PETALING JAYA, 10 Mac — Anak bekas setiausaha sulit kepada bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi yang menghadapi tuduhan memiliki sebutir bom tangan hari ini diperintahkan oleh Mahkamah Majistret ditempatkan di
Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak setelah laporan perubatan mendapati ketika kejadian tertuduh tidak waras.
Muhammad Ezra Rusli, 28, turut menghadapi dua lagi tuduhan mengugut bapanya Datuk Rusli Adbul Malik, 62, menggunakan sepucuk pistol jenis Glock dan serta tuduhan mengugut mendatangkan kecederaan.
Dia didakwa melakukan kesemua kesalahan tersebut di sebuah rumah beralamat C2-67 D’Shire Villa, Jalan Camar 4, Kota Damansara, antara pukul 3.30 petang hingga 5 petang, 8 Sept tahun lalu.
Majistret Aishah Hijriah Arshad memutuskan Muhammad Ezra telah melakukan perbuatan sepertimana pertuduhan dan setelah mengambil kira laporan perubatan yang disediakan oleh hospital tersebut, mahkamah berpuas hati bahawa ketika
kejadian tertuduh didapati tidak waras.
Aishah mengeluarkan satu perintah di bawah Seksyen 348(1) Kanun Keseksaan untuk menempatkan Muhammad Ezra di hospital tersebut mengikut perkenan Sultan Selangor.
Keputusan itu dibacakan oleh pendaftar Latifah Ibrahim kerana Aishah sedang bercuti.
Timbalan Pendakwa Raya Choo Hueay Ting hadir untuk pihak pendakwaan dan Muhammad Ezra diwakili peguam Selvi Sandrasegaram. — Bernama
Mari le kite rame2 lawat dia...tengok gila betul ke atau dibuat2.
1 comment:
tak boleh nak cakap kak,ini masalah jiwa kadang kadang orang yang kuat sembahyang pun boleh buat keja gila
Post a Comment