SAHABAT2 SEPERJUANGAN

SAHABAT2 SEPERJUANGAN

Followers

Friday, June 18, 2010

Rasuah ; Kalau SPRM dan Polis Bertindak, Sudah Lama Negara Kita Aman

http://buletinonline.net/images/stories/berita27/OMGK%20KNerus%20006.jpgKUALA TERENGGANU – Calon Pakatan Rakyat bagi Pilihanraya Kecil Parlimen Hulu Selangor (PRKHS) Dato’ Zaid Ibrahim berkata, hakim telah menetapkan perbicaraan bagi kes rasuah pilihanraya kecil tersebut akan diadakan, pada 19 Julai depan.

Beliau berkata dakwaan yang akan dikemukakan beliau adalah perbuatan rasuah Umno dan Barisan Nasional khususnya Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Razak kepada peneroka Felda Sungai Buaya dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, Batangkali.

(Gambar - Dato' Zaid berbincang sesuatu dengan Dato' Seri Nizar, sambil diperhatikan oleh Ketua Pemuda PAS, YB Ustaz Mohd Nor Hamzah)

”Pada 19 Julai, hakim telah menetapkan pada tarikh tersebut, di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur,”katanya kepada pihak media selepas menyampaikan ceramah dekat Pasar Cabang Tiga, disini semalam.

Zaid yang juga Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (AMPT) Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkata, beliau memilih kes-kes besar yang melibatkan sogokan jutaan ringgit.

Sedang kata beliau, kes-kes kecil rasuah dan sogokan semasa pilihanraya tersebut berlaku terlalu banyak dan berleluasa.

Sementara itu, Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak, Dato’ Seri Nizar berkata, sekiranya pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan pihak polis bertindak dengan betul, sudah lama rakyat negara ini akan mengecapi keamanan dan keadilan.

Beliau berkata demikian ketika mengulas tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri Malim Nawar Keshvinder Singh, yang telah mengisytiharkan keluar dari Pakatan Rakyat dan menjadi wakil rakyat bebas, kelmarin

Menurutnya, Keshinder pernah ditawarkan rasuah sebanyak RM20 juta untuk 'melompat' dan laporan polis dan SPRM telah dibuat, namun tidak ada sebarang tindakan yang diambil.

1 comment:

penyokong_bn_pputeh said...

salam.....ada masa lawatlah fb Tok Pa:

http://www.facebook.com/pages/Mustapa-Mohamed/227789400038?ref=ts

tq

yg ikhlas
fb:probnpp

Related Posts with Thumbnails