SAHABAT2 SEPERJUANGAN

SAHABAT2 SEPERJUANGAN

Followers

Wednesday, September 30, 2009

SUDI-SUDIKAN LAH DATANG..........AJAK MAKAN LAGI

JEMPUTAN

KE MAJLIS

JAMUAN HARI RAYA AIDIL FITRI 1430 H

PAS KAWASAN TAPAH

PADA

04HB. OKTOBER 2009 (AHAD)

BERTEMPAT DI

DEWAN ORANGRAMAI
KAMPONG MUHIBBAH BATU33 TEMOH

MASA

10.00 PAGI HINGGA 01.00 PETANG


TETAMU JEMPUTAN: YB KHALIL IDHAM LIM

PERSEMBAHAN NASYID DARI KUMPULAN AL RIDHO


ORANG RAMAI DIJEMPUT HADIR

APE-APE PUN BAJET MESTI ADE..............

Paluan gendang berperang dah di pukul,calon nak bertanding pun kita dah tahu,ape nak ditunggu lagi........moh le ke Bagan Pinang.

Tugas-tugas setiap kawasan dah pun di beri,mane yang nak pegi tu,teruskan lah.....dah lepas raye ni faham-faham aje le,poket pun duit siling aje yang ade kot....

Kepada yang tak boleh nak bertugas tu,selain berdoa kepada Allah SWT agar di beri kemenangan kepada calon kita,jangan le asyik bergebang siang malam kat kedai kopi berdego-dego aje....ulo-ulo le kat member yang nak bertugas tu.....

Al maklum le,nak nunggu gaji lambat beno lagi,nak dicucuk karang cukup kira aje,jadi pada sahabat yang tak nak pegi atau yang tak sio nak pegi tu ,'sponsor' le duit minyak sikit ,jauh nak pegi ni,tak kan tak boleh nak jihad sikit pun.

Tak semestinya berjihad nak pi perang untuk mati syahid aje,dah kita nak pegi bertugas pun payah beno,orang nak pegi,elok le kita bagi mane yang terdaye.

Kalau nak pi jauh-jauh ni,bajet mesti ade cukup dalam poket,3 atau 4 hari kat sana,tak kan nak nunggu orang anto makan minum aje....spare le poket sendiri.......

Sekadar ingatan aje kat sahabat-sahabat yang banyak aje cakap tapi.................hampehhhhhhh

Sunday, September 27, 2009

MANTAN KETUA CAWANGAN KG PETALIN KEMBALI KE RAHMATULLAH.

Kematian tidak mengira waktu,masa,tempat atau bulan,kalau di awal Ramadhan ada kenalan dan jiran yang pergi meninggalkan dunia ini dan Syawal yang dinanti juga ada kematian yang menyusul.

Lima Syawal yang lalu ,kira-kira pukul 1.45 pagi perginya ke Rahmatullah Mantan Ketua Cawangan Pas Kampong Petalin Baru,Bidor Tuan Haji Abdul Wahid b. Mohidin.Beliau seorang pesara Guru Besar meninggal di sisi isteri dan anak-anaknya di ICU Hospital Bainun Ipoh setelah sembilan hari dimasukkan ke situ.Beliau berusia 64 tahun meninggal akibat komplikasi jantung dan beberapa penyakit lain.

Solat jenazah telah disempurnakan oleh Naib YDP PAS Tapah,Ustaz Abdul Malek Mohammad,turut hadir mantan YDP Tapah Tuan Haji Osman Maseri .Ketua Muslimat Pas Tapah Puan Salmah serta saudara mara dan kenalan beliau.jenazah dikebumikan pada pukul 11 tengahari.

Kami bagi pihak seluruh ahli Pas Tapah mengucapkan salam takziah buat keluarga beliau,dan semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan dengan golongan mereka yang beriman .

Friday, September 25, 2009

DUIT TU BUKAN BONUS TAPI ELAUN SETAHUN SEKALI JE

Apelah yang nak di riuh rendahkan pasal bonus Bilal dan Siak,semuanya adalah cerita lame yang saje di besarkan pihak kerajaan haram zambri.Dari dulu lagi ,waktu hampir hari raya setiap tahun memang Bilal dan Siak di beri elaun oleh pihak Jaip dan masjid bagi menghargai sumbangan mereka.

Dulu imam juga dapat,bila imam dah di beri elaun khas setiap bulan maka,Bilal dan Siak aje lah yang di beri elaun tu.Contohnya,kalau pihak Jaip bagi rm300 dan ditambah pihak masjid pulak bagi rm200 maka dapatlah deme rm500. Elaun tu memang dah lame di bagi, sejak berzaman dulu lagi, janganlah anda semua tertipu.

Sebenarnya itu bukanlah bonus yang dicanangkan,tapi memang elaun khas yang diberi setiap tahun kepada Bilal dan Siak,kalau tak caye tanyelah Imam yang pernah dapat dulu tapi kini tidak lagi diberi.............

Jangan kita mengikut arus mereka,nanti kite yang bercako.......

HARI RAYA MENGERAT SILATURRAHIM KELUARGA

Hari Raya dah masuk hari keenam,namun kita masih tak henti-henti makannya,setiap hari dijamukan berbagai-bagai menu.Puasa sebulan tak makan di siang hari tapi kita 'cover' hari ke enam ni macam puasa tak makan setahun.Itulah lemahnya kita.pergi rumah adik beradik dan rakan taulan ,makanan yang dihidangkan dah tentu yang berat-berat.sekurangnya mee goreng dah tentu punya.Ingatlah kita juga pada mereka yang kais pagi makan pagi,kais petang makan petang.Masih ramai lagi yang mengikat perut tapi kita ...dah lebih muatan pun.

Alhamdullilah Hari Raya juga menyatukan kita adik beradik yang dah lama tak berjumpa,mungkin setiap hari raya aje kita berkumpul dan ketika itu barulah kenal anak-anak buah yang dan dah besar panjang.Biarlah juga Hari Raya ini kita sambut dengan penuh keinsafan dan ketakwaan kepada ALLAH SWT.

Di Hari Raya ketiga berkesempatan aku menziarahi pusara orang tersayang,3 orang insan yang tiada untuk bersama meraikan lebaran ini.Nenek,mak dan adik yang pergi menyahut seruan Illahi.Pada tarikh 3.9. 1990 adik lelaki ku pergi buat selamanya dalam usia 16 tahun.bulan 8 1995 nenek ku pergi meninggalkan kami,dan 18.9.2003 ibu tersayang pergi untuk selamanya.Sudah 7 tahun mak pergi,setiap tahun balik beraya di kampong tidak seindah dan seceria waktu mak ada,kuih bakar adalah juadah mak yang paling indah,mak akan buat lebih untuk dibawa pulang anak-anaknya.Kini tiada lagi suara mak yang dapat didengar,hanya gambar mak untuk melepas rindu di syawal ini.

Bagi anda yang mempunyai mak,janganlah disakiti hati mereka,bertanyalah khabar berita selalu,jagalah hati mereka,tatanglah mereka sebagaimana mereka menatang dan membelai kita di waktu kecil.Kasih sayang mak tiada batasan dan tidak boleh di bayar dengan apa jua harta di dunia ini.Doa ku sentiasa untuk mak,semoga ALLAH mencucuri rahmatnya.....

Saturday, September 19, 2009

SALAM AIDILFITRI DARI DMP TAPAH....




Rendang Tok juadah hari raya...


Lemang siap di bakar...



Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada semua kaum keluarga, sahabat handai, para bloggers, ahli-ahli dan penyokong-penyokong PAS di Malaysia dan seluruh dunia...
Semoga hari raya ini mengeratkan lagi silaturahim dan kasih sayang sesama Islam...
Maaf Zahir dan Batin...

Friday, September 18, 2009

PEMIMPIN KITA...

Pemimpin kita...
Jelas kelihatannya..
Sesekali cuba untuk menaikkan nama..
Walau dengan pelbagai cara..

Pemimpin kita..
Tidak sama seperti dahulu..
Janji dipegang, amanah dijulang..
Tatkala meniti peredaran zaman..
Seringkali kita melihat, mendengar..
Pemimpin yang masih alpa,
masih leka dengan dunia mereka..

Wahai pemimpin kita..
Tiada guna disanjung di dunia..
Sesudah mati tiada ke mana..
Sedarlah.. Insaflah..
Sesungguhnya..
Kebenaran di sebalik segala tragedi yang menimpa..
Hanya berselindung di sebalik hakikat...
Kabur diselubungi mitos-mitos palsu..

Lihatlah..
Dengan penipuan, dengan kekejaman...
Tiada gunanya..
Sekalipun apa yang berlaku kini.. tiada kesan terhadap pemimpin kita..
Namun, tempiasnya kena pada rakyatnya..

Jangan..
Usah biarkan ini terus berlaku..
Ketahuilah bahawa.. pekerjaanmu itu..
Bersandarkan tanggungjawab..
Tanggungjawab yang masih belum dapat dilaksanakan dengan sebaiknya..
Bukan hendak menghina,
Bukan hendak mencaci,
Tetapi.. inilah hakikat....
Hakikat sebenar 'Pemimpin Kita'....

Thursday, September 10, 2009

RAMADHAN YANG DINGIN DAN LESU

Ramadhan akan melabuhkan tirainya beberapa hari lagi,begitu cepat dan pantas masa berlalu tanpa kita sedari. Di akhir Ramadhan ini adakah bertambah amalan kita untuk mengejar Lailatul Qadar atau kita bergembira menanti berakhirnya Ramadhan tahun ini.

Kita berada di sepuluh hari yang terakhir ini,namun adakah amalan kita berkembang atau dah menguncup di saat akhir. Aku berkesempatan pada Ramadhan tahun ini untuk bersolat terawih di beberapa surau di Bidor dan Tapah. Disamping menunaikan kewajipan yang sebulan dalam setahun ini ,aku meninjau juga keadaan jemaah-jemaah yang hadir untuk bersolat.

Namun tahun ini suasana begitu dingin sekali,kalau cuaca dingin tentu amat baik sekali,namun dingin dan hambar sekali dengan kehadiran jemaah. Adakah kerana wabak H1N1,orang tak nak berkumpul beramai-ramai lagi,tak mungkin........Semua ini kerana kesedaran masyarakat kita yang terlalu tipis dan mengambil mudah dalam beribadat di bulan yang mulia ini,mereka tidak lagi mengangkat Ramadhan itu ke satu tempat yang tinggi dan mulia.

Di surau-surau jemaah yang tinggal hanya warga emas yang umurnya 60 tahun keatas,anak muda dah banyak berkurangnya,(mungkin tempat lain tidak agaknya)jemaah muslimat juga begitu,ada yang hanya 5 atau 6 orang,walhal surau berada ditengah-tengah taman yang dikelilingi beratus-ratus rumah.Adakah ianya hanya 2 atau 3 keluarga Islam?Anak-anak kecil juga amat kurang ke surau,adakah mereka dimarah jemaah kerana bising atau ibubapa tidak mengizinkan?

Bagi aku tahun ini tidak seindah dan sehebat tahun-tahun yang lepas,masyarakat kita terus lalai dan lupa, di waktu siang mereka boleh berpanas dibawah khemah-khemah berniaga seawal 2 petang di bazar-bazar Ramadhan sehingga waktu berbuka. Bila malam mereka keletihan dan balik ke rumah mereka melabuhkan diri hingga ke hari esoknya . Begitulah rutin mereka ,mencari rezeki hingga melupai siapa yang memberi mereka rezeki itu.Apa yang aku tuliskan bukan rekaan tapi itulah realiti kebanyakkan para peniaga yang mencari rezeki di bulan yang mulia ini.Pekerjaan mereka baik dan halal untuk menambah pendapatan keluarga tapi di masa yang sama mereka tidak memuliakan rezeki mereka dengan bersyukur kepada ALLAH SWT pada waktu malamnya.

Bagaimana untuk kita menarik masyarakat hari ini mengunjungi masjid dan surau?Jika ianya berterusan begini,mungkin tahun-tahun yang akan datang masjid dan surau hanya tempat persinggahan musafir sahaja.Mungkin seminggu akhir Ramadhan nanti tinggal Imam dan Bilalnya sahaja.

Ini hanya selingkar kisah masyarakat setempat yang berada di sekelilingi ku,mungkin di tempat lain tidak begitu agaknya. Bersamalah kita menguatkan dan menguuhkan lagi hati-hati kita untuk keakhir Ramadhan ini,mungkin ini Ramadhan terakhir kita,hanya ALLAH yang tahu.

Friday, September 4, 2009

JANGAN PUTUS ASA PADA REZEKI ALLAH

"Jangan berputus asa pada rezeki Allah," itulah pesan Imam Ahmad. Pesan imam ini bukan tanpa bukti. Diceritakan tentang kisah Rasullullah SAW mengenai seekor ulat yang hidup di dasat laut atas rezeki Allah.

Saat itu Rasullullah SAW sedang mengadakaan walimatul urus dengan seorang wanita sebagai isterinya. Ketika para sahabat yang di undang menyaksikan makanan yang dijamukan Rasullullah SAW, mereka membincangkan dari mana Rasullullah SAW akan menyarai hidup isterinya. Jamuan walimahnya saja semacam itu.

Selesai solat, Rasullullah SAW lalu menceritakan tentang rezeki kepada para sahabat yang diundang itu,"Ini kisah yang disampaikan oleh Malaikat Jibrail,boleh aku bercerita?" Tanya Nabi.

Lalu berceritalah nabi tentang Nabi Sulaiman yang sedang solat ditepi pantai,Sulaiman melihat seekor semut berjalan diatas air sambil membawa daun hijau seraya memanggil katak. Maka muncullah katak lalu menggengdong semut menuju ke dasar laut.

Apa yang terjadi di dasar laut? Semut menceritakan bahawa dasar laut itu tinggal seekor ulat yang rezekinya di serahkan kepada semut itu ."Sehari dua kali aku di hantar malaikat ke dasar laut memberi makanan kepada ulat." kata semut. "Siapa malaikat itu?" tanya Sulaiman. "Ya yang menjelma sebagai katak itu," jawabnya. Setiap selesai menerima kiriman daun hijau dan memakannya,si ulat mengucapkan syukur kepada Allah."Maha besar Allah yang mentakdirkan aku hidup di dalam laut,"kata ulat.

Di akhir ceritanya,Rasullullah SAW lalu berkata:"Jika ulat yang tinggal di dasar laut saja Allah masih tetap memberinya makan, apakah Allah membiarkan saja umat Muhammmad soal rezeki dan rahmatnya?" tanya Rasullullullah SAW.

Tuesday, September 1, 2009

SAYAP YANG BERBENTANGKAN MUTIARA DAN BATU PERMATA

Ja'far Ath-Thayyar adalah anak Abi Thalib yang baru masuk islam,tetapi Allah memberikan karomah kepadanya. Rasullullah sendiri kehairanan mengapa Allah memperlakukan begitu.

"Amalan apa yang engkau lakukan sampai engkau mendapat karomah semacam itu?" Tanya Rasullullah. "Entahlah. Yang jelas aku selalu menolak tiga perkara.Baik ketika aku masih kafir sampai sudah Islam," jawab Ja'afar." Apa tiga perkara itu?"

"Aku tidak pernah berbohong, tidak pernah berzina, dan tidak pernah bermabuk-mabukkan sampai sekarang ini,"jawabnya.

"Itu semua memang diharamkan di dalam islam, tetapi mengapa engkau tolak juga perbuatan itu semasa engkau masih kafir? "Tanya Nabi.

"Jika orang berbohong, dia tidak dipercayai lagi oleh manusia lain. Jika diketahui dia akan menaanggung malu. Soal larangan berzina ,bayangkan saja jika isteri,anak atau saudara kita sendiri yang dizinahi, tentu merupakan noda bagiku.Tidak seorang pun yang mahu menanggung noda,kerana itulah aku menolak zina."

"Bagaimana soal bermabuk-mabuk?"Tanya Nabi.

"Orang yang minum sampai mabuk akan hilang akalnya. Mulutnya selalu berbau hingga banyak orang mentertawakannya. Aku malu diketawai orang sehingga aku tidak mahu minum-minuman yang memabukkan,"jawabnya.

Maka datanglah malaikat Jibrail dan berkata 'Betul'. Allah memuji kejujuran Ja'far,sehingga Allah memberinya sesuap atas keteguhannya menolak tiga perkara itu." Sayap yang berbentangkan mutiara dan batu permata itulah yang digunakan Ja'far terbang bersama malaikat ke syurga ketika dia terbunuh dalam peperangan.
Related Posts with Thumbnails