaga kepentingan politik Israel dan Amerika menjadi penasihat Kerajaan Umno / Barisan Nasional (BN).

Menurutnya, perbuatan pemimpin Umno adalah satu pengkhianatan kepada perjuangan umat Islam dan rakyat Palestin.
"Kerajaan Umno / BN juga menjalinkan hubungan perdagangan secara rahsia dengan negara haram Israel dan ini membantu memperkukuhkan ekonomi Israel . Ini dibuktikan dengan berlabuhnya kapal dagang milik Israel di pelabuhan Klang baru-baru ini serta keputusan kabinet yang membenarkan hubungan dagang dengan Israel dibuat secara rahsia,"jelasnya dalam satu kenyataan yang diedar kepad media harri ini 20 Julai

Justeru PAS sekali-kali tidak akan mengkhianati perjuangan umat Islam dan rakyat Palestin dan kesal dengan tindakan kerajaan Umno / BN yang 'menikam dari belakang' umat Islam dan rakyat Palestin.

"Bantuan dihulur untuk rakyat Palestin dalam masa yang sama membantu pengukuhan ekonomi negara haram Israel,"katanya

Beliau menegaskan, PAS akan terus memperkukuhkan hubungan dan kerjasama dalam Pakatan Rakyat (PR) bagi membina Malaysia baru dan pada masa yang sama, terus melindungi Islam dan apa sahaja yang berkaitan dengan Melayu dan Bumiputera berdasarkan Perlembagaan Persekutuan.

Disamping itu, katanya, PAS menjamin hak semua kaum turut dilindungi dengan menjadikan prinsip keadilan sebagai teras pembanggunan sesuai dengan Islam sebagai agama pembawa rahmat seluruh alam.

"PAS menyeru seluruh umat Islam dan orang Melayu supaya tidak terperangkap dengan agenda politik murahan Umno yang memukul gendang perpaduan. Inilah agenda Umno pada setiap kali sesak nafas mereka akan meminta oksigen dari PAS.

"Terima kasih kepada Tan Sri Dr Haji Harussani Zakaria yang bijak membuat bacaan politik bahawa kuasa politik Melayu Umno akan hilang. Kenyataan beliau menambahkan lagi keyakinan PAS untuk mengambil tempat Umno dan memberi harapan baru kepada umat Islam dan bangsa Melayu,"ujarnya lagi.

Menurutnya tanpa Umno umat Islam dan bangsa Melayu mampu berdiri megah dan gagah untuk muncul dengan kuasa baru politik bersama semua kaum dibawah payung PAKATAN RAKYAT.

Oleh itu, beliau menyeru seluruh umat Islam dan orang Melayu untuk bersama menyertai PAS bagi memikul tugas baru untuk meletakkan kembali Melayu dan Bumiputera pada landasan yang betul dan membangunkan Malaysia bersama semua kaum sebagai warganegara Malaysia yang bertanggungjawab.

No comments:

Related Posts with Thumbnails