Di antara perkara yang sangat-sangat menggembirakan saya ialah apabila pimpinan PAS yang tidak mempunyai latar pendidikan agama yang tinggi (termasuk yang tidak berpendidikan formal dalam bidang agama) telah menunjukkan kemampuan dalam menghurai sesuatu dalam konteks Islam dengan begitu baik. Yakin sungguh di hati kecil saya, inilah kesan daripada perjuangan PAS yang dipimpin golongan ulama’. Hasilnya, golongan dilihat telah mampu memahami dan menghuraikan aspek kehidupan dari perspektif Islam dengan jelas. Ia merupakan hasil didikan dan tarbiyah yang diperolehi di dalam PAS. Berbeza dengan Umno yang dilihat membekukan golongan ulama’. Jika tidak, mana mungkin sesuatu yang haram seperti judi, boleh dilesenkan sebagai halal. Saya menyentuh begini kerana ada peristiwa menarik hati saya sewaktu penggulungan perbahasan Sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan tempoh hari (9 Rejab 1431/22 Jun 2010). Ia adalah sidang kali ke-2 bagi tempoh penggal ketiga Dun Kelantan yang Ke- 12. Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dari PAS menghuraikan falsafah solat begitu tepat sekali, walaupun tidak mendapat pendidikan agama yang tinggi secara formal. Jika boleh saya nukilkan kembali bagaimana YB Haji Zulkifli Mamat (Pulai Chondong) menyebut betapa peliknya sesetengah Muslim yang sewaktu rukuk dan sujudnya menyebut tasbih meninggikan Allah SWT, tetapi di dalam masa yang sama menyokong judi dihalalkan. Tidakkah terdetik di hati kecil mereka betapa salahnya apa yang mereka lakukan. Dahi sujud kepada Allah membisik tasbih, memuji Allah SWT dengan mengaku bahawa Allah SWT yang Maha Tinggi, tetapi di luar solat mengangkat tangan bersetuju dengan judi. Tidakkah terdetik rasa malu kepada Allah SWT? Saya ingin menambah dalam coretan ringkas ini. Sebenarnya Kerajaan Umno/BN melesenkan judi untuk meraih pendapatan yang lebih. Dalam erti kata lain untuk mendapat kemakmuran. Sedar atau tidak, persoalan kemakmuran telah disebut jelas oleh Allah SWT di dalam al-Quran. Jika saya diberi peluang berkuliah kepada pimpinan Umno, ingin sekali saya membaca ayat daripada Surah Al A’raf, ayat 96 yang bermaksud: “...Jikalau sekiranya penduduk negeri-negeri beriman dan bertaqwa, pastilah Kami akan melimpahkan kepada mereka segala macam berkat dari langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan (ayat-ayat Kami) itu, maka Kami siksa mereka disebabkan perbuatannya...” Sudikah kiranya pemimpin Umno yang beragama Islam mengambil sedetik dua masa untuk menelaah ayat ini? Jika sudi, perhatikanlah bagaimana janji Allah untuk melimpahkan segala macam berkat hanya apabila manusia beriman dan bertakwa. Kemakmuran ialah satu keberkatan. Kemakmuran bukannlah bermakna kemewahan semata-mata. Hidup kaya raya tetapi hati susah bukan makmur namanya. Negara mendapat pendapatan yang lebih, tetapi kesan terhadap sosial dan kehidupan rakyat jelata begitu teruk. Itu bukan makmur namanya. Sedangkan kami di Kelantan percaya bahawa keberkatan itu ada kaitan erat dengan ketakwaan kepada Allah SWT, dan atas asas inilah kami memperkenalkan dasar Membangun Bersama Islam yang berteraskan prinsip Ubidiah, Masuliah dan Itqan. Sayangnya, pimpinan Umno pada hemat saya gagal atau langsung tidak mahu memahami ayat al-Quran di atas. Barangkali, jika masih ada golongan ulama’ yang berminat mahu berada di dalam kubang Umno, saya hanya mampu untuk bersimpati. |
SAHABAT2 SEPERJUANGAN
Followers
Tuesday, June 29, 2010
TUAN GURU NIK AZIZ: BERTASBIH TAPI MENGHALALKAN YANG HARAM
Batal Lesen Judi Bola; Benarkah BN Dengar Suara Rakyat?
Kenyataan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak membatalkan pengeluaran lessen pertaruhan sukan kepada Ascot Sports Sdn. Bhd. (Ascot Sports) harus dipersoalkan Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP).
Najib berkata lesen tersebut dibatalkan secara muktamad adalah kerana pertimbangan agama dan kesan politik.
Timbalan Ketua DPPP, Ustaz Azman Shapawi berkata, bukankah hal-hal tentang haramnya judi merupakan nas yang jelas berdasarkan ayat 60 surah al-Maidah dalam al-Quran?
Menurutnya, sebab itulah DPPP mempertikaikan keikhlasan PM, yang sepatutnya ia (lesen judi) tidak dikeluarkan sejak awal lagi.
Beliau juga mengajukan persoalan, sejak bila kerajaan UMNO/BN mempertimbangkan sesuatu perkara dengan mengambil kira pendapat rakyat?
“Sedangkan sebelum ini mengapa tidak pernah mendengar akan rintihan rakyat seperti kenaikan harga barang, kenaikan harga minyak, tol dan sebagainya,”katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam.
Oleh itu, menurutnya, perkara ‘judi’ tidak perlu dibincangkan atau ditimbang-timbangkan, kerana ia jelas dilarang oleh ugama dan rakyat membantah sejak kali pertama dikemukakan Najib, beberapa bulan lalu.
Selain itu, mengapa hanya soal ‘judi’ sahaja yang dipertimbangkan sedangkan ISA, Hudud, rasuah, arak, aurat, pusat maksiat yang semakin membiak di negara ini tidak pernah dibincangkan dalam konteks agama.
Beliau turut mempersoalkan, mengapa keputusan ‘batal lesen judi’ itu diumumkan oleh PM hanya dibuat selepas mesyuarat MT UMNO.
“UMNO bukannya sebuah kerajaan tetapi hanya satu parti politik yang bergabung dengan parti –parti lain di dalam BN membentuk kerajaan.
“sejak bila mesyuarat MT menentukan polisi negara? Besarkah kuasa MT UMNO? Kemana perginya kabinet kerajaan Malaysia?,”tanya beliau.
Sehubungan itu, apa yang jelas, katanya, kerajaan membatalkan lesen judi itu bukan kerana agama, tetapi kerana kerajaan semakin takut dengan kebangkitan rakyat.
Menurutnya lagi, rakyat begitu memarahi kerajaan UMNO/BN yang suka bertindak mengikut penilaian politik tanpa memikirkan akibatnya kepada rakyat marhaen.
Justeru, DPPP mencabar agar kerajaan juga menyatakan pendirian mereka berkaitan hal-hal yang lain yang lebih memerlukan pendapat rakyat.
“Jangan hanya berpura-pura untuk mengambil hati rakyat demi ‘survival’ politik sahaja,”tegas Azman
DPPP juga menyarankan agar PM lebih bertanggungjawab dalam menentukan atau membuat sesuatu keputusan tanpa membelakangkan kabinet kerajaan Malaysia kerana yang memerintah bukannya parti UMNO
Thursday, June 24, 2010
Pengganas: PAS tuntut kerajaan, PDRM, Zamihan mohon maaf
KUALA LUMPUR, 24 Jun: PAS menuntut kerajaan, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Zamihan Mat Zin, meminta maaf kepada Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berhubung dakwaan pengganas. Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata pihak polis perlulah melengkapkan siasatan sebelum tuduhan sebegitu dijadikan bahan taklimat atau membuat sebarang pendakwaan yang boleh menjejaskan imej dan kredibiliti mereka yang terbabit. PAS, katanya tidak mahu imej polis terus tercemar kerana cara kerja yang tidak profesional. “PAS mahu pihak Kerajaan BN dan Polis Diraja Malaysia memberikan penjelasan terhadap laporan Malaysiakini yang mengatakan Presiden PAS didakwa sebagai pengganas dalam satu taklimat keselamatan negara berhubung Jamah Islamiah (JI) di Bukit Aman Isnin lalu. PAS memandang serius dakwaan ini,” tegasnya dalam satu kenyataan. Menurut laporan Malaysiakini, Zamihan sebagai Penolong Pengarah Pusat Al-Quran dan Ilmu Teras Institut Latihan Islam Malaysia (Ilim) mendakwa kononnya Tuan Guru Abdul Hadi bersama bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin, mufti Perlis sekarang, Dr Juanda Jaya dan mantan menteri besar, Datuk Seri Shahidan Kassim adalah pengganas dalam taklimatnya. Justeru, PAS katanya amat mencurigai kredibiliti Zamihan yang mendakwa penglibatan Presiden PAS dalam gerakan Wahabi yang turut dikaitkan dengan Jamaah Islamiah yang dirangkumkan bagi membentuk persepsi bahawa beliau adalah pengganas. “PAS melihat bahawa fitnah ini sengaja dicipta bagi memberikan imej buruk kepada beliau dan PAS. Perkara ini bukan kali pertama,” katanya lagi. Menurutnya, pada tahun lepas Mossad memfitnah presiden PAS sebagai pengganas selepas Menteri Pertahanan Israel membuat rundingan sulit dengan Datuk Ahmad Zahid Hamidi. Pada tahun 2007, jelasnya Presiden PAS memenangi saman ke atas akhbar ternama Britain, Daily Mirror di mana akhbar itu telah bersetuju meminta maaf kepada Tuan Guru Abdul Hadi Awang di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi di Royal Court of Justice, ekoran penyiaran gambar dan berita berunsur fitnah yang mengaitkan beliau dengan pergerakan al-Qaeda. Gambar Presiden PAS muncul di akhbar tersebut dengan tajuk "AL-QAEDA - Abdul Hadi" dan dinyatakan bahawa beliau adalah pemimpin nombor tiga al-Qaeda dan sedang ditahan di Guantanamo Bay. PAS, tegas Idris tidak dapat menerima fitnah ketiga yang sengaja dicipta itu selepas kegagalan dua siri fitnah yang cuba menggugat PAS sebelum ini. Katanya, PAS yakin sedikit sebanyak pengaruh nasihat APCO membawa kecenderungan kerajaan bagi mencipta krisis pengganas untuk dikaitkan dengan Presiden PAS dan parti itu. Beliau menambah, PAS yakin fitnah itu juga sebagai serampang dua mata untuk menakutkan orang bukan Islam yang semakin jinak dengan parti itu. Katanya, ketika sokongan orang bukan Islam telah yakin dengan wadah perjuangan PAS melalui Dewan Himpunan Penyokong PAS, maka musuh PAS cuba menggambarkan Presiden PAS sebagai pengganas. “PAS yakin orang bukan Islam tidak akan terpedaya dengan fitnah ini. Mereka sudah lihat dengan mata kepala mereka sendiri pemimpin PAS bukan sebagaimana yang digambarkan sebagai seorang pengganas,” katanya lagi. Katanya, Umno juga dilihat cuba mengajak Dr. Asri bersama dan tidak mustahil kewujudan tuduhan jahat itu akan dijadikan peluang oleh Umno untuk menggamit beliau bersama parti itu bagi mengelakkan ancaman ISA. “Ini adalah tidak profesional dan memalukan,” ujarny |
Wednesday, June 23, 2010
Kesiannya.....Ulama, pensyarah antara 50 ikut Asri sertai Umno?
The Malaysian Insider difahamkan mereka turut terlibat dalam perbincangan bersama Asri yang disebut-sebut akan menyertai parti utama Barisan Nasional itu, Jumaat ini.
“Ya, saya bersama sekitar 50 orang ulama sedang adakan perbincangan (dengan Umno)... kebanyakan mereka ini merupakan ahli-ahli akademik, sudah memutuskan untuk menyertai Umno, tapi perbincangan masih dijalankan,” kata seorang pensyarah kanan sebuah universiti awam ketika dihubungi The Malaysian Insider malam tadi.
Perbincangan itu termasuklah peranan yang bakal mereka hendak bawa jika menyertai Umno, kata beliau.
Pensyarah itu yang enggan namanya disiarkan atas alasan perbincangan dengan kepimpinan Umno masih dijalankan berkata, kira-kira 70 hingga 80 peratus itu merupakan ahli akademik.
“Sebahagian besar adalah ahli akademik, kebanyakannya bertugas di Lembah Klang, yang lain dari luar Lembah Klang,” kata beliau lagi.
The Malaysian Insider difahamkan ada kemungkinan sesetengah mereka tidak akan menjadi ahli tetapi akan membantu Umno sebagai golongan ulama.
“Jadi peranan mereka mungkin dari dalam dan dari luar Umno,” kata beliau sambil mengaku mahu membantu Umno.
Mereka dilihat sebagai golongan ulama muda yang memperlihatkan pandangan progresif mengenai hukum syariah dan undang-undang Islam.
“Kami memutuskan untuk menyertai Umno dan membantu mereka dalam pembangunan Islam di negara ini... kami berpendapat kami boleh membantu Umno mengikut kapasiti kami,” kata sumber itu ketika ditanya alasan bagi mereka mahu menyertai parti politik Umno.
Asri dijangka akan mengetuai urusan penyertaan dalam Umno Jumaat ini apabila ia mengadakan mesyuarat Majlis Tertinggi.
Bagaimanapun Asri setakat ini belum mengesahkan ataupun menafikan laporan awal Ahad lalu yang mengatakan beliau akan menyertai Umno.
Asri dalam kenyataan disiarkan menerusi blognya berkata beliau belum membuat apa-apa keputusan untuk menyertai mana-mana parti politik.
Oleh itu Asri berkata, beliau mengharapkan semua pihak tidak membuat andaian yang terlalu cepat terhadap kenyataan mana-mana pihak mengenai isu ini.
“Perbincangan dengan pihak yang membuat kenyataan akan diadakan. Sebarang kenyataan kepada media tidak akan dibuat setakat ini,” katanya.
Asri walaupun masih belum mengesahkan sama ada akan menyertai Umno ataupun sebaliknya Jumaat ini, tetapi rakan-rakannya berpandangan beliau harus kekal dengan kedudukan semasa sebagai “cendekiawan berkecuali.”
The Malaysian Insider difahamkan sebahagian besar mesej SMS dan e-mel serta panggilan telefon diterima beliau memintanya agar tidak menyertai mana-mana parti politik.
Selain rakan dan peminat beliau juga berpandangan Asri harus kekal sebagai tokoh yang bebas memberikan pandangan dalam isu-isu berkaitan dengan agama.
“Saya boleh katakan hampir 90 peratus mereka yang hubungi Dr Asri meminta jangan masuk Umno, bermakna parti-parti politik... mereka mahu Dr Asri kekal berkecuali seperti sekarang dengan memberikan pandangan kritikal dengan bebas,” kata seorang kawan Asri yang dihubungi The Malaysian Insider.
Sementara blog pro-Umno menyambut baik laporan Asri akan masuk Umno, beberapa laman dan blog propembangkang dan juga rakan beliau menulis bekas mufti itu tidak akan menyertai Umno.
55 juta untuk 11 PRK? PDRM Perlu Berjimat Cermat
Sekurang-kurangnya RM55 juta wang rakyat dianggarkan telah dibelanjakan oleh pasukan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) sepanjang 11 pilihanraya kecil sejak tahun 2008.
Oleh itu, Parti Islam Se-Malaysia (PAS) m enyarankan agar pihak PDRM membuat kajian terhadap penggunaan wang rakyat itu yang disifatkan sebagai satu jumlah yang besar.
(Gambar - Penggunaan polis berkuda semasa pilihanraya kecil Kuala Terengganu, adakah ia relevan?)
Menurut Ketua Penerangan PAS, Ustaz Idris Ahmad, pada tahun lalu, Parlimen telah mendedahkan PDRM telah menghabiskan RM31 juta untuk 5 pilihanraya; Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang, Batang Ai dan Bukit Selambau.
”Itu baru 5 pilihanraya kecil. Bagi baki 6 Pilihanraya kecil, PAS anggarkan PDRM belanjakan sekurang-kurangnya RM5 juta setiap tempat,”katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, Selasa, 22 Jun.
Secara perbandingan, menurut Ustaz Idris, ia sangat jauh berbeza dengan laporan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) yang mengumumkan perbelanjaan mereka bagi 11 pilihanraya kecil (Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Manek Urai, Bukit Gantang, Batang Ai, Bukit Selambau, Bagan Pinang, Penanti, Permatang Pasir, Hulu Selangor, Sibu) hanyalah sebanyak RM6,451,285 sahaja.
”Jumlah yang digunakan SPRM sama banyak dengan jumlah yang digunakan oleh PDRM bagi satu kawasan pilihanraya, menunjukkan PDRM belanja 11 kali ganda lebih banyak dari SPR yang menganjurkan pilihanraya,
”Kita (PAS) berharap agar siasatan terperinci dibuat terhadap perbelanjaan yang dibuat oleh PDRM kerana ini melibatkan wang rakyat, Ketua Audit Negara dan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) perlu tampil menyiasat perkara ini,”tegasnya
Bagi PAS, jumlah lebih RM 55 juta itu cukup untuk membina kuaters baru Polis atau membeli peralatan baru, tetapi rakyat tidak melihat apa-apa yang baru terhadap kelengkapan yang dibawa ketika mereka bertugas mengawasi perjalanan Pilihanraya.
Namun begitu, Kata Ustaz Idris, PAS tidak menafikan keperluan untuk wang rakyat itu dibelanjakan mengawal keselamatan, tetapi jumlahnya perlulah releven.
"Penyewaan banyak peralatan juga perlu dinilai keperluannya dan pembaziran harus dielakkan,"tambahnya.
Monday, June 21, 2010
“Saya Nasihatkan Orang Umno Bertaubat dan Sokong PAS “N.Balasubramaniam
KUALA NERUS – “Pada tahun 1980 hingga 1987, saya ahli MIC, dalam masa itu saya jadi Bendahari, Bahagian Jerantut, lepas itu saya belajar ugama,
”cuba lihat kepada orang-orang yang bukan Islam, bagaimana mereka boleh sokong Islam dan terima Islam, orang bukan Islam pun sokong, apa salahnya orang Islam sokong,
”saya nasihatkan (orang Umno) bertaubatlah, terus sokong ‘direct’ sama (kepada) Parti PAS,”kata N. Balasubramaniam, Timbalan Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS, mengakhiri kata-katanya, ketika ditemui selepas menyampaikan ceramah di Batu Enam, dekat sini, semalam.
Menurut Bala, beliau redha dan memadai duduk dalam PAS, menjadi pimpinan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP), walaupun dianggap sebagai ahli kelas kedua, oleh orang-orang lain.
Katanya, beliau sendiri tidak mahu bertanding dan dipilih menjadi pemimpin PAS kerana beliau belum mempunyai ilmu Islam bagi menguruskan organisasi PAS.
Dalam ucapannya sebelum itu, Bala berkata, beliau menerima dan menyokong dasar Islam yang dibawa oleh PAS kerana tidak pernah mengamalkan diskriminasi
”Kami memang sokong parti PAS kerana PAS memerintah atas dasar Islam, kami sokong sepenuhnya, bersama mendokong dasar-dasar Islam dalam PAS,
”sampai kini PAS tak pernah (melakukan) diskriminasi (kepada) mana-mana bangsa atau ugama,”tegasnya.
Beliau berkata sehingga kini terdapat 60,000 ahli-ahli DHPP yang terdiri daripada mereka yang bukan Islam.
Beliau memaklumkan, DHPP Pusat sedang menggerakkan DHPP negeri-negeri membentuk jentera-jenetra pilihanraya bagi menghadapi pilihanraya umum ke 13 akan datang.
Katanya, persiapan awal adalah penting bagi memastikan kemenangan PAS diperingkat Negeri dan Parlimen.
“Kami sekarang buat (menyusun) jentera-jentera pilihanraya, kerana tidak lama lagi akan
“ini (ia) adalah mustahak (bagi kami) melantik jentera-jentera pilihanraya supaya kita bagi mesej-mesej (maklumat) yang mana boleh (disalurkan) terus ke akar umbi,”jelasnya
Katanya, beliau memastikan supaya ahli-ahli DHPP dapat bergerak meraih sokongan dikalangan masyarakat diperingkat paling bawah.
Menurutnya, DHPP yang dirasmikan pelancarannya oleh Presiden PAS pada 24 Mei lalu, kini telah melengkapkan organisasinya sehingga ke peringkat negeri.
“Baru ni kami telah mendakan mesyuarat di peringkat Pusat, kami telah lantik semua AJK bagi negeri-negeri dan semua negeri telah ditubuhkan Dewan Himpunan Penyokong PAS,
“tapi yang paling aktifnya ialah di negeri Pahang, Selangor Perak dan Kedah serta Johor, negeri-negeri lain, sudah ditubuhkan dan sedang diaktifkan,”jelasnya, yang berharap semua ahli-ahli dapat meningkatkan daya juang bersama-sama dengan PAS.
Saturday, June 19, 2010
ADAKAH KERAJAAN IKHLAS SOKONG BANTERAS MEROKOK
Dalam laporan media baru-baru ini, Presiden Persatuan Torasik Malaysia, Profesor Roslina Manap menyatakan bahawa lebih ramai wanita di seluruh dunia menjadi perokok memandangkan syarikat tembakau terus mensasarkan mereka melalui iklan dan di Malaysia, adalah dianggarkan 50% daripada perokok adalah lelaki manakala perokok wanita pula kira-kira 20% daripada lebih satu billion penduduk dunia yang merokok.
Jelas sekali industri tembakau di sini juga telah berjaya dalam mensasarkan wanita generasi muda. Menurut Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, peratus remaja perempuan yang merokok, lebih tinggi daripada remaja lelaki, amat membimbangkan, terutama sekali apabila terdapat remaja perempuan yang mula merokok sebelum mencapai usia 10 tahun.
Beliau berkata Kajian Mortaliti dan Morbiditi Kesihatan Kebangsaan Kedua (NHMS11) yang dijalankan pada 2003 mendapati 28.8 peratus remaja perempuan merokok, lebih dua kali ganda daripada angka bagi remaja lelaki yang merupakan 14.1 peratus.
“Trend ini amat membimbangkan memandangkan ia jelas menunjukkan terdapat peningkatan yang serius dalam bilangan perokok wanita yang memulakannya pada usia yang masih muda,” tambah beliau.
Dengan wanita muda, industri ini dengan mudah serta mempunyai lebih banyak ruang untuk berkembang. Dengan wabak penggunaan tembakau dalam kalangan lelaki secara perlahan semakin merosot di beberapa buah negara, penggunaannya dalam kalangan wanita di beberapa negara semakin meningkat.
Daripada lebih lima juta orang yang mati setiap tahun daripada penggunaan tembakau adalah dianggarkan 1.5 juta daripadanya merupakan wanita. Melainkan tindakan segera diambil oleh kerajaan seluruh dunia, tembakau yang digunakan boleh membunuh lebih daripada lapan juta orang menjelang 2030, 2.5 juta daripadanya adalah wanita. Adalah dianggarkan tiga suku daripada kematian wanita ini akan berlaku terutamanya di negara berpendapatan rendah dan pertengahan seperti Malaysia yang kurang mampu untuk menyerap kerugian itu. Setiap kematian pramatang ini boleh dielakkan.
Hari Tanpa Tembakau Sedunia 2010 memberikan fokus kepada bahaya pemasaran tembakau dan merokok kepada wanita. Wanita, dan lelaki mestilah dilindungi daripada pemasaran industri tembakau dan merokok sepertimana yang dicatatkan dalam mukadimah Konvensyen Rangka Kerja Kawalan Tembakau (FCTC) PBB yang turut ditandatangani oleh Malaysia.
Berkuatkuasa sejak 2005, perjanjian antarabangsa ini menyedari “peningkatan dalam merokok dan pengambilan tembakau dalam bentuk lain oleh wanita dan remaja perempuan di seluruh dunia” dan mengenal pasti dengan jelas “keperluan strategi kawalan tembakau khusus untuk gender”.
Malangnya, kurang daripada 9% daripada penduduk dunia yang diliputi oleh pengharaman iklan komprehensif. Hanya 5.4% diliputi oleh undang-undang bebas merokok kebangsaan komprehensif. Malaysia merupakan salah sebuah negara di mana undang-undang seperti itu digubal dan dikuatkuasakan dengan lemah sekali. Malah undang-undang penting berhubung kawalan tembakau juga tertakluk kepada sikap berdolak-dalik kerajaan dalam membuat keputusan.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata pada tahun lalu tiada lagi halangan dalam pengharaman kotak rokok 14 batang dan pada 1 Jun 2010 selepas lima tahun kelewatan kotak rokok 14 batang akan dihapuskan. Pada lewat Mei tahun ini, kerajaan dengan tiba-tiba memutuskan untuk menangguhkan pengharaman kotak rokok 14 batang kepada 1 Januari tahun depan. Kerajaan telah melanggar peraturannya sendiri.
Kami melihat tiada alasan untuk mengubah perkara ini melainkan terdapat kemungkinan lobi oleh beberapa syarikat tembakau yang memberikan kesan terhadap kemampuan kerajaan nenepati janjinya.
Hanya baru-baru ini selepas bantahan daripada orang ramai dan pertubuhan awam terhadap kegagalan kerajaan, pengharaman itu akhirnya dikenakan selepas sekali lagi berubah haluan oleh kerajaan pada 1 Jun.
Amat sedih sekali, perkara ini hanya berlaku selepas syarikat tembakau mengancam untuk mempertimbangkan tindakan undang-undang terhadap MoH terhadap kemungkinan kerugian yang dialami oleh mereka daripada menghentikan pengeluaran kotak bersaiz sederhana hasil daripada penangguhan dasar secara tiba-tiba.
Kementerian Kesihatan ketika menguatkuasakan pengharaman itu juga berkata kajian ke atas penjualan rokok haram juga akan dijalankan oleh pihak kementerian. Masalah rokok haram yang boleh diperolehi dengan murah dan meluas tanpa amaran grafik atau paras nikotin dan tar dijual secara terbuka dengan harga serendah RM1.80 sekotak pernah didedahkan oleh CAP pada tahun lalu.
Adalah menjadi pengetahuan umum rokok murah ini terus dijual secara terbuka kepada remaja perempuan. Kami tidak faham kenapa perlunya sebarang kajian apabila hanya kurangnya kemahuan politik untuk menguatkuasakan dengan berkesan undang-undang terhadap penyeludupan dan penjualan rokok ini.
Keadaan yang menyedihkan ini hanya menunjukkan bahawa dalam kes kesilapan kotak rokok 14 batang, kerajaan hanya berminat untuk menjaga kepentingannya sahaja, dalam keadaan ini industri tembakau tidak ikhlas dalam usaha menghapuskan kegiatan merokok dan melindungi kesihatan seluruh rakyat Malaysia, memandangkan ia merupakan tugas utama kepada rakyat melalui Kementerian Kesihatan.
Dengan sikap tidak tetap kerajaan dalam menjalankan pelaksanaan dasar, kami mempersoalkan keikhlasan dan keseriusan kerajaan dalam mematuhi FCTC dan menyedari “peningkatan dalam merokok dan pengambilan tembakau dalam bentuk lain oleh wanita dan remaja di seluruh dunia” dan mengenal pasti dengan jelas “keperluan strategi kawalan tembakau khusus untuk gender” di Malaysia. Adakah kerajaan benar-benar ikhlas dalam aspirasi untuk menghentikan peningkatan bilangan perokok remaja perempuan dengan banyak cara untuk diperolehi atau ia sekali lagi tunduk kepada tekanan oleh pihak industri?
Dengan kedatangan Kawasan Perdagangan Bebas Asean (AFTA) pada tahun ini, Malaysia terpaksa mengurangkan duti import tembakau. Penanaman tembakau dijangka merosot dan kerajaan dalam beberapa tahun yang lalu telah mengadakan beberapa program untuk menghentikan petani daripada penanaman tembakau dan bertukar kepada tanaman komersial sebagai alternatif.
Apakah jalan lain yang akan diambil oleh pihak industri tembakau tempatan? Adakah mereka sekali lagi mengugut kerajaan supaya menentang dasar pertaniannya sendiri dengan mengarahkan semula petani kita daripada tembakau atau lebih buruk lagi, adakah kerajaan mengalah kepada taktik ugutan oleh industri tembakau?
Kami menggesa kerajaan Malaysia yang menandatangani FCTC pada 2003 dan bersetuju untuk mematuhinya dan meratifikasikannya pada 2005, untuk mematuhi semangat perjanjian yang menegaskan hak bagi semua orang terhadap standard kesihatan yang tinggi mengatasi segalanya. Sebagai salah satu negara yang menerima Konvensyen itu dan menjaga kesihatan rakyat, kerajaan mestilah membuktikan kepada rakyat kejujurannya dan memberikan jaminan yang sebenar dalam menjamin pengubalan dasar dan perundangan yang teguh dan tegas, pelaksanaan dan penguatkuasaan yang selaras dengan Konvensyen secara keseluruhan dan tanpa kekaburan.
S. M. Mohamed Idris,
Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP)
Friday, June 18, 2010
Rasuah ; Kalau SPRM dan Polis Bertindak, Sudah Lama Negara Kita Aman
Beliau berkata dakwaan yang akan dikemukakan beliau adalah perbuatan rasuah Umno dan Barisan Nasional khususnya Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Razak kepada peneroka Felda Sungai Buaya dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, Batangkali.
(Gambar - Dato' Zaid berbincang sesuatu dengan Dato' Seri Nizar, sambil diperhatikan oleh Ketua Pemuda PAS, YB Ustaz Mohd Nor Hamzah)
”Pada 19 Julai, hakim telah menetapkan pada tarikh tersebut, di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur,”katanya kepada pihak media selepas menyampaikan ceramah dekat Pasar Cabang Tiga, disini semalam.
Zaid yang juga Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (AMPT) Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkata, beliau memilih kes-kes besar yang melibatkan sogokan jutaan ringgit.
Sedang kata beliau, kes-kes kecil rasuah dan sogokan semasa pilihanraya tersebut berlaku terlalu banyak dan berleluasa.
Sementara itu, Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak, Dato’ Seri Nizar berkata, sekiranya pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan pihak polis bertindak dengan betul, sudah lama rakyat negara ini akan mengecapi keamanan dan keadilan.
Beliau berkata demikian ketika mengulas tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri Malim Nawar Keshvinder Singh, yang telah mengisytiharkan keluar dari Pakatan Rakyat dan menjadi wakil rakyat bebas, kelmarin
Menurutnya, Keshinder pernah ditawarkan rasuah sebanyak RM20 juta untuk 'melompat' dan laporan polis dan SPRM telah dibuat, namun tidak ada sebarang tindakan yang diambil.
PRU 13 NANTI TAK MERASE LE KATAK2 NI....
IPOH, 18 Jun: Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) menjangkakan semua wakil rakyat Bebas akan hilang tempat mereka menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13) nanti. Timbalan ketuanya, Mohd Munir Ali berkata ini bersandarkan kepada kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak di Kota Bharu baru-baru ini. “Adakah mereka masih diberikan peluang bertanding atas nama Bebas atau bersediakah Barisan Nasional (BN) yang sudah mempunyai calon tersendiri memberikan ruang kepada mereka bertanding atas tiket BN?” ujarnya dalam satu kenyataan. Tambahnya, persoalan yang akan timbul adalah, jika BN bersedia memberikan mereka bertanding atas tiket BN untuk kali ini bermakna kerusi yang telah diperuntukkan kepada komponen BN di kerusi-kerusi tersebut yang telah termaktub akan berubah sama sekali. Katanya, sudah tentu tuntutan kepada kerusi atas nama Bebas ini akan menimbulkan banyak masalah kepada BN sebenarnya. Beliau juga cukup hairan dengan dakwaan yang sangat dangkal daripada Adun Bebas yang mengatakan akan terus berkhidmat kepada seluruh rakyat walaupun tidak lagi bersama parti semasa bertanding di dalam PRU ke-12 dahulu. “Sebenarnya kenyataan sumbang Adun Bebas ini hanyalah bertujuan untuk melepaskan diri mereka bersama dengan janji-janji atau keistimewaan yang sedang mereka perolehi,” ujarnya. Beliau berkata, rakyat sebenarnya tidak akan mudah tertipu dengan alasan-alasan dangkal tersebut bagi menghalalkan tindakan mereka untuk keluar parti menjadi Bebas, dan membolehkan mereka mendapat keuntungan sebenar di atas pengkhianatan terhadap kepercayaan rakyat terhadap mereka. |
Thursday, June 17, 2010
Kelantan Fiesta: Pemuda PAS kecam sikap Umno
KOTA BHARU, 17 Jun: Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan (DPPNK) kesal dan mengecam sikap yang ditunjukkan oleh Umno negeri di bawah kepimpinan Datuk Seri Mustapa Mohamed yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri menjelang majlis perasmian Kelantan Fiesta 2010 malam tadi.
Ketuanya, Abdul Latif Abdul Rahman berkata, pihaknya mendapat maklumat yang diyakini bahawa Umno Kelantanlah yang bertanggungjawab untuk tidak membenarkan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk menyampaikan ucapan pada majlis tersebut.
Katanya, ini telah melanggar persetujuan yang dibuat melalui rundingan lebih awal bahawa Menteri Besar Kelantan selaku tuan rumah akan menyampaikan ucapan di majlis yang akan disempurnakan oleh Yang Maha Mulia Pemangku Raja itu.
Selain itu, ujarnya sikap penganjur Red Carpet yang mengambil sikap menggantung sepanduk menguar-uarkan kempen 1Malaysia dan Perdana Menteri secara tidak langsung membelakangkan Pemangku Raja.
Ekoran daripada sikap Umno dan penganjur Kelantan Fiesta 2010 itu, beliau yang juga Adun Mengkebang berkata, Menteri Besar Kelantan membatalkan hasrat untuk hadir dan kerajaan negeri menarik diri daripada menjadi penganjur.
Beliau menambah, di dalam masa yang sama Pemangku Raja juga memaklumkan tidak dapat hadir dan akhirnya Perdana Menteri sendiri membatalkan hasrat untuk hadir dan bergegas pulang ke Kuala Lumpur jam 10.30 malam.
“DPPNK hairan dengan sikap Umno yang begitu takut dengan ucapan yang akan disampaikan oleh Menteri Besar Kelantan,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Beliau mempersoalkan atas sebab apakah mereka terlalu bimbang untuk mendengar ucapan tersebut atau adakah Umno bimbang kerana mereka sedar mereka telah melakukan banyak kesalahan termasuklah melesenkan judi sukan dan menafikan royalti minyak sebagai hak rakyat Kelantan.
Tambahnya, DPPNK difahamkan jumlah kehadiran penonton sangat mengecewakan pada malam tersebut.
“Ini sepatutnya menjadi pengajaran kepada Umno bahawa rakyat Kelantan masih teguh bersama kepimpinan YAB Menteri Besar dan menolak sikap politiking keterlaluan sehingga tidak menghormati Kerajaan Negeri Kelantan selaku tuan rumah,” katanya lagi.
Justeru, tambahnya DPPNK berpandangan perlunya sikap berhati-hati dalam menjalinkan sebarang kerjasama dengan kerajaan Pusat di dalam apa jua penganjuran program agar insiden seperti itu tidak berulang.
SEORANG TERLIBAT YANG LAIN PUN KENA TEMPIAS.....
KUALA LUMPUR, 17 Jun: Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) mengecam tindakan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) menggunakan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk mengugut mahasiswa Kolej Universiti Islam Selangor (Kuis) agar tidak terlibat dengan sebarang kempen pilihan raya.
Kecaman itu berikutan tindakan KPT mengeluarkan arahan kepada PTPTN untuk menahan permohonan seluruh mahasiswa baru sesi 2010/2011 Kuis untuk mendapatkan pembiayaan PTPTN akibat keterlibatan seorang mahasiswa tahun tiga kampus itu, Ahmad Shukri Kamarudin dalam kempen pilihan raya Hulu Selangor April lalu.
Arahan kepada pihak PTPTN itu dikeluarkan oleh Pegawai Khas Menteri KPT, Suhaimi.
Bercakap dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini, wakil SMM, Mohd Riedzuan Othman berkata, SMM menyifatkan tindakan KPT itu bukan sahaja merupakan satu ugutan dan penganiayaan terhadap institut pengajian tinggi swasta (IPTS) tersebut dan kepada mahasiswa khususnya bahkan ia juga dilihat sebagai satu tindakan zalim terhadap mahasiswa.
"SMM merasakan bahawa tindakan KPT dan PTPTN yang menahan permohonan pembiayaan PTPTN kepada seluruh mahasiswa baru Kuis ini bukan sahaja merupakan satu ugutan dan penganiayaan terhadap IPTS tersebut dan kepada mahasiswa khususnya bahkan ia juga dilihat sebagai satu tindakan zalim terhadap mahasiswa,” katanya.
Selepas Mohd Shukri didapati terlibat dalam kempen pilihan raya di Hulu Selangor, PTPTN menerusi Ketua Eksekutifnya, Wan Ahmad Wan Yusoff telah mengeluarkan satu surat tunjuk sebab kepada pihak pengurusan Kuis dengan pemakluman tindakan untuk menahan permohonan seluruh mahasiswa baru Kuis yang dianggarkan berjumlah hampir 1,500 orang untuk mendapatkan pembiayaan PTPTN sehingga penjelasan yang memuaskan diperoleh.
SMM turut mempersoal tindakan KPT yang membabitkan seluruh mahasiswa semata-mata disebabkan seorang mahasiswa Kuis didapati terlibat dalam kempen pilihan raya, lebih-lebih lagi tidak mendapatkan penjelasan daripada mahasiswa yang didakwa terlibat itu.
"SMM juga melahirkan rasa dukacita dengan tindakan Menteri KPT yang mengeluarkan arahan kepada pihak PTPTN untuk menahan permohonan pembiayaan PTPTN kepada seluruh mahasiswa baru Kuis semata-mata disebabkan seorang mahasiswa Kuis telah didapati terlibat dalam kempen pilihan raya Hulu Selangor yang lepas tanpa mendapatkan penjelasan yang penuh daripada mahasiswa tersebut terlebih dahulu," katanya.
Sementara itu, Ahli Parlimen Padang Terap, Nasir Zakaria yang merupakan bekas pimpinan mahasiswa Universiti Malaya, menggesa KPT mengambil serius perkara yang dibangkitkan itu dengan menarik semula arahan yang dikeluarkan kepada PTPTN.
Tegasnya, KPT tidak seharusnya menggunakan PTPTN untuk tujuan mengugut mahasiswa sebaliknya menyerahkan kepada pihak universiti kepada mahasiswa tersebut sekiranya didapati benar-benar bersalah.
"Saya bangkitkan masalah ini di Parlimen untuk perhatian menteri. Bagi saya tindakan ini satu kezaliman dan penganiayaan kerana PTPTN merupakan satu agensi memberikan pembiayaan kepada mahasiswa. Biarlah apa yang berlaku di peringkat pelajar diselesaikan oleh pihak universiti, bukan dengan cara ugutan begini," tegasnya.
Wednesday, June 16, 2010
Bahana Judi; Penoreh Miskin Jadi ‘papa kedana’
SETIU – Kegiatan judi yang berluasa menyebabkan kehidupan seorang penoreh getah yang miskin, di kampung Merbau Menyusut, dekat sini, bakal menjadi papa kedana.
“Nasi sudah menjadi bubur”, itulah pepatah yang paling sesuai dipadankan dengan kisah Othman Mohamad, 42, akibat menjadi seorang ‘penagih’ judi nombor ekor.
Beliau yang mempunyai enam anak, juga menerima bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebelum ini.
Namun apabila ‘perangai buruk’nya yang melanggar perintah ugama itu diketahui oleh pihak JKM, bantuan yang diterimanya sejak Oktober tahun lalu dihentikan baru-baru ini.
Kini, Othman hanya bergantung kepada pendapatan hasil menorehnya kerana Skim Bantuan Persekutuan (bantuan kanak-kanak) sebanyak RM450 sebulan, tidak lagi diterimanya.
Mengulas kisah Othman, Ketua Penerangan PAS Setiu, Dr. Azman Ibrahim berkata, sebab itulah ugama Islam mengharamkan judi dan PAS sebagai parti yang mengamalkan syariat Islam, mendesak kerajaan mengharamkan semua bentuk judi.
Beliau turut menyelar pengakuan Mantan Perdana Menteri yang bersetuju dengan pengeluaran lesen judi bolasepak.
”Sebagai negarawan, dan sebagai seorang yang mengaku Islam, Tun Mahathir tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan sedemikian,
”kenyataan tersebut boleh menimbulkan kekeliruan tentang hukum ‘haram’ judi kepada orang Islam umumnya,
”bahkan boleh menyebabkan terhakisnya ‘aqidah’ beliau sendiri,”katanya ketika dihubungi.
Menurutnya, kisah Othman yang dipaparkan dalam sebuah akhbar tempatan baru-baru ini sepatutnya menjadi tauladan dan panduan kepada pemimpin negara, dalam menentukan dasar tentang ‘judi’.
Katanya, walaupun mungkin ia membawa pulangan yang lumayan kepada negara, namun judi terbukti, dalam kes Othman, memusnahkan kehidupan manusia.
Pada 6 Mei lalu, dilaporkan akhbar perdana, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussein berkata kerajaan mempertimbangkan kemungkinan mengeluarkan lesen untuk membenarkan pertaruhan dilakukan semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 bagi mengelak berleluasanya aktiviti perjudian dan pertaruhan haram di negara ini.
Pada 11 Mei, Menteri Kewangan, yang juga Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Razak
secara rasminya memberi lesen judi berkenaan kepada Kumpulan BERJAYA.
Kelmarin, 14 Jun, di Kuala Terengganu, Tun Dr. Mahathir menyatakan beliau bersetuju dengan tindakan kerajaan mengeluarkan lesen judi itu.
Ketika bercakap kepada pemberita, beliau berkata, langkah kerajaan mengeluarkan lesen judi sempena pertandingan bola sepak Piala Dunia hendaklah diterima secara terbuka untuk membendung kegiatan itu daripada berleluasa.
"Mungkin pendapat saya berbeza sedikit dengan orang lain. Sama ada lesen judi dikeluar atau tidak, judi tetap berlaku di negara kita kerana orang-orang Cina memang suka berjudi.
"Jadi kalau dia berjudi tanpa lesen, tidak ada satu cara untuk kita menentukan perjudian itu tidak berleluasa. Ini kerana judi tidak haram bagi orang Cina, tetapi haram bagi orang Islam dan orang Islam jangan berjudilah. Kalau mereka didapati berjudi tangkaplah mereka," katanya ketika ditanya mengenai lesen untuk menjalankan judi bolasepak di Malaysia selepas berucap pada program Melayu Bangkit di sini Isnin.
NAJIB 'TINJAU' KERAJAAN KELANTAN?
Mereka membuat andaian iitu apabila beberapa hari lalu pegawai kerajaan persekutuan difahamkan dari Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) dilihat mereka memasuki restoran Mutiara Corner bersebelah pejabat berkenaan.
Seorang saksi yang mahu dikenali sebagai Mohamad mendakwa, Perdana Menteri akan minum pagi di kedai terbabit bagi memperlihatkan sikap mesranya sebelum merasmikan Ar Rahn milik Bank Islam berhampiran kompleks Mara di Jalan Datuk Pati.
Telahan itu dibuktikan lagi apabila jalan Datuk Pati ditutup kepada sebarang lalu lintas sejak pagi lagi.
Pihak polis pula memasang tali keselamatan di kawasan berkenaan dan kelihatan begitu ramai anggota polis termasuk berpakaian biasa mundar mandir di lokasi terbabit.
Orang ramai juga berada di restoran berkenaan untuk menanti kehadiran Najib ke kawasan yang dipenuhi penyokong PAS.
Bagaimanapun ketika kenderaan membawa perdana menteri tiba kira-kira jam 11 pagi tadi, kereta itu dan rombongannya tidak singgah di kedai berkenaan, sebaliknya terus ke lokasi tempat perasmian Ar-Rahn.
Andaian "Najib datang ke pejabat PAS Kelantan" akhirnya menjadi kenyataan apabila beliau tiba-tiba muncul selepas majlis perasmian Ar Rahn. Turut kelhatan bersamanya Datuk Seri Mustapa Mohamad dan Menteri Pelancongan, Datuk Ng Yen Yen.
Sebelum itu ketika tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra perdana menteri disambut dengan banner Gerakan Bertindak Rakyat Kembalikan Royalti Rakyat (Gegar) yang menuntut Najib membayar royalti RM2 bilion kepada Kelantan.
"Perdana Menteri datang berhampiran pejabat Perhubungan PAS Kelantan dengan dikawal ketat anggota polis," kata seorang lelaki separuh umur yang sejak pagi berada berhampiran restoran Mutiara Corner.
Seorang lelaki separuh usia pula mendakwa orang ramai yang sejak pagi lagi berada di kedai makan berkenan diminta keluar menjelang jam 12 pagi sebelum ketibaan Najib.
Hanya beberapa meja yang terletak di kaki lima restoran sahaja dibenarkan pelanggan berada di situ.
Menurutnya, pegawai JPP yang mengatur kehadiran perdana menteri ke restoran berkenaan hanya mahu membayar meja yang diduduki Najib sahaja.
"Keadaan itu mengejutkan kerana tindak tanduk tersebut tidak mencerminkan 1Malaysia. Ini memberi gambaran perdana menteri hanya membayar pesanan makanan di meja yang ditempah sahaja sedangkan meja lain dibiarkan," kata seorang pelanggan.
Pusat bandar Kota Bharu terutamanya di lokasi berhampiran Jalan Datuk Pati sesak teruk pagi tadi memandangkan pegawai dan kakitangan kerajaan persekutuan dikerah hadir majlis perasmian Ar Rahn Bank Islam.
Banyak kenderaan yang ditulis perkataan Kementerian Dalam Negeri berada di lokasi terbabit. Selain itu kenderaan pelbagai agensi kerajaan pusat turut memenuhi ruang kiri kanan jalan.
Seorang pegawai dari Machang memberitahu beliau dan rakan-rakan sekerja dikerah hadir ke majlis tersebut.
Selain itu ada guru membebel panjang kerana dipaksa hadir ke majlis berkenaan sedangkan mereka sibuk dengan kenduri kendara di rumah.
Sebelum datang ke Jalan Datuk Pati, perdana menteri difahamkan berehat di Hotel Renaisance setelah tiba di Kota Bharu.
Kawasan hotel lima bintang berkenaan kelihatan begitu ramai anggota keselamatan. Kehadiran helikopter yang mundar mandir di udara membingitkan lagi suasana.
Petang ini Perdana Menteri dijangka hadir ke sebuah wat Siam di Jubakar Darat di Tumpat pada majlis bersama rakyat berbilang kaum.
Menurut sumber, pada majlis itu Najib difaham akan menyampaikan cek berjumlah ratusan ribu kepada pengurusan wat Siam untuk membina sebuah menara loceng bagi kegunaan penganut agama Buddha.
Manakala pada malam ini, perdana menteri akan hadir pada majlis perasmian karnival Kelantan Fiesta 2010 di Stadium Sultan Mohammad Ke IV.
Menurut kenyataan media Redcarpet Worldwide Sdn Bhd, Kelantan Fiesta akan diramikan Pemangku Raja, Tengku Muhammad Faris Petra.
Turut dijemput Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Mustapa Mohamed.
Fiesta berkenaan dianjurkan bersama MITI dan kerajaan negeri Kelantan.
Kehadiran presiden Umno ke Kelantan melengkapkan Kota Bharu menjadi tumpuan tiga parti utama di negara ini iaitu PKR dengan Kongres Nasional pada akhir Mei lalu dan muktamar PAS yang berakhir Ahad lepas.
Dan hari ini Presiden Umno juga memilih Kota Bharu sebagai lokasi lawatan kerjanya.
"Najib ke Kota Bharu kemungkinan bagi mengikut jejak Anwar Ibrahim dan Ustaz Hadi yang berkampung di sini, baru-baru ini," kata seorang pemerhati politik.
Tuesday, June 15, 2010
PAS haramkan semua bentuk perjudian, Mahathir dan Umno jangan prejudis pada Cina
Parti Islam Se-Malaysia (PAS) kesal dengan komentar Tun Mahathir Mohamad berhubung dengan isu judi yang dihalalkan oleh Kerajaan Umno-BN. Tuduhan beliau bahawa PAS hanya mengharamkan judi bola sahaja adalah suatu fitnah yang jelas dan isu judi bukanlah isu politik seperti apa yang beliau fikirkan. PAS menolak dan mengharamkan semua aktiviti judi dinegara ini dan bukan melibatkan perjudian bola sahaja.
PAS jauh berbeza dengan Umno. Umno telah perintah negara selama 12 penggal, namun belum ada usaha dilakukan bagi menghapuskan judi. Selepas PAS memerintah, Kelantan berjaya menutup premis-premis judi. Di Kedah usaha menghapuskan judi berjalan secara berperingkat, begitu juga dengan Selangor dan Pulau Pinang yang diperintah Pakatan. Kita serius untuk menghapuskan judi dan mendidik rakyat ke arah kehidupan yang bebas dari maksiat.
Rakyat juga tahu, bahawa lesen perniagaan judi diluluskan oleh Kerajaan Pesekutuan, bukan Kerajaan Negeri. Kerajaan Negeri hanya meluluskan lesen premis dan iklan yang kebanyakannya diperolehi oleh tokey judi semasa zaman pemerintahan BN.
Mahathir sebenarnya dibayangi dosa-dosanya yang meluluskan judi dinegara ini semasa pemerintahannya dan rakyat akan terus mengingati beliau sebagai tokoh pemimpin yang memimpin negara dengan duit hasil judi. Beliau mungkin berfikir, Jika beliau tidak menyokong dasar Najib hari ini, pastinya orang-orang dalam Kerajaan akan mengutuk beliau kerana selama ini beliaulah orang nombor satu yang membantu membangunkan industri judi dalam negara ini.
PAS juga amat kesal kerana beliau masih bersikap prejudis kepada masyarakat Cina dinegara ini yang dalam pemikiran beliau dianggap sebagai kaum yang suka berjudi. Beliau hadir dan berucap dalam perhimpunan 'Melayu Bangkit' di Kuala Terengganu semalam dan mencipta prasangka buruk terhadap orang Cina. Perkara ini tidak wajar kerana masyarakat Cina juga bukanlah masyarakat yang suka berjudi, dan ucapan beliau ini adalah satu penghinaan.
Tabiat judi ini adalah masalah yang dicipta dalam masyarakat bagi melalaikan mereka. Dan Kerajaan mengambil kesempatan dari golongan yang tidak berilmu ini dengan mengeluarkan lesen bagi mengaut untuk hasil perjudian.
Sewajarnya Kerajaan memberikan pendidikan kepada rakyat, memberikan maklumat dan berusaha memerangi gejala judi dalam masyarakat sama macam memerangi gejala dadah.
Bila judi diharamkan maka rakyat juga tidak akan berani berjudi. Aktiviti judi haram perlu dilihat sama seperti sindiket pengedaran dadah dan hukuman berat wajib diberikan kepada penganjur aktiviti judi. Rakyat perlu diberitahu akan keburukan judi ini dan mengajak mereka bersama-sama memerangi judi.
Kerajaan harus menjadi Kerajaan yang membantu membina rakyat dan masyarakat ke arah yang lebih positif dan proaktif, bukannya menjadi kerajaan yang meruntuhkan akhlak rakyat.Jika kerajaan BN dikekalkan, maka sampai bila pun
masyarakat dinegara ini akan terus dipersendakan dengan dasar-dasar yang tidak progreasif dan hilang sifat holistiknya.
Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat
Thursday, June 10, 2010
ANGKARA YAHUDI LAKNATULLAH
The bellow photos are not a Movie Shooting or Celebrating a festival with crackers... its a school in Gaza .. this is the current situation of the innocent people in Gaza !
Make sure you read till last to know what is white phosphorus! and the effect!
( UNRWA SCHOOL IN BEIT LAHIA, GAZA , PALESTINE )