SAHABAT2 SEPERJUANGAN

SAHABAT2 SEPERJUANGAN

Followers

Monday, August 31, 2009

KAMAR-KAMAR DI SYURGA

RASULLULLAH SAW pernah bersabda bahawa di dalam syurga itu terbahagi dalam kamar-kamar.Dindingnya tembus pandang dengan hiasan di dalamnya yang sangat menyenangkan.
Di kamar itu pula terdapat sesuatu pemandangan yang tidak pernah dilihat di dunia dan terdapat suatu hiburan yang tidak pernah dirasakan manusia di dunia.

"Untuk siapa kamar-kamar itu wahai Rasullullah SAW?" Tanya para sahabat.

"Untuk orang yang mengucapkan dan menyemarakkan salam, untuk mereka yang memberi makan kepada yang memerlukan,dan untuk mereka yang membiasakan puasa serta solat di malam hari saat manusia lelap dalam mimpinya."

"Siapa yang boleh bertemu temannya lalu memberi salam,dengan begitu ia bererti telah menyemarakkan salam. Mereka yang memberi makan kepada ahli dan keluarganya sampai mencukupi, dengan itu bererti mereka termasuk dalam orang-orang yang membiasakan diri selalu berpuasa. Mereka yang solatIsyak dan subuh secara berjemaah,bererti termasuk orang yang solat malam di saat orang-orang sedang tidur lelap.

"Begitu Nabi menjelaskan sabdanya kepada para sahabatnya.

Sunday, August 30, 2009

ZAMBRI BACA DOA BERBUKA DI PERAK FM

Sejak PR memerintah Perak dan kini dah kena rampas ni aku dah jarang beno dengo radio,kalau dulu ada gak dengo ,kot ada info-info yang penting.Perak FM adalah satu saluran UMNO nak mempromosi parti deme yang dah tak laku di Perak ni.

Sehari dua ni aku bukak le radio sebelum waktu berbuka,radio dah bersawang pun,dah lame dipinggirkan sebab tak suke nak dengo kata-kata DJ yang tak berilmu tu meraban.

Sebelum azan berkumandang,ade pulak ucapan dan doa,aku ingat dari ustaz mane ,rupenya dari MB haram.Siap memperkenalkan diri dan membaca doa berbuka puasa,punya le kesian kat dia ni.

Aku rase Perak FM dah tak tau macam mane nak mempromosikan MB deme ni,jadi disuruhnya baca doa berbuka,jadi le,nak buat tazkirah macam MB Nizar memang dah tak leh pun.Buat kat masjid atau surau orang tak datang,jadi dapat suara tu berkumandang di udara pun jadi le.

Kalau kome tak caye,try dengo hari ni........KESIANNNNNNNNNYA..................

Friday, August 28, 2009

KEMAAFAN YANG MENGKAGUMKAN

Semasa zaman pemerintahan Khalifah Abbasiyah dahulu ada seorang lelaki yang mempunyai ramai musuhnya. Setiap hari lelaki itu sentiasa di buru oleh musuhnya. Pada suatu hari lelaki itu telah menyamarkan dirinya agar tidak dikenali oleh orang ramai. Kemudian dia melarikan diri ke sebuah bandar yang bernama Kufah. Apabila dia sampai di bandar itu dia telah ternampak sebuah rumah besar serta luas halamannya.Dengan memberanikan diri lelaki itu pun masuk ke dalam rumah itu untuk menumpang bermalam dalam sehari dua.

Setelah dia masuk dan bertemu dengan tuan rumah itu lantas dia pun memberitahu akan tujuan kedatangan nya ke bandar itu.Dia memberitahu akan tujuan kedatangannya ke bandar itu. Dia memberitahu tuan rumah itu bahawa nyawa dia sedang terancam kerana ada orang yang hendak membunuhnya.Tanpa soal selidik tuan rumah itu terus membenarkan lelaki itu tinggal di rumahnya kerana dia begitu kasihan memandangkan nasibnya. Lelaki itu beruntung dapat berlindung di rumah yang besar itu.

Semasa dia tinggal di situ lelaki itu berasa hairan melihat gerak geri tuan rumah tersebut. Dia tidak faham mengapa tuan rumah itu keluar pagi dan pulang lewat malam.Tuan rumah itu seolah-olah sedang mencari sesuatu yang masih belum ditemuinya lagi.

Setelah beberapa hari kemudian dia berasa tidak sabar untuk bertanya kepada lelaki itu kenapa dia bersikap seperti itu. Dengan memberanikan diri dia pun bertanya kepada lelaki itu kenapa dia bersikap seperti itu.Dengan tenang lelaki itu berkata:
" Sebenarnya aku keluar rumah dari pagi hingga ke malam adalah kerana aku hendak mencari seorang lelaki yang telah membunuh ayahku"

Sebaik saja dia mendengar kisah tuan rumah itu,serta merta air mukanya berubah.Dia kelihatan begitu pucat.Dia sedar dia adalah orang yang sedang di cari oleh tuan rumah itu. Apakah yang harus dibuatnya sekarang? Patutkah dia merahsiakan perkara itu atau mengaku saja bahawa dia adalah orang yang dicarinya itu?

Dengan perasaan berdebar lelaki itu berkata:
"Tuan yang budiman,budi baik tuan yang sangat tinggi itu telah mencegah saya dari merahsiakan tentang diri saya.Sebenarnya sayalah orang yang tuan cari itu. Sekarang saya rela untuk menerima apa saja hukuman dari tuan. Budi baik tuan sangat besar terhadap saya"

Mendengar pengakuan dari lelaki itu,tuan rumah itu begitu terkejut kerana dia tidak menyangka bahawa orang yang diberinya perlindungan itu adalah orang yang telah membunuh ayahnya yang disayangi.Maka dengan perasaan yang amat berat tuan rumah itu berkata:

"Hai orang yang membunuh ayahku. Aku tidak menyangka sama sekali bahawa engkau adalah pembunuh ayahku. Kalau aku tidak mengenangkan kejujuran engkau sudah tentu aku akan pancung lehermu sekarang juga.Walaupun aku bersedia memaafkan engkau adalah lebih baik engkau keluar dari rumah aku ini sebelum aku berubah fikiran"

Dengan perasaan takut lelaki itu terus berlari keluar dari rumah itu.

Friday, August 21, 2009

RAMADHAN KEMBALI LAGI......

Buat semua Bloggers PAS Perak ,buat pimpinan-pimpinan PAS semua peringkat,sahabat-sahabat yang di kasihi jua rakan-rakan yang mengenali diri ini.Moga bertambahlah amal ibadat kita di Ramadhan ini.

Ramadhan ini juga di harap dapat menyuntik semangat jihad kita untuk terus menjalankan usaha-usaha kita yang murni ini,namun segala bait-bait yang kita hasilkan di Ramadhan ini perlulah kita lakukan dengan penuh berhikmah,dan dengan kata lain jangan ada bait-bait itu akan merosakkan puasa kita yang belum tentu akan kita lalui ke penghujungnya.

Laluilah malam-malam Ramadhan malam terindah dalam hidup,malam yang penuh berkat,penuh ibadat,jangan biarkan ia berlalu sepi tanpa sujud kita pada yang Esa.Ramadhan penawar terbaik buat hati dan jiwa ,petunjuk arah dan langkah diperjalanan ini.

Wednesday, August 19, 2009

MAKAN MALAM DAN CERAMAH YB HJ NIZAR DI KG COLDSTREAM, BIDOR.

YB Hj Nizar dengan semangatnya sedang memberi ucapan di hadapan para penyokong PR yang hadir pada malam itu. Katanya rakyat tidak boleh lagi menyokong BN kerana mereka ini sangat zalim,menggunakan agensi kerajaan seperti SPRM,Polis dan segalanya demi kepentingan sendiri.Paling yang aku suka Hj Nizar kata Beng Hock jatuh dari tingkat 14 tanpa kecederaan yang parah ,macam satu kes baru2 ini,seseorang yang jatuh dari tingkat 7 pun boleh mata tersembul dan patah riuk segala tulang temulangnya.Katanya sesiapa tak percaya malam ni try terjun dari tingkat 7.....ada yang nak cuba ke....?


Bergambar bersama YDP Pas Tapah Saudara Rahim Cheng,Datuk Adnan dan TYDP Hj Yusuf Nor selepas solat maghrib .


Datuk Adnan dan Datin Azizah mengabdikan kenangan bergambar dengan Hj Nizar.Datuk Adnan adalah mantan Pengarah Pelajaran Perak dan telah menyertai PAS.


PR Hj Nizar ,Saudara K.Y Tiang sedang memberi penerangan dalam bahasa mandarin,mana yang tak faham tu pun ngangguk aje,itu le bestnya PR ni,semua bahasa kite dah faham.


Adun Simpang Pulai Chan Ming Kai,walau muda namun penerangannya jelas dan penuh bersemangat,dan ucapan beliau amat menarik perhatian mereka yang hadir.


Pengerusi Kelab Penyokong Pas Perak, Saudara Suria Narayanan memang tidak dapat disangkal lagi,kepetahan beliau dan cara bercakapnya menyamai penceramah Pas,cerita2nya sentiasa mencuit hati .Lihatlah gayanya....


Kaum Cina ni sanggup bangun dari tempat duduk mereka untuk menyambut ketibaan pemimpin rakyat yang disayangi lagi dikagumi ini.


Kaum India juga turut memeriahkan lagi program ini,kehadiran mereka yang ramai dan sentiasa memberi perhatian dalam setiap ucapan yang disampaikan oleh para penceramah .


Semua kaum dapat makan dan mendengar amanat pemimpin PR bersama-sama,suasana beginilah yang kita inginkan.Kata Datuk Adnan sudah 30 tahun barulah kini Pas dapat menembusi kawasan ini,hari dan malam ini adalah sejarah yang paling berharga dan amat bernilai sekali.Dan disinilah segalanya akan bermula ,dan kita akan menawan Parlimen Tapah nanti.


Semua yang hadir menikmati jamuan yang disediakan,kehadiran diluar jangkaan menyebabkan makanan tidak mencukupi,apa pun kari dan 'ayam masak mamak 'memang best, itu pun aku .. makan meja VIP...jangan mare ye...


Kaum-kaum Cina ni seawal pukul 7 dah memenuhi dalam dan luar khemah.

Tuesday, August 18, 2009

SANTAI BLOGGERS --TERJALIN UKHUWAH .

Senarai blog para bloggers yang hadir pada petang itu.....setengahnya gambo ni dari blog ajijoi.


PJ PAS Perak Hj Abu Bakar Hussien merasmikan program pada petang itu serta menyampaikan amanatnya .Antara intipati ucapan beliau ialah gerak gempur diperlukan untuk menyampaikan maklumat mana yang benar dan tak benar kepada masyarakat.Beliau juga mengingatkan para blogger menulis yang benar serta jujur dan mempunyai nilai yang tersendiri.Berita yang ingin disampaikan mestilah menepati dan diterima oleh orang ramai,mempunyai bahasa yang menarik dan jangan ada unsur populariti.


YB Khalil Idham Lim Ketua Penerangan Pas Perak sedang memberi kata-kata aluan dan serta mengalu-alukan kehadiran semua bloggers.


Antara bloggers muslimat yang hadir,anakmuallaf,DMP Kuala Kangsar,Ummiaini,Ummuaiman,DMP Kampar dan aku le......


Bergambar kenangan bersama isteri YB Khalil Idham, Ummu Aiman dan Ummiaini,banyak cerita kami hari tu,tak sempat nak habis,kite sambung nanti ye.....


Belakang tu sungai yang mengalir jernih dan sejuk,airnya masih bersih dan tidak tercemar.Lain kali aku mesti pegi lagi ni,hari tu tak sempat nak rendam kaki pun.

Program baru aje nak bermula.....



INFO

Pada sabtu yang lepas 15 ogos 2009 hari sabtu aku berkesempatan mengikuti program yang dianjurkan oleh Lajnah Penerangan Pas Perak iaitu Santai Bloggers yang diadakan di Kem Haniffa,Kampong Jahang,Gopeng. Perjalanan kesana tidaklah begitu susah untuk dicari pun,kebetulan aku dah pernah kesana berbelas tahun yang lalu,cuma terlajak lorong aje le.

Aku sampai tepat pukul 3.00 petang,kehadiran pun tak ramai lagi,aku disambut anakmuallaf dan kami berbual sambil makan buah dokong ditepi sungai .Cuaca agak terik juga petang tu.Buah durian telah dibeli oleh YB Khalil Idham di Parit,kat kebun tu dah abis kot,aku tengok pokok aje yang tingge.Disebabkan aku tak gemo durian jadi makan aje le buah dokong tu.

Hari dah pukul 4 .00 program belum mula lagi,yang mandi tu tak naik lagi,syok beno berendam,program dimulakan juga sementara menanti PJ dan ada antara yang lewat hadir kerana ade yang sesat sampai ke kampar dan tersilap jalan.

Alhamdullilah program berakhir dengan jaya dan meriahnya,dan dapatlah aku mengenali bloggers2 Pas Perak walau tak semua yang dapat menghadirkan diri.Dan ini adalah pengalaman yang begitu indah dan banyak pengetahuan yang dapat aku kutip dan titipkan sebagai pengajaran dan kenangan abadi.

Saturday, August 15, 2009

MAJLIS CERAMAH & MAKAN MALAM

BERSAMA

YAB DATO' SERI IR MOHAMAD NIZAR JAMALUDDIN
(MP Bukit Gantang / ADUN Pasir Panjang)

YB NGA KOH MING
(MP Taiping / ADUN Pantai Remis)

EN SURIA NARAYAN
(Pengerusi Kelab Penyokong PAS Perak)

17 OGOS 2009 JAM 8.00 MALAM @ KG BARU COLDSTREAM, BIDOR

SUMBANGAN RM 10.00

Kelolaan : Lajnah Perpaduan Nasional Pas Kawasan Tapah



Monday, August 10, 2009

PROGRAM MERAIKAN 'OKT' DEMONTRASI GMI

Wakil 'OKT' Unit Amal Tapah sedang menceritakan detik-detik mereka ditangkap.....sampe dah mengaru-garu kepala Saudara Shamsul Anuar Nordin ni.


YDP Pas Tapah Saudara Rahim Cheng menyampaikan sedikit sumbangan dan cenderahati kepada salah seorang 'OKT.Teruskan perjuangan anda.


Salah seorang lagi 'OKT' menerima sumbangan dari Dewan Pemuda Kawasan dan Pas Tapah. Masih muda remaja lagi dan masih banyak cabaran yang akan anda tempohi dan beristiqamah dengan PAS.


Seisi bergambar 'OKT' dengan AJK Dewan Pemuda Pas Tapah.


Bersama dengan isteri-isteri 'OKT' dan AJK Dewan Muslimat Pas Tapah.


Bergambar kenangan dengan AJK Pas Kawasan Tapah.Lepas-lepas ni berilah sedikit ruang dan peluang kepada mereka dan jagalah kebajikan mereka ini .


Antara bapa-bapa 'OKT' yang hadir meraikan anak-anak mereka,kira deme ni sentiasa memberi galakan dan dorongan kepada anak-anak dan mereka juga sentiasa mendoakan anak-anak mereka sihat dan selamat sepanjang berada di dalam tahanan.Tahniah untuk anda semua dan berbanggalah dengan kekuatan dan ketabahan mereka.

INFO

Pada hari sabtu 8.8.2009 jam 9.00 malam bertempat di Kampong Haji Salleh satu program khas dianjurkan oleh Dewan Pemuda Pas Tapah dengan kerjasama Dewan Muslimat Pas Tapah dan Pas Kawasan Tapah.Program ini dianjurkan untuk mengetahui cerita sebenar dan memberi sedikit sumbangan kepada peserta demontrasi yang ditahan reman selama 4 hari iaitu ahli-ahli Unit Amal Tapah . Walaupun mereka tidak sempat untuk menyertai GMI namun seharusnya kita berbangga dengan mereka ini yang mengharungi jerit perih ditangkap dan digari serta dibawa bagai tahanan yang melakukan kesalahan besar.Banyak pengalaman dan cerita-cerita menarik mereka yang dapat dikongsi bersama.

Semua mereka ini,seramai 13 orang telah di ikat jamin dengan Rm 500 dibawah seksyen 143,dengan dua pertuduhan iaitu kerana unit amal adalah pertubuhan haram dan memudaratkan ketenteraman awam. Mereka semua ini akan dibicarakan pada 4.9.2009 di Mahkamah Seksyen Kuala Lumpur. Jika ada kesempatan bersamalah kita dengan mereka pada hari tersebut.

GAMBAR MAJLIS KESYUKURAN 10 TAHUN PAS CAWANGAN KG PETALIN BARU,BIDOR.

Timbalan Di Pertua PAS Kawasan Tapah Tuan Hj Yusof Noor sedang memberi ucapan dan sebelah kanan beliau Ketua Pas Cawangan Kg Petalin. Beliau mengucapkan tahniah kepada Pas Cawangan dan berharap agar lebih kuat usaha di buat untuk menarik lebih ramai lagi menjadi ahli Pas dengan mengadakan program kemasyarakatan.


Pas Cawangan juga prihatin terhadap mereka yang memerlukan dengan menyediakan sedikit sumbangan dan bantuan.





Ini semestinya ade,kalau idak tak berserilah majlis....bihun sup,cucur udang memang menyelerakan,tambah hari pun panas.


Antara ahli -ahli cawangan yang hadir,ada gak orang umno yang dijemput,datang gak deme.



Ahli-ahli yang datang memberi suntikan semangat dalam meneruskan perjuangan.



Petang sabtu lepas Pas Cawangan telah menyambut ulang tahunnya yang kesepuluh.Majlis dimulakan dengan ucapan Ketua Cawangan Saudara Awaludin b Hj Ismail merangkap Ketua Penerangan Pas Kawasan Tapah,beliau menceritakan serba sedikit tentang bagaimana wujudnya Pas di kampong ini dan kepayahan yang terpaksa dilalui bersama para ahli yang mula-mula bersama menubuhkan Pas di kampong ini.

Sebenarnya Pas Cawangan ditubuhkan dirumah ini dan kerana itu jugalah rumah ini dipilih kerana banyak kenangan yang dilalui disini,kami juga mengadakan majlis ceramah dan penyerahan borang ahli 10 tahun dahulu. Sewaktu itu Tuan Hj Osman Maseri menjadi YDPnya.

Kampong Petalin Baru ini adalah termasuk dalam Dun Air Kuning,Parlimen Tapah dan majoriti penduduknya warga emas dan 'karat' biru.Namun kami tidak pernah merasa terancam dengan suasana itu,semua itu memberi kami lebih lagi semangat dan kekuatan untuk mencari pengaruh dengan membuat aktiviti-aktiviti di surau dan di kawasan yang berhampiran untuk menarik mereka bersama kami.

Harapan aku juga sebagai Ketua Muslimat disini,tentulah ianya memerlukan pengorbanan dan kerja keras yang lebih kuat, untuk aku meneruskan kerja-kerja penerangan demi mencari lebih ramai ahli lagi.Aku dan suami aku akan terus memastikan Pas di sini akan terus berkembang dan yang penting adalah mengeratkan silaturrahim antara ahli dan memastikan ahli-ahli di sini sentiasa mengikuti program-program yang dianjurkan demi meningkatkan kefahaman tentang islam, dan juga dari semua aspek.

Antara program cawangan yang dijalankan ialah usrah cawangan setiap minggu dan Ijtima Ilmu setiap bulan yang dijalankan di surau-surau di kawasan Bidor.

Saturday, August 8, 2009

MAJLIS KESYUKURAN 10 TAHUN PAS CAWANGAN KG PETALIN BARU.

Sekarang ,dalam pukul 3 petang ini berlangsungnya majlis kesyukuran PAS Cawangan Kampong Petalin Baru,Bidor yang ke 10. Pada 31 Julai 1999 Pas Kampong Petalin telah ditubuhkan,dan kini kami meraikannya ,setelah mengharungi suka dukanya .Gambar akan di postingkan.

Friday, August 7, 2009

KISAH GULA DAN H1N1.

Sehari dua ni ni hebohlah pasal gula tak de,semalam aku cuba mencari gula,kebetulan di rumah pun dah kehabisan bekalan.Pegi kat kedai melayu,tak dapat dah abih katanya,aku pegi pulak kat kedai runcit cina,disuruhnya aku datang esok,nanti saya bagi lu 1 kilo,esok mari katanya.Aku tak jawab pun,tak kuasa aku nak datang lagi.

Aku cuba lak kat kedai runcit India ni,punya le lama dia nak baginya,itupun 2 kilo aje ,kira okeylah juga dari tak de.Aku cadang nak pegi satu pasaraya ni,kan apa aku perlukan lebih gula ada program nak dibuat sabtu ni. Masuk aje kat pasaraya tu,tengok adalah dua tige orang dok menunggu kat tempat gula tu,gulanya tak ada pun,kata budak koje tu tunggu kejap. Punye le lame deme nak ngambik gule tu,10 minit aku tunggu baru le dapat ,tu pun tak boleh 2 kilo sorang.Itu le kisahnya,mungkin juge gule kat Malaysia dah kena C4 kata seorang bloggers.

Kisah yang kedua ingin aku paparkan buat tatapan pembaca di sini tentulah tentang wabak maut yang sedang melanda dunia dan negara kita ni. Sebuah sekolah agama terpaksa ditutup akibat serangan H1N1 ,kebetulan anak saudara aku juga belajar disitu.Seramai 5 pelajarnya disahkan positif H1N1. Pihak sekolah mengerahkan pelajarnya pulang ke kampong masing-masing,apabila balik anak saudara aku pulak mengalami demam.

Beliau di bawa ayahnya ke Hospital,tetapi pihak Hospital suruh ke pusat kesihatan,sebelah hospital tu aje pun. Orang punye le ramai,dari pagi tunggu sampai nak petang tak sampai giliran lagi,bila tiba aje giliran doktor yang merawat tu kate,"Encik nanti bila anak encik dah sesak nafas dengan teruk baru bawak sini jumpe doktor" berbulu le abang aku tu,terus blah.Abang aku kata,itu aku pun tau tak yah cakap.

Agaknya ape yang berlaku kini,kes pun makin meningkat disebabkan pihak berwajib buat tak kisah aje,ambik ringan aje kes-kes yang kecil,bila dah teruk baru nak ambik tau,itu yang menyebabkan kes kematian bertambah,sebabnya mereka tak serius dalam menanganinya.Kira kalau kite semua tak de simptom yang teruk jangan le pegi hospital,tak di layan deme.

Sebagai orang Islam kini kita hanya berdoa kepada Allah ,berusaha cara kite,amalkan membace doa-doa yang telah banyak diedarkan sekarang ni.Solat-solat hajat kite teruskan,di masjid-masjid,hari ni kan hari jumaatk kerahkan pak Imam buat solat hajat.Surau-surau dan dirumah, serta ingatkan anak-anak kita yang berada di asrama dan yang berulang alik kesekolah sentiasa ambil perhatian ape yang berlaku di sekeliling mereka.

Ape yang berlaku sekarang ni,adalah kerna sikap manusia itu sendiri yang melanggar dan melupakan hukum-hukum Allah.Natijahnya bukan yang melanggar tu aje yang kena,tapi sekalian rakyat yang tidak berdosa turut merasa penderitaannya.

Tuesday, August 4, 2009

UNIT AMAL TAPAH DIBEBASKAN DENGAN JAMINAN RM500 SEORANG

1 Ogos dah tiga hari berlalu dan peristiwa ini akan tetap terpahat di kepala kita,walaupun aku tak berkesempatam untuk bersama namun banyak maklumat yang aku perolehi baik dari intenet,rakan yang menyertainya dan sumber-sumber yang lain.

Pada malam hari yang sama juga, abang aku Abdul Razak dilepaskan tanpa syarat setelah disoal siasat kerana tiada apa-apa bukti untuk di buat kes,hanya menjumpai 'VEST' bertulis 'UKEP' sahaja didalam beg beliau.Kebetulan pada hari tersebut ,beliau dalam perjalanan ke Pejabat Pas Jalan Raja Laut untuk mengiringi Tuan Presiden ke Demo tersebut,apabila turun sahaja dari LRT bersama tiga rakannya yang lain ,beliau terus di cekup dan di bawa ke IPD Cheras.

Pada pukul 4 petang beliau menghubungi aku,mengatakan banyak trak masuk membawa ramai lagi ahli demo termasuk Saudari Aiman Athirah dan pimpinan lain serta muslimat.Dimaklumkan juga mereka yang di tahan di situ diberi makan tengahari pada pukul 4 petang dengan lauk ayam,kira sedap juga le tu. Mereka yang di tahan bertambah ramai ,dan mula pukul 8 malam beransur -ansur ahli demo dilepaskan,mungkin pihak polis dah tak lalu nak tanggung makan.

Aku juga mendapat maklumat awal melalui laman blog Perisik Rakyat,mengenai nama-nama mereka yang ditahan awal pagi lagi,mereka sudah tentulah Unit Amal dari Tapah kesemuanya 30 yang kesana tapi 13 orang yang ditangkap,apabila mereka hendak menuju ke Taman Melewar untuk di beri taklimat.

Alhamdulillah,semuanya telah dibebaskan dengan jaminan sebanyak RM 500 seorang petang semalam,nama Unit Amal yang di tahan:

1.Shahrul Iman b.Mohd Salleh
2.Ikhwan b. Ikram
3.Ahmad Abdul Wahab B. Abdul Rahman
4.Kamal Nadhir b. Kadeni
5.Abu Ubaidah b. Jalaludin
6.Mohammad Sholihin b. Mat Salleh
7.Farizzudin Hazman b. Kadeni
8.Saad Musa
9.Mohammad Helmi Hassan
10.Mohammad Hafizuddin b. Mohd Ghazali
11. Mohd Lokman b. Ahmad Nawi
12.Mohd Fadzil b. Jan Jam
13.Shamsul Anuar b. Nordin

Jadikan peristiwa ini sebagai landasan untuk melengkapkan lagi perjuangan kalian semua.Harapan aku mereka semua akan tetap beristiqamah dan beriltizam dengan lebih kuat lagi dalam meneruskan perjuangan ini. Mereka adalah bakal pimpinan yang akan menerajui PAS nanti. InsyaAllah.TAKBIR.

Sunday, August 2, 2009

Saturday, August 1, 2009

TERKINI : ABANG AKU KAT BALAI POLIS CHERAS

Pukul 11 .oo tengahari tadi abang aku di tahan bersama 4 orang yang lain. Sebentar tadi aku sempat menghubunginya,beliau memaklumkan ,kini dia berada di Balai Polis Cheras,bersama kira-kira 200 oarang lebih yang di tahan dan di tempatkan di dewan di balai tersebut. Berbelas orang juga muslimat yang turut ditahan berada di situ.
Beliau memaklumkan ditahan ketika keluar dari LRT di KL Central.Buat masa ini katanya,dia ada mempunyai bekalan yang dibawa iaitu kismis dan kurma.

Kali ini adalah kali ketiga beliau ditahan,apa-apa pun aku ucapkan syabas dan banyakkan le sabo.Aku tetap menyokongmu.
Related Posts with Thumbnails