SAHABAT2 SEPERJUANGAN

SAHABAT2 SEPERJUANGAN

Followers

Wednesday, July 21, 2010

SYRIA LARANG GURU,PELAJAR PAKAI PURDAH DI VARSITI

http://buletinonline.net/images/stories/berita29/purdah3.jpgDAMSYIK: Syria telah melarang para guru dan pelajar daripada memakai purdah di universiti swasta dan universiti awam.

Menurut pegawai pemerintah, langkah itu diambil bagi melindungi identiti sekular negara itu.

Larangan terbaru yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Ahad lalu itu bagaimanapun tidak melibatkan pemakaian tudung biasa.

Bulan lalu, ratusan guru sekolah rendah yang memakai purdah di sekolah pemerintah dipindahkan ke jabatan pentadbiran.

Sebelum ini, Turkey telah melarang pemakaian tudung di universiti dengan alasan ia bertentangan dengan undang-undang sekular.

Isu pemakaian tudung kini hangat didebatkan di serata Eropah, dengan Perancis, Sepanyol, Belgium dan Belanda sedang menimbangkan mengharamkan pemakaian purdah dengan alasan ia menjatuhkan maruah wanita.

Minggu lalu, Dewan Rakyat Perancis telah meluluskan langkah mengharamkan pemakaian burqa dan purdah di tempat awam.

Undang-undang itu akan dibentangkan ke Dewan Senat pada September ini sebelum ia dapat dikuatkuasakan.

Walaupun pemakaian purdah di Syria tidak begitu meluas ia semakin ketara sejak beberapa tahun lalu.

Di Syria, pemakaian purdah dikaitkan dengan gerakan konservatif Salafi.

Seorang aktivis hak wanita di Syria, Cik Bassam Qadhi, berkata adalah satu kesilapan menyifatkan pemakaian purdah sebagai satu 'kebebasan peribadi'.

'Sebaliknya, ia satu pengisytiharan sikap ekstrem,' katanya. -- AP.

No comments:

Related Posts with Thumbnails